Saturday, 11 February 2012

Idlan, today you are four..

Idlan, today you are four ..
your happiness, health and succes are what i've always pray for ..!!
with you around is never a bore...
how can i not say you are a son we adore!! ..
everyday we love you more and more!!

HAPPY BIRTHDAY SON!!!
MAY YOUR FUTURE BE AS BRIGHT AS THE SUN!

-by yours truly,
mak. 8 feb 2012.

Friday, 10 February 2012

Its Yogurt Time!

this is backdated entry. Soul bought online vouchers for 9Berries yogurt. The location is KLCity Walk. I know KLCity Walk as its just behind my office building. from the outside, the walk looks dull.. i've never want to see whats inside because looking at the 1st shop which selling pickles has make me not interested.

But since Sol nak belanja kan, so why not? tapi its just 3 of us that were available so me, Sol and Shara je lah yang ke sana.. walking through all the shops, i actually think the Walk is a nice place to hang out with many cafes.. but unfortunately not many know that place i guess.. at 8PM it seems quiet je... tak ramai orang ..

we managed to enter 9Berries like 20 minutes before they closed their business. Good thing was the person at the counter (i assumed the owners, korean couple) were friendly and greet us well.. so at least we didnt feel the rushing.

we had 4 different flavors of the yogurts.. not bad .. i enjoyed them all.. i think nowadays yogurt taste more like ice cream, no? tutti frutti or 9berries, i think both are good..

we didnt stay longer as it was already 8++ and we need to rush back.. Sol was so worried as she parked her car kat tepi jalan je... ekekke.. nasib baik tak ada apa2 jadi..

So thanks Sol for the treat! and 9Berries, hope to go there again in future.. or maybe some other cafes in KLCity Walk..







Wednesday, 8 February 2012

ouchh! my beloved car! sob sob!

Pics taken few hours after the accident happened on early morning of 23rd January 2012. The car is still in workshop under repair. had to claim on insurance. someone asked me, why dont claim from 3rd party insurance? huhu how can I? the third party was a dog! and even if it has an insurance, it was dead on the spot ... RIP black dog.. I hope this will be the first and the last!


broken rear window trying to escape from the car, as we were trapped inside





Friday, 3 February 2012

Bicara Jumaat

Februari dah kan? cepat betul tahun 2012 ni bergerak... nampaknya macam tahun 2012 ni membara sikit... ekekek .. maklum la tahun naga kan? membara tu maksud aku, banyak lah turun naiknya... which is good .. Apalah hidup tanpa sebarang liku kan? :-) semoga dgn liku2 itu le aku dan keluarga dapat membina kehidupan yg lebih sakinah. ha, betul ke camtu cara guna word sakinah tu? aku nak maksudkan, dalam apa jua pun, kita mesti nk improve kan? apa lagi yg lebih penting selain keluarga kan? so, kalau keluarga dah sakinah, inshaallah yang lain akan sakinah jugak. (hmmm apakah ini petanda kalau aku dapat anak gegirl, aku nk namakan dia sakinah?) :-) tak lah.. gegirl ke, boboy ke.. aku nak bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang sakinah, atau yg menuju sakinah.... inshaallah...

pengaliran kewangan mmg akan menjadi sesuatu yg paling utama dalam tahun ni aku rasa. byk perkara2 yg kami decide awal tahun ni, akan memerlukan pengorbanan dalam bentuk aliran wang... nak nak pulak dengan bilangan anak yang bakal bertambah.. Alhamdulillah.. bukan ke dengan adanya aliran wang keluar, akan ada aliran wang masuk? aku percaya rezeki utk kami ada.. susah atau senang nak mendapatkan rezeki tu je lah yang kami kena hadapi.. mudah mudahan semua urusan dipermudahkan...

Tuesday, 31 January 2012

Fahren is 2!



