Monday 2 June 2008

Kisah Itu Tidak Berakhir Di situ - 12

Sambungan daripada sini

Perempuan itu tersenyum ketika melihat namanya tertera pada sepucuk surat di dalam bakul yang melekat di tiang kedai di hadapan kampungnya. Jika selalu, adiknya lah yang rajin membawa pulang surat2 dari kedai, tapi entah mengapa, hari itu dia tergerak hendak ke kedai sendiri melihat-lihat kalau-kalau ada surat baik untuknya mahupun ahli keluarganya


Dia tidak menunggu sampai ke rumah untuk melihat siapa pengirim surat itu.
sambil langkahnya dipercepatkan menuju ke rumah, jari jemarinya sudah pun mengoyakkan sampul surat berkenaan.


Surat dari lelaki itu sangat ringkas. tidak sampai 3 minit surat itu sudah habis dibaca. Perempuan itu tergelak sendiri membaca gaya penulisan lelaki itu yang pada anggapannya sangat bersopan dan tidak ubah seperti membaca karangan bahasa melayu di sekolah.


Di dalam surat ringkas tidak sampai 2 mukasurat itu, lelaki itu bercerita tentang pengalamannya dalam bulan pertama menjalani kehidupan sebagai seorang siswa. Lelaki itu juga meminta maaf kerana tidak dapat menghubungi perempuan itu lantaran kesibukan menghadapi minggu suaikenal dan juga kerumitan mendapat peluang untuk menggunakan telefon awam di kolej penginapan.

"Sorrylah lama tak call, aku tengah sibuk lagipun telefon kat sini pukul 8.30 malam org dah beratur penuh, siap bawak kerusi lagi"



Di akhir surat, lelaki itu memberikan alamat kolej penginapannya,


"P/s: Masuk U jgn lupa beritahu aku, alamat aku kat belakang ni"



"eleh, public phone penuh konon...alasan.." getus perempuan itu di dalam hati.


Perempuan itu mengambil keputusan untuk tidak membalas surat lelaki itu sehingga dia sendiri bergelar seorang siswa nanti. Surat tawaran yang datang sebulan yang lepas betul2 menggembirakan hatinya. Walaupun bukan mendapat universiti pilihan pertamanya di dalam borang UPU yang diisi, perempuan itu tetap merasa bersyukur kerana sekurang2nya dia masih lagi boleh menyambung pelajarannya seperti rakan-rakan lain.


Dengan senyuman yang terukir dibibir, perempuan itu menyimpan surat pertama lelaki itu bersama-sama surat2 lain yang diterima daripada rakan2 lain yang hampir ke semuanya sudah pun mendaftarkan diri di universiti2 tempatan seluruh malaysia. Mengingatkan itu, perempuan itu menjadi tidak sabar untuk menjejakkan kakinya ke menara gading.


dan sepotong ayat dari lelaki itu bagai menari2 di matanya ...


"Sampai di sini dulu, aku harap perkenalan kita akan berpanjangan .."



Bersambung ...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts