Sunday, 22 December 2013

Kawan-kawan kita adalah rezeki

Mudahnya menjemput rezeki. Happy betul dengan rezeki melimpah ruah yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga selama ni. Dalam pada kita rasa kita kekurangan di satu2 sudut, Allah sebenarnya sudah ada perancangan untuk kita memperoleh rezeki lebih di sudut yang berbeza.

Sekarang ni, saya diberi rezeki kawan-kawan yang ramai. Betul ni mak tak tipu. meriah hidup dengan kawan-kawan. Tak sunyi whatsapp tu dgn mesej dari kawan2.


Bukan je kat Whatsapp. Kat realiti pun kami lepak bersama bebila ada kelapangan. dah borak dalam alam maya, borak lagi sambung kat kopitiam. hahaha best noks! Kawan-kawan ni datang bukan datang kosong2 je kan? mereka datang sebagai sumber maklumat! dan. ehem.. sumber pendapatan gak.. :-)


Sumber maklumat?


Yes! kawan2 kan ada hidup mereka kan? bila kita sembang, kita bukan sembang kosong. kita sembang hal2 yang berkaitan. hal yang terjadi.. biasanya menjadi lesson, menjadi panduan utk kawan lain yang mendengar. Setiap pengalaman berbeza kita  share.. sebab tu rugi sangat sapa yang tak nak berkawan. rugi sangat siapa yang membina tembok penghalang diri dari berkawan.


Kawan kita macam kita. bila kita baik, kita pun dapat kawan-kawan yang baik. oleh itu, kawan kita tu cermin. :-) jadi pandai2 lah kita menafsirkan jenis kawan-kawan kita.




bersama-sama dengan kawan-kawan Shaklee di Ben's KLCC, Antara kawan-kawan yang menceriakan hidup saya adalah kawan-kawan yang saya kenali dari dunia perniagaan dengan Shaklee. Daripada kenal di alam maya, kami bertemu mendekatkan silaturrahim dan bertukar2 info tentang bisnes Shaklee kami. Impian kami sama, hendak  mendapat kebebasan kewangan dan kebebasan memilih. 



Saturday, 2 November 2013

I not Stupid

I not stupid. Pinjam title filem.

Beberapa hari lepas, anak saya Idlan membawa pulang sekeping flyer dari sekolah. Flyer tersebut adalah borang untuk menempah satu produk makanan minda. Yang membuatkan saya rasa agak terkilan adalah cara tajuk iklan tersebut di tulis.

“UNTUK ANAK YANG DEGIL, LEMBAP DAN NAKAL” – something macam ni lah.

Bukan main keras lagi bahasa yang digunakan, dan anak saya Idlan sampai rumah sahaja terus cakap, mak, abang Lan degil tak.. saya automatic jawab tak, kemudian dia mengeluarkan keluhan sedih. Saya pelik jugak. Rupanya dia teringin nak coklat tu. RM10 harganya. 

Harga bukan isunya. Tapi kenapa mesti menulis yang negative? Anak-anak kecik (Idlan berumur 5 tahun) bila nampak coklat mesti mereka suka, dan mereka sanggup je mengaku mereka degil la, lembab la nakal la sebab nak dibelikan coklat itu, kerana mereka percaya dengan tajuk yang mereka baca.  Mungkin iklan tersebut boleh ditulis dengan cara yang positif, sebagai contoh:-

“ANAK BIJAK DAN CEMERLANG DENGAN PRODUK XXX”

Saya terus cakap pelan2 kat Idlan, “Abg Lan budak bijak. Jadi tak perlu coklat ni. Anak mak bukan lembab degil dan nakal kan?”  Sebagai budak yang dah agak matured (untuk 5 tahun abang Lan saya kira agak matured, dan mudah menerima nasihat – jika dengan cara yang selembut salju huhuhu), abang Lan mengangguk, dan tersenyum bangga dapat pujian dari mak, dan rela tidak dibelikan coklat tu.