Happy 2nd Birthday Fahren Adly! budak ni banyak celoteh sangat! dari bangun tidur sampai tidur lagi sangat aktif! cakap banyak, lari pun banyak... garang pun iye.. bila panggil abang or kakak, dorang x menyahut, nanti dia sound,


"haa.. kakak tak saya punnnnn!"

cakapnyer clear, ada yg still pelat tapi mostly dah clear lah..dalam setiap ayat, dia akan tambah "pun" .. contoh:-

"mak pun nak mandi .. ke?????"
"lori tu pun bawak minyak lah!!!!!" bila tetiba dia nampak lori.. oh ye dia tau lori mana bawak minyak .. lori mana bawak roti.. boleh? kekeke

bila singgah memana stesyen minyak je dia akan cakap, "mak.. kita kat Onas... nak roti ye????" Onas adalah petronas..

suka main eli bird (angry bird) sampai aku nk kena sorok phone ...

banyak sgt lah keletah dia yg menghiburkan kami sekeluarga... sayanggg lah Fahren ni! muaahhhs!

Monday, 30 January 2012

Jom ke dapur! - Roti Canai mak saya :p

angah ada tulis kat blog dia pasal Roti Canai ... mak dia pandai buat roti canai ... hmmm kebetulan, masa aku kecik2 dulu pun mak aku rajin gak buat roti canai. tapi dulu2 aku tak panggil roti canai.. aku panggil martabak.. huhuhu... semua yg diadun dan ditarik/ditebar sebegitu, aku sebut martabak jugak.. bila aku dah beso je, , bila dah mula pandai lepak kedai mamak, baru le start sebut roti canai :p

bila kiterang dah besar, dah kawen, mak pun dah jarang buat sarapan yg leceh2 ni.. roti canai agak leceh la jugak sbb nk kena prepare doh tepung tu malam nya.. so pagi tinggal tebar and goreng jek..tapi nasib baik le kakak sulong aku tu sangat loving ngan adik2... ekeke.. bila ada permintaan, dia pun sporting je buat roti canai ni.. :-) few months back abang aku balik kampung request roti canai home made... and than masa raya cina tu sekali lagi abang aku request.. dgn alasan wife dia nk belajar... ekeke...aku ada lah snap few pics masa proses membuat roti canai home made ni  ekeke... agak lain le sbb kiterang tak diajar menebar cara pro.. so kiterang guna kaedah menarik tepung ekeke... jom tgk pics...

lepas dah jadik doh, buat le satu2 ketulan gini... beso je size kakak aku buat ni.. mkn sekeping dah kenyang..

sila take note on the perkakasan.. ekekek dari kecik sampai now.. same dulang, same mangkuk utk menguli doh yg mak aku guna .. soo nostalgic..
Masa kecik2 dulu, satu dulang besar ni cukup dah kami adik beradik... samnpai tgh hari ada balance lagi.. tapi now.. 2 dulang pon tak cukup ekekeke....
  

ok kami tak diajar menebar secara pro.. even mak aku pon menebar cara ni... yaitu dengan menekan2 tepung jadik mcm lempeng,... lepas tu tarik2 je doh tu.. sampai selebar dulang.. :-)

sampai lebar camni... ada koyak2 sket is n normal...masa aku kecik aku sgt suka nk tiru so aku selalu amik tisu muka and basahkan sket2 and tekan..tarik2 and bila ada koyak2 sket, aku rasa mcm best sbb sama mcm mak aku buat ekeke..

bila dah lebar, boleh le dilipat.... ...

a haaa... bila dah lipat mcm ni... ready utk digoreng ... tapi x dapek plak aku snap yg dah goreng... lepas goreng tu... roti hendaklah ditepuk2 dengan kain supaya utk kurangkan minyak.. and supaya roti tu pecah2 sket... mmg sedaaappp.. lemak .. crunchy di luar,, lembut di dalam... cicah plak sambal ikan bilis! yummy!

nak cuba? try lah!

ni resepi buah doh.. sonang ajo!
2kg tepung gandum
4 bijik telur
setengah buku mentega
garam secukup rasa
air

semua uli kan sekali sehingga jadik doh.. simpan semalaman di salut minyak masak....

Selamat mencuba!


Syukur Ya Allah, kami selamat ...

hmmm .. tatau dari mana nak start..

mandangkan now is lunch time and aku kenyang, ok kot kalau aku guna masa ni utk tulis sikit2 dalam blog ni..

