Aku ni tadi cadangnya nak balik awal, sebab nak catch drama 'Dunia Baru, Episode akhir' plak tu ... tapi review session utk doc yg aku tgh prepare tu habis kul 5.15, so lepas tu ... mana nak check email ler pulak, mana nak amend benda2 yg dah ditambah2 .. mana nak catch up blog member2 lagi .. so tengok2, jam dah pukul 6 rupanya .. so aku luangkan lah sikit masa, update sket blog ni ...
Weekend semalam, aku balik kampung Johor ... Alhamdulillah, kampung aku selamat daripada banjir yang teruk melanda Johor tu. Tapi, still bila dengar kakak aku cerita pasal bencana tu, aku jadi seram sendiri ... dan dan tu rasa macam nak bertaubat sesungguh ... kakak aku ni, one of the sukarelawan yang menolong mangsa2 banjir kat area Kluang dan Kota Tinggi ..so memang syahdu betul dengar dia bercerita ... yang paling dasyat tu, banjir kat Johor ni, dah boleh disamakan seperti Tsunami kecil. kakak aku kata, masa gelombang kedua (round ke 2 banjir) tu, memang dasyat betul. Memang lah takde ombak ganas ...tapi, dalam tak ganas tu, kederasan air banjir tu berjaya jugak mengalihkan peti ais yang besar2 dan barang2 berat yang lain ... Takut aku dengar ... then bandar Kota Tinggi tu, bila air dah surut, macam padang jarak padang tekukur la jugak .. macam bandar yang dah lama ditinggalkan, dengan lumpur sampai ke bumbung lagi ...
Dah ler orang Johor jarang dilanda banjir .. kalau ada pun, adalah kot paling tinggi paras lutut ... jadi, bila ada banjir macam ni, tak der lah kitorang tau how to handle ... especially tang lumpur tu ... so abang aku cerita, kalau kat tmpt yang dah selalu delanda banjir, diorang ni, walaupun kena pindah ke pusat pemindahan, tapi bila air dah mula surut, diorang akan closely monitor, bila dah sampai paras lutut aje, cepat2 diorang balik semula ke rumah masing2 ... apa yg diorang buat ialah, diorang akan kocak2 air tu ... so that lumpur tak mendak sebab keluar sekali dengan air yang mengalir keluar dari rumah ... dengan cara itu, tak der la tebal lumpur yang tinggal ... sebab biasanya, banjir besar akan tinggalkan lumpur setinggi buku lali, bayangkan kalau kering? tak ker letihhh nak membersihkan? fuhh ..harus aku give up terus!
So, kesimpulannya, banjir kat Johor tu, memberi keinsafan lah kepada seluruh rakyat Johor khasnya, dan rakyat malaysia amnya ... mudah mudahan tak berulanglah lagi bencana yang seumpamanya ...
Selain catch up pasal banjir, aku gi potong rambut kat pekan Senggarang tu ... kat situ jer la selalu aku potong rambut ... rambut aku ni sikit bebeno, macam tak berbaloi kalau nak potong kat kedai mahal2 .. nak potong sendiri mana reti ... so, bila balik kampung mmg le tak lepas peluang ... Aku ajak Lydia sekali .. mula2 aku tanya dia nak potong tak dia geleng kepala .. tapi bila lepas aku dah habis, dia nak pulak ... sebab dia seronok kot naik kerusi depan cermin ... diam ker anak dara tu masa nyonya tu gunting and pegang2 kepala dia .. nyonya tu tanya aku, before ni awak potong sendiri ker? aku angguk ler ...dia gelakkan aku sebab aku gunting tu salah huhuhu ... so dek kerana kesalahan aku tu, dia terpaksa gunting rambut Lydia jadi pendek sebab nak balance ... Lydia diammmm jer ... aku seram gak kot dia gerak2 ..maklum ler 1st time kan ...
Aku sekarang agak senang hati sikit sebab mak aku kat kampung dah tak sorang2 lagi ... ada maid dah sekarang ... cuma bila ada maid ni, kenalah berhati2 sikit ... Mudah mudahan lah semuanya OK ..lagipun, mak aku tu kerap gi rumah anak2 .. dalam sebulan tu, ada lah kot seminggu dua dia betul2 kat rumah ... kadang2 tu langsung takder kat rumah sebab dok kat umah anak-anak ... cuma bila ada maid ni, aku seronok ler sbb bila balik kampung, aku plak relax wakakakkaka .... tak payah masak huhuhu ...
Pasal kerja plak, Friday lepas, projek direktor panggil aku ... aku ingat kan ler dia nak discuss pasal dokumen tu .. bila masuk, rupanya dia nak cakap pasal lain .. ada satu permintaan rupanya dari dia .. permintaan yang membuatkan aku merasa dilema sama ada nak accept atau tak ... dia kata tak perlu bagitau masa tu jugak, he gave me time to think about it... pening gak aku ... puas aku timbang sana sini, masih lagi dilema ... tapi aku cool aje walapupun dalam hati banyak betul aku punyer assumption yang bermain2 ... aku ingatkan aku ada time dalam seminggu gitu nak fikir .. wakakakkaa
Petang tadi, dia panggil lagi .. and tanya about my decision .. adeh! sependek tu jer masa yg dia kasik kat aku? sabauuu jek laaaa .... aku ada gak tanya dia few things yg aku tak clear sebab apa dia buat keputusan tu, perkara2 yg bermain diminda ... taknak lah kalau tak tanya kang, main belasah jer accept or reject ... and lepas dia cerita ceriti, aku diam aje .. macam nak, tapi macam seram aje .. huhuhu .. pastu, dia kata, kalau aku taknak, jangan lah kata taknak, cakaplah aku nak try .. sabau jek la kan ... So last last, aku kata kat dia, Esok i bagitau ... huhuuhu ... satu hari ada beza ke? tengok lah, malam ni aku fikir habis, aku renung ceiling bilik aku kot2 ada jawapan huhuhu ...
Tengoklah esok, camner ... OK?
salam
Monday, 5 February 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Ko tenung ceiling tuh.. sah2 mesti ko nampak aku Fara...
ReplyDeleteahakzz....
simpati aku baca kisah2 banjir ni.. tu amaran dari yg Esa tu...
ReplyDeletesimpati aku baca kisah2 banjir ni.. tu amaran dari yg Esa tu...
ReplyDeleteumah mak aku dah biasa banjir, bila banjir...akan baliklah pakcik aku siap ngan pelampung lagi nak main air.....tapi memang betul, kalau dah biasa banjir, kitaorang dah tau nak angkut apa dulu (dulu aku siap panjat ceiling nak letak kain baju sbb nanti malas nak basuh kainbaju kalau basah)...
ReplyDeletearc
Fara,
ReplyDeleteko nak dinaikkan ke PL pulak ke? huhuhuhuhu