Jimat. Oopss.. maksud saya, sayang lah iklan yang macam tu, produk dah bagus tapi kasik hati parents sentap plak.. hehehehe.. Mungkin betul, itu strategi pemasaran, nampakkan masalah, barulah beri solution. Tetapi pada saya, tak semua keadaan boleh menggunakan formula tu. Huhu.. OK maybe saya je raasa mcm tu.

Wallahu’alam.

Fara - Mak Cemerlang, inshaAllah.

Thursday, 30 May 2013

Lek Mol dan anak cucu ke Fraser's Hill !! Awesome!!

Lek Mol tu, mak saya. Nick name dia .. hehehe ... nama dia Halimah,, tapi adik beradik dia panggil dia Mol, melekat sampai ke tua... anak2 sedara dia semua panggil dia Lek Mol (Lek adalah panggilan orang jawa untuk pangkat makcik/pakcik)

Masuk tahun ni, dah kali ke 4 saya dan adik beradik saya beserta ibu tersayang berkumpul bersama dalam satu percutian pendek, atau lebih trending ddengan nama family gathering/family day/family getaway. tak kisah le, janji family. :-)

Family saya, tak de la besar sgt.. tapi cukup meriah le untuk satu gathering event. kali pertama kat melaka, pastu kat cameron, pastu kat melaka lagi and tahun ni kami semua sepakat, pergi ke Fraser's Hill.

I hv never been to Fraser's Hill. Selama ni dok dgr org cakap, tak ada apa2 la kat Frazser's hill tu.. tak payah le pegi.. hmmmm.. tapi, sampai bila lak saya nak dengar je org cakap gitu, kan? saya pon teringin gak nak keluarkan ayat tu kan? mcm mana saya nak keluarkan ayat tu kalau saya belum tgk, kan?

so, bila abang saya yg jadik organizer suggest ke sana, terus saya vote OK. nasib baik semua pun OK gak.. takde bantahan .. hahaha..

SO CUTI RAYA CINA HARI TU, KAMI KE FRASER'S HILL. 6 buah kereta...yang tak dapat follow cuma Izwan jek .. (my niece's husband) sbb waktu perayaan mcm ni, mmg restaurant dia busy sokmo.. so tak apa lah.. next time make sure buat gath waktu off peak season :-)

Kat sana, kami duduk kat banglo Tanglin milik MMC Engineering. Alhamdulillah le dpt staff price utk banglo dua tingkat dengan 6 bilik tidur dan 6 bilik air tu. Masa mula2 masuk tgk dari luar mcm buruk je.. rupanya salah tengok.. yg nampak mula2 tu ialah rumah caretaker. jgn main2.. rumah caretaker pon ada 6 bilik! hahaha!
untung le ada bapak macho ;p

Masuk je dalam banglo, fuhhh kagum.. design rumah zaman british.. luas betul living room dia.. paling syiok, ada back yard yg berumput carpet menghijauuu.. aaahh.. nyamannn jek rasanya.. dengan angin bukit yg dingin.. mmg syiok habis! sampai2 jek.. round2 rumah.. bilik2 semua gedabak2 sizenyer.. lepas tu semua melepak kat living room sambil borak2.. well.. apa lagi kan.. kalau dah adik beradik berjumpa.. borak la paling best, kan?



meja makan panjaaaang...


Petang tu, caretaker prepare food utk dinnner ... dining table kemain panjang dh mcm kat dalam citer Merlin lak.. hahaha.. tapi as usual kami makan bersepah... bukan dok meja pon.. makanan pun sedaap jek... malam first tu, menu chinese food.. kejap jek, LICIN! hahahaha sejuk2 mmg lapar perut kannn..