1st, aku dah tampal header lain..ekceli masa cuti raya cina tu aku saja2 tgk anak buah aku kemain kusyuk ngan netbook dia.. so aku jenguk apa dia buat, rupanya dok godeh2 PS. aku kasik la pic yg aku ada.. pic lama masa pi cameron highland 2010 .. rambut lydia pon pendek sgt.. ekekeke.. tima kasih Yasmin! anak buah aku tu darjah 6.. tapi mcm ada minat ngan benda2 lukis2 ni.. aku nampak dia ni mcm ada bakat melukis dan bermain muzik turun temurun dari mak bapak dia..lukis tu lukis gak tau ameen.... UPSR this year jgn lupa yach! jgn asyik nk KPOP jek huhuhu!

ok cakap pasal raya cina.. i took additional 3 days lepas 2 hari public holiday tu. so hari ni adalah hari pertama kerja lepas cuti raya. kalah cina kan?

tapi aku bukan cuti saja2 utk bergumbira... ada seswatu terjadik yg menyebabkan aku tambah cuti tu. takmo la citer detail2 sangat.. malas nak susun ayat huhuhu.. ok cukup lah kalau aku update kat sini, yg pada awal pagi 23 Jan 2012 tu, pada pukul 3.30 lebih kurang, kereta yg aku naiki, yg dipandu oleh suami tercinta dalam perjalanan pulang dari kampung, telah terlibat dalam kemalangan.

rasanya, itu pengalaman pertama aku terlibat dlm kemalangan jalan raya. semoga itulah yang terakhir. amin. kejadian tu betul2 memberi kesan trauma. tapi sangat bersyukur kerana aku, suami dan anak2 selamat. Jalan tu jalan biasa yg aku lalu hari2 pergi balik kerja.. jalan lurus yang kiri dan kanan adalah kebun kelapa sawit, yang dah dibangunkan sedikit demi sedikit dengan bangunan2 kilang2... lampu jalan memang disediakan, cuma kebetulan, tempat kejadian , ada dalam 6 batang lampu jalan yg sepatutnya menyala. tak pulak menyala... menjadikan kawasan tersebut gelap.. hanya disuluhi dengan lampu kereta Wira aku tu je...dah le gelap.. tiba2 ada seekor anjing liar (berwarna hitam plak tu) melintas, mmg tak terjangka.. tapi mmg anjing tu dekat sgt ..  nk elak or nak brake mmg x sempat so nak tak nak terpaksa langgar gak.. hasben dah pegang steering tu kuat supaya tak terbabas.. tapi rupanya dah nak jadi kan.. sebaik saja melanggar anjing, kereta terus out of control.. gagal dikawal! kereta terus mcm terbang ... anak2 yg tgh tidur kat seat belakang tergolek ke bawah.. dan terjaga.. Lydia menangis sbb dia terasa mcm badan dia terkena lampu atas bumbung kereta tu.. maybe badan dia tercampak masa perlanggaran berlaku.. yg juga masa kereta mula 'terbang'

laju betul kereta tu 'terbang' sendiri.. ke arah kiri jalan.. dan menerobos ke celah2 pokok sebelum terhumban ke tepi longkang.. sebelum kereta betul2 berhenti, kereta tu terpusing seakan2 hendak terbalik.. tapi disebabkan ada tanah yg sedikit tinggi di sebelah kanan, tayar kereta jadik stuck and terus kereta stop.. kalau tak kerana tanah tu menahan, mmg terbalik la kot kereta tu.. na'uzubillah..hmm memikirkan segala kemungkinan itu la yg buat aku lebih trauma..

Masa terbang, aku jerit kat hasben, "Ya Allah kenapa ni bang!!!" aku peluk fahren yg tidur kat pangkuan aku tu kuat2.. dah le masa tu aku x pakai seat belt! hasben aku sempat menjawab, "terbabas ni! ada anjing!" and aku terus jerit lagi, "Ya Allah!.." and aku pejam mata rapa2 tak sangggup nak tgk ke mana kereta tu nak 'bawak' kami ... tiba2 aku rasa mcm tak tau aku kat mana.. and aku terimejin aku akan terhumban ke dalam sungai! Ya Allah.. itu paling aku takut!

