Ramai yang cadangkan saya ambil maid sejak saya bersalinkan anak yang ke tiga lagi, berdasarkan kira-kira perbandingan kos ambil pembantu dan upah nursery. Saya takde la menentang sangat tapi takde lah terburu-buru juga nak ambil maid. Antara sebab saya tak ambil maid ialah saya ni jenis malas melalui pelbagai procedure sebelum dapat maid tu.
Dalam pada saya tak buat apa-apa tu (redho), tup-tup anak dah lima! dan saya masih lagi bekerja, dan saya masih lagi menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak, dan saya masih lagi struggle pada waktu pagi dan malam hahaha! Tapi dalam pada struggle tu, saya masih survive, Alhamdulillah..
Apa tips saya? oh layak ke saya bagi tips? hmmm takpe la saya nak berkongsi sahaja manalah tahu memberi manfaat :-)
Kekalkan kesihatan Seisi rumah
Serius, ini SANGAT utama! tanpa pembantu rumah ibu-bapa bekerja memang kalau boleh tak mahu anak-anak dapat sakit yang memerlukan kami cuti yang panjang. Sebelum itu terjadi, kita jaga dulu. Sakit sikit-sikit tu ada lah dah nama pun manusia kan? tapi Alhamdulillah tak lagi sampai perlukan kami habiskan cuti kat situ je. Jaga kesihatan ~ jaga cuti ~ akhirnya, cuti boleh digunakan untuk pergi bercuti dengan badan yang sihat.. inshaAllah
Anak-anak duduk di taska, memang terdedah sangat dengan pelbagai masalah kesihatan. Paling kerap ialah selsema. Takkan lah saya nak marah taska pulak, kan? jadi apa yang saya boleh buat ialah beri anak-anak saya pemakanan yang seimbang agar mereka dapt khasiat yang boleh menguatkan sistem pertahanan badan mereka.
Tapi, makanan seimbang macam mana lah sangat yang boleh seorang ibu bekerja (bekerja jauh satu hal, errkk.. ada kemalasan jugak satu hal) berikan kepada anak-anak yang sangat perlu nutrisi tu kan.. jadi saya mula berikan mereka makanan tambahan. Sebenarnya sebab tu la jugak saya terus jadi distributor Shaklee. Dah alang-alang beri kepada anak-anak, kenapa tak kongsi pengalaman saya dan anak-anak juga, kan? bukan nya sesuatu yang salah berkongsi tentang ni kan?
Vitamin C adalah vitamin pertama saya kenalkan kepada anak-anak. tapi vitamin kat farmasi lah. bebudak suka ya amat sebab manis.. bila dah kenal Shaklee, saya ganti dengan vitamin C Shaklee yang mesra kanak-kanak sebab boleh dikunyah. Tapi, anak sulong saya cikLydia tu mmg memilih, dia tak nak pun vitamin C Shaklee sebab masam katanya. Tapi adik-adik dia tak pulak menolak. laju je kunyah. sampai takmo stop la pulak terutama Daleela yang berumur 3 tahun tu.
*Masam tu, rasa asli, manis pulak tambahan gula - Itu yang membezakan Shaklee dengan produk lain yang orang kata 'sedap'*
Kemudian, saya kenalkan pulak NUTRIFERON. Alhamdulillah semua anak-anak suka dengan NUTRIFERON berbentuk serbuk ni. walaupun kanak-kanak lain ada yang ambik ni dengan air, anak-anak saya makan camtu je.
Tapi, dah lama rumah saya tak de stok vitamin C mahupun Nutriferon. Anak-anak sampai dah tanya bila nak beli. Setiap kali saya makan vitamin saya, Setiap kali itulah dorang tanya mana vitamin dorang. hehehe...
So bulan jan ni, Alhamdulillah perancangan bajet kami dah masukkan supplement dalam list of keperluan bulanan. Kebetulan pulak, Shaklee dah keluarkan semula multivitamin untuk kanak-kanak (VITALEA FOR CHILDREN). Tak lengah-lengah lagi, zass saya beli.. Adakah anak-anak saya terima?? a haaa tungguuuu saya kongsi di lain entry ok?
berbalik kepada tajuk saya, dengan kesihatan yang tip top dalam setiap orang dalam rumah, inshaAllah semua urusan dapat diselesaikan.
Kompromi Suami Isteri
Serius! ini pun sangat utama! Suami kan, kalau tak boleh nak bantu isteri, memang wajib la kasik isteri pembantu rumah. Hello.. bukan isteri sorang yg bertanggungjawab jaga rumah. Siapa nak duduk rumah tu, pandai2 la jaga juga ye. KAlau sikap kompromi dan kerjasama ni takde, mmg tak dapek la survive tanpa maid.
Checklist, Duty roster, target
Oh yess!! benda2 itu sangat perlu! sangat memabantu uruskan rumah dengan adanya sistem berjadual. barulah sistematik.. dengan cara ni, anak-anak pun dapat belajar menguruskan diri dan rumah secara independent. Tak yah terlalu bergantung kepada parents.
Duduk bersama dan bercerita, kurangkan stress
Wajib ni! berkongsi cerita, kejap je jadik le.. tak perlu ada topik tertentu, tak perlu formal. just bercakap dan berkongsi apa sahaja .. mak leh je cerita kesukaran dia hari tu, anak2 boleh je cerita apa yang seronok hari tu.. bertukar2 cerita luaskan pemikiran.. cara ni sebenarnya kurang kan stress.. bila kurang stress, kita tak rasa terbeban lalu jadikan hal rumah sebagai alasan penat dan sebagainya.. hahahaha jgn lak cerita yang boleh jadi stress.. relax2 je laa.. chilll.. sbb tu better tak formal je.. ala lagipun rumah tak de maid kan.. privacy tu 100% kita ada.. so cerita je lah bebila masa pun kan.. takyah tunggu maid tido ekekeke..
OK? tak yah la banyak sangat tips.. yang penting, pembantu rumah bukan lah keperluan.. kalau tak nak, ada je cara nya .. inshaAllah akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T ..
p/s: ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman peribadi sahaja,, setiap orang maybe ada sebab berbeza mengapa perlu maid, ok?
Sampai jumpa lagi, bye! :-)
|
Selit pic bercuti di Melaka cuti sekolah 2014. |
|
Bercuti pun relax jek.. tak yah fikir nak bawak maid ke? nak tinggal maid ke? kalau bawak nak tido mana? hehehee.. tanpa maid, cuti je la enjoyyyyy...
|