Aku sambung Kisah ni
Hampir setiap hari perempuan itu menerima panggilan daripada lelaki itu. Umpama rutin, setiap kali deringan pukul sembilan malam, ketika itulah debar jantungnya menderu laju. Dia mengakui, dia sangat senang menerima panggilan itu, dia sangat senang berbicara dengan lelaki itu.
"Result SPM dah nak keluar, nanti aku pergi sekolah ambik result, aku nak jumpa kau, ok ke?" Cadangan itu terbit daripada lelaki itu di hujung talian sana.
"Tengok lah macam mana. kalau result aku OK, aku nak, kalau result aku tak OK, aku tak nak lah jumpa kau sampai bila-bila, segan." Sememangnya itulah kerisauan yang bertapak di hati perempuan itu. Dia amat bimbang akak keputusan peperiksaan nya nanti. Dia tahu, keputusannya nanti pasti bukan sesuatu yang akan membuatnya tersenyum lebar. Kini, bila lelaki di hujung talian membangkitkan soal itu, kerisauannya bertambah, dan dia yakin, dia tidak dapat berhadapan dengan lelaki itu jika benar segala telahannya.
"Mestilah cun result kau nanti ... lepas tu, boleh la kita apply U yang sama" Perempuan itu tergelak dengan perancangan lelaki itu. Huh, orang tengah risau, dia pulak berangan sampai ke U, hatinya bersuara.
Hari berlalu, hari yang mendebarkan akhirnya tiba juga ... hari itu, keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan, dan semestinya perempuan itu juga tidak terkecuali ingin mengetahui apakah hasil usahanya selama ini. Dan seperti biasa, malam itu telefon yang tidak jemu2 berdering, berdering lagi.
"Result dah keluar"
"a ah ..tau"
"Bila nak gi sekolah, tgk result?"
"Esok"
"tunggulah aku, aku sampai sekolah lewat sikit, jauh naik bas, tunggu tau, aku tunggu kau kat public phone depan hostel girls"
"ntah, tgk lah esok"
Dan keesokannya, perempuan itu dihantar oleh kakaknya menuju ke sekolah itu. Ketika kereta memasuki kawasan sekolah, bibirnya tersenyum, dialog-dialog lama terngiang-ngiang berselang seli dengan niat lelaki itu utk menemuinya di sini hari ini. Namun, buat saat itu, hatinya lebih berdebar untuk mengetahui keputusan, bukan untuk bertemu lelaki itu.
Tidak ramai kelibat rakan-rakannya yang datang untuk mengambil keputusan. Mungkin kerana dia sampai lebih awal memandangkan rumahnya yang tidak jauh daripada sekolah. Pintu pejabat sudah dibuka, menandakan keputusan sudah sedia menanti di dalam.
Perempuan itu berjalan lambat menuju ke pejabat. Semakin hampir dengan pejabat, semakin memuncak kegusarannya. Tidak putus-putus bibirnya menyebut selawat, bukanlah untuk mengubah keputusan kerana dia tahu keputusan itulah hasil usahanya. Namun selawat dibaca untuk menenangkan perasaannya yang sedang berdebar itu.
Kakinya dilangkah masuk ke dalam pejabat. Ada beberapa orang guru di situ, termasuklah bekas guru Bahasa Malaysianya, Cikgu Jalil. Entah mengapa dia tidak sanggup hendak memandang wajah cikgu Jalil kerana dia tahu, dia akan menghampakan guru itu. namun, bagaikan air yang mengalir di air terjun, dia tidak dapat mengelak daripada dilihat oleh cikgu Jalil.
"Ha, awak ... mari sini ambil result dari saya, sebab saya pun nak tengok apa awak dapat utk BM" Cikgu Jalil ke hadapan dan menegur perempuan itu.
"Err..cikgu...hmmm.." Belum sempat perempuan itu berkata-kata, Cikgu Jalil sudah mengambil sehelai kertas yang perempuan itu pasti merupakan slip keputusannya. cis pandai2 dia aje desis hatinya.
Tidak berani dia membantah perbuatan gurunya itu. Sedangkan dalam hatinya, dia tidak mahu mengetahui keputusannya daripada orang lain, dia mahu bersendirian melihat kertas itu. Mahu saja dia merampas kertas itu daripada tangan cikgu Jalil dan berlari dari situ, tapi kakinya seperti terikat.
