Monday, 5 September 2016

UPSR 2016 Hari Ini. Semoga berjaya Anakku....

So its the day! today is the first day of UPSR 2016. Peperiksaan besar pertama yg anak-anak hadapi setelah bersekolah rendah selama lebih 5 tahun.. Pagi tadi suami yg hantar Lydia.. Saya memberi ucap selamat before dia ke sekolah.. tapi do'a saya terus mengiringinya setiap saat.. buat kerja pun kepala fikir exam anak. Alhamdulillah now dah pukul 10.30, dah habis satu paper (BM pemahaman) pagi tadi.. masa saya tgh tulis ni, Lydia sedang menghadapi BM kertas 2, penulisan... ya Allah.. semoga idea2 yang bernas keluar dari fikirannya... semoga semua pelajaran yang dah diajar oleh guru2 dapat digunakan ketika ini... 

Seronok scroll FB bila ramai anak kawan2 pun ambil UPSR dan seronok tgk gambar2 yg diorang share.. live dari sekolah... Semoga semua anak-anak diberi ketenangan sepanjang tempoh peperiksaan berjalan minggu ini.. (dan seterusnya..).. Saya pulak memilih untuk update di sini lah .. to mark the date.. :-)

In shaa Allah esok atau lusa saya cuba hadir untuk hantar dia ke dewan peperiksaan.. 

SEMOGA KEJAYAAN PALING CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT MILIK ANAK_ANAK KITA.. AAMIIN..

Gambar ihsan cikgu lydia selepas kelas tambahan minggu lepas..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts