Masih cerita pasal kawan-kawan ye.
Semalam le pas kerja, dah janji dengan kawan2 geng GLC, sempena akhir tahun kan.. tapi yang turn up 4 orang, plus seorang GLC jemputan yaitu Naz, adik Mas.
Saya jalan kaki ke dari KLCC ke Pavillion tu. Dah biasa jalan kaki dari KLCC ke Menara Perak, and MEnara Perak ke PAvi plak mmg dekat je dah biasa jalan kaki gak.. so i prefer to walk. gitu. Plan asal nak terus melepak kat Starbucks sebab Didie dan Mas nak belanja Starbucks sempena bulan bonus PNB. Masyuk bonus dorang ni. Alhamdulillah rezeki tu kami kena la tempiasnya .. Saya kena tempias dua kali. Sebut kat sini terus lah. Tengah hari tu dah merasa dibelanja oleh Mus yang jugak kerja kat PNB. Lunch hour lunch di Sister's kitchen G Tower. Thanks Mus!
Berbalik semula kat Pavillion. Walaupun plan asal nak ke Starbucks tapi sebab crowd sangat dua2 Starbucks kat situ, Mas dengan Naz pulak awal2 dah terus isi perut kat Nandos. Saya jumpa Sol and Sol cadangkan makan dulu kat somewhere else sebab memasing dah kelaparan kekdahnyer dengan hujan2 lagi tu kan..
So kami decided to go to The Loaf. Both of us ordered Mushroom soup. RM18. Mas, Naz and Diana joined us later kat situ. Borak2 la pasal ke'masyuk'an bonus dorang yang super lebatsss! hahaha! Kalau dulu iols mesti rasa mcm waaa.. saya jeles.. tapi skang tak la sangat.. Saya cuma rasa happy for them.. Saya pun happy jugak sebab selain bonus kampeni setahun sekali, saya merasa bonus setiap bulan dengan Shaklee. Rezeki masing-masing gitu. Alhamdulillah.
Bila dah juma tu agenda utama of course la menulis sesuatu untuk buku GLC, dan menulis resolusi atau azam kami untuk tahun 2014. Patutnya kami baca semula azam kami yg kami tulis awal tahun 2013 dulu tu. nak tgk mana yang tercapai mana yang tak, tapis aya terlupa nak bawak buku GLC 2013 so jadinya next time la kita baca :-)
Dah habis makan-makan dan pose2 bersama props yg Sol bawa, kami made a move solat maghrib. Lepas maghrib tu baru la ke Starbucks. Dah niat nak belanja, pergi la juga kan. Saya order Hot Caramel Machiato. Thanks D and Mas! :-) Lama gak la melepak situ sambung2 borak and group photos lagi,
Before balik, sempat singgah ke Victoria Secret, Sol nak pi beli promotion buy 3 dpt rm10 discount for each. So Sol, Naz dan Diana beli la body mist sorang satu.. seronok mak tgk dorang shopping kat situ. paper bag Victoria Secret pon macam comel je.. :-)
Tak sempat nak pose2 kat luar Pavi. maybe next time. Masa balik tu pun dah pukul 9.30pm huhu and masa tgh nak balik, I got a message. Little did I know someone was watching me masa kat Starbucks. hehehe my boss rupanya kat situ siap kata amboi jalan malam2 kemain ye, gitu. hehehe stalker plak boss I ni.
Sol tumpangkan I ke Asia Jaya where I parked my car. Thanks Sol.. Sampai rumah kul 10.30pm daleela lom tido terus mintak dukung and nak susu. susukan dia and dia tido.
Thanks Naz and Sol for the piccas! Shara kata muka saya tampak lebih muda dan tampak lawa dari biasa. kah kah kah!!. sebagai wanita normal, mesti la saya kembang ekeke tapi saya kata semua tu mungkin ilusi optik dan thanks to phone camera Sony milik Naz yang memang superb, camera iphone 5 Sol pon sama superb! no wonder la i can look 'different' hehehehe.. Tapi Shara insisted gak kata memang lain gitu Kak Fara. awww.. terima kasih Shara.. Alhamdulillah yang cantik daripada Allah tentunya.
Shara siap tulis dalam whatsapp, "adakah kerana Shaklee Collagen Powder?"
Walaupun saya tak mengiyakan secara direct, dalam hati saya tidak juga menidakkan. Dah sebulan setengah saya consume Kolagen Shaklee. Walaupun saya sendiri tak begitu nampak perubahan, atau maybe perubahan tu ada cuma tak begitu ketara pada mata saya. Tapi saya percaya, kolagen itu memberi perbezaan juga, dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah.. tapi nampaknya mata orang tak sama dengan mata saya.. wallahu'alam. kita berusaha, Allah lah menentukan..
Tapi dah beberapa hari saya stop kolagen, selepas mengetahui satu berita gembira buat saya. :-) nanti saya share dalam entry lain, ok?
Kesimpulannya, saya gembira dikurniakan kesihatan dan kesempurnaan sigar jadi saya dapat menjalankan aktiviti harian dengan ceria dan bahagia, Alhamdulillah..
Fara. 0192390107 untuk tempahan sebarang supplements Shaklee atau konsutasi percuma :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
pregnan?
ReplyDeletekahkahkah kejam la delinn...semestinya Collagen Powder kan kan kan? Ke Collagen hamid?? LOL!
ReplyDelete