Wednesday, 21 May 2014

Kisah si jantung hati :-)

Dah lama rasanya saya tak menulis tentang perkembangan anak-anak si jantung hati saya tu kan? Diam tak diam, 2014 dah hampir masuk bulan June. Kalau dalam term persekolahan, dan akhir penggal ke-2 persekolahan. Seminggu lagi cuti pun mula..


Semester awal2 ni kalau Lydia, memang aktif dengan mcm2 pertandingan sama ada peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Pertandingan bercerita bahasa inggeris lah, berpidato bahasa arab lah, bersajak lah... Saya tak menghalang pun sebab itu peluang dia nak jalan2 pergi ke sekolah lain, kumpul pengalaman. Keputusan, ada yg menang dan layak ke peringkat final, ada jugak yg kat peringkat awal pun dh tak bernasib baik.. Haha tak kisah la tu. Ukuran saya, pada tahap keyakinannya dan kemahuannya mencuba lagi walaupun pernah rasa tewas. Alhamdulillah Lydia sering diberi kepercayaan dalam acara2 yg melibatkan perseorangan. Satu kepercayaan yang sangat berharga!!
Dulu masa dia di tadika, boleh la parents follow jadi penonton setiap kali ada pertandingan. Tapi dah sekolah rendah mmg takde lah kan, padahal kalau ikut hati, sokmo nak ikut dan sokong diorang. Jadi, berdoa je lah agar di dpt memberi persembahan yg lancar dan tenang.


Ok. Idlan pulak, selepas last year dah mengharumkan nama tadikanya (PASTI) dlm pertandingan khutbah hingga ke peringkat kebangsaan, tahun ni sekali lagi dia diberi kepercayaan utk membaca khutbah. Tapi pertandingannya belum confirm bila.. Saya tak mahulah over confident tapi akan terus memberi sokongan kepada Idlan dan guru2 PASTI dia... Yang penting, saya nak dia rasa seronok selama 2 tahun bersekolah di tadika PASTI ni. Memang nampak lah dia seronok.. Sentiasa bersemangat! Macam masih sama masa saya tengok dia di hari pertama persekolahan tahun lepas, masa dia umur 5 tahun.. :-)


Fahren? Tahun ni berusia 4 tahun, alhamdulillah program membaca 'cahayaku' yang ibu taska dia berikan masih berjalan lancar, now dah sampai buku 2, bermakna perkataan2 bahasa melayu yg mudah dia dah boleh baca... Kadang2 saya test kat rumah, kadang2 saya terlupa hehehe.. Tapi berdasarkan kakak dan abang dia, inshaAllah by akhir tahun nanti inshaAllah dah lancar.. Dan dia pun dah bersedia nak folo jejak abang kakak ke PASTI bila 5 tahun nanti..


Awal minggu ni, peperiksaan pertengahan tahun bagi Lydia dan Idlan. Saya cuma pastikan mereka sihat dalam tempoh peperiksaan ni. Kebetulan sekarang ni cuaca tak menentu, tetiba hujan dalam pada panas terik tu .. memang mudah je nak kena demam. Tambahan pulak duduk taska kan.. Tu yg saya make sure makanan diorang tak skip terutama sarapan! Tengahari pulak mmg taska yg sediakan. Untuk dinner, kadang2 saya masak, kadang2 mkn di luar, kdg2 mkn roti je alas perut.. Alhamdulillah anak2 jenis tak memilih..


Dari segi nutrisi tambahan, of course lah Shaklee. Meal Shakes, chewable vitamin C dan nutriferon memang silih berganti saya masukkan dalam jadual vitamin diorang... Kadang2 tu saya terlupa jugak, tapi diorang (terutama Fahren) lah yg akan ingatkan! Hahaha.. Memang bukan satu kewajipan utk memberi anak2 nutrisi tambahan, tapo saya memilih untuk memberi, mengikut keperluan mereka... Lain anak, lain jugak keperluan..macam fahren tu badan cekeding sgt berbanding yg lain dan makan pun ikut mood dia walaupun tak memilih. So Meal Shakes mmg utk dia.. Yg lain2 tu vitamin C dan nutriferon lah, sekurang2nya utk antibodi... Hasilnya, saya serahkan kpd Allah... Amin..


Panjangnya!! Hahaha itu baru 3 org.. Anak ke-4 si anak dara kecik tu (daleela) pun dah semakin bijak sekarang.. Vocab makin banyak.. ada je keluar dari mulut dia.. Akhir bulan ni dia 2 tahun. Saya pun dah mula jugak slow talk dengan dia tentang adiknya yang bakal lahir beberapa bulan lagi. Nampak gaya dah boleh terima... Sebelum ni kalau saya tanya mana "kakak daleela" dia akan tunjuk lydia je.. Klau adik pulak akan tepuk dada dia sendiri.. Tapi sekarang bila sebut kakak daleela, dia tepuk dada (kadang2 terlupa juga) dan  bila tanya adik, dia tunjuk perut saya! Haha well done Daleela!!! Saya percaya dia dan adik baru nanti akan jadi rapat.. Bermain dan of course bergaduh2 sayang haha!!