Lepas makan tu tak de apa2 aktiviti.. cuma lepak2 borak2 tgk TV.. set karaoke pon ada, meja ping pong pun ada, congkak pun ada.. WIFI pun ada... hahahah mmg tak terasa bosan la senang kata! ... abang ipar saya kuar gak pegi town.. ramai gak kat town sbb mlm tu ada peetandingan karaoke.. town la sangat.. hahaha town yg dimaksudkan adalah tmpt di mana bulatan jam Faser's Hill tu berada.. :-) ekekkeke...

inilah mak saya yg tersayang! MOL adalah panggilan manja dari adik beradik dia..  walaupun tak kuat jalan, tapi sentiasa positif jek layann jek anak2 ajak jalan round Fraser Hill dia pun jommmm!

Keesokan pagi2 (hari kedua) bebudak kecik2 dah bangun.. semua excited main kat backyard. Lepas breakfast tu baru semua keluar jalan3 keliling Fraser's Hill.. tgk2 apa yg ada... Mak pun folo gak.. Alhamdulillah mmg lebih bererti sebab mak pun dapat sama2 join jalan-jalan.. harap2 mak happy.. tak la asyik duduk kat kampung jek... 

Group photo! :-) tema tahun ni Hijauuuu!!! 
ha! pilih nak pegi mana! ekeke...

Lydia kat taman Awam - ok la taman Awam ni besar and byk jugak gerai makan.. (itu penting tu ekeke) tapi sayang parking agak terhad .. bentuk mukabumi tak mengizinkan)

pose pose

Fahren tgh layan menung

daleela ala2 terpaksa pose

family saya!

abang Lan menyumpit kat Ladang kuda..


Oleh kerana tak banyak pun tempat2 untuk dilawati (kalau ada pun, parking yang tak banyak.. ramai jugak orang masa tu.. ) by lunch time tu kiterang dah kat banglo, lunch pun dh ready! malay food plak yummmyyyy... lepas tu kengkonon nk rehat2 tido2.. tp bila dh berkumpul takdenya tidoww.. huhu.. aktiviti bebas.. 


aktiviti bebas le ni kann




kul 5, kiterang start ngan games.. astagaa gamat dibuatnyer dek non! antara adik beradik saya, kakak saya, Shila la yg expert bab2 create games ni... so abang saya yg organizer ni pon sub aje lah kat Shila, abang saya just prepare hadiah jek.. seronok lah sebab sorang2 sporting.. rasa bahagia sangat .. 

ha! ce tgk abg saya kat belakang tu kasik sokongan kat team dia.. tapi, ce tgk gaya saya? gaya champion sgt kan? control sangat! LOL

aha! ce tgk lydia kena angkat ngan bapak dia.. terus disqualified wakakaka!

ha! tgh diskas strategy kot ni hahahaha tapi lulu cina buta ni mmg SANGAT KELAKAR! LOL

ce tgk.. hasben saya cuba mengontrol perut bagi mengelak dari diteka oleh abang saya wakakakaa!

dah nak maghrib tu baru stop.. masa tu mmg dah sejuk sgt.. kabus dah tebal... semua pakat posing2 sbb rasa mcm nyaman sangat.. senja yang sejuk ... tapi before tu. amik gak group photo!!!

group photo lepas penat main games dgn background kabus...
Satu lagiiii.. background banglo plak...

Malam tu, ... penyampaian hadiah dan jugak dinner BBQ.. kali ni caretaker tak prepare,, kiterang prepare ourselves.. Alhamdulillah... rezeki... malam tu jugak potong kek sempena birthday Idlan .. candies bawak dari KL.. theme Ultraman ... takleh nk letak pic sini sbb masing malas dah nak pakai proper ekekeke..





Hari ke-3, pagi2 lagi dah riuh rendah bebudak main kat backyard... saya pon amik kesempatan suap daleela makan kat backyard sambil layan angin pagi dan bebudak riang berlari,,  wahhh gitu.. hikss!

Suka sangat pic Idlan tgh kejar abang Iman dia ni... hehehee..

Lydia pose

Idlan lak pose

fahren plak pose

main keretapi kot ni.. si cenonit Qisha pon nk join sekaki hahaha!

