Majlis yang di namakan 'The New Beginning' ini merupakan kick start bagi bermulanya cycle baru bagi tahun 2014/2015 yang bermula pada bulan Mac 2014 dan akan berakhir pada Februari 2015 tahun hadapan. Kick start ini disampaikan kepada leaders, bagi membolehkan leaders merangka pelan dan tindakan yang perlu diambil sepanjang cycle baru nanti dalam memantapkan lagi kumpulan masing-masing seterusnya teguh di dalam bisness Shaklee.
Saya seronok mendapat peluang sebegini. Paling seronok kerana event ni di buat pada hujung minggu lantas membolehkan saya membawa keluarga bersama-sama. Anak-anak tidak dibiarkan begitu sahaja ketika ibu bapa mendengar mesej dari Master Puteri dan Master Aznin. Sebuah bilik khas untuk anak-anak disediakan lengkap dengan aktiviti seperti face-painting, sand art dan clown with balloon. Memang tak bosan la untuk kanak-kanak, dan hasilnya, ibu bapa dapat memberi 100% fokus kepada perkongsian ilmu yang diberikan oleh masters dan speakers jemputan sepanjang sesi berlangsung. Tak lupa juga makanan lazat yang tersedia membuatkan kami tak berasa lapar atau dahaga. Panjang betul meja buffet petang tu..
Idlan dan Fahren seronok lukis spiderman kat lengan dan main belon pedang. Tak kisah kan saya pun! :) |
Alhamdulillah, 3 jam memang terisi dengan perkongsian yang hebat termasuk daripada Senior Key Coordinator Aishah Amin daripada group LiSA yg bernaung di bawah PAF. Aishah merupakan calon master pada bulan ini inshaAllah, akan menajadi master ke-dua di dalam PAF selepas master Nurlia pada bulan January lepas. Perkongsian hebat turut diberikan oleh Coordinator CTZ daripada CTZ & Partners.
Saya sebagai leader dan wakil group saya, FAST* - memang sangat terkesan dengan segala pengalaman dan tips yang disampaikan oeh mereka.
Dalam hati, merasa amat bertuah berada di dalam sebuah kumpulan (yang juga layak bergelar organisasi) bernama PAF dengan semua leaders hebat, menjadikan saya sendiri berazam akan menerajui FAST menjadi sebuah kumpulan yang hebat dengan leaders yang hebat. Sekarang ini pun saya sudah melihat potensi yang ada pada distributors di dalam FAST. Saya yakin mereka akan pergi jauh sebagai leaders dalam bisnes ini dan itu merupakan cabaran untuk saya.
Berpegang pada konsep SENTIASA MENCARI ILMU, SENTIASA BEKERJA KERAS dan SENTIASA MEMBANTU ORANG LAIN, saya percaya FAST berada di laluan yang betul, inshaAllah. Untuk merealisasikan ini, saya turut mengadaptasi prinsip SUPPORT, COMMIT AND REWARD. 3 perkara ini sememangnya menjadi tunjang kekuatan sesebuah group dan business.
Semoga diberi kekuatan dalam bsines ini dan sentiasa istiqamah, kerana saya percaya, peluang ini bukan untuk disia-siakan dan masa depan yang gemilang sudah menunggu di hadapan saya. Jika anda sedang tercari-cari ruang memperbaiki kehidupan, mengapa tidak sertai saya di FAST? InshaAllah kalian mesti seronok seperti saya :-). Hubungi saya segera untuk memulakan. Dengan Shaklee, inshaAllah Impian kita tidak mustahil dicapai..
Group photo sebelum bersurai.. muka puas hati semua :-) |
* FAST ialah nama group saya, yang bermaksud "Fly and Success Together"
Fara, 0192390107
No comments:
Post a Comment