Menurut datuk doktor Fadilah Kamsah, masa paling sesuai utk berbicara dengan keluarga adalah di waktu makan. Itupun kalau makan bersama-samalah. Dulu, aku ingatkan kat meja makan kena diam aje tak boleh bercakap2 depan rezeki, Sebenarnya tak. Masa makan lah masa sesuai utk berbincang, tetapi dilarang menyebut hal2 yang tidak sepatutnya.
Memang betul pun.
Waktu makan bersama-sama dengan suami dan anak lah time yang paling aku suka. Maklumlah, Lydia kan tengah membesar ni, banyak perkembangan dia yang aku terlepas pandang dek kerana kesibukan sehari-hari. Kalau dengan husband ok lah boleh bertukar-tukar cerita masa dalam perjalanan pergi dan balik kerja di dalam kereta. Tapi, untuk bertukar2 cerita dengan anak dara kecik sorang tu, masa makan bersama aje lah. Kalau masa dia bermain, jangan haraplah dia nak melayan kalau aku tanya .. sama ada dia jawab main-main, ataupun dia tak jawab langsung.
Aku tak ada baby chair utk Lydia .. so kalau kat meja makan tu, dagu dia betul2 kat paras meja tu ... tapi takmo jugak kalau aku nak suapkan .. terpaksa kasik dia suap sendiri2 ... dia pun nampaknya enjoy makan sama-sama dengan mak ngan bapak. Lepas suap nasi, gelak gelak.. lepas minum air, gelak-gelak ... Time ni lah kalau mak ngan bapak tanya, dia respond ...
"kaki lydia lebam kenapa tu?"
"Tatit"
"Sapa buat?"
"Ya buat"
"Ya jatuh ke?"
"Tak tatuh, Ya aik, Ya andaiii" (Tak jatuh, Ya baik, Ya pandai)
Tapi tak boleh lah tanya dan tanya dan tanya, nanti dia bosan .. so kena relax2 dulu, sambung bual2 bual dengan husband .... kadang2 tu spontan dia cerita ...
" Ya naik baican"
Aku mulahlah pening, ah sudahhh...., baican la pulak??? apa lah baican ni? belacan ke? hahaha ... aku as usual, rasa ingin tahu yg mendalam ... tanya lah apa dia baican ..
"Baican lahh .. abam aik baican ... tatuh ..." dia jawab.
"Mana baican"
"Tu baican ..." Rupanya dia tunjuk Basikal daaaaaa .... basikal dia aku simpan kat bilik belakang, so boleh nampak dari meja makan, itu yang dia sebut pasal basikal ... rupanya dia cerita, abang anak babysitter tu main basikal dan jatuh ...
Baru aku tau, rupanya sebutan lydia untuk basikal dah lain .. ingat tak entry aku yang dulu2 .. aku citer dia sebut basikal as 'titan'? sekarang dah tukar jadi baican pulak .. aku ajar lah dia sebut betul2
"ba.....si....kal"
"ba .. ci ..tan" dia ulang
"haaa pandaiii pun ... "
tapi bila sebut laju2, keluar jugak bunyi 'baican' tuh .. tak dapek den nak nolong .. bila aku nak betulkan lagi, dia gelak2 ..tau dah, bila dah gelak2 tu nak main2 lah tu ...
dan semua ini, kat meja makanlah ... banyak lagi perkara2 baru yang aku discover pasal perkembangan Lydia ni .. kat meja makan ...
So, kalau lah ada antara u ols, yang bila anak dah makan, and then husband balik nak makan, anak nak ikut makan sekali, jgn pulak u ols kata camni,
"anakanda, janganlah kacau ayahanda sama bonda nak makan, kesian ayahanda sama bonda penat balik kerja, tadi anakanda dah makan kan kat rumah babysitter/dengan bibik? anakanda main kat luar ke, tgk tv ke, main ps2 ke, main barbie doll ke dulu okay? ..."
hehehe .. ada ke dialog mcm tu? aku pun KADANG-KADANG tercakap mcm tu jugak kat lydia hehehehe ... tapi sejak aku tau keberkesanan berkumpul dimeja makan, aku dah ubah sikit2lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
ke ke ke baican pun baican la...janji dia bercerita
ReplyDeleteseronoknye layan keletah anak yang baru pandai cakap ni...kan...cakap dia plak pelat-pelat cam tu...menghiburkan...
ReplyDeleteWonderful and informative web site. I used information from that site its great. Cosmetics ingredients dictionary Thomas online bills safe antidepressant drugs Free clan website templates Cosmetic surgery information K40 grill mounted radar detector discount b dental plans b
ReplyDelete