Tuesday 24 July 2012

Ramadhan, Breastfeeding dan Vitamin

Hi!

Selamat Berpuasa semua! Alhamdulillah saya boleh berpuasa sebab dah habis pantang kan? Puasa kali ni agak mencabar sebab breastfeeding daleela. memang tak boleh missed bangun sahur dan mesti makan yang boleh membantu dalam memberi tenaga dan maintain supply susu dalam badan (tak dehyrate). Sejak kandungan saya mencecah 6 bulan tu, saya dah start dengan vitamin2, dan masih lagi maintain mengambil vitamin selepas bersalin.

Sebelum ni, memang tak pernah nak ambik port kalau orang cakap pasal vitamin.. entah lah.. now ni bila terasa diri semakin berusia.. lepas tu tengok pulak anak-anak yang sedang membesar, kesedaran menjaga kesihatan datang sendiri. Untuk kebaikan saya dan anak2 saya.

Saya bukan jenis yang suka bersukan.. Cuma ALhamdulillah juga lah saya pun bukan jenis yang suka makan yang fancy2. cake pun tak berapa suka tapi lately ni banyak betul cakes yang sedap2 kan? dulu masa saya kecik, kek paling sedap cuma kek oren dan kek buah-buahan, itupun yang emak saya kukus .. yang beli memang tak masuk! jagan harap dulu nak tau apa tu kek cheese lah, kek coklat lah, kek red velvet lah! phewww.. betapa mewah makanan orang2 sekarang... dalam masa yang sama, kesian juga sebab kemewahan makanan tu lah yang akhirnya boleh merosakkan badan. sebab tu lah, saya gagahkan diri saya untuk ambil vitamin, at least vitamin C, vitamin paling popular :-)

hmm.. lepas lebih 6 bulan mengambil vitamin, saya masih tak dapat nak beri sebarang komen tentang perubahan diri baik luaran atau dalaman, eh nanti dulu, saya bukan nak kata vitamin takbagus.. am just being honest lah! huhu.. I discussed this with hubby.. biasalah borak dalam kereta.. hehee.. (saya rasa dalam kereta adalah tmpt paling sesuai utk husband n wife berdiskusi... kan? sebab tu saya jeles dengan those yang pergi balik ofis bersama-sama - dan sebab tu saya tak mau duduk belakang walaupun ramai isteri2 yang duduk belakang bila dah ada anak2.. saya so far lom tergerak lagi nak duduk belakang. :-) )

eh, pasal vitamin. saya salu ngadu kat suami, makan vitamin2 ni tp mcm tak de pun nampak perubahan? membuatkan saya sangsi dengan segala testimoni yang orang2 bagi tu..  honestly, memang saya ni susah nak accept .. mcm ada doubt je .. kadang2 tu terasa mcm testimoni sangat berlebih2.. huhuhu..

TAPI jawapan suami memang paling saya suka.

Perubahan tu akan ketara kalau keadaan awak dah teruk.. mcm awak ni, memang tgh dalam keadaan sihat.. jadi macam tak nampak lah kesan tu.. tapi vitamin2 tu tetap bekerja dan in long term badan maintain sihat. tak perlu lah nak tunggu ada perubahan baru nak percaya vitamin tu perlu. kesimpulannya, MASA SIHAT LAH KENA AMBIL VITAMIN UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN tu..mencegah lebih baik dari merawat, kan?

dan kerana jawapan suami tu lah yang membuatkan saya terus dengan vitamin. saya percaya, rutin harian saya, semestinya telah dibantu dengan pengambilan vitamin tu semua.. saya tak lagi menungu result utk sama dengan testimoni orang. Setiap badan kita lain2.. lain orang lain lah kesannya dan lain pulak jangkamasa kesan tu nampak. tapi, saya percaya badan saya memerlukan vitamin2.. dan bila dah start makan, memang kita akan mula ada rasa 'NAK TAHU' kenapa vitamin tu perlu, dan mcm mana vitamin tu membantu badan kita.. since sekarang dahg ada google, memang tak susah nak cari maklumat tentang kenapa kita perlu vitamin. seronok jugak :-) bila dah open mind gini, saya leh accept dah testimoni orang.. saya enjoy baca testimoni orang tapi saya tak lah obses nak jadi or dapat yg sama mcm sorang. kena lah ukur baju dibadan sendiri :-)

pemilihan vitamin pun penting, tapi saya dah memilih Shaklee. Satu sebab utama ialah sebab shaklee ni plant based, dan halal. dan yang penting, saya ada kawan yang suka share all the benefits, so kalau malas2 nak google, google kat dia jek lah.. short cut gitu :-) my kawan tu am referring to here http://meandmyvitamins.blogspot.com/  - syok sbb dia mmg suka share apa saja .. dari hal vitamins in general, ke parenting, ke breastfeeding.. huhuhu.. (ini bukan iklan berbayar- saya rasa syukur berkawan dgn org berilmu yg tak lokek ilmu..tak kira la dia muda dari saya, atau anak saya lebih ramai dari dia.. itu bukan bermakna saya lebih tau. kan?- silalah ke sana utk lebih banyak info pasal vitamin, dan juga knp saya pilih Shaklee.

jadi, uols semua dah start taking vitamins? :-)

Akhirkata, selamat menjalani ibadah di dalam bulan ramadhan ni... semoga kita sama2 memperbaiki diri dalam bulan penuh barokah ni.. luaran dan dalaman. badan yang sihat, hati yang bersih, inshaAllah...



2 comments:

  1. hasben kak fara dah leh jadik agen jual vitamin ehehhe! bagi nasehat yang bagus leh buat orang beli :)

    ReplyDelete

Popular Posts