Bila awal tahun ni, apa lagi yg seronok, kalau tak tgk budak2 pergi sekolah, kan? lagi2 la kalau ada anak yang first time nak ke pra sekolah.. itu lebih syok..
last week saya berkesempatan ikut anak saya ke sekolah dia. dia dah lama teruja nak ke sekolah. masa dia 4 tahun pun dia dah mula belajar,, tapi bukan dalam kelas yang formal.. empat tahun tu dia lebih kepada playschool. tapi dalam pada playschool tu pun dia dah berjaya membaca (bahasa melayu). kira orait lah tu kan :-) tadika formal ni, maksud saya, keluar dari taska tempat jagaan dia tu.. ke sekolah lain.. pukul 8 sampai pukul 11, pegi balik naik van. kat kelas pulak meja dan kerusi di susun macam sekolah rendah. hehehe... formal la sangat. ekekke..
ok. straight to the point lah. saya taknak panjang2 tulis pasal perasaan saya.. yang saya nak highlight kat sini, saya rasa sistem pendidikan kat sekolah2 kat malaysia ni (atau mungkin cuma kat sekolah anak saya?) .. terlalu ke-aku-an. Anak saya tu, jenis tak segan. apa yang dia rasa dia nak cakap, dia cakap. bila disuruh bercakap, dia cakap. dalam hati, saya bangga dia macam tu.
hari pertama, memang nampak dia aktif menjawab dan juga bercakap tanpa ditanya. hari ke dua, saya tengok dia melukis. mulutnya bercakap2 sambil melukis...kemudian.. hari ketiga saya dah masuk kerja, saya tanya dia, buat apa kat sekolah.. dia kata melukis dan mewarna lagi.
aduh sayangnya!
saya rasa, sepatutnya masa inilah mereka disuruh bercakap dan bercakap lagi.. dengan panduan dari guru tentang apa yang harus dicakap.. beri nmereka topik,,, suruh mereka cakap... contoh> topik 'robot'. percayalah.. anak2 kecik tu, baanyak mereka nak cakap pasal robot. Masa ni memang mereka suka bercakap!. sayangnya mereka di suruh duduk diam2 mewarna.. padahal skill bercakap tu sangat penting! (ok skill mewarna pun penting.. jadik balance kan lah..) - kalau pun mereka interaktif, cuma ketika menyanyi.. itu pun bersama-sama.. jadik keyakinan bercakap seorang tak dapat dikupas..
itu yang saya tengok di tadika anak saya. of course bagus lah... and ofcourse saya maybe tak cukup pemerhatian.. sebab cuma 2 hari kan..
kemudian saya ke sekolah kakaknya. darjah 3. masuk dalam kelas.. semua diam. cikgu sorang je yang bercakap. dalam hati saya terdetik.. mesti ada antara murid2 tu, yang dulu masa tadika sangat suka bercakap.. tapi sistem pembelajaran kat sekolah dan mematikan mulut mereka...
akibatnya.. mereka curi2 bercakap masa cikgu bercakap..
atau mereka menyampuk bila cikgu bercakap..
mereka mula menyampuk dengan cakap2 yang tak ada isi..
kerana mereka tak dipandu untuk bercakap dengan topik..
sampai besar, mereka akan tetap suka bercakap, tapi di belakang, topik kosong.
rasa tak apa yang saya rasa?
:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Saya sokong kak fara! Budak2 ni mmg kena guide dia ape yg harus dicakap supaya dorang pandai bercakap ilmiah dan berani bercakap dpn kwn2. Kalau dididik dr kecil sampai dorang masuk U nnt dah xde masalah takut berckp bila buat presentation projek. Hehe
ReplyDeleteSo true. Ni bila anak dah besar dorang takut nak bg pendapat. Like anak2 aku, aku terpaksa hantar mrk attend kelas public speaking utk bagi confident kat dorang.
ReplyDeletearc
bila kat universiti lecturer suruh cakap, udah depa tak reti berckp pulak ehhehe. agaknya sebab ni lah
ReplyDeletedan lecturer itu adalah aku ehehhe. aku sangat suka suruh student aku ke depan dan bercakap. just to give them exposure to public speaking (lecturer pun ketaq public speaking benonya ehehhe)
ReplyDeleteDelinn,
ReplyDeletekira dorang beruntung la dapat lecturer mcm ko yg dah nampak realiti di alam pekerjaan.. yg mana public speaking is very important... not only public speaking tapi smart speaking (ada ke term ni).. bercakap yang bijak.. bukan sembang2 takde makna.. huhuhu.. aku bukan apa.. sebab kelemahan diri sendiri la ni.. and aku rasa aku dulu kecik2 pon suka gak bercakap.. tapi sbb takde galakan.. dah jadik pemalu plak.. ekekkeke...
Thank you for ssharing
ReplyDelete