Ditelan mati emak, diluah mati bapak .... Itulah situasi aku pada minggu lepas ... dan situasi ini merujuk pada tidak lain dan tidak bukan, satu event yg amat aku tunggu ... lebih daripada aku menunggu rancangan2 hari raya di TV...
MAJLIS GEGAR RAYA Di RUMAH LORD BUDAK DAN LADY ARC
Memang seawal bulan puasa kami sudah memilih tarikh 5hb sebagai tarikh paling sesuai untuk GEGAR Raya ni .... dah tentunya, aku adalah orang yang paling teruja untuk bersama2 menjayakannya ...
Namun, ujian datang menimpa aku, kesetiaan aku teruji jua ... Sedang dalam kegembiraan menanti detik GEGAR, suami memberitahu, ibu mertua sudah membuat rancangan untuk beraya ke rumah saudara mara di Selatan .... mendengar itu, dalam diam luluh juga hati aku .. hehehe ... pelbagai cara aku lakukan untuk memujuk suami supaya memujuk ibu mertua supaya menukar tarikh ... namun, akhirnya aku hanya akur dengan keputusan yang telah dibuat ... dah dengan hati yang amat amat AMAT berat, aku beritahu rakan2 di tag yang aku tidak dapat bersama2 ke gegar.
Dan betapa aku bersyukur, kerana baru aku tahu, betapa indahnya perasaan rela melepaskan sesuatu yang aku sayangi, untuk seseorang yang aku sayangi ... melepaskan kemeriahan di Gegar untuk kebahagiaan suami ...
Dan aku bersyukur, dengan kerelaan itu, aku dibalas dengan satu keindahan yang paling tidak terjangka ... jam 3 petang, suami berkata ..
"Ini rumah last ni ... kalau dalam 4.00 kita bertolak, Insya Allah, sempat ni sampai Bangi dalam pukul 6 kot ..."
Dan aku rasa senyuman aku sememangnya sudah sampai ke telinga ... Yahuuu!!
"Tapi ...."
Alamak .. ada tapi
"Abang hantar Fara ngan Lydia .. then abang balik umah hantar abah ngan mak ... pastu baru abang join..."
hmmmm .... ok, aku rasa seperti hendak aje mengajak mak dan bapa mertua join Gegar, tapi memandangkan tendency utk aku tak sedar diri melepak, terpaksalah aku setuju dengan cadangan suami, yang mana dia pun tidak dapat bersama aku untuk separuh masa majlis berjalan ...
dan disitulah kisah bermula .....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
potong stim tul baca update nih (pandai2 jek kutuk org..sendiri lum upload gambar gi :P)
ReplyDeleteKeeeeelassssss.... yang penting ko datang nokss... ahakzz....
ReplyDelete