"Apa ni, tak ada pun angka tegak2 ni .. semua angka belok2 aje ni ..." Arrghh! perempuan itu tidak sanggup mendengar kata-kata guru itu. Mana boleh jadi? dia tengok result aku? pastu dia komen2 sebelum aku tengok? Tak habis-habis hatinya berkata sendirian. Melihatkan perempuan di hadapannya bungkam, guru itu menyerahkan kertas slip keputusan itu kepada perempuan itu.
"Saya frust la dengan awak ... kan saya target awak BM dapat A1" hampir mengalir airmata perempuan itu mendengar kata-kata gurunya. Dan ketika itu dia melihat pada kertas itu, tertera C3 bersebelahan dengan subjek Bahasa Malaysia. Dia terkedu.
"Dah lah, apa-apa pun, tahniah lah kat awak ... semoga dapat U yang best-best" Guru itu seakan mengerti bekas anak muridnya itu diam kerana sedang menahan sebak, lantas dia berlalu dari situ.
Dan perempuan itu, ketika melihat keputusan yang lain, tidak juga dapat memberikan senyuman kepada dirinya sendiri. Perlahan-lahan kakinya melangkah meninggalkan pejabat menuju ke kereta di mana kakaknya menunggu.
"Macam mana?"
"Tak OK la kak .... tak ada A1 pun ... " keputusannya dihulurkan kepada kakaknya.
DAn ketika kakaknya membelek kertas itu, airmatanya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia menangis di situ juga, mengenangkan keputusannya yang tidak begitu membanggakan. Entah bagaimana mahu berhadapan dengan ibunya yang sedang menunggu di kampung. Ketika itulah sesalan hinggap ... kesal kerana tidak bersunggu-sungguh bersedia untuk peperiksaan. Akan tetapi, menysal kemudian tidak berguna, dia tahu dia harus redha dengan apa yang diperolehi.
"Ok la ni ... still pangkat satu" Kata kakaknya.
"Tak OK kak, kat sekolah ni, sapa egriget lebih 15, orang tak pandang lah kak" Perempuan itu menjelaskan kepada kakaknya.
"Dah lah kak, jom lah balik"
"Eh, kata nk jumpa member-member dulu ... kata nk balik naik bas aje nanti ... "
"tak nak lah, tak de mood"
Kakaknya hanya tersenyum dan mengangkat kedua bahunya. PErempuian itu laju masuk ke dalam kereta dan menymbamkan mukanya ke tapak tangannya. Hati yang kecewa tidak dapat di tahan lagi. Tidak sanggup rasanya hendak terus berdiri di sekolah itu lagi, apa lagi untuk bersua dengan kawan-kawan lain. Tidak, tidak mungkin.
Bersambung Sini plak
Wednesday, 27 September 2006
Wednesday, 20 September 2006
Siapa lebih Bijak?
Tahun pertama perkahwinan kami, sepupu aku mengadakan majlis menyambut menantu. Oleh kerana hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarga, aku mewajibkan diri aku untuk berada di sana, lebih-lebih lagi Rudy yang berkahwin itu merupakan teman sepermainan aku semasa kanak2.
Sayang sekali, hujung minggu itu suami pula telah diwajibkan bertugas pada hari minggu. Kalau abang tak ada, kilang tak jalan, begitulah dia berseloroh apabila aku menyatakan rasa tidak puas hati aku kepadanya.
Namun bukanlah seorang isteri namanya kalau tidak pandai memujuk seorang suami. Ini bukan memujuk suami yang marah, ini memujuk suami supaya memahami keperluan seorang isteri untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang sepupu yang diperlukan oleh sepupu. Dan sepupu itu pula yang sering ada bila diperlukan.
Dan sebagai seorang suami, dia bukan termakan pujukan sebenarnya. ye betul ia seakan-akan beliau termakan pujuk rayu seorang isteri. Tetapi, keputusannya adalah berdasarkan pemikirannya yang matang, hasil daripada kebijaksanaanya berfikir dengan wajar, tentang kepentingan hubungan antara manusia itu adalah sama penting dengan kewajipannnya menunaikan tanggungjawab kepada ketua dan tempat kerja.
Suami aku bersetuju menghantar aku balik ke kampung malam itu selepas kerja, dan pergi ke rumah sepupu aku malam itu juga untuk bergotong royong rewang sebelum majlis pada sabtu siang. Kemudian, aku pula harus bersetuju melepaskan suami pulang semula ke Klang kerana dia perlu juga bekerja pada hari sabtu dan ahad. Adil Jadi, seawal 3 pagi Sabtu, dia pulang diringi lambaianku.
