12 Feb 10 years ago ...
.. malam tu, Eva came for a visit so kiterang dinner at my favorite spot .. mana lagi kalau bukan kat Junction tepi sungai sebelah ESSO tu sajork huhuuh .. student maa .. mana ada tmpt fancy2 ...
Bersama-sama kami makan ialah 'dia' ... dia yg sering makan malam dengan aku sejak aku menjejakkan kaki ke "UiTM dihatiku" ... malam ni, aku ajak la 'dia' sekali coz Eva pun dulu classmate 'dia' gak ... Kitorang bertiga classmate masa form 4. Bila form 5, Eva dengan dia masih classmate tapi aku dah terpinggir sbb .. oh takpe la tak kosser nk citer pasal aku yg tak berapa nak pandai so tak dpt nk gi kelas best... ops!
Aku ajak 'dia' makan sekali sebab malam tu 'dia' nak gi Hiking kat gunung Nuang dgn budak2 HAC yg lain ... kiranya 2 malam le dia tak ada kat hostel tu kang ... 2 malam le gak kang aku dinner dalam bilik kat tgkt 3 blok 7 tu jek.
Eva sememangnya dah tahu, antara aku dgn 'dia' ada sesuatu yang belum selesai. Jadi sewaktu makan, Eva seboleh-bolehnyer mahu tahu apa yang terjadi .. atau bilakah akan terjadi sesuatu yang sepatutnya sudah lama terjadi...
"aku peliklah korang ni ... tipu sangat la kan kala korang ni cuma kawan biasa je" Mula la tu ... ofkos sambil Eva cakap tu, sambil gelak2 ... actually aku ngan Eva je gelak .. 'Dia' tu, mcm biasa, senyum jek ...
"apasal?" 'Dia' bertanya. Aku pula, sibuk fokus kepada kuey teow goreng.. aku suka la kuey teow goreng situ sbb bila makan rasa mcm ada minyak kat bibir ... mcm best je rasa ..
"Eleh, aku tau lah korang tu sebenarnya suka sama suka .. tapi saja je tak nak mengaku."Eva laju je. Eva memang le gitu .. outspoken gitu. bukan macam aku yang ala2 pemalu, esp. bab2 hati dan perasaan ni kan .. hikss..
"Ko silap tu .. dia sorang je yang tak nak mengaku" jawab 'dia' sambil tgk aku ... amboii!
"ha, ko tgk tu, aku dah agak dah ..sure ko yg degil ..." Eva nak mulakan ceramah kat aku. Aku but dek malas nak layan.
Borak2 aje la pasal lain2 ... eh Eva ni .. datang sekali sekala lagi mau kasik syarahan plak. aku macam biasa .. dah biasa sangat dengan cakap2 'dia' dan mcm biasa, aku tepis sajork lah dengan tepisan halus. tak pe, dia dah biasa ... dah sejak lepas SPM dia dah kena tepisan halus aku ... aku tepis bukan apa, aku tak rasa dia serius pun ... kang dibuatnyer hati wanita aku dah terpaut pastu tau dia memain .. tak ke tangkap frust menonggeng?? so better le aku tepis jer kannn ... cuma tak de la nak tepis smash gitu kan ... dia baik so member2 aje lah .. member lah jugak namanya kan bila every nite lepas SPM dia called aku ... member lah jugak namanya kan kalau bila dia tak call aku rasa mcm tak best jek .. member la jugak namanya kan bila every week surat dia tak pernah putus masa kat Kuantan ... member la jugak namanya kan bila aku merajuk bila surat dia tak sampai kat aku hari Rabu .. member la jugak namanya bila everytime cuti, aku suh dia called aku kat kampung... semata2 nak borak ngan dia ... member la tu kan??? member biasa la kan? So, mcm tahun2 yg sebelum nyer .. malam ni pun aku nak tepis la jugak ... aku nak mcm biasa, jadik member biasa ... member biasa yang special? ada ke such things??
Cuma, this time it was different.
Tetiba, bila tgk muka dia .. aku terasa mcm tak boleh menepis lagi. Cis! nih takkan le penangan Syarahan Eva ni? aku tepis gak le sikit2 .. tapi mcm bila menepis tu, aku jadi tak selesa .. aku jadi mcm menepis diri sendiri pulak jugak ...
"Bila la plak aku tak ngaku ntah ...?" tetiba je plak terpacul gitu dari mulut aku. Pastu, gelak2 plak ... ngok! ada ke plak bleh mulut aku tetiba kata gitu??? biar betik!?? Eva dah gelak2 seronok dah tu ... gelak2 yg aku rasa mcm nak tekup je mulut dia dengan buah oren. tapi better aku tekup mulut aku je sbb kang entah apa2 lagi yg kuar kang ...
