Sambungan dari kisah ini
Ketika suara lelaki itu menerjah ketelinganya, perempuan itu sudah dapat mengagak tentu ada khabar gembira yang mahu lelakiitu sampaikan kepadanya. Namun perempuan itu tidak mahu terus meneka mahupun bertanya.dia tidak mahu perbuatannya meneka nanti akan menghilangkan keseronokan lelaki itu kerana memotong niatnya utk memberitahu punca kegembiraan itu.
"Aku dah dapat offer" Sesungguhnya apa yang ada dalam fikiran perempuan itu tidak meleset. Benarlah sangkaannya bahawa lelaki itu mahu memberitahu bahawa dia sudah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.
"Ye ke? Alhamdulillah, dapat kat mana? yang program pengajian jepun tu ke? yang kau interview kat UM tu .. ko dptyg tu ke?" Laju mulut perempuan itu bertanya. Dia masih ingat beberapa bulan lalu lelaki itu menceritakan tentang temuduga yang dihadiri untuk permohonan pilihan kedua dalam borang UPU.
"Bukan. UPU kasik aku punya first choice. Buat A-Level" Jelas terpancar keceriaan pada jawapan lelaki itu. Mendengarkan itu,perempuan itu teringat pula pada dirinya. Sejak perbualan mereka berdua tentang keputusan SPM dan permohonannya, dia tidak pernah menyebut akan hal itu walaupun sering didesak oleh lelaki itu. Sehingga ke saat ini pun, segala kandungan di dalam borang UPU yang di isi oleh perempuan itu masih tetap tersimpan kemas sebagai
rahsia dirinya.
"Congrats"
"Nanti bila kau dah dapat mana2 offer,jgn lupa bagitau aku tau" Lelaki itu tidak dapat mengelak daripada meluahkan apa yang menjaditanda tanya di fikirannya. Dia tidak faham mengapa perempuanitu begitu berat untuk memberitahu tentang jurusan dan universiti pilihannya. Acap kali perbualan mereka berakhir dengan pergaduhan jika perkara itu dibangkitkan. Setiap kali itu jugalah dia akan terpaksa menghubungi semula perempuan itu untuk menjernihkan keadaan dan menahan mulutnya daripada bertanya soal itu.
Tetapi malam ini, lelaki itu tidak mengendahkan itu semua. Entah mengapa, dia merasakan jikalau dia membiarkan sahaja perempuan itu berahsia, berkemungkinan dia tidak akandapat berhubung dengan perempuan itu apabila amsing-masing membawa haluan yang berbeza.
Lelaki itu tidak mendengar suara di hujung talian. Dia tahu perempuan itu tidak senang dengan pertanyaannya. Dia baru sahaja hendak bersuara apabila perempuan itu menjawab,
"Ntah, tgk lah esok2 kalau ada, aku bagitau lah kau. Tapi tak dela A-Level.Dah le,citer lain le pulak...kang citer lebih2, tak dpt mana, buat malu kaum je" Jawab perempuan itu
"Ok,tak apa...asalkan kau bagitau aku, aku tak kisah la ke mana kau pergi" Lelaki itu masih belum berputus asa.
"kenapa plak aku kena bgtau?" Perempuan itu menjawab dalam pertanyaan
"Salah ke bgtau, sbb aku pun bgtau kau" jawab lelaki itu
"Aku tak suruh pun kau bgtau" Perempuan itu seronok mengenakan lelaki itu.
"Tapi aku nak bgtau" Dan lelaki itu tetap sabar melayan
"kenapa" ketika ini, suara perempuan itu sudah disusuli dengan gelak kecil.
"ntah" Lelaki itu hilang punca untuk bersuara .. apatah lagi untuk menjawab pertanyaan bertubi-tubi daripada perempuan itu. Akhirnya, dia hanya ketawa dan perempuan itu turut ketawa, memecahkan buih ketegangan yang berlaku suatu ketika tadi. Perempuan itu mengakui yang dia senang dengan kehadiran lelaki itu yan saban malam tidak jemu-jemu menghubunginya meskipun dirinya sering menimbulkan ketegangan.
Jauh di sudut hatinya bertanya,akan berakhirkah kisah-kisah yang tercipta antaradia dan lelaki itu apabila masing-masing membawa haluan sendiri...Perempuan itu masih tidak tahu ...
Sambung lah lagi di sini ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
fara ko tulis cerita? wah besnye.. tp aku tak dpt masukle Siri 1-n tu.. apsal ek..
ReplyDelete