Setelah bergelar isteri, itulah kali pertama aku di kampung sendirian. kali kedua semasa berpantang selepas melahirkan Lydia. Kali ketiga belum lagi. hehehe.
Oleh kerana adik-beradik yang lain mengambil keputusan untuk bercuti pada hari Isnin, tidak dapat aku hendak menumpang mereka pulang ke KL. Oleh kerana tiada kenderaan untuk ditumpangi, aku mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja. Tiket perjalanan pukul 5 petang. Suami bersetuju mengambilku di perhentian Pudu Raya. haha! macam zaman-zaman dulu aje rasanya.
Zaman dia belum menjadi suami dan mengambil aku di Pudu Raya dan kemudian menaiki bas ke UiTM Shah Alam. Zaman tu aku gelakkan dia, orang lain ambik awek naik kereta ke, motor ke, tapi awak ambik saya, naik bas ... saya turun bas untuk naik bas semula ... itu gurauan aku zaman dulu. Kalau aku jadi beliau zaman itu, mesti aku akan jawab balik kata2 aku macam ni, Ok apa naik bas, besar ... lebih besar daripada kereta ...Tapi, itu kalau aku lah .. dia tak pulak menjawab, cuma tersenyum-senyum selamba aje. Jadi zaman itu aku cuma mencebik aje lah sebab guaruan aku tak dilayan.
OK, balik semula kepada zaman tahun pertama aku berkahwin tadi, suami bersetuju mengambil aku di Pudu Raya. Ketika aku sampai, dia sudah sedia menunggu. Aku tersenyum bangga macam dalam cerita drama aku lambai2 tangan ... terasa diri macam di KLIA tapi rupanya di Pudu raya. huhu!. Sejurus selepas bersalaman, senyuman aku hambar tiba-tiba. Keletihan yang hilang muncul semula.... Oh! bukan sebab dia menjemput aku dengan bas .... tetapi semuanya selepas mendengar beliau berkata ...
"Fara, boleh tak kalau kita singgah kilang abang dulu sekejap, abang ada kerja belum settle lagi la ... diorang tengah tunggu tu"
Aku sekadar mengangguk lemah. Aku tau untuk memintanya menghantar aku ke Klang kemudian berpatah semula ke petaling Jaya adalah tidak wajar. Lagi pula ketika itu aku masih duduk di rumah ibu mertua dan ibu mertua tidak ada pula di rumah kerana menunaikan umrah, jadi nanti aku akan keseorangan juga, lebih baiklah aku seorang diri menunggu di kereta daripada seorang di rumah yang besar.
Perjalanan ke Petaling jaya sungguh lancar. Suami bercerita masalah yang berlaku di kilangnya dan aku bercerita tentang majlis Rudy di kampung yang tidak sempat dihadirinya. Sampai di PJ (kilang) dia meminta aku menunggu di dalam kereta.
Dan aku menunggu.
dan menunggu.
menunggu.
sambil mendengar lagu.
dan menyanyi bersama lagu.
sambil menunggu.
dan menunggu.
dan tertidur.
dan terbangun semula.
Dan beliau masih belum keluar-keluar daripada bangunan kilang. Aku sudah mulai bosan. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi rasanya. Aku melihat sekeliling, memanglah terang kawasan kilang, dan ada juga lah kelibat2 mat kilang yang sudah tentu sedang berada dalam shift malam. Dan nampak juga kelibat pak guard sedang meronda-ronda di persekitaran. Sesekali aku keluar dari kereta, berjalan-jalan mengelilingi kereta umpama tawaf gitu. bagi regang2 sikit otot-otot badan. Sesekali tersenyum-senyum jugak kat abang guard tu (eh, tadi kata pak guard.. bila keluar kereta nmpk muda pulak, terpaksa tukar jadi abang guard hehehe)
Kemudian daripada jauh aku terlihat kelibat suami berjalan menuju ke kereta. AKu tersenyum lebar. Penantian sudah berakhir. Aku mendapat idea untuk membuat beliau rasa bersalah. Cepat-cepat aku masuk semula ke dalam kereta dan membaringkan kerusi dan berpura-pura sedang tidur. Aku mahu beliau merasa bersalah kerana membiarkan aku tidur di dalam kereta berseorangan kerana menunggunya. Aku mahu dia mengejut aku dan berkata Fara, laa dah tertidur yea, kesiannya, abang mintak maaf sangat ye.. Aku mahu dia kata begitu ... semua itu mahuku ... Dan aku menanti dia membuka pintu kereta dengan hati yang berdebar-debar ... sambil itu mataku kubuka sedikit untuk memerhatikan reaksinya ...
