Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, 1 August 2011

1 Ramadan 1432H

Salam Ramadan everyone! puasa ke tak hari ni? Puasa atau tak (atas sebab2 yang diizinkan).. jom kita sama2 berdoa kita tergolong dalam mereka yang mendapat hidayah dalam bulan yang dirahmati ni .. amin .. kepada uols yang kerjanya memerlukan tenaga yang banyak, bersabarlah ye, dalam cuaca yang panas terik sejak akhir2 ni .. aku dpt bayangkan betapa sukarnya nak melalui cabaran lapar dan dahaga kalau bekerja di bawah sinar mentari .. , semoga kita semua tabah.. banyakkan minum pada waktu malam so tak la dehydrate badan tu .. betul ke? :-)

----

Sehari sebelum puasa, aku sempat ke rumah Maza .. meraikan birthday anak sulong dia, Efan yang berumur 6 tahun. Aku tinggalkan rumah yang macam tongkang pecah tu, and zass ke Purta Mahkota .. Seronok dapat jumpa kawan2 masa kat Kuantan dulu. :-) actually ada 2 events tapi aku have to let go event reunion with frends from TIGS atas sebab2 yg tak dapat dielakkan..

sampai kay rumah Maza pon dah almost 5 pm tapi mmg dia wat pon waktu2 gitu and clown pon baru sampai .. so mmg majlis lom mula .. dalam kul 5.30 dah ramai guests and most of them were my friends yang dah lama x jumpa.. syok tgk kawan2 lama :-)

macam-macam ada! from western to local!

yummilicious!

with Lyn and Rosie
BFFs from college back in 1995

Maza, Lyn, me, Rosie, Juita

Iris yang saaaangat gebu, bam bam dan comel!!!
tgk peha dia.. grrrrr..geramm sangat! she reminds me to Lydia masa kecik2 dulu!

Zurin, Hae, Ani, Zetty, Maza, me, Da, Toyon, Rosie, Lyn - pose before left
tak amik pun pics budak2 tgh melayan clown .. but kids mmg enjoy sbb ada magic show, ada banyak dance, ada chicken dance, ada byk games2 lain .. :-) Thanks Maza for the great party!

Wednesday, 11 June 2008

Hadiah Dari Hati ....

" Segala Puji Bagi Allah, tuhan sekalian alam, Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani ...

Ya Allah,

ampunilah dosa-dosaku, ahli keluargaku dan umat islam seluruhnya. Sempena ulangtahun kelahiran Fara yang ke 31 dan juga ulangtahun perkahwinan Fara yang ke 5, aku berdoa Semoga Fara dan keluarganya diberikan rahmat dan keberkatan.

Ya Allah,

permudahkan lah jalan untuk Fara dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba kepada tuhannya, isteri kepada suaminya, ibu kepada anak-anaknya, anak kepada ibu-bapanya dan saudara kepada saudara2 seislamnya..

Ya Allah,

Berilah kesabaran dan kekuatan iman kepada Fara untuk menjalankan kehidupan sehariannya, juga dalam menghadapi segala dugaan yang Kau berikan kepadanya...

Ya Allah,

Berikanlah umur yang panjang dan kesihatan yang baik kepada Fara, untuk dia beepeluang beribadah dan bertaubat, berpeluang berbakti untuk keluarganya, berpeluang untuk mendidik anak-anaknya, dan berpeluang melihat kejayaan anak-anaknya apabila mereka dewasa kelak.

Ya Allah,

Perkenankanlah do'a hambamu ini kerana hanya Engkaulah tempat kami mengadu dan meminta pertolongan.

Sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Engkau, Allah Maha Besar ..


Amin"


~Terima kasih atas hadiah (do'a) kalian untuk birthday aku hari ni :-)
~ Love U Ols!!!!!!!!

Popular Posts