sebaik sahaja kereta 'mendarat' secara hentakan.. aku terus tengok kat seat belakang.. Lydia and Idlan terus duduk.. dua2 dah berhenti menangis dan Lydia tanya, "kita kat mana ni mak"  .. aku mcm tak jawab tapi aku terus cuba bukak pintu.. tapi gagal! dah le terkunci rapat semuanya.. cermin depan ada pecah2 retak tak still tak pecah habis.. hasben try nk pecahkan tapi tak ada benda berat pulak dalam kereta.. dia try guna kaki pun still x pecah habis.. aku dah tak putus2 dengan selawat.. dan asyik kata, "ya Allah bang tak ada sapa nampak kita ni banggggg.." sebab mmg gelap tapi ada kereta lalu and aku sure kereta2 x nmpk kiterang ...

aku masa aku terbau hangit .. aku jadi makin panik.. aku ketuk2 cermin kereta tu.. sambil cakap dlm diri sendiri, kita kena buat something.. kena selamatkan diri.. kena cepat!.. tapi seriously dlm masa yg sama mcm give up! so aku dah mula menangis .. aku bgtau Lydia, "kita eksiden ni lydia..baca selawat.." dia mcm terkebil2 jek.. abang lan pun sama.. siap carik kasut dia yg sebelah lagi... pastu aku cium fahren nk kasik dia tidur lagi.. dia pun tidur.. tetiba hasben aku bgtau,

"ada orang datang.." masa tu aku rasa jantung aku terussss zapppp berdegup kencang sebab rasa bersyukur yang teramat.. aku nampak beberapa orang cuba bukak pintu kereta.. rupanya dorang ialah pekerja2 asing yang duduk kat rumah pekerja tu... Subhanallah..... masa tu tak terkira betapa leganya aku.. terus aku jerit,

"cepat! tolong pecahkan cermin!" tapi dorang plak mcm tak paham je.. aku pon kata speaking plak.. dorang plak mcm berdiskas sesama dorang.. ahh sudah.. jgn dorang takmo tolong sudah... pastu salah dorang dari dorang bukak bonet depan.. mcm nk sorong kereta tu and suruh hasben start enjin.. hasben kata takboleh!! and aku cakap lagi.. aku nak kuar! pastu baru la dorang amik batu besar .. and mula ketuk cermin depan ...kasik pecah besar sikit..

memula hasben planned nak kuar dari cermin tu.. mcm terlalu panik takleh nk berfikir.. Ya Allah... bila dah rasa selesa sikit sbb udara dah masuk.. and aku rasa 'selamat' sebab ada orang kat luar.. baru aku bgtau hasben bagi je lah kunci kereta kat dorang ..so dorang leh bukak dari luar.... Ya Allahhh.. mmg panik sangat tak terfikir pasal tu! tapi cuma pintu hasben je boleh bukak.. pintu aku kalau bukak mmg aku terus ke longkakng le.. so sorang2 kuar ... keluar je, baru perasan kaki hasben sebelah tak leh nk gerak... lydia plak ngadu sakit2 kat belakang rupanya ada luka2 sket..

keluar je, aku dah bersyukur sangat... and terus cakap terima kasih banyak2 kat pekerja2 asing tu.. (bangla kot) .. and masa tu baru le terfikir nak call abang ipar amik kiterang.. Ya Allah, masa panik tadi mmg tak terfikir pasal telefon.. dalam kepala fikir nak keluar takut terbakar je!!! ...

keluar tu, aku tgk balik betul ke ada anjing yang melintas tadi? .. mmg betul.. anjing tu mati kat situ jugak..and aku notis .. kereta kami terhumban lebih kurang 100m dari tempat perlanggaran tu..

itulah kisah raya cina aku.... aku update kat twitter the following day.. tak update kat FB pun ...thanks kawan2 for the well wishes... kereta mmg teruk sangat tapi yg paling penting nyawa kami selamat.. Allah masih bagi kami peluang hidup.. Alhamdulillah...

so sementara tunggu kereta siap... maybe dalam masa 3 minggu ni aku kena lah naik public transport ke ofis... semoga semua dipermudahkan oleh Nya utk aku mencari rezeki..

sekian....


Popular Posts