Dia berjalan laju mendekati kereta. dia sampai di kereta dan berhenti, aku tahu pasti untuk membukan pintu kereta. tetapi sebelum itu, aku nampak dia menundukkan badan meninjau dari luar apa yang aku lakukan. Dan aku melihat dia sedang melihat aku yang lena keletihan. Aku tau masanya sudah tiba ... aku sudah bersedia untuk berpura-pura terkejut bila dia memegang bahu aku untuk mengejutku ....
Dan aku sudah bersedia ...
Dan kemudian aku melihat, dia bergerak... berundur ... aku buka mata aku lebih luas, memastikan betulkah apa yang aku tengok? Dia berundur??????? haaaaa??
UWaaaaaa!!!! dia tak kejut aku pun!!!! dia masuk semula ke kilang!!! uwaaa!! menyesaaalll aku buat trick tu!!!
Dan kerana kebijaksanaan aku yang konon2 nak bagi beliau rasa bersalah, ha, merasalah aku menunggu lagi ... sampai pukul 4 pagi ...
Dan pukul 4 pagi itu, ketika aku nampak dia datang ke kereta, aku terus keluar mendapatkan dia. AKu ceritakan semuanya ... dan dia gelakkan aku sungguh-sungguh! dia kata, mana dia tau aku tidur main2 ..dia ingatkan aku betul2 tidur so dia masuk lagi sebab memang belum settle sbb major breakdown .... dia kata dia keluar tu pun sebab nak ajak aku minum sementara dia tunggu testing...bila dia tengok aku dah tidur, tak sampai hati dia nak kejut ....
UWAAAAAAAAAA!!!!
itu kisah 3 tahun lepas ... hehehe ..tadi on the way gi kerja dia bgtau ada major breakdown ... aku terus allergic bila ada dgr major breakdown hahahahhaa... lawak!

Thursday, 14 September 2006
Kasihannnnn!!
conversation aku ngan mamat vendor dari india nih ...
+ oklah, its time to go home
- its still early
+ yup, i need to fetch my kid and after that going to see my friends while waiting for my husband.
- meeting friends again?
+ Yup, anything wrong with it?
- Nope, nothing wrong, u seem to have lotsa friends.
+ You're teasing me
- No i'm not. I'm envying ur lifestyle
+ ha? why is that?
- yeah, u go back to hometown every month, family gatherings, and meeting friends like twice a month, i remember u said u had a gath last week, and again tonight?
+ Hahahaha .... that's normal .. family and friends, nothing to be envied
- not me, my life is only about work
blablablaaaa ...
kosser aku ada orang envy ngan life aku yg pada aku ala2 membosankan ni ... so aku patutnyer bersyukur la kan? ada orang yang lebih bosan daripada aku ... kesiannnn...

Wednesday, 6 September 2006
Kisah itu tidak berakhir di situ VI
Bersambung dari Kisah ini
-------------------------------
Kringg Kringg!!!!
Telefon di ruang tengah berbunyi. Dia berjalan malas menuju ke telefon. Sambil itu, matanya mengerling ke arah jam di dinding. 9 malam. Ish sapa la pulak yang call ni. Hatinya berdetik.
Telefon dijawab, salam disambut. Pemilik suara dihujung talian tidak dapat dikenalpasti. Puas berfikir, masih tidak mahu muncul jawapan yang dicari. ah, malas lah nak fikir lagi, getusnya.
"Siapa ni ek?"
Tatkala suara itu menyebut namanya, jantungnya berdegup kencang. Dia tidak menyangka nama itu akan muncul kembali. Walaupun pemiliknya berada jauh, namun suara itu begitu dekat di hujung sana.
Segala kenangan di sekolah bermain semula. Dia tidak dapat menahan bibirnya daripada menguntum senyuman. Ketika tersedar, dia memandang sekeliling bimbang jika lagaknyer diperhatikan ahli keluarga. Lega hatinya bila melihat ibu dan adiknya sedang leka menonton televisyen
Dia tidak mahu bertanya bagaimana pemilik suara itu mengetahui nombor telefonnya. Seingatnya, tidak pernah dia memberi nombor telefon kepada sorang bernama lelaki. Setelah meninggalkan alam persekolahan beberapa bulan yang lalu, hanya surat menjadi penghubung dia dan rakan-rakannya.
