Kebahagiaan adahalah hak milik setiap insan ....
Bergunung-ganang kegembiraan yang aku rasa sekarang ni.
Hari Rabu hari tu aku pening kepala sangat-sangat. rasa macam nak pitam especially time dalam LRT....aku doa betul2 mintak2 tak pitam..kalau pitam tak ke naya? sapa plak yang sanggup nak ... hyshhh!! aku nak nyambung ayat nih pon aku tak sanggup rasanya .. ni kan pulak nak mengalaminya.. tak sesuaizzzz la kan?
Badan pun rasa seram sejuk seram sejuk yang macam time demam nak datang tuh. Aku malas lah nak jumpa doktor sebab badan tak panas luar, so kalau doktor check karang dia ingat aku sajaaaa jek nak mintak MC ... So aku tahan jek la.. time zohor tuh aku lelap kejap (kalau lelap selalunyer rasa kejap walaupun lama)
Sampai la ke petang aku rasa tak larat macam tu. Kat dalam kereta lepas hubby ambik dari LTR (nasib baik hari tuh tak naik motor), aku bantai tidur je. Aku dah plan dah, sampai umah Mother In Law pun, aku tak nak lah makan dinner sebab selera takder macam kenyang lepas dah mkn maggee sebungkus lunch time tuh. Nak terus baring sementara tunggu maghrib.
Tapi kan kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.
Sampai rumah MIL, lain yang jadik.
Sampai, keluar kereta terus masuk rumah, dapatkan Lydia, cium dia, salam MIL dan terus baring. Dalam pening-pening lalat tuh, MIL bg tahu,
"Lydia dah jalan tadi...Bukan main suka dia berulang alik jalan ke arah nenek, lepas tu ke arah atuk ... sampai tak mahu berhenti"
Zupppp!!!!
Hilang semua rasa sakit pening aku!!!!!
Terus aku bangun dari baring. Terus aku dapatkan Lydia yang tengah dipeluk hubby. Terus aku tanya dia.
"Lydia jalan ye? anak mak dah pandai jalan ye? meh la sini tunjuk kat mak sayang ..."
Dia senyum lebar betul .. tangannya diangkat kedua-duanya. Aku tahu tu dia nak mintak dukung tu, tapi aku tak mahu dukung dia..aku berundur ke belakang dalam 1 meter, cepat2 aku suruh dia jalan dari pangkuan bapak dia ke arah aku.
Tapi dia jual mahal. Tak mahu jugak dia. Siap cakap lagi "tanakkkk"
aduh.
Agaknya MIL aku macam takut aku kecewa .. dia pulak agah2 Lydia biar dia jalan .. MIL kata tadi lama betul dia jalan, jauh dan laju pulak tu. Tak jugak jalan.
Aku cakap kat MIL aku, tak pe la mak...tak depan saya pun tak pe, asalkan dia dah berani nak berjalan, saya dah rasa lega sangat dah. esok lusa nampak la jugak tu. Dalam hati sedih jugak hehhe!!
Lepas maghrib aku balik rumah. Sakit kepala masih sama, happy punyer pasal .. leh lupa sakit kan? kat rumah time tengok TV, aku biarkan je Lydia godeh2 kotak mainan dia tuh. Dalam tu semua kereta ngan bola ngan beberapa ekor itik dan seekor swan (apa in malay ek? burung undan ke?) tu lah ... dalam pada dia tengah main-main tuh, aku saja la sound dia, saja la ... tak kisah la dia tak faham
"sampai hati Lydia tak mahu tunjuk mak Lydia jalan ..." sambil aku berlakon suara mengada-ngada ... tup tup dia toleh..merangkak kat aku .. aku time tuh nak jalan ke dapur .. aku tarik dia, pimpin tangan dia macam biasa ..
tup tup ...
dia berjalan terus ... sendirian ...
Aku excited. Hubby pun excited. Lydia pun excited tengok kami excited tengok dia berjalan. Sampai bertepuk-tepuk tangan dia ...
Malam tu kami semua tidur berselubung kebahagiaan ...
Terbunuhkesakitan.
org ampang....
ReplyDeletesaspens jek... ingatkan pening2 sbb kembali berbdn 2... anyway, tahniah lydia dah pandai jln....
Perkataan pertama, gigi pertama, senyum pertama dan langkah pertama...semuanya masa gembira.
ReplyDeleteAzfa
ReplyDeleteLepas nih kena cari kasut yg ada bunyi. Mana tau jln2 kat mall nanti dia ingin bebas lari tapi boleh cam lagi dia dimana pasal kasutnya yg berbunyi itu
berbahagialah farah....aku turut terkongsi bahagianya... :)
ReplyDeleteheheheh...at last segala2nyer terserlah gitukan
ReplyDeleteanon: belum ...
ReplyDeleteK.Lela : tak sabar saya nak tunggu kebahagiaan seterusnya
RB: tapi, dia still mintak pimpin gak..camner tu ek?
budak: dah beli dah... 2 pasang lagik hahaha
dewa: sama-sama la kiter kan?
bump: kongsi bahagia jek? duit ko takmo kongsi ngan aku ke?
ellyn: ..and more await us
nak tengok gambar lydia... bleh?
ReplyDelete