Pejam celik pejam celik ... dah menghampiri Syawal dah kan? Seriously speaking, Ramadhan this year pun, aku tak jugak dapat memperbaiki diri macam mana yang aku cita-citakan .. entah apa lah aku ni ... dari setahun ke setahun, masih macam ni juga lagi, masih ditakuk lama juga lagi ... bila agaknya nak ke takuk baru ...
Tapi, tu la dia .. dalam pada kalbu merintih2 macam ni, tetap jugak aku ikut nafsu-nafsu diri sendiri ... tetap juga aku tergedik-gedik nak menyambut hari raya...sudahnya, banyak jugaklah shopping centre yang aku dah jejaki sepanjang Ramadan ni ... Bila aku tengok balik, tepuk dahi aku dibuatnya ... Percaya tak, dalam bulan Ramadan, lebih banyak aku merayau dibandingkan bulan lain... Sebut aje mall mana, semua aku masuk ... sebut lah Giant? Carrefour? Subang PArade? Mydin? Sogo? Great Eastern? Ampang PArk? KLCC? Jusco? Car boot sale? Kompleks PKNS? The Store? Kamdar? .... itu tak termasuk kedai2 deret2 tu .. tak termasuk Jln MAsjid India... hmmmm ...
Ramadan ni, baru sekali aku buka kat rumah sendiri ...SEKALI aje ... hishhh dasyatnyer! ... dengan kawan-kawan pulak empat kali, rumah mak SEKALI ... selebihnya, rumah MIL aje ...
So, sempena Syawal ni, aku nak mengambil kesempatan ini, mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang sudi singgah dan membaca tulisan-tulisan aku ... Sama-samalah kita berdoa semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah S.W.T ....dan semoga kita dipanjangkan umur untuk melihat Ramadan yang akan datang ... :-)
Aku mula bercuti pada Sabtu ini. Hari raya kedua barulah balik ke Johor rumah mak aku ... So, sesiapa yang duduk di Johor, jemputlah ke rumah aku kat Parit Raja, Batu Pahat, Johor tu ... and aku balik semula ke Klang pada 29th ... So, jemputlah datang ke rumah aku di Klang ...
Yang pasti, aku tak sabar nak datang rumah Arc!!!!!! hehehehehhe!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
the first one bagi komen utk entry ni...ni je komen aku...hehhehhee
ReplyDelete(aktif betol ko mengunjungi the mall ye...hihihihihihihi)
Anyway selamat hari raya, minta maaf segala salah silap atau terkasar bahasa...hati2 memandu balik kampung..
InsyaAllah jumpa kat umah ARC nanti...
fara,
ReplyDeletesomehow, sayu lak aku baca entry kali ni..
maaf zahir batin aku pohon. kalau ada silap aku (mostly kata2 le aku rasa), tolongggg le jangan simpan, ye..
selamat hari raya. baik2 driving tu. jumpa lagi lepas raya, inshaAllah.
Fara,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya MAaf zahir Batin..
Aku balik Johor pun 2nd day raya...Jemputlah ke rumah MIL aku kat Jln Kluang eh....
Selamat Menyambut Syawal ye Fara. Mohon Maaf Zahir & Batin. Esp kuih raya tu, kalau tak kena ngan selera ko sorry bebanyak.
ReplyDeleteBerhati-hati di jalan raya!
Selamat Hari Raya u Ols, thanks for the wishes ..
ReplyDeleteadoq, kuih kau aku dah rasa...sedap ler ..nxt yr aku order lagi
SELAMAT HARI RAYA FARA! SEMOGA KO BERGUMBIRA DISAMPING SUAMI DAN ANAKMU...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..Fara. Minta maaf diatas segala kesilapan. Semoga bergembira disamping keluarga.
ReplyDeleteSLAMAT HARI RAYER ANTY FARA...JEMPUT DTG UMAH EH...EHEH....=)
ReplyDeleteSlmt Ri Raya...Maaf Zahir Batin, sesame lah kita menginsafi diri kita sempena bulan kerahmatan ni yer...
ReplyDeleteSelamat Ari Raya team leader. Jangan ko balik kampung ko wat meeting pulak...kekeke. Mahaap Dzahir Batin....kem salam kat org kampung yekkk...
ReplyDeleteHuaaaarrghhhh.... Faraaaa.. aku tahu aku banyak buat dosa kat ko.. aku kutuk ko.. aku cakap macam2 pasal ko.. aku nak mintak maap ekkkk... slamat hari raya... tapi kannn.. tapi kannnn.. aku masih kempunan mee bandung ko lahhhhhhh :-))
ReplyDeleteThanks Anne, Royce,aida, RM, zaidee!!!!
ReplyDeleteMaaf Zahir BAtin u ols!!! mmuaaahhsss!
dee, hampeh lu ... oppss .. Maaf zahir batin lagi ...
Fara, AN nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir bathin. Manalah tahu kut-kut terkasar bahasa masa chatting tu. Maafkan lah ye.
ReplyDeleteBerhati-hati dalam perjalanan balik kampung tu.
selamat hari raya aidilfitri sayang ku :-)
ReplyDelete