Saturday, 20 November 2010
Hari Kecemerlangan Pelajar PASTI 2010
kami ke Hari Kecemerlangan Pelajar untuk sekolah Lydia, PASTI Wadi Sofea Ahad lepas
Pasti ramai yang tak berapa tahu apa itu PASTI .. ekekke ..PASTI adalah singkatan daripada Pusat ASuhan Tunas Islam ... rangkaian prasekolah untuk anak-anak age from 4 to 6 years old.
Aku sendiri tau pasal PASTI itu milik PAS, cuma selepas Lydia masuk ke situ .. maybe aku x masukkan kalau aku tau earlier .. i am being honest here .. not that aku tak favor PAS .. cuma am not into any political views .. hmmm ..
Tapi, Baguslah aku tak tau .. coz when it comes to pendidikan anak-anak .. especially pendidikan awal .. it doesnt matter from which political view u are .. ko masukkan anak kat KEMAS doesnt mean you are a pro UMNO, masukkan ke tadika Perpaduan doesn't mean ko penyokong prinsip 1Malaysia .. and masukkan anak ke PASTI, tak mesti you are a PAS follower :-)
Tak penting lah!
(ishh aku ingat nak wat entry simple..nih mcm nak panjang je ni... huhuhu!)
Well, aku pernah tulis entry pasal mcm mana Lydia boleh masuk tadika Islam ni .. especially PASTI plak tu .. Semua ni, aku berterima kasih kat Ibu Tina, ibu kat taska Lydia .. yang juga tempat Lydia sekolah dari 4 hingga 5 tahun, bila dia completekan Cahayaku ..
Pengetua PASTI Wadi Sofea Tn Hj Dolmat namaya .. orangnye? saaangat sempoi i tell u! Masa parents datang, dia kelihatan begitu sibuk kat dapur ...
hmm actually PASTI ni, kat depan rumah dia jek .. halaman banglo dia luas .. so dia buat PASTI dua tingkat, and ada lagi tanah lapang yang juga sering digunakan untuk sukaneka dan hari keluarga, begitu jugak hari Kecemerlangan ni ..
Dari depan, nampak le dia sibuk kat dapur utk siapkan makanan dan masak utk lunch .. dh macam rewang untuk kenduri kawen pun ada ..
Then bila parents dah ramai .. dah duduk semua .. bila pengacara panggil dia untuk berucap, baru dia terlari2 anak, ke depan ... takde nya dia nak berdiri kat depan rostrum ke utk bg ucapan .. instead, dia amik satu kerusi and duduk. berucap le dia sambil duduk ..
ucapan dia, bukan dutujukan utk parents, tapi untuk anak2 murid dia .. dia buat sebijik mcm perhimpunan pagi gitu kot .. ada sekali tuh, tgh dok berucap .. tetiba dia kata,
" ha anak-anak .. dengar sini .. lepas ni kamu semua dah darjah satu, dah tak sekolah kat sini, tapi mesti kamu ingat pesan cikgu ni.. " .. dan terus dia start nyanyi .. otomatik lepas tu, semua budak2 tu pun ikut nyanyi .. lagu simple kat bawah ni ..
"panjat jambu batu
jambu banyak buah
Allah yang satu
yang wajib disembah
bilang lagi satu
baca ramai-ramai
dengar cakap cikgu
InshaAllah cepat pandai ..."
(aku suh Lydia nyanyi balik so aku leh amik lirik dia.. ekeek!)
budak2 tuh menyanyi penuh semangat! hmmmm ..
Then dia cerita lah kenapa dia bukak PASTI ni semua .. dan wife dia pon jadik salah sorang tenaga pengajar kat situ .. ok la gak dia bg ucapan .. tak la terlalu mcm ceramah agama .. lebih kepada kata2 semangat dari cikgu utk anak-anak, dari atuk utk cucu2 gitu .. and dia jugak mintak maaf sbb dia kat, frankly speaking dia selalu je marah2 anak2 nih .. maklum la dia kata, budak2 ni kalau lebut sangat pun tak jalan .. kena garang2 juga at times .. (which aku agreed) ..