Phewwww!! .. Mmg rasa tak puas bila cerita bab anak-anak... Huiii banyak sgt perkembangan yang berlaku secara sedar atau tak... Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang tak ternilai dengan wang ringgit ni.. Alhamdulillah kerana memikirkan merekalah juga saya tergerak hati mahu lebihkan rezeki kewangan saya. Anak2 adalah punca rezeki, kan? Rezeki utk yg berusaha tentunya, inshaAllah.. Saya berusaha mahu lebih rezeki dengan bisnes Shaklee... Semoga Allah memudahkan bagi saya.. amin...


Stop dulu lah. 45 minit menulis ni, kat dalam komuter dari KL sentral ke Shah Alam.. Hehehe terisi masa gitu.. So inshaAllah ada masa nanti, saya story lagi pasal anak2 ye... Bila jadi mak, cerita tentang anak2 lah paling mengasyikkan.. Ekeke..


Ok terima kasih sudi baca!!! Meh la share story anak2 uols jugak.. Anak2 kita kan bijak.. Macam kita jugaaa!! :)

*Fara*

Fahren membaca cahayaku selepas kantoi main bedak habis satu muka putih, sebagai 'hadiah', saya mintak dia baca buku.. hehe muka sedih jek

Hari Gembira kudapat Pandora!

Seminggu sebelum Mother's day awal bulan ni, sajalah amik cuti, ala-ala reward diri gitu.. apsal nak reward diri? lorr prlu ada sebab ke? hahaha! well, vangga dengan diri, pi je la reward.. kosser nak tunggu ada reasons bagai kan? and kebetulan hasben pun cuti.. (errkkk.. ekceli yg amik cuti tu hasben, iols plak bila hasben cuti mcm takleh jadik mesti rasa mcm nak cuti sama. cam rugi gitu pi kerja time dia cuti haha masa ni la nak spend time together cengkononnya kan.. haha! anak-anak sekolah, tak la guilty gitu pi jalan2 ngan somi terchenta.. aww..

(entry ni mcm ada bau-bau diary gitu -- bear with me, please! huhu windu nk tulis entry poyo2 sket. ekekeke)

So pagi tu lepas hantar anak-anak pi skola, kami pegi settlekan all the urusan perbankan. Itu la pun tujuan somi amik cuti... dah tu kebetulan kat area Bandar Baru Bukit Raja tu dah bukak Bangunan Persekutuan yang turut menempatkan Jabatan Pendaftaran Negara, kami pon amik peluang la, pegi renew kad pengenalan. Huhu! dengan muka tak make up langsung, lipstik pon tak dan nak pakai ( lipstik pon dah hilang 
acaner?) .. iols setuju sajork pi wat IC.. hakhak! 

Orang tak ramai, ok je la, tapi dalam tak ramai tu sempat le iols mengarang iklan Shaklee kat FB.. sempat pulak buat observation tntang seorang adik kaunter yang agak tak mesra pelanggan.. haha! mak sentap noks kalau kaunter kurang mesra pelanggan ni.. terus mak post jugak status kat FB, dan pesanan mak di akhir post adalah, KALAU STRESS DENGAN KERJA, CUBA LA BERNIAGA SHAKLEE, confirm hari2 berlalu adalah positif-positif belaka! TAK CAYA? HA, meh register! 


Sementara tunggu IC siap (kul 2 katanya baru siap) masa tu baru kul 11.. apo laie.. kami pon pegi la AEON BuKit Raja sebelah tu jek.. a ha, ini mmg favorite mall saya walaupun dah lama gitu.. tapi Bukit Raja Shopping Centre ni dah bertukar wajah tau.. not bad la lepas renovation ni.. I loike! maklum la tempt perchentaan kekdahnyer uols! hahaha!


Kami tengok movie "Mansion Brick" lakonan Paul Walker.. woooo hebakkk, terbaaak! memang full pack action! tak sempat nak kelip mata kekdahnyer.. seb baik sempat ngunyah2 popcorn huhu! Akhir citer ni before kuar credits bagai tu, kuar mesej "In Living Memory of Paul walker" huhu terasa gak le sedih sesaat dua.. 


Lepas tgk movie, balik semula ke JPN utk collect IC.. dah lepas tu baru la tatau nk pi mana.. maka iols sajes la ke Setia City Mall jek, dah petang kan, pi situ je la lepak2 sementara tunggu anak2 balik sekolah.. nak balik pon dah dekat je ngan rumah.. sampai SCM, errkkk terrrrmasuk satu kedai ke satu kedai (maklum la tak rushing.. mmg nk jalan jek kan..) .. bila masuk Pandora, eh terlama plak plak belek punya belek.. hahaha.. hasben plak mcm paham2 jek wife dia dok usha semacam jek dok try kemain lagik... hehehe.. last2 dia tanya, "nak yang mana?" huwaaaaa bagai pucuk dicita ulam mendatang dek non! hahaha!


tapi ofkos iols sedar diri la jugak.. orang dah offer kena la amik offer tu kan.. hormat katanyer, tapi idok le sampai fenuh segelang kan.. cukup la seketoi dua buat initial steps gitu hahaha initial steps kekdahnyer? hahaha! so mak angkat gak le .. sambil sipu2 malu cakap tengkiuss kat hasben.. REJEKIIIII!!!



