Atas recommendation doktor yang merawat (saya mempunyai masalah hormon tak stabil) saya di Klinik biasa, saya memilih Dr. Norleen untuk menjadi doktor O&G saya. Alhamdulillah tak sia-sia lah sebab saya memang suka pulak dengan cara Dr. Norleen yang lemah lembut melayan pesakit/ibu/bakal ibu.
Ketika itu bilik doktor pakar berada di tingkat 1, dan keadaannya agak tidak selesa kerana ruang yang agak terhad, dan ramai pula para pesakit menunggu giliran. Namun memandangkan saya baru anak pertama, saya tak melihat semua itu sebagai sesuatu yang patut di komplen. Takde hal laa janji dapat tengok baby! huhu!
Dalam pada menunggu, saya berkenalan dengan seorang wanita yang juga sedang hamil seperti saya. Saya melihat dia sudah dalam keadaan yang sarat namun masih berwajah ceria. Saya ringankan mulut bertanya,
"Anak ke-berapa?" Saya mengagak dia akan menjawab pertama atau ke dua. namun jangkaan saya meleset.
"Anak ke-5" jawabnya sambil tersenyum. riak gembira dan bangga terpancar diwajahnya. Tak tau lah sama ada riak bangga itu disebabkan respond muka terkujat saya seperti menggambarkan yang beliau kelihatan seperti baru ada anak 2 atau bangga kerana dikurniakan rezeki sehingga anak ke-5. Mana-mana sebab pun sebab beliau tersenyum, memang beliau berhak. Orang perempuan kekdahnyer, perasaan bangga boleh terbit dari pelbagai sebab, waima yg paling kecil sekalipun.. Maklum le wanita kan sensitivity tinggi.
Ok. So, Beliau sudah anak ke-5 rupanya.
WOW. gitu kata hati saya. Cayalah akak ni anak ke-5 pun masih ceria2 nak ke hospital. Belum puas-puas ke anak pertama sampai ke-4 jumpa doktor? tak letih ke? tak bosan ke? tak penat ke melalui perkara yang sama, check up setiap bulan selama 9 bulan, UNTUK 5 ORANG ANAK?
Itulah antara soalan-soalan yang ada dalam minda saya. minda cetek ibu muda yang tak tau apa-apa tentunya. Lebih teruk lagi, saya bercakap dengan diri saya sendiri, "Mungkin aku tak jumpa doktor kot kalau anak ke-5. Sama je kot dah 5 mesti dah tau semua"
Astaghfirullahal'azim..
Kini, selepas hampir 10 tahun, saya seakan-akan melihat kembali adegan itu, namun kali ini wanita yang mengandungkan anak ke-5 itu adalah saya. Ye, saya. Dan kini saya mengerti. Setelah 4 kali sebelum ini dan ini yang ke -5, perasaan bahagia itu masih sama. perasaan seronok hendak melihat baby di dalam perut ketika doktor scan masih sama. Tak wujud langsung perasaan bosan hendak menunggu giliran berjumpa doktor.
SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. SUBHANALLAH...
Alhamdulillah, saya dikurniakan lagi perasaan itu buat kali ke-5. Ini adalah rezeki kebahagiaan kami sekeluarga. Selepas Lydia, Idlan, Fahren dan Daleela, akan kami sambut seorang lagi permata hati kami yang ke-5 dengan rasa teruja.
2004, 2008, 2010, 2012 dan 2014 - perasaan itu masih sama. bahagia............ Do'akan lah keselamatan dan kesihatan buat kami sekeluarga.. ameen...
-Fara-