Aku jeling jugak dia. alamak muka dia mcm serius la plak. dia tgh tgk aku tu. eh tetiba berdebar gak hati aku ... pastu, telinga aku dengar sesuatu .. dari mulut 'dia' ...
"So, ko ngaku?" ... eh, pelik lah .. aku tak rasa pun macam nak sumbat buah oren kat mulut 'dia' ni.
"Dah, dah ... jom balik lah.. dah kul 10 nih .. bas ko nak jalan kul 11 kan??? jom ah balik .." aku tepis lagi.
Sampai kat bilik, Eva mcm nak sambung je syarahan. Eh dia ni, kang aku tak kasik tumpang bilik kang .. masa dia dok membebel tu ... aku nampak ramai budak berkumpul luar pagar. Bilik aku tepi pagar, depan plak gate hostel budak laki, tmpt paling best utk skodeng wakaka! .. lor, rupanya bas nak ke Gunung Nuang dah sampai ... cepat2 aku skodeng. Aku nampak 'dia'. alahai... tetiba.. tetiba aku rasa ada mcm perasaan yg susah nak digambarkan oleh kata2 ... andai ada kamera D30 dalam hati maybe la kot leh gambarkan kot ... aku rasa mcm takut .. takut apa eh ...
takut kehilangan.
yea!! betul la .. penyakit serious ni! and .. tetiba gak aku rasa mcm ..
tak nak dia pergi.
Alamak, kes berat. mcm terasa sedar dari lamunan. cewah giler ah mcm drama. eh betul le tu ... Aku cepat2 turun , ke pagar. Kat situ aku panggil dia. Kami berdiri di bawah cahaya lampu jalan. Dia dia luar, aku di dalam. tak hirau pon orang lain ramai je kat belakang dia maklum le nk naik bas ... Lepas aku berbasa-basi dengan dia ... ye la, tanya la camner dah prepare ke .. kot le pancit masa mendaki kan ... gitu2 la maksud aku berbasa basi ... lepas dah tanya2 gitu ... aku diam, dia pun diam. Pelik rasanya diam gitu. huhu!
"ok aku nak baik bas dah." 'dia' pun agaknya tak selesa. aku jarang diam. sebenarnya tak pernah pun.
"ok, take care"aku kata gitu.dalam hati mcm ada gumpalan yg tak tertelan dan tak terluah. gumpalan ketakutan tadi.
"tapi aku nk tanya dulu." dia buka suara lagi..
"apa" aku mcm takleh kuar suara dah masa ni. apsal ntah. lupa.
"yang tadi, masa makan ko cakap ko tak pernah kata tak ngaku ... apa maknanya?" oh dia pun terfikir pasal tu eh.
"oh..itu..entah.. ngaku pasal apa tu eh?" aku sbenarnyer tatau nak jawab apa.. takkan nak kata a ah aku suka ko .. ish direct sangat.. sogan den !!!!
"yang ko pun suka aku" dia reminding
"oo.. ala, apa bezanya pun aku suka ke tak .. "ha, mula la tu .. nak menepis.. please laaa ... stop it and just let it go! gitu la kata hati aku .. tak sama ngan kata mulut aku.
"ada lah beza ... bezanya .. nanti aku balik Ahad ni... aku dah ada girlfren" inesen je dia jawab.
"kalau ada girlfen apa bezanya" Hellooo????
"leh aku ajak gfren aku gi special dinner" dia mula main jawab je tu ..sambil gelak2 dah .. ala2 dah give up tu mcm biasa le ..
"jom le" aku kata gitu. good signed.
"jom apa?" dia tanya pulak. ada sket gabra gitu suara dia.
"special dinner bila ko balik Ahad ni" jawapan aku, nasib baik dia paham. LEpas tu, bila dia naik bas .. aku rasa lapang gila ..mcm segala kerisauan dan ketakutan hilang begitu sajork! :-D
10 tahun lalu... Muka dia mcm tak caya. Hati aku pun mcm tak caya. tapi itu le yg terjadik ... Kisah itu, antara yang terbaik pernah terjadi dalam diri aku ... walaupun kisah itu masih belum berakhir di situ ...
:-)
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
yayy dah ada part 13! comey and sweet nyeh propose camtuh hehehehe
ReplyDeletewuhu~ cerpen yg seronok dibaca!! kakak-fara.. cerita la lagi.. apa jadik hari ahad tu.. special dinner kat ne.. ada dapat suprise present tak?? bila masa 'dia' masuk minang ke apa ke.. hahahaha
ReplyDelete