Sambungan daripada kisah yang lepas.
...
"Es" Pelajar perempuan itu tahu panggilan itu untuknya. Walaupun nama itu bukanlah nama panggilan biasa yang digunakan sebelum ini, namun dia tahu panggilan itu untuknya. Nama panggilan itu mula melekat selepas guru Kimia ketika di kelas Kimia di tingkatan empat memanggilnya. Itulah nama yang pendek dan ringkas untuk pelajar perempuan itu selepas itu.
Dia menoleh ke arah rakannya, Zai yang memanggilnya seraya menjawab, "ha, ada apa?"
"Ko buat apa? jom la balik, kan dah habis prep ni?" Zai menjawab dengan pertanyaan. Pelajar perempuan itu hanya tersenyum dan tetap tekun dengan kerja di hadapannya. Dia tahu sesi kelas persediaan sudah habis. Kedudukan kelas mereka yang bersebelahan tangga membuatkan bunyi derapan tapak kaki pelajar-pelajar lain yang menuruni anak tangga untuk pulang ke asrama jelas kedengaran. Lebih-lebih lagi tempat duduknya di tepi tingkap. Kerap juga ketika cikgu mengajar, matanya melilau ke arah tangga setiap kali ada orang yang lalu lalang di situ. Mungkin kerana itu kadangkala dia tidak dapat menangkap apa yang dipelajari di dalam kelas.
"Jap lagi la...aku tengah test power dengan peraduan teka kata ni, mana lah tahu boleh dapat sepuluh ribu, sama-sama kita makan angin kan?" Pelajar perempuan itu menjawab sambil jari telunjuknya menuding ke arah surat kkabar Berita Harian yang di langgan untuk kelasnya.
Zai turut duduk di kerusi hadapan pelajar perempuan itu. Tidak lama selepas itu, rakan mereka In dan Liz turut serta. Mereka berempat sama-sama khusyuk meneliti soalan-soalan tekakata tersebut. Sesekali, mereka akan merujuk kepada kamus dewan di hadapan mereka untuk mendapatkan perkataan yang betul.
"In? Kau pun tak mau balik lagi? Bukan ke hari ni lunch lauk favorite kau?" Zai bertanya kepada In yang duduk mengadap ke arah tingkap di sebelah pelajar perempuan itu.
"Nantilah..." In menjawab pendek sambil matanya tidak berganjak memandang ke arah tangga di koridor yang menghubungkan blok A dan B.
"Aku tahu, ni mesti kau nak tunggu sampai mamat tuh keluar dari kelas dia kan?" Zai membuat tekaan. Mereka berempat sudah sedia maklum bahawa In ada meminati seorang pelajar lelaki dari kelas tingkatan 5A. Malahan perkara tersebut juga sudah menjadi bahan usikan dikalangan teman-teman lain.
Pelajar Perempuan itu juga tahu, lelaki yang diminati rakannya In itu, adalah Pelajar Lelaki yang sama yang pernah membuat beberapa kali membuatnya tergelak dengan usikan-usikan yang dianggap tidak serius ketika mereka di dalam tingkatan empat. Namun tidak pernah sekalipun dia menceritakan kepada sesiapapun berkenaan hal itu kerana dia sendiri tidak pernah merasakan kalainan kepada usikan-usikan tersebut. Malahan ketika ini, dia sendiri sering mengusik In dengan pelajar lelaki itu jika mereka bergurau senda dan berbual-bual sama ada di dalam kelas atau di asrama.
"Aku rasa dia tgh on the way lah..itu bukan dia ke tu.?" Pelajar Perempuan itu yang sudah mula hilang konsentrasi terhadap peraduan tekakata di hadapannya mula bersuara. Matanya dilirikkan ke arah blok A di mana kelas Pelajar Lelaki itu berada. Di sana, mereka melihat dua orang pelajar lelaki sedang berjalan menuju ke arah tangga.
"Kau nak aku sampaikan apa-apa pesan ke kat dia tu?" Zai mempelawa diri untuk menjadi orang tengah antara In dan Pelajar Lelaki itu.
"Kalau berani pergilah!" In berkata kepada Zai. Dia sedar pelawaan Zai bukan betul-betul. Tak mungkin Zai berani bertindak sedemikian. Bukan dia tidak tahu perangai setengah pelajar-pelajar lelaki di sekolah ini yang tidak segan segan mengutuk pelajar perempuan yang mereka tidak suka. Walaupun dia tahu Pelajar Lelaki itu yang diminati bukanlah jenis yang sedemikian, namun dia mahu lebih berhati-hati.
"Aku berani. Aku cakap kau kirim salam ok?" In terdiam dengan kesanggupan Zai, namun tidak pula membantah.
