Hari ni Khamis ...
mengingatkan aku pada perkara yang berlaku pada Khamis lepas ...
Masa tgh kusyuk ngadap kerja, hubby texted me
"abang kena gi JB ... maybe tak sempat balik awal amik anak2 ..."
aku pelik juga .. jarang2 sangat kilang dia suh dia outstation .. paling jauh dia outstation pon just sampai rawang jek .. then apa kes dah kul 11.30 baru nak gerak ke JB? kul brp plak nak sampai?? aku terus la call dia ... time tu dia dah kat area Dengkil .. so aku ingatkan dia naik flight tapi tak .. dia naik kereta with 5 others.
Around 6pm aku called tanya if he has made a move back to Klang .. tapi dia kata still kat JB and maybe will start at night .. konfuse aku .. apa la kerja sampai ke malam tuh .. urgent sangat ker kannnn??? and bila aku tanya lebih2, dia mcm malas nak citer and keep on saying, " nanti sampai rumah abang cerita .." hmmmm aku mmg dok fikir yg sure dia tgh dgn boss dia and dia malas nak bengang2 ngan boss dia sbb kena pegi JB takde notice gitu ...tatau ler apsal aku mcm cool jek .. salunyer aku cepat jek naik angin kalau dia takmo citer betul2 .. biasanya aku korek sampai dia cerita A to Z .. i really know him ... kalau nak dia citer, kita kena tanya every point ..kalau tak, tak de maknanya dia nak bukak citer unless dia mmg nak kita tau ...
Kul 10pm gitu dia called to say dia dah started from JB ... lega lah aku dgr ... aku masuk bilik tidurkan anak2 and letak phone kat tepi telinga, senang nak tgk jam huhuhu ...
Kul 4am gitu baru aku dgr dia balik .. tp aku tau dia sure letih and mengantuk so I didnt ask him anything ..until kul 6 pagi bila aku betul2 bangun and get ready nak wat bfast utk ke Lake Garden tu .. aku kejut dia nak mintak tolong dia beli sardin aku nak wat cicah lempeng ...bila dia bangun .. dia bagitau ..
"abang pegi JB tak nak bgtau awak kenapa sbb takut awak terperanjat .."
"kenapa bang?"
"Karat ..."
"kenapa dengan Karat?"
".. dah tak ada ...."
memang aku terperanjat .. dalam betul aku tarik nafas before ucap innalillah tu ... mcm yg dia agak .. mmg aku really suprise to hear the news ...
Aku kenal Karat atau nama sebenar Arwah, Muhamad Aidil ... around tahun 98/99 kot masa aku still kat PPP/ITM. He was few years junior than us ... He was an engineering student which was supose to continue to Korea tapi mangsa keadaan jugak so tak fly ... kedudukan bilik dia yang berdepan ngan bilik hubby made them closed. Karat, Sukun, Dood and Pak Lan .. to name a few .. antara geng2 budak2 tuh yang close with us ... salu gak lepak sama2 time bfast kat Imtiyaz where Sukun and Karat used to tease me and hubby yang masa tuh baru2 jek start courting...
Arwah Karat was a nice boy .. jenis yang ramah and suka tersenyum .. manis senyuman dia ... mmg senang nak rapat ngan arwah ni ... and setahu aku, mmg ramai girls sangkut kat dia .. orangnya hitam manis .. paling aku ingat dia dengan baju belang hitam putih dan topi biru dia .. dia wat sambilan kerja jaga cc kat sek. 18 tuh ..so bila aku ke cc tuh, salu je aku dapat turn awal .. thanks to him.
The friendship not end when we parted lepas aku dan hubby grad. Bila wedding aku, arwah dengan jayanya menjadik pengapit hubby masa majlis nikah dan sanding kami kat Johor .. memandangkan arwah adalah orang Johor ..so dia tau cara2 orang Johor .. dia yang mmg ramah, sangat pandai handle makcik2 aku yang jaga tol kat pintu, tangga dan depan pelamin sebelum hubby dapat duduk bersanding sebelah aku kat pelamin. Still segar semua tu dalam ingatan aku ...
Arwah pergi meninggalkan isteri dan 2 orang anak yang masing-masing berumur 2 tahun dan 12 hari dalam usia 30 tahun ... masih muda .. namun ajal tak mengenal usia ... sangat sedih bila aku tau the fact that anak ke dua dia tuh expected lahir awal Januari... tapi lahir awal .. jadi sempatlah arwah melihat anak pompuan dia ... hubby kata, masa diorang jumpa wife dia utk. ucap takziah dan bertanya khabar .. tak ada dialog lain yang keluar dari mulut isteri dia kecuali
"aidil dah tak ada ..." sambil menangis ...
Ya Allah .. mesti sangat besar dugaan kehilangan orang tersayang ... aku jadi sangat insaf dan berdoa semoga Allah memberi aku dan suami peluang untuk bersama lebih lama terutama untuk mermbesarkan anak-anak ...
Al-Fatihah untuk Muhamad Aidil Abdullah, semoga rohnya dicucuri rahmat ... Amin.
Sila ke blog Dood untuk cerita lanjut ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Al-Fatihah...
ReplyDeleteLa ko PPP gak ke fara...
yezzaaa! huhuu!
ReplyDeleteAl-Fatihah. Sedey lah baca kesian sungguh kat wife and anak2 arwah
ReplyDeleteAl-Fatihah..Takziah to keluarga arwah.semoga dorang tabah hadapi hidup dgn ketiadaan org tersayang..
ReplyDelete:(