Aha!.. daleela pose ngan mak and bapak ehhh.... sambil makan.. nyum nyummm

amboih nk suap anak ke bapak tu..

jom pose ramai2 tapi mcm makcik kat belakang tu yg poyo

ha ni check out.. ready to leave.... best best!

kalau tak pose kat sini apalah erti nya datang Fraser's hill kan..

lagi sekali jommmm! semua sportingg ekeke

I LOVE THIS PHOTO! MAK DAN ANAK2 PEREMPUAN DIA..

itu je lahhhh... keseronokan beramai2 kat Fraser's Hill.. kesimpulannya.. kalau kita bijak merancang percutian.. kat tempat yg orang kata tak ada apa2 tu pun boleh jadik WONDERFUL and AWESOME!!




Thursday, 7 March 2013

Anak-anak belajar berenang

Starting February this year, saya registerkan anak2 ke swimming class. So setiap Sabtu saya tgk dorang belajar. After 5 classes, Lydia nampaknya improved a lot. Idlan pulak masih belum dapat catch up betul2. Teknik bubble pun dia confused. Instead of lepaskan udara thru hidung kat dalam air, dia tak buat pun gitu.. dia tahan jek nafas dia, resultnya dia rasa letih.. I don’t blame him…

Lepas ni, rate bulanan dah naik. Daripada rm80 kepada rm110 sebulan. Hmmm agak berat gak tu kalau nak hantar 2 orang sekaligus.. Saya dan hubby decided, Lydia akan continue, while Idlan akan stop dulu, nanti bila Lydia dah pandai and dah boleh stop, masa tu baru start ngan Idlan balik. Maybe bagus juga, nanti by the time Lydia dah boleh stop class, Idlan pun dah boleh accept instructions better.

Pandai mak planning, kan? :p

Btw – seronok gak class kat Panasonic sport complex Shah Alam. Kat situ Cuma ada satu je swimming school. D Swim Academy ni jek.. so mmg orang pun tak ramai, plus masa classes in sessions, public takleh masuk. Public bleh masuk from 11am. Compared to kat stadium akuatik Shah Alam yang sangat crowded sampaikan nak parking pun susah, kan? Saya tau sbb saya pernah gak try hantar Lydia ke sana tapi tak lama sbb masa tu Lydia mcm tak ready.

Selain orang tak ramai, kat sini ada class for babies! They call it The Lil Swimmers class. Class ni utk babies 6months to toddlers 4 years old. Syok ar tgk babies ngan kerenah dorang nk swim. Kadang2 saya teringin nak masukkan Daleela dalam class tu… tapi bila fikirkan cost.. errr.. lom mampu dek non! Hehehe.. plus kalau dah masuk tu, jgn lah berharap terlalu tinggi yang sebulan dua baby akan terus pandai berenang ye. Yang saya tgk tu, sorang baby ni, dah 4 minggu datang kelas, masuk air, menangis dan menangis .. hmmm mmg kesabaran kena tinggi dan poket pun kena tebal! It’s a continuous process! Dari 6 bulan leh membawak kepada 6 tahun! :-)

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

nak tgk pic2, sila ke mobile blog saya yer! :-)
Klik juga entry ini untuk perkembangan terkini kelas berenang anak-anak..

Oh ye, iklan sikit, Jika anda sedang mencari2 supplement untuk anak2.. sudi2 kan lah menghubungi saya, 0192390107... :-)


   

Wednesday, 9 January 2013

Ringkas dan padat

Hari ni entry pertama saya kat dalam blog 100 patah. Check it out bebeh!!!

blog tu cuma 100 patah je semua entries dia. mmg mencabar. Saya rasa la.. maklum la saya kan jenis yang kalau menulis mesti nak berjela2.. so bila kena shrink mcm tu.. mau tak susah.. rasa mcm baru tulis intro dh nak habis dah word. Hoho. Nak gelak pon kena ikut tempat yg betul.

Which actually applies in our daily life. Muhasabah. Cakap sikit tapi penuh isi dan tak membuang masa dgn kata2 kosong. Saya akui awal2.. itu sangat susah untuk saya. Astaghfirullah..

