Sambungan daripada kisah ini
Perempuan itu merasa gelisah. Segala perbuatannya seperti tidak ada yang kena. Dari sehari ke sehari dia menjadi tak keruan. Kegelisahannya bertambah apabila malam menjelma.
Entah perasaan apa yang terbit dari hatinya. Seperti dicucuk sembilu sakitnya kerana menahan perasaan yang datang. Bagaikan hendak menjerit memberitahu satu dunia tentang rasa sakit yang tidak diketahui puncanya.
Darahnya berderau setiapkali deringan telefon di tepi tangga berbunyi. Seakan ada suatu kuasa magnet yang membuatkan jantungnya tertarik-tarik ekoran daripada deringan yang datang. Namun,rasa kecewa bertandang apabila deringan itu bukan untuknya.
Sejak pertelingkahan kecil 2 minggu lalu, perempuan itu tidak menerima sebarang panggilan daripada lelaki itu. Sudah menjadi kebiasaan kepada perempuan itu untuk menerima panggilan daripada lelaki itu setiap selang 2 malam. Hatinya masih boleh terpujuk apabila tidak menerima pangggilanuntukbeberapa hari yang pertama .. namun pujukan tidak mampu lagiditerima apabila sudah seminggu tidak mendengar suara lelaki itu.
Perempuan itu tidak tahu perasaan apakah itu. Pernah tanpa disedari, jarinya menyeka airmata yang bergenang di kelopak matanya. Dia benci perasaan itunamun tidak dapat mengelakkan. Jauh disudut hatinya, dia menyesali tindakannya memarahi lelaki itu ketika lelaki itu bertanya tentang keputusan SPMnya. Namun kekesalan tidak membantu malah mnambah kesakitan hati.
"Dah lama kawan sekolah ko tu tak telefon" pertanyaan dari ibu perempuan itu seakan kejutan elektrik kepadanya. Laju jantungnya berdegup apabilamendengar ibunya menyebut tentang lelaki itu.
"Entah dia, biar je le" perempuan itu menjawab ringkas kerana harus berlawan dengan perasaannya yang sangat sebak. Begitu rapuh emosinya pada saat ini. Dia mencari akal untuk mengelak daripadapertanyaan lanjut daripada ibunya berkenaan lelaki itu.
Bunyi telefon benar-benar melegakan perempuan itu kerana itulah yang membantunya untuk mengelak daripada soalan2 yg bakal keluar daripadamulut ibunya. Segera dia mendapatkan telefon dan menjawab tanpa ada sebarang sangkaan bahawa panggilan itu bakal mengakhiri penantiannya.
Sekali lagi jantungnya berdegup kencang tatkala mendengar suara dihujung talian. Dan tanpa dipaksa-paksa , airmata begenang lagi ...di hujung talian sana dia mendengar suara lelaki itu berkali-kalimenyebut hello kerana diamasih tidak boleh menjawab dek menahan sebak akibat terlalu gembira.
berkali-kali perempuan itu menarik nafas dalam-dalam untuk menyembunyikan getaran suaranya. Tidak sekali-kali dia akan membenarkan lelaki itu tahu apa yang berlaku kepada dirinya. Sebolehnya dia cuba bersikap seperti biasa seolah-olahtidak ada apa-apayang berlaku, sedangkan hatinya melonjak keriangan.
"sihat ke?" Lelaki itu memulakan bicara setelah dia membalas hello.
"OK je,kau?" Sedikit demi sedikit perempuan itu mendapat kekuatan untuk berbual seperti biasa semula.
"Sibuk gila .. sorry sangat aku dah lama x call kau. Aku kena pergike pahang .. s*er*i Malay*sia ada nk bukak satu cawangan kat sana so aku kena lah ke sana install perabut. Hari2 balik bilik dah letih sangat tak larat nak carik public phone.. "
"hmm.. okay" Perempuan itu tidak tahu bagaimana untuk membalas kata2 lelaki itu.
"tapi,aku selalu tak sabar nak balik sbb nak call kau.Aku takut je kau nanti ingat aku merajuk pasal hari tu.." Lelaki itu menyambung tanpa dipinta.
"Kalau kau merajuk pun tak ada nya aku nak pujuk" Laju saja perempuan itu membalas.Dalam hatinya dia memarahi diri sendiri kerana memberi jawapan kasar seperti itu. Tapi,dia tidak menarik balik kata-katanya dan tetap berlagak seolah-olah tiada apa yg berlaku.Dalam hatinya berdoa agar lelaki itu tidak mengambil hati dengan kata2nya.
Dia tidak mendengar sebarang jawapan daripada lelaki itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.Bimbang juga kalau daripada tak merajuk, terus merajuk pula lelaki itu.
"Tak kisah le tu kan .. ko pun busy... asalkan sihat, Alhamdulillah le ..." perempuan itu cuba mengalihkan tajuk perbualan
"Sihat..." lelaki itu menjawab .. dan seketika kemudian, perbualan mereka menjadi rancak seperti waktu waktu sebelum itu...Dan perempuan itu merasakan hatinya turut tersenyum setiap kali keluar suara tawa riang mendengar cerita lelaki itu...
Pada ketika itu, perempuan itu berdoa agar kisah \seterusnya akan berakhir dengan senyuman seperti senyumannya diakhir penantian ini....
Bersambung di sini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Setelah sekian lama aku nantikan,
ReplyDeleteSetelah sekian detik aku korbankan,
Setelah sekian waktu aku mencari...
Aik macam ni je habisnya?
...atau ada sambung lagi..?