nah! amik korang, aku update lagi hari ni ... kahkahkah!
lately, aku banyak ambik cuti. EL ada, AL ada, MC ada .. cukup semua ... mcm aku pernah cakap, aku nak jimatkan duit minyak dan tol ekekke!
Tapi, bila cuti ni, acrtually lebih memenatkan ... bukan penat sebab buat kerja banyak or berat, tapi penat sebab letih menahan mata dari tidur ... asyiiikkkk la nak tidur aje kalau kat rumah ... nak elak dari rasa letih mcm tu, buat la konon2 kemas rumah kan .. tapi kemas sikit dah sakit2 pinggang kononnya, manja sangat badan ni.
Alternatif lain, keluar merayau la kan. Sudah, minyak lagi keluar .. tapi tu ler, zaman teknologi, mana boleh nak kedekut sangat ngan duit minyak kan? (Oh, bila nak gi kerja leh plak kedekut, alasan!) ... dalam pada tak nak berjalan sebab konon nak jimat minyak, akhirnya cuti ahad semalam, kitorang sampai ke Mid valley! wakakakaka! konon!
Ops, tapi bukan saja2 la kan.. actualli hamid nak ke Puchong umah member dia, nak amik barang ... tapi member dia plak lom balik rumah, so dalam tunggu dia, aku la yang suggest pegi Midvalley tu ... plan nak tgk kedai buku Borders, yang baru bukak kat situ. Sampai sana, aku gi MPH dulu, sebab aku kan ada kad MPH, so aku prefer lah mebeli2 buku kat MPH. niat nak carik buku Kinsella yang latest, Remember Me, dengan nak carik buku2 yg anne sebut dalam blog dia .. sampai situ, rupanya tak sampai lagik buku Kinsella tuh, dorang kata latest yg ada kat dorang is Shoppaholic with baby .. aku dah ada dah .. aku beli masa mahal dulu, masa size beso, now dah size kecik, dah 50% less .. tu la padan muka aku jenis tak sabar! so Remember Me tak ada lah lagi .. and MPH newsletter tu kata, akan ada within one month, still dalam size beso, still harga rm74. adeh! nampaknya kali ni aku kena sabar sket .. tunggu lah harga dia rm35 baru aku beli.
So tak dapat buku tu, pasal buku yang anne promo tu .. ada ke aku leh lupa sapa author dia .. and aku tak sure apa title dia.. Love Happen ke, Love Perhaps ke..Love Actually ke??? adehh aku try gak ushar2 semua yg ada ketiga2 tajuk tu .. tak ada plak ... nak tanya kat kaunter, segan plak sbb tatau sapa author ... so, last2 tak beli gak ... LAst2 melayan LYdia aje lah kat Kids corner. Seronok le dia ... balik tak tangan kosong, beli gak buku tuk Lydia .. bila nak bayar, kasik la diskaun card MPH Junior Card, rupanya dah expired bulan May .. padahal last month aku baru jek membeli using the card, and still dapat diskaun .. itu kat MPH Giant Shah alam ... huhuhu .. meaning dia tak check la tuh ... untung gak aku .. tapi aku still lom renew lagik sbb harga buku pon tak sampai rm10, tapi harga renew plak rm10. next time lah!
Lepas tuh carik gak Borders ... ingatkan kat area2 MPH, rupanya tak. Aku rasa dia kat the Gardens tu kot, Wing yang baru tu .. dah separuh jalan ke sana, laki aku dapat call... ha.. nih interesting nak story ni ... pasal phone call ni, aku cancel gi Borders, sebab aku malas nak menyeberang jalan nak ke Gardens tu ...
Phone call tu, daripada inspektor polis tau. ASP Muniandy gitu. Dia tgh menyiasat kes penipuan seseorang .. orang tu dah dalam tahanan pon, kat penang. Nak jadikkan cerita, nama dan nombor husband aku ada dalam list orang tu ... plus, ada plak few phone calls made to my hub. LAst sekali, ada plak SMS daripada husband aku, dialog dia macam ni:-
"Still berminat ke? kalau tak, off Deal" gitulah SMS laki aku kat mamat tu. Hah1 haruslah polis tuh syak kan .. so because of that SMS lah dia called husband aku ...
huhuhu! rupanya, mamat (yang kena tangkap) tu penipu yg dah lama dicari polis .. so dia tanya kat hubby aku, SMS tuh apa maknanya .. rupanya mcm ni, pak mertua aku mmg dah lama nak jual tanah dia kat Meru tu ... so dah bermacam2 orang la dtg nak beli .. one of them is the penipu tu lah.. dalam bulan 8 tu, dia ada datang jumpa laki aku kata nak beli ... tapi lepas tu senyap aje, so sebb tu laki aku SMS dia tanya camtu, sbb ada org lain dah tanya plak ... mana lah laki aku tau dia penipu .. pastu inspektor tuh mcm puas hati lah ngan keterangan laki aku ... gitulah ceritanya.. fuhhh!!! nasib baik la tak jadik mangsa penipuan ...
bab jual tanah pun satu hal ... byk gak orang nak amik kesempatan bab2 jual tanah ni .. dah lebih setahun rasanya FIL aku carik orang nak beli tanah .. yang tanya mmg ramai ... tapi ada jek prob nya ... yang paling selalu ialah, dorang mcm ada hidden agenda .. ada gak yg x de duit tapi nak beli .. ada sorang tu, lawyer dia call husband aku, and bgtau supaya jgn caya ngan client dia, sbb client dia ni suka nak manipulate oranng esp. orang2 kampung mcm bapak mertua aku ... hmmmm ... so u ols, kalau ada yg berminat nak membeli tanah seluas 5 ekar kat Meru, sila2 lah berhubung ngan laki aku ...
Itu aje dulu ... sudahnya, lepas ke MidValley, kami ke Puchong gak ... pastu baru balik rumah ... dan, of course, tidur ... huhuhuhuu!!!!
Salam.
Tuesday, 5 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
faraa..bile pulak ko mentransferkan blog ko dari tgazfa ke amfarra ni?
ReplyDelete