Sunday, 29 June 2014

Kandungan Minggu ke-31: Hari pertama Puasa Ramadhan

Alhamdulillah, hari ni hari pertama berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dan Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk berpuasa dalam keadaan berbadan dua. :-)


Minggu ni minggu ke-31 kandungan saya. Wah sekejap je masa berlalu! Serius rasa cepat pulak pregnant kali ni. ALhamdulillah so far tak ada apa2 kesulitan sepanjang tempoh pregnancy ni.. Cuma letih2 tu normal lah, lagipun saya sendiri dah berumur 37 tahun kan.. memang tak sama la dengan mengandung anak pertama, 11 tahun lepas. :-)


Sekarang ni cabaran utama saya ialah pinggang dah mula rasa tak selesa terutama waktu tidur. Kalau tilam spring OK lah.. tilam selain spring memang sakit ohhh.. itu pun nasib baik le amik OSTEMATRIX 4 biji before tidur.. time nak tidur je rasa tak selesa, dah tidur tu nyenyak jek lah sampai ke pagi.. deep sleep gitu.. Alhamdulillah..

Ostematrix


Bulan puasa ni, mencabar jugak untuk saya. maklum la dah 3rd trimister, baby dah banyak gerak dalam perut ni jadi manjang rasa nak pi toilet dek frequent urination. Kalau tak kena gaya, memang cepat je kering badan kan.. malam memang kena minum air banyak lah. Tapi sekali lagi saya bersyukur sebab saya pun ada PERFORMANCE DRINK Shaklee. Yang ni minuman berelektrolit, macam 1000Plus tu la jugak, cuma yg ni tanpa gula, cuma ada perisa oren sebenar. so rasa masam2 payau .. tapi, sengan sukatan yang betul, masam2 tu sedap diminum!

Performance Drink


Kenapa nak kena ambil PERFORMANCE DRINK ni? 

Sebab, dia cepat diserap, jadi memang kalau ambil waktu sahur, cepat je badan serap liquid tu. satu lagi, dia bukan air biasa, jadi memang tak mudah keluar dari badan dengan perpeluhan dan perkumuhan. So kurang sikit rasa nak kencing tu.. inshaAllah..


Selain saya, anak saya yg nombor 2 tu pun sedang bertahan dengan cabaran bulan puasa.. cabaran untuk saya juga tu nak betul2 beri dia motivasi untuk bertahan sampai ke petang.. 


Saya harap kedua-dua kami dapat bertahan...

SELAMAT BERPUASA SEMUA! Jangan lupa klik eSell di kanan atas blog ni kalau nak membeli sebarang produk dari Shaklee... Kalau rasa mahal, meh hubungi saya, saya boleh beritahu kelebihan menjadi ahli yang melayakkan dapat diskaun setinggi 20% untuk semua barangan Shaklee1 berbaloi sangat!

Salam ceria! :-)
Fara 0192390107

Friday, 27 June 2014

Mulakan bisnes Shaklee anda Hari Ini!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera pembaca semua! :)


Di hari Jumaat yang penuh rahmat ni saya mengambil kesempatan menjemput dan mengalu-alukan anda semua yang BERKEMAHUAN untuk memulakan bisnes Shaklee bermula Ramadhan dan July 2014 ini. dan menjadi leaders dengan pendapatan minimum 4 angka di bawah group kami yang penuh dengan semangat dan padu dengan sokongan. 

Khas untuk anda yang berada di:-

Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor Wilayah Persekutuan
Sabah
Sarawak
Pahang 
Terengganu
Kelantan
Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Perak

SELURUH MALAYSIA! YOU ARE INVITED!

Hubungi saya, Fara di talian 0192390107 (Whatsapp, SMS) atau email saya di faradyba@gmail.com untuk sebarang pertanyaan :-)

INSHAALLAH, tiada kekeecewaan dengan bisnes Shaklee, sekiranya BERKEMAHUAN.

Salam Sayang!
Fara



Shaklee bisnes with FAST

Shaklee bisnes with FAST
Pic from google

Thursday, 26 June 2014

Kuterimbau Kenangan Lalu ...

Ada beberapa hari lagi je lagi sebelum bertemu Ramadhan... marilah berdoa Allah berikan kita umur yang panjang untuk melaksanakan ibadah berpuasa tahun ini dan seterusnya dapat kemenangan tibanya Syawal nanti... aminn..


Dalam pada nak puasa ni, terimbau2 pulak bulan Ramadhan last year. Nak dekat2 puasa tu lah bermulanya keputusan impromptu saya dan suami nak bina rumah kat kampung, sebelah umah mak mertua. Dan dan tu jugak lah terus je bapak mertua exited sangat! bila tgk orang tua excited, kita jadi tak sampai hati nak melambat2kan niat tu.. padahal duit memang cukup2 jek.. huhuhu... tapi entah kenapa, macam ada satu tolakan untuk teruskan je niat tu, AMBIL SAJALAH RISIKO INI! tunggu lama2 nanti entah sempat entahkan tidak. Itu yang takde fikir panjang lagi, terus lah contact tukang rumah, carik design rumah dan beberapa minggu sebelum puasa, pembinaan pun dimulakan... macam tak percaya, tapi dalam pada tu rasa bersyukur dipermudahkan urusan. Saya dan suami toleransi je bab2 pemilihan design. Kami pun faham lah limitation kami jadi memang ambik yang asas sahaja. Bila dah setuju, tak ada lah kisah ungkit mengungkit .. inshaAllah..


