Thursday 5 June 2014

Sepetang di Putrajaya

2 minggu lepas, kami sekeluarga ke Putrajaya, precint 18. geng sekolah menengah yang dah lama tak jumpa ajak gathering kat rumah dia.. ada beberapa family confirm nak join termasuk la saya... Saya memang agak failed area Putrajaya, jadi sesekali kena la tengok dunia luar, ye tak? hihi.. takkan la asyik nak fokus kat area Shah Alam, Klang je..


Kebetulan pulak minggu tu ada hari Belia kat Putrajaya, jadi traffic kat precint 18 tu meamng mak datuk! jammed! Kami mmg la tak reti nak cilok2 guna laluan alternatif ke apa.. so kami redah je la traffic jammed tu... PAtutnya sampai kul 4, kul 5 baru muka kami terpacul kat rumah Miedah.. Sejak dia beranakkan the triplets 2 tahun lepas saya teringin nak melawat tapi asyik la tak berkesempatan... segan pun iye hahaha! so bila ramai-ramai nak ke sana, saya ON je laaa...


Sampai semua dah ada.. hehe.. hujan renyai renyai menyambut kami, mujurlah tak lama, so masa hujan tu mmg seronok saya menjamah semua food yang ada.. pot luck petang tu, so mmg banyak la menu. Saya cuma bawak buah2an sahaja hehe.. maklum la orang jauh.. LOL.

nasi pilaf & ayam golek, cheese tart, marble puding, yogurt dan banyak lagi tak masuk pic.. kenyang!


Anak2 saya, once masuk rumah mmg excited. Mana taknya, rumah Miedah memang macam tadika! full of toys hahaha! rambang mata anak-anak saya! dalam rumah dan luar rumah mcm playground.. so memang mommies semua syok laaa borak sakan anak2 fokus kat toys.. daddies plak bz fokus kat TV sebab ada Piala Thomas Malaysia lawan Jepun.

borak, makan dan posing adalah agenda utama kaum ibu! haha..



Bila hujan berhenti, anak-anak sambung main kat halaman luar.. best sangat rumah Miedah ni.. halaman luas saujana mata memandang.. hijau je pandangan rumput karpet. paling best sebab ada TRAMPOLINE! budak2 ni apa lagi lompat tak hingat! anak saya Daleela tu pun kemain berani melompat atas tu.. hahaha EVERYBODY ENJOYED! mommies pon ala2 gatal kaki je nk melompat mujur la anak2 tak kasik chance.. ekekeke...

Suka tengok Daleela masa ni.. she really enjoyed herself! berani!

ooopsss.. malu2 plak ngan rakan sebaya, Alif. haha!
Bukan anak-anak je enjoyed, kaum bapa pon enjoy borak haha!

Borak done, main2 done... kul 7 gak la kami bersurai... anak2 tarik muka je diajak bali hehehe... pastu mula la dalam kereta pujuk mak suruh belikan trampoline! dasyat penangan! haha! nantila ye anak-anaku.. ada rezeki lebih inshaAllah boleh...

Ha, itu je la update kami ke Putrajaya .... IT WAS A BLAST! thanks Miedah for having us! jemput la selalu2  hehehehe...

2 comments:

  1. bestnyer...besaq giler laman rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaan?? senang nak ajak tetamu... byk aktivity bleh buat... tapi bab nak menten cantik tu yg berat kot ekeke

      Delete

Popular Posts