"duit, duit, duit...
semua perlu duit..
kalau tak berduit..
dunia rasa sempit...
perut pun melilit...
oh duit..."
Pernah ke dengar bait-bait ayat tersebut? macam terngiang-ngiang pulak kat gegendang telinga ni...beberapa tahun lepas....ada sebuah nasyid yang didendangkan oleh penyanyi yang baru buat comeback dengan lagu 'memori cinta luka', Nassier Wahab.....ada yang kenal, ada juga yang tak kenal, tapi saya bukan nak cerita pasal penyanyi ni, penyanyi yang muka dia tak berubah semenjak dia glamer dalam rancangan 'mekar sejambak' terbitan RTM masa saya kecik-kecik dulu, sampai lah muka saya yang berubah-rubah..dia maintain jugak..oopss..bukan nak story pasal dia kan? heheh...haaa..dia la jugak yang melagukan patah2 perkataan kat atas..maaflah kalau pembaca tak boleh nak recall....
Sebenarnya, saya selalu jugak bernyanyi-nyanyi kecil dengan lagu itu, itu sajalah rangkap yang saya hafal dan saya akan ulang-ulang sampai rasa bosan. Lagu tu tak bohong kan?..entah siapa lah penulis lirik lagu tu, agaknya apa perasaan dia masa dia menghasilkan lagu tu ek? agaknya, sama tak dengan perasaan saya masa saya menulis ruangan ni? .. tapi, apa perasaan saya? Perasaan terhadap lagu tu? bukannnn!!!! perasaan terhadap duit? iyaaa!!! itulah dia..
Jangan ingat manusia cuma ada perasaan kepada manusia atau haiwan sahaja.. saya pun tak pernah notice, tapi rupa-rupanya, perasaan kepada duit dah lama wujud dalam diri saya.. perasaan apa? rindu? mungkin ya, mana taknya, setiap pertengahan bulan, saya dah mula tertanya-tanya, bila agaknya duit gaji nak masuk? bukan rindu ke namanya tu? bukan sayang ke kalau rasa berat aje nak melepaskan ia pergi? bukan cinta ke kalau dalam 24 jam, hampir 20 jam fikiran saya lebih terarah kepada 'ia'? bukan syok sendiri ke namanya kalau setiap angan-angan kita ia ada bersama ... ke mana saja kita pergi, kita harap ia ada bersamakan?
Memang best sangatlah kalau hidup kita tak ada masalah kewangan. Perabot mewah, pakaian berjenama, kenderaan mewah, gaya hidup mewah, percutian mewah..segala-gala mewah...ada ke yang menolak kemewahan? mulut kata tidak, hati? jangan tipu maaa...lumrah alam la mahukan kemewahan. So, kalau saya mewah (bila tu?) apa yang saya nak? soalan best tu. boleh jadik motivasi diri jugak. Rasa-rasanya macam banyak sangat nak dibuat dengan duit..kalau nak masukkan list, macam panjang je nanti senarai tu..
1. Nak cash kan rumah
2. Nak cash kan kereta
3. Nak melancong dan menginap kat hotel mewah-mewah
Ehh...tadi kata macam panjang sangat, ...lama jugak saya berfikir, apa lagi? yang tak penting memang banyak lah... tapi tu je ke tujuan hidup dan kemewahan saya? tak ke nampak macam materialistik saya ni? ,memang la dalam hati ada menyebut sedekah, haji...tapi nak masukkan dalam list 'Kalau mewah' ke? bukan ke itu mmg kewajipan saya? eh? tanya sapa plak? arrghh..saya tak der idea loa nk teruskan tulisan...tetiba mentalpaus
No comments:
Post a Comment