**Kawan-Kawan itu tak akan hilang **
Masa tu tahun 1995. Tempatnya di sebuah Kolej nun di pantai Timur, di sebuah negeri yang juga terkenal sebagai negeri kelahiran penyanyi no. 1 negara, siapa eh? Siti Nurhaliza laa...mana eh? Pahang la.. Masa tu, aku muda sangat lagi, baru nak celik mata kenal dunia luar dari Batu Pahat, daerah kelahiran aku (ada sesiapa kisah ke?) di Johor, negeri kelahiran biduanita no.1 negara, Syarifah Aini atau kak Pah (hehehe...*wink*...)
Masa tu August, ataupun di kolej, lebih american kalau guna Fall 95, musim luruh la tu ... So bermula dari Fall 95 masa freshie, ke Spring 96, ke Summer 96, ke Fall 96 jadik sophomore plak, ke Spring 97 .. memang ramai lah yang dah jadik kawan aku, dan aku jadik kawan dorang.. dalam ramai2 tu, ada lah beberapa orang yang memang berkekalan la.. konon2 satu group, satu geng, satu kepala, satu klik...kami ada 8 orang, ada yang datang dari Sabah (1), KL(2), Kelantan(2), Johor(aku), Kedah(1) dan N9(1).
Kitorang buat segala2 perkara bersama2, ke kelas, makan, shopping, tengok wayang, lepak layan lagu (bilik aku jadik port sbb ada radio beso - bukan aku punyer) , ushar sireh2 (gelaran kami untuk cowok2 - hahahah!!) yang lalu lalang depan bilik aku, ushar/intai couple2 dating depan blok kitorang... dan macam2 lagi yang tak mungkin dpt dijelaskan ..
Sebenarnya kami ada file kami sendiri tau .. sebijik mcm blog, bukan la online blog ... its more to a group diary ...kami tulis apa sahaja yang berlaku ..siapa sahaja dalam geng kami boleh menulis, tentang apa sahaja ..untuk dikongsi bersama... best betul! Time tu, laptop member dari Sabah tu lah yang berbakti, sampai slow laptop dia sbb dah terlalu beso file kami tu .. and..nama blog kami ialah..NIRVANA...bila Nirvana dah full, menyusul plak Nirvana 2. File ini tidak diteruskan setelah kami ke destinasi berbeza. Dan yang menyedihkan, Nirvana dan Nirvana 2 kini hanya ada di dalam ingatan kami semua, kerana kedua2nya hilang .. kerana kami tidak pernah menyangka ... file2 itu adalah harta berharga kami ... tapi, kalaua ada sesapa pon terjumpa file itu, tak mungkin dapat relate dengan kami, kerana semua nama sudah diubah mengikut nama2 samaran yang hanya kami yang tahu ... entah2 kami pun dah lupa, kerana terrrlalu banyak nama2 samaran dalam tu ...
Aku kata friendship kami sangat istimewa..kenapa? Kami memang ikhlas berkawan, jujur dan tidak berkata yang baik2 sahaja semata-mata nak jaga hati kami. kalau salah, kami kata salah, kami sakit hati, kami bergaduh, tapi kami tetap berkawan...kami bukan setiap hari berbaik-baik. Kami pernah bergaduh sampai bertikam lidah, kami pernah bergaduh sampai berpecah, kami pernah berkrisis sampai air mata menitis..kami pernah membawa haluan masing-masing, pernah terpisah jauh kerana takdir kami berbeza..tapi kami kembali berkawan dan berkumpul.. Banyak sunnguh pengalaman yang aku kutip kerana berkawan dengan mereka.
Masa berlalu, hari berganti minggu, berganti bulan, berganti tahun...kawan berganti2 ..tapi kami masih berkawan. Tidak berjumpa sekerap di kolej atas kesibukan tugas dan keluarga masing-masing, namun pasti akan ada perjumpaan .. hari jadi (yang ni mmg dah jadi kemestian sejak kami muda remaja sampai la ke hari ni – ada besdey je, sure gathering - kalau dulu potong kek kat bilik hostel je, sekarang terpaksa la carik port2 mcm restaurant or cafe), buka puasa, hari raya... kami tetap berkawan dan berkumpul... cuma geng bertambah la dengan penambahan ahli keluarga..
Dan yang membuatkan aku lebih terasa keistimewaan kami, sehingga kini, kadangkala kami ..tetap bertikam lidah, tetap ada salah faham...tapi aku tahu, semua itu sementara kerana pada hakikatnya, kami tetap berkawan.
Kepada kawan2 aku tu, kebahagian dorang aku doakan ... dorang memang memberi warna dalam hidup aku .. ke mana aku pergi, siapa pun aku berjumpa, bila ditanya siapa kawan2 aku? di dalam fikiran aku, doranglah yang lebih dahulu melintas.. dorang buat aku ketawa, dan dorang buat aku menangis, tapi dorang kawan-kawan aku, kawan-kawan pertama bersama-sama aku berkenalan dengan kedewasaan.
p/s: Kepada Arissa, Carlena, myeira, rienna al-amin, mawar, chi, auzfa, sharmeen... u know who u r .. heheheheeee ... huhuuuuu ...
Life is not about stopping,
ReplyDeletebut to continue and learn.
And whenever you are down,
Think of the shining sun in all
its majesty, all its grandeur.
Life always has to offer more.
If you ever see this world
in shades of gray,
don't cry, do not dismay.
Look through my eyes,
you will see life is indeed beautiful.
For both YOU and ME,
and for THEM too :)