Then dia ada cakap, "Sekolah kita tahun ni banyak pencapaian yang bagus-bagus .., kita ada pelajar yang wakil Kapar ke Hari Sukan Pasti Selangor .. kita jugak banyak dapat naib johan untuk Hari bakat Kawasan Kapar sebelum raya tu .. dan, salah seorang anak-anak kita ni, dapat Johan untuk hari bakat kawasan Kapar, dapat ke peringkat negeri, dan Alhamdulillah jadi Johan jugak kat peringkat negeri .. Ini lah yang kita mahu .. kalau anak-anak mendengar kata cikgu-cikgu, inilah hasilnya .."
hmmm .. aku terharu. itu adalah anak aku yang dia maksudkan. Lydia aku sure lah tak dengar pun apa ustaz cakap .. maklum la budak2 kan..ada orang berucap harus lah dorang wat menda lain kan... so aku tulis balik kat sini .. so that nanti bila dia dah paham, kot ler dia berminat nak baca .. leh aku suh dia baca .. kasik remind kat dia kalau dia lalai .. bahawa dia pernah membanggakan orang2 sekeliling dia .. esp. me and her family.
Acara-acara hari tu, adalah standard acara untuk kanak2 tadika Islam lah ... bercerita, hafazan, pidato, nasyid, sajak ... benda2 tu la kan .. tak mungkin nak menari2 bagai kan .. hmmm tak dapek la aku nak tgk anak aku pakai baju liplap2 bling2 huhuhu ...
Ok, Lydia hari tu aku rasa dah mcm konsert dia .. balik-balik muka dia je lah ke depan .. memula dia dipanggil baca ikrar dan baca syahadah .. lepas tu, of course lah kena baca sajak dia tuh, lepas tu dia gak lagik lead utk nasyid 6 tahun .. sampaikan selendang dia da compang camping aku pun x kuasa nak gi betulkan each time ... tak dan lah! ke depan amik hadiah pun sama .. memula amik saguhati ukt semua anak-anak pasti .. lepas tu dia amik lagi hadiah penghargaan sebab kiranya harumkan nama PASTI ke peringkat negeri dan johan kat situ .. then hadiah kecemerlangan 5 orang terbaik seluruh 6 tahun (erkk cuma dalam 50 orang kot - 2 kelas je) .. then last sekali dia diumumkan sebagai Pelajar Paling Cemelang 2010 .. Alhamdulillah ...
(tolong jgn anggap aku mcm nak show off .. bukan. aku cuma nak mencatatkan benda ni .. itu je .. jauh sekali nak bangga diri kerana semua ni, anugerah Allah dan anytime dia boleh tarik balik (na'uzubillah) lagipun, ni cuma sekolah tadika kan??? hahaha .. takkan nak poyo2 kan? well bila pasal anak .. benda kecik pon leh jadik beso uols! kan kan kan??? and aku tau, semua parents pun berbangga ngan anak2 uols .. atas apa pencapaian pun .. hmmm..)
Hmmm i know its too too early to see wht are waiting for her in future .. tapi orang kata tu dia dah ada base tu .. dah nampak lah cuma now kena lebih usaha untuk dia improve .. and of course tugas itu bukan aje kat bahu dia, tapi bahu aku dan hubby .. itu yang membuatkan aku berdebar2 debar .... (cuma mampu berdoa lah..)
Ops.. jadik serious plak entry ni ..
apa2 pun, jom lah kita berdoa segala nya yang baik untuk anak2 kita .. dan anak2 orang lain .. umat islam amnya ..
salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Syukur alhamdulillah. Tahniah buat lydia n emak bapak jugak. Semoga lydia terus cemerlang lagi di masa depan.
ReplyDeleteFara .. sayu jek rasa tetiba. Bertuahnya mempunyai anak sebegini.
tahniah lydia!!! :)
ReplyDeleteAlhamdulillah....tahniah for lydia...n fara sekeluarga
ReplyDelete