"Jom Es, kita cakap ngan mamat tuh?" Pelajat perempuan itu tersentak. Tiba-tiba dia merasakan tidak selesa bila diajak untuk berbuat demikian. Bimbang jika dirinya dan kawan-kawannya dijadikan bahan kutukan selepas itu nanti.
"Segan aku lah, kau je lah pergi kan kau yang offer tadi? Aku takde kena mengena pun." Dia berharap jawapan itu akan membuatkan Zai membatalkan niat mengajaknya. Lebih bagus lagi kalaun Zai membatalkan terus niatnya nak menjadi orang tengah. Namun harapannya tidak menjadi kenyataan. Zai dengan selamba menarik tangannya ke luar kelas dan menuju ke koridor hadapan.
Mereka berdiri di situ sehingga dua orang pelajar lelaki itu menuruni anak tangga dan betul2 berada dekat dengan mereka. Zai dengan yakin bersuara. Pelajar Perempuan itu hanya berdiri kaku.
"Am" Zai memanggil pelajar lelaki itu. Pelajar Lelaki itu menghentikan langkah dan menoleh ke arah mereka.
"Panggil aku ke? Ada apa?" Pelajar lelaki itu menjawab. Sesekali anak matanya melirik juga ke arah Pelajar Perempuan itu. Setiap kali itu jugalah dia melihat Pelajar Perempuan itu cuba melarikan matanya ke arah lain.
"Ye lah .. aku nak sampaikan salam untuk kau. In kirim salam." Sememangnya Pelajar lelaki itu sudah mendengar usikan-usikan rakan-rakan tentang In. Sikapnya yang suka berdiam membuatkan teman-teman lebih suka mengusik kerana dia tidak cepat marah atau melenting dengan usikan yang dilemparkan.
"Dia mana?" Jawab lelaki itu selepas menjawab salam yang diberikan.
"Dia segan kat dalam kelas tu" Jawab Zai.
Tetapi Zai masih tidak berpuas hati lalu bersuara,"Kau tak mahu kirim salam kat dia balik ke?"
"Takpe, nanti kalau aku nampak dia aku bagi salam terus kat dia" Jawab pelajar lelaki itu. Kemudian matanya dilarikan ke arah Pelajar Perempuan Itu yang berdiri kaku tidak bersuara sejak dari tadi. Pelajar Perempuan Itu tidak dapat tidak, terpaksa juga memberikan senyuman kepada Pelajar Lelaki itu. Namun perkataan yang keluar daripada Pelajar lelaki itu selepas itu sememangnya tidak disangka-sangka.
"Tapi Zai, aku nak kirimkan salam aku kat orang sebelah kau tu." Pelajar Lelaki itu bersuara sebelum terus melangkah menuruni anak tangga dan menghilang di sebalik tembok meninggalkan dua orang pelajar perempuan yang terdiam seketika.
"Kau dengar tu Es? Dia kirim salam kat kau lah...ada apa-apa ke korang?" Zai mula meneka.
"Eleh, kau percaya la dia... macam kau tak tahu budak2 lelaki kan suka buat orang perasan. Dah jangan fikir sangat. Baik ko jgn bgtau sesapa dah yeh?" Pelajar Perempuan Itu tidak mahu Zai memperbesar-besarkan perkara itu.
Mereka berjalan menuju ke kelas semula dan di dalam kepala Zai sudah terlintas apa yang hendak diceritakan kepada In.
Namun di dalam fikiran Pelajar Perempuan itu, Kisah yang lepas-lepas tiba-tiba ligat menari-nari.
Walau fikiran tidak membenarkan, terdetik juga dihati kecilnya, kisah ini sememangnya bukan berakhir di sini .... ....
sambung di sini ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
fara, apa lagi, cepat la apdet!
ReplyDeletekihkihkihkih ooo gitu yerk citernya...best aa fara mengenang zaman budak sekolah dulu ek :D
ReplyDeletehehhe...aku rasa mcm dah dpt tangkap jer main roles tu...
ReplyDeletehehehe... percayalah... semua kisah ni tidak akan berakhir sebab kisah itu tidak berakhir di situ... grr... bila nak berakhir da.... hehehe
ReplyDeletehi fara.. thanks visit blog yatt ...
ReplyDeletejgn marah ekk pasal entry tuhh heheh
lenkali mai la lagi..
ape kata fara letak satu shoutbox or tagboard
haa... kan dah ada permintaan tu kasi letak itu shoutbox la flex...Wah... blog kau dah baru la.. waaaa penglihatan aku baru..
ReplyDeletekau nye senarai blog kat "My Clicks" tak boleh kilk la...
ReplyDeletefara..best aa cerita ni..sesungguhnye bebdk laki skolah kita memang suka mengutuk kan..
ReplyDeleteterkenang cerita lalu....hehehehehe