Friday, 15 August 2008

idlan @ 6th month



Diam tak diam, Idlan dah 6 bulan ... cepat betul masa berlalu.

Gambar kat atas tu, aku ambik before maghrib tadi. Kitorang ada family Potrait photoshoot sebenarnya sebelumnya tu. Masa session tu, aku x bwk pun camera sbb adik aku pinjam. Lepas habis shoot, aku gegas ke rumah abang aku kat kinrara, ambik camera yg adik aku pinjam. Terus aku snap pic idlan sebab lom snap lagi pic dia 6 bulan.


About the photoshoot, tak ada lah lama sangat aku plan nak upah photographer amik gambo kami sefamily. Last few weeks, tiba2 rasa itu datang gitu. Dah lama la mmg aku dok ushar blog and FP photographer nih. Meleleh gitu air liur aku tgk pic2 yg dia shoot. Rasa gatal2 aje tangan aku nak wat appointment ngan dia ...


Kebetulan, August ni bulan kelahiran Lydia .. kesian dia, selama 4 tahun, belum pernah sekalipun kami celebrate b'day dia dengan party yg jemput kawan-kawan tu, yang colorful party tu ... hmmm ... aku buka apa, bab planning tuh le salu menjadi penghalang nak buat benda2 gitu ... sudahnya, sampai skang lom pernah panggil member tuk makan2 celebrate bday Lydia.


This year, Lydia 4 tahun. Pendapat aku, ni la masa paling sesuai kot nak celebrate dia. Nak pulak dia dah pandai berkawan2, dah pandai plak melawa2, dah pandai le bersosial dengan rakan2 sebaya gitu ... tapi, tapi dan tapi, bila aje aku nak plan, rupa2nya August dah datang and aku rasa tersangat bz and tak sempat jugak nak celebrate ... that is why i decided to make a photoshoot session, especially for her lah ... tapi dah alang2 tuh, sekali jek lah satu family ekekeke!


Tanpa fikir2, zasss..terus aku email Zubye, mintak quotation, at the same time bagi few tentative dates yang boleh dia slot in kan dalam schedule dia .. huhuuhu .. then balik rumah baru le aku bgtau hubby. Bagitau gitu, bukan mintak izin, boleh???? huhuhu dasar kannn ...


As expected, husband aku tak begitu support aku punyer cadangan tu. Ala, orang lelaki kan, bukan suka benda2 gitu tu. At least, husband aku le kan.. pada dia, benda2 gambo ni, tak penting pun ... huhuuh ... pastu mula la dia buat muka bila aku kata aku dah buat pre-booking tuh. Dia kata aku ni patutnya fikir le banyak lagi benda2 lain boleh buat with the money. Then, aku tak putus asa, aku bukak le blog Zubye, bagi dia tengok, kot le leh lembut hati kan ... dia biasa le, tengok macam tak ada expession gitu.


Geram pulak aku, aku kata kat dia, apa salahnya ambik gambo cantik2 satu family ... bukan selalu pun ... bukan mahal sangat yang kita tak mampu langsung ... kalau nak tunggu betul2 mampu, entah bilah baru dapat buat gitu ... aku tanaklah nanti, bila Lydia dah besar, aku rasa nyesal sebab tak buat benda ni, hanya kerana nak jimat ... aku tak rasa ni membazir ... ini impian aku ... dia pun tau, ini yang aku suka, even masa lepas kawen, aku jugak pujuk dia utk wat photoshoot kat studio cina ..so dia memang tau, itu kesukaan aku ... ini impian aku untuk anak aku jugak .. salah satu impian lah kan ..macam dia, impian dia nak tengok Lydia tidur bilik sendiri dah tercapai, aku pun nak lah ada impian yang tercapai ... erkk.. boleh ke aku samakan gitu? hahaha ...


The next day, dia tanya lagi, betul2ke aku nak buat shoot tu .. aku pun, malas nak gaduh2 sangat, lagipun aku dah fikir2 jugak, maybe aku leh le postpone niat aku tu kan to some other time yg lebih sesuai ... so aku kata kat dia, its okay lah ..kalau tak mau tak apa lah maybe next time aje ... aku cakap gitu sambil pandang tempat lain. 5 tahun dengan aku, aku rasa dia faham sangat le kalau gitu gaya aku, haruslah aku frust gitu kan ... then dia kata, ikut awak lah, kalau awak ada duit, proceed aje lah ...


Muka aku cool je, tapi hati aku senyum selebar2nya ...