Alhamdulillah.. memang berbaloi bercuti hari tu.. happy happy happyyyyy...


Friday, 2 May 2014

Kisah Eczema, Athsma, Doa Nabi Ayub dan Nutriferon Shaklee

Kisah yang saya nak tulis hari ni, adalah kisah kegembiraan rakan saya yang dikongsikan kepada saya. Rakan saya mula membeli Nutriferon daripada saya beberapa bulan yag lalu, untuk diberikan kepada anak lelakinya yang sering diserang virus athsma. Saya berani mencadangkan Nutriferon kepadanya kerana berdasarkan kefahaman saya tentang produk ini dan di tambah lagi dengan testimoni orang ramai, saya yakin dengan keberkesanan Nutriferon dalam merawat virus selsema, Asma, Resdung dan demam yang berpanjangan.



Alhamdulillah, berkat kesungguhan (disiplin) sahabat saya ni, tak sampai sebulan tu dia beritahu saya yang memang Nutriferon sememangnya beri kesan positif untuk anakknya. kegembiraan saya lagi lah tak terkata. Oh macam ni rupanya rasa gembira menolong orang mendapatkan kesihatan. Tentunya dengan izin Allah, tapi bila saya, bisnes saya dan produk yg saya jual menjadi asbab kepada kesihatan itu, takkan la tak gembira kan? berganda-ganda kegembiraan saya, mengalahkan gembira ketika mendapat order kali pertama. 



Bermula dari situ, sahabat saya cuba mula mengambil sesachet nutriferon untuk dirinya sendiri. Dugaan Allah kepadanya kerana Allah sayang kepadanya, dia kebetulan mula 'mendapat' ezcema selepas melahirkan anak ke-3. Keadaan eczemanya sehingga membawanya berjumpa dengan doktor pakar dan menelan belanja yang tinggi untuk kos rawatan.



Sekali lagi dia memberitahu berita gembira kepada saya.. bukan sahaja anak lelakinya jarang diserang athsma, malahan dia sendiri jarang diserang eczema sejak mengambil Nutriferon.



Lalu dari situ, dia yang sememangnya seorang yg menitik beratkan soal kesihatan, sering bertanya perihal eczema kepada doktor-doktor yang merawatnya, dan dalam masa yang sama, sering juga berdiskusi dengan kawan2 yang turut mempunyai masalah eczema yg sama sepertinya.




Suatu hari dia dengan gembira memberitahu betapa seronoknya dia dapat memahami bagaimana eczema dan athsma inshaAllah dapat diatasi dengan :- 


1. Sentiasa memastikan ANTIBODI BADAN berada ditahap YANG TINGGI (Di sinilah NUTRIFERON memainkan peranan yg sgt besar kerana NUTRIFERON menggalakkan penghasilan INTEFERON (antibodi semula jadi badan)). Antibodi badan yg tinggi memastikan badan sentiasa dilindungi dari sebarang virus berbahaya, inshaAllah.. Nutriferon sememangnya di formulasi untuk menggalakkan penghasilan antibodi secara semulajadi. Logik sangat kenapa virus seperti eczema dan athsma berkurang dengan pengambilan nutriferon.


Testimoni Nutriferon


2. Berdoa dan meminta daripada Allah, seperti Nabi Ayub sentiasa berdoa ketika diduga dengan penyakit (maka boleh lah mengamalkan doa nabi Ayub)





Terima kasih kepada kawan saya itu kerana sudi berkongsi kesimpulan yg sangat bermakna ini... Bila kefahaman dtg dari diri sendiri, mmg lebih puas dan bermakna kan? Semoga memberi manfaat kepada orang lain juga.. InshaAllah...


KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN NUTRIFERON. Pembelian melalui eSell adalah selamat kerana transaksi pembayaran hingga ke penghantaran adalah di antara anda dan Shaklee, tiada melibatkan orang tengah. Tetapi dengan membeli daripada blog saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya. Sama ada anda boleh hubungi saya selepaspembelian, ataupun saya akan menghubungi anda selepas pembelian.. 


Mudah sangat! Order lah! Kalau nak dapatkan diskaun, segeralah mendaftar sebagai ahli hanya dengan RM65 anda layak mendapatkan semua barangan dengan harga ahli (jimat sehingga 20%) - hubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli ye! :-)

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang nutriferon dan produk2 lain dalam Shaklee.

Fara 0192390107

Popular Posts