Tapi.. niat untuk berubah mesti ada. InshaAllah.

Jom tgk entry saya kat sana. I mean.. jom tgk semua entries kat sana .. :)

http://100patah.blogspot.com/2013/01/kemanakah-destinasi-mereka-dan-kita.html

Tuesday, 8 January 2013

Cakap... Cakappppp!!!

Bila awal tahun ni, apa lagi yg seronok, kalau tak tgk budak2 pergi sekolah, kan? lagi2 la kalau ada anak yang first time nak ke pra sekolah.. itu lebih syok..

last week saya berkesempatan ikut anak saya ke sekolah dia. dia dah lama teruja nak ke sekolah. masa dia 4 tahun pun dia dah mula belajar,, tapi bukan dalam kelas yang formal.. empat tahun tu dia lebih kepada playschool. tapi dalam pada playschool tu pun dia dah berjaya membaca (bahasa melayu). kira orait lah tu kan :-) tadika formal ni, maksud saya, keluar dari taska tempat jagaan dia tu.. ke sekolah lain.. pukul 8 sampai pukul 11, pegi balik naik van. kat kelas pulak meja dan kerusi di susun macam sekolah rendah. hehehe... formal la sangat. ekekke..

ok. straight to the point lah. saya taknak panjang2 tulis pasal perasaan saya.. yang saya nak highlight kat sini, saya rasa sistem pendidikan kat sekolah2 kat malaysia ni (atau mungkin cuma kat sekolah anak saya?) .. terlalu ke-aku-an. Anak saya tu, jenis tak segan. apa yang dia rasa dia nak cakap, dia cakap. bila disuruh bercakap, dia cakap. dalam hati, saya bangga dia macam tu.

hari pertama, memang nampak dia aktif menjawab dan juga bercakap tanpa ditanya. hari ke dua, saya tengok dia melukis. mulutnya bercakap2 sambil melukis...kemudian.. hari ketiga saya dah masuk kerja, saya tanya dia, buat apa kat sekolah.. dia kata melukis dan mewarna lagi.

aduh sayangnya!

saya rasa, sepatutnya masa inilah mereka disuruh bercakap dan bercakap lagi.. dengan panduan dari guru tentang apa yang harus dicakap.. beri nmereka topik,,, suruh mereka cakap... contoh> topik 'robot'. percayalah.. anak2 kecik tu, baanyak mereka nak cakap pasal robot. Masa ni memang mereka suka bercakap!. sayangnya mereka di suruh duduk diam2 mewarna.. padahal skill bercakap tu sangat penting! (ok skill mewarna pun penting.. jadik balance kan lah..) - kalau pun mereka interaktif, cuma ketika menyanyi.. itu pun bersama-sama.. jadik keyakinan bercakap seorang tak dapat dikupas..

itu yang saya tengok di tadika anak saya. of course bagus lah... and ofcourse saya maybe tak cukup pemerhatian.. sebab cuma 2 hari kan..

kemudian saya ke sekolah kakaknya. darjah 3. masuk dalam kelas.. semua diam. cikgu sorang je yang bercakap. dalam hati saya terdetik.. mesti ada antara murid2 tu, yang dulu masa tadika sangat suka bercakap.. tapi sistem pembelajaran kat sekolah dan mematikan mulut mereka...

akibatnya.. mereka curi2 bercakap masa cikgu bercakap..
atau mereka menyampuk bila cikgu bercakap..
mereka mula menyampuk dengan cakap2 yang tak ada isi..
kerana mereka tak dipandu untuk bercakap dengan topik..

sampai besar, mereka akan tetap suka bercakap, tapi di belakang, topik kosong.

rasa tak apa yang saya rasa?

:-)

Wednesday, 2 January 2013

Happy New Year!

heyyy its a brand new year! and here i am, again trying to keep my blog alive! ill start with a link to share :
www.100patah.blogspot.com
do visit yea! :

Popular Posts