Bagaimana kisah ini bermula
Di suatu petang
Di sebuah sekolah
Di sebuah Blok
Di tingkat bawah
Di kaki lima hadapan makmal sains
Di antara kantin dan asrama.
Dua pelajar lelaki berjalan, di hadapannya seorang pelajar wanita. Ketiga2 mereka adalah pelajar baru di sekolah itu.
"psst..sombong!" suara salah seorang pelajar lelaki. Pelajar perempuan tak nak perasan, jadi terus berjalan.
"cik kak!" Suara pelajar lelaki semakin kuat. Pelajar perempuan menoleh ke belakang
"panggil aku?" Pelajar perempuan berkata kepada pelajar lelaki. Dia kenal mereka kerana mereka sekelas.
"iye lah..kau jalan seorang, jom la jalan sama2" Jawab pelajar lelaki. Pelajar lelaki yang seorang lagi hanya tersenyum. Pelajar perempuan pun balas senyuman.
"Okay, aku tak kisah" Pelajar perempuan setuju
Mereka berjalan bertiga. Tapi hanya ada dua suara. Kerana satu lagi manusia tidak bersuara.
"Kenapa kau tak banyak bercakap? Kat kelas pun diam jer." Pelajar perempuan berani bertanya.
"Dia kelu" Pelajar lelaki yang tak payah ditanya tolong menjawab.
"kenapa kelu?" Pelajar perempuan tidak memahami
"kerana kau lah." Mendengar itu, pelajar perempuan tersentak. Mata cuba melirik pada si lelaki pendiam. Nampak satu senyuman. Pelajar perempuan tersentak lagi.
"hahaha!! pandai la kau buat lawak. Kesian member kau, mentang2 dia tak byk ckp, kau buli dia" Pelajar perempuan bersikap selamba.
"Aku tak tipu, aku tak buli. Dia memang kelu nak bercakap dengan kau" Dia tolong jawab lagi
Dan pelajar wanita ketawa lagi.
"Entah apa2 la korang ni." Pelajar perempuan menjawab dalam gelaknya, dan persimpangan antara asrama pelajar lelaki dan perempuan memisahkan mereka.
Pelajar perempuan itu tidak tahu, kisah itu tidak berakhir di situ.
Klik untuk sambungan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Balik dari Sekolah hari Ahad tu, kami singgah makan kat area belakang panggung wayang lama, Coronation. Dulu kat situ mmg port bebudak SMSJ ...
-
Hi! Dah masuk kerja semua? Camne episod raya uols? Aku sangat busy menjelang nak raya hari tu, sampaikan tak ada update langsung nak wish uo...
-
Nasib baik le makin banyak dah kedai makan tumbuh mcm cendawan kat area rumah saya. Senang sket tapau dinner or makan situ terus. Ada banya...
alamek potong tul la...err.. ni kisah benar ke kisah tipoo ni? ni karangan PMR ke cerpen SPM? ni yg saspen ni?hehehe
ReplyDeleteyeah...ur rite....misti ader continues dia ni....suspen??? TuNggU....
ReplyDeletejeng jeng jeng...
ReplyDeletesaspen arrrr...
nanti dah sambung gi shout kat my blog ok
btw ur hubby macam muka yazer af3 huh :)
Hi.. ada juga cerita pasal sikelu yer...?
ReplyDelete