Then lepas dah confirmed date ngan Zubye, aku called hubby ... huhhuhu .. apa2 je kan, dah tau orang tu tak berapa berkenan, aku ni selamba rock aje, called dia .. mintak dia ambik cuti, sebab session buat masa weekday. Suprise juga le cik abang tu, dia ingatkan aku set weekends ... aku kata la weekends dia fully booked. Then dia kata, dia takleh bg jawapan masa tu ... kena tunggu the next day .. adoii .. padahal aku dah confirmed ngan zubye, dah bayar deposit lagi huhuuh ...


2 hari lepas tu baru le hubby aku kata dia boleh cuti ... hmmm .. terharu plak aku. Dia, dalam pada tak setuju ngan aku, dia follow jugak ... dia sayang kat anak2 benonyer ... kat aku?? ish anak 2 tu tak reti2 ker ekeke ... :-)


So, tadi dia cuti, pagi tadi lydia sekolah, idlan kat rumah sebelah, aku ngan hubby gi jumpa biz partner kejap ... then rupanya kul 1 baru habis, ingatkan nak lunch dulu baru le amik idlan then kemas2 amik Lydia ... rupanya lain yg jadik ... dlm kereta, husband tanya, tadi pagi dia masak air, aku ada off kan tak gas?? aku yg masa tuh tgh drive terus terkejut, sebab aku tak ingat pun aku ada matikan api gas. Adeh! mcm tindakan refleksi gitu, aku terus rasa nak pecut ..pastu seram plak, so tukar drive, so leh le dia pecut ... aku plak kecut perut huhuhu ... then sampai rumah, rupanya aku dah matikan pagi tadi ..isk! teruk le aku ni pelupa...hmmm... then amik idlan, la.. tak jadik nak lunch ... aku lapar giler, seb baik husband aku kat dapor dok keletang keletung, rupanya buatkan aku neslo ais ..aduh sedap!!!


kasik idlan main2 sat, then kasik can hubby rest2 kejap, aku plak settlekan brg2 nak bawak ke shah alam tuk photo session tu ... kul 3 baru kuar rumah nak ambik Lydia. otw tu, aku ckp kat hubby singgah memana yg ada jual belon, nak beli so that leh jadik prop masa shoot. Tetiba dia jawab ngan suara tegang, kata apa plak semua pun kita nak fikir sendiri apa nak buat ... aku plak hangen tetiba masa tu. Aku tau le dia actually separuh hati je pasal shooting ni ... aku diaaam je.. aku cool kan sendiri hati aku masa tu ... dia pun diam gak ... then aku tak nak kasik dia moody, aku break the ice lah. aku kata lah yang dia tak payah fikir apa2 pun, aku yang fikir .. so kenapa dia nak piss off plak ... tu je lah aku cakap .. dia diam aje ... i just hope that he can think about what i said lah ...


and aku rasa dia nyesal kot or dia dah befikir dengan open mind .. sebab lepas amik lydia, dia stop kat Petronas, then dia kata situ maybe ada belon. :-) I know he wanted to make things right. :-) diam2 I thanked him for undrstanding (aku lom cakap thanks lagi ni ..ishh teruk lah aku ni) ... dapat belon sepacket ..barulah kitorang ke shah alam ... kan aku dah kata, sayang gitu laki aku ni kat anak2 dia :-) and aku pun, sayang kat anak2 aku, and sayang kat bapak kepada anak2 aku, yang sangat penyabar melayan kerenah kami anak beranak, kerenah aku especially .. :-)


Sampai kat tasek kul 4.03 PM .. lewat 3 minits noks!


nanti, bila dah dapat hasilnya, barulah aku sambung kisah masa photoshoot plak ehh .. pasal kerenah anak dara aku tuh plak ... huhuhu! nak tido lah, ngantuk!


tapi, aku rasa betul lah .. bila dah jadik emak ni ... satu peranan kita yg kita sendiri tak sedar ialah, making sure everything is in the right track ... hmmm mcm mana lah emak yg ada anak 3, anak 4 dan seterusnya .. WA OLS RESPEK SAMA LU OLS LAH!!!!


Salam ...

Posted by Picasa

7 comments:

  1. hopefuli the photoshoot went well ;)

    ReplyDelete
  2. WA CAYAAAAAAAAAA SAMA LUUUUUUUUUUUU

    ReplyDelete
  3. Nak comment pasal entry kat bawah tu. All the best at your new place.Take care..

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:51 pm

    fara, aku tak sabo nak nengok hasilnya.. boleh laa ku tiru muehehehehe..

    lagipun..anak aku yang 2nd dan 3rd belum ada studio photo lagi.. cam tak adillah kan.. (alasan apakah ini.. huhu)

    makcik.

    ReplyDelete
  5. yeezer....cepat skit gua pun nak tiru jugak

    ReplyDelete
  6. kak fara! how was ur first day?

    ReplyDelete
  7. cepatlah fara upload gbr.. x sabar aku nak nengoknye... mesti cantikk..

    ReplyDelete

Popular Posts