"Sorry, terperanjat aku tiba2 kau call"
"Sorry jugak, aku dah lama nak call tapi segan, kali ni aku call jugak ..."
"Takper"
"So kau tgh buat apa?"
"Tgk TV la..apa lagi nk buat ..."
"Tak kerja ke sementara tunggu result?"
"Tak lah. mak aku surun belajar masak aje"
"So dah power la masak"
"Dah boleh bukak kedai"
Suara di hujung talian menyambut dengan gelak. Dia turut tersenyum. Begitu mudah perbualan berterusan. Setiap kata bersulam derai tawa. Sesekali matanya disorotkan ke arah jam dinding. Sudah 20 minit melepasi jam sembilan. Begitu pantas? dia tahu dia harus menghentikan perbualan lantaran jarak mereka yang bukan dekat. Dia tahuasal lelaki itu, memerlukan masa empat jam jika menaiki kereta. NAmun mulutnya berat untuk berkata sudah.
Sehinnga suara itu berkata,
"OK lah .. dah setengah jam ni ... insya Allah aku call lain kali ... cepat sgt dah detengah jam, kan? boleh ke kallau aku call lagi?"
"Ikut kau lah"
Dan ketika gagang diletak, dia tahu ... ada sesuatu menanti mereka di hadapan ...
berSAmbung sini......

Monday, 4 September 2006
Dari Dapur aku ...
dulu aku pernah kata aku suka berangan kan? ni aku nk citer berangan punya pasal ....
weekend jek la time yg ada kalau aku nak masak2 pun .. weekdays mmg of course tak masak, unless aku cuti. ok, fikiran aku memang senaaaang sangat nak melayang2 tau .. kadang2 tak sampai 2 minit orang cakap dengan aku, kepala aku dah ke mana-mana ntah .. hehehe ... so, ada satu hari tu ... lepas dah masak, aku panggil la husband aku makan dengan lydia sekali ... lepas dah cedok2 kan nasik dan lauk dorang, dah tuang2kan air ..aku pun duduk .. terus suap ... time tu husband aku dok bercerita pasal kerja dia la ..pasal team futsal dia la ... pasal dia main gokart ler ... selang seli plak dengan Lydia dok bercerita dia ..
"Mak, tandhi tandhi Ya tengok onyet ...." (mak, tadi tadi lydia tgk monyet) camtu ler dia ..dok ulang2 bg tau dia tgk monyet la, orang utan la .. actually dia still teringat2 dia tengok orang utan kat sarawak last month .. hahaha tapi mmg dia cakap tadi je.. semua pun tadi ...
So aku pun dalam pada dok dengar citer dua beranak tu, tetap gak tak lepas fikiran aku nih drp dok melayang2 ... bukan fikir apa pun .. aku dok suka imagine apa2 yg dorang cerita ..tapi bila dorang dah habis cerita, aku tak habis lagi imagine .. tuh yang salu terbabas jek ... so, time tgh dok berangan2 tu .. aku rasa husband aku bercakap2 .. tapi aku mcm tak berapa ambil port aje topik apa ntah dia cakap ... pastu aku mcm tersedar dari lamunan .. dan dengar husband aku kata,
" .... masak..... makan ..... kedai makan ...."
aku macam, haaaa????? apa ni tiba2 ckp pasal kedai makan ni???
"Abang kata apa? lebih baik makan kat kedai??? ....ooo sampai hati tau, orang dah masak sampai tanan melecur kena minyak panas ni, abang senang2 aje kata nak makan kat kedai makan ... sedihnya saya ... tak apa lah.. abang makan kat kedai sana, biar saya habiskan sorang2 aje apa yg sy masak ..."
"eh, apa awak ni .. tak pasal2 nak angin ni ..."
"tu abang kata sy masak x sedap, pastu nk mkn kat kedai makan"
"laa.... berangan la tu .. abang kata, sedap awak masak ni, abang rasa mcm nak bukak kedai makan ...tapi awak yg masak ... tak dengar ke?"
"errr .... hahahahha ... " Aku tatau camner nk cover seban beb! hahahah .. so aku gelak2 ajek lah
"itulah ... abang cakap taknak dengar lagi dah ... sampai hati awak biar abang cakap sorang2 ..."
hahahhaha!!! ... hampeh tak .. memula aku nk merajuk, pastu dia plak dpt point nk merajuk ...
itu jek cerita dari dapur aku ...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...