Sejak pembinaan bermula, kepala saya tak habis-habis berfikir tentang sumber kewangan tambahan. Walaupun peruntukan untuk rumah sudah ada, saya asyik terfikir2 apa akan jadi sekiranya perkara2 diluar dugaan terjadi? apakah back-up kami? takkan lah bila ada terjadi sesuatu yg tak diingini, rumah kami akan terbengkalai dek kerana peruntukan itu cukup2 sahaja? Insurance memanglah ada, kerja memanglah ada, gaji memanglah ada, bonus, increment semua memanglah ada.. tapi saya sedang membina sebuah rumah! bukan sebarangan permainan di sini! bukan sesuatu yang boleh dihentikan bila-bila masa! (boleh la stop kalau tahan pandangan orang.. haiyoo malu wehhh ngan mak mertua wakakakka!) Ahhh pendek kata, memang tak senang duduk saya dibuatnya. tapi tidur masih lagi lena, syukur lah hahahaha!


Dipendekkan cerita, sudah tentu Allah Maha Mengetahui.. lalu dinampakkan kepada saya jalan lain untuk saya pilih. Ye, Allah menampakkan pilihan dan saya masih boleh memilih untuk masuk ke jalan itu, atau tidak. Jalan yang dinampakkan kepada saya ialah PELUANG PERNIAGAAN SHAKLEE.


Saya ingat lagi, waktu tu, promosi beli 6 percuma 1 adalah untuk produk GLA Complex, dan kawan di FB rancak mempromosikan GLA Complex sebagai salah satu cara untuk kelihatan GLOW di hari raya!! Sebenarnya kawan saya Puteri (ketika itu belum menjadi upline) sudah beberapa kali 'meminang' saya untuk memulakan Shaklee tapi mungkin seru belum sampai, saya pun tak betul2 ambil kisah dengan 'pinangan' tu.. hahaha.. tapi mcm yg saya kata, bila Allah dah buka jalan.. dibukakan hati saya untuk kembali melihat 'PELUANG' itu... Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan kan? digerakkan hati saya mengambil risiko membuat rumah, kemudian dinampakkan peluang Shaklee pula.. SUBHANALLAH...


Saya sebenarnya, ego jugak nak menyerah terang-terangan kat Puteri, Jadi apa yg saya lakukan? saya mesej dia through Gtalk, saya kata nak order GLA Complex... pastu saya tanya dia,

"betul ke bleh glow glow raya nanti?" (masa tu raya tinggal 2 minggu je lagi). 

Dia cuma gelak2 kan saya, saya rasa dia pun tau, saya sendiri pun tau 2 minggu is too short kot nak tgk kesan kat muka saya yg dah lama sangat kusam tu! hahaha! Lepas dia gelak, saya pon gelak2 berseloroh kat dia, 

"Kalau muka aku glow raya nanti, lepas raya aku mula bisnes!" 

Ha nampak tak? hahha punya la ego nak cakap nk bisnes tu, kias2 la pulop!! LOL! pastu dia kata, 

"Ha OK! lepas raya kang aku follow up!"


Hahahahah.. jadi, lepas tu saya betul2 berfikir, saya ada sebulan untuk betul2 fikir sama ada nak seriously go for Shaklee bisnes ataupun nak cakap kat puteri, "ek eleh tak glow punnnnn".

Gitu.



Beberapa minggu lepas habis bulan syawal kot..  eh ke lom habis pun syawal tu.. saya dok tunggu2 gak mana la puteri ni takmo follow up ke wakakakakkaa see???? EGO??? nak gak tunggu orang tanya?! LOL! dan sebagaimana Allah dah tentukan mungkin... memang akhirnya Puteri mesej saya dan tanya, 

"amacam muka glow tak?" hahahahah!!


Well, honestly frankly speaking.. muka saya perlukan 4 botol GLA kot, bukan 1 botol.. tapi saya jawab dengan yakin dan happy,

"Daaahhhhhh!!!!"


.. and the rest is... history!!! 


Kini, hampir bertemu ramadhan lagi... 
Alhamdulillah, rumah saya pun dah siap dan dah pun saya duduki.. 
bsines saya pun semakin berkembang...
semangat saya pulak tetap panas membara ...
untuk terus meroket ke bintang! FLY AND SUCCESS, FLY AND SUCCESS!!!!
dan bersama2 group saya, kami akan FLY AND SUCCESS TOGETHER!!! (FAST!) 

Tambahan: Alhamdulillah, lepas tu saya konsisten ngan GLA.. muka ada perubahan sikit, tapi yang best epas tu rezeki lain plak rupanya Allah nak beri.. cahayamata ke-5 sedang kunantikan.. I LOVE GLA COMPLEX! Memang saya perlukan GLA Complex pun untuk menyeimbangkan hormon saya.. 


Jika anda seperti saya, yang sedang ak boleh duduk diam berfikir bagaimana nak tambahkan sumber pendapatan, mungkin sebab itu anda membaca entry ini.. mungkin ini jodoh kita, untuk meroket ke bintang bersama-sama...

Hubungi saya...
FARA 0192390107

Mengapa pilih Shaklee
Inilah GLA Complex. Produk yang memberi seribu satu cerita kepada saya. 


Wednesday, 25 June 2014

Peluang Mendapat Pelbagai Imbuhan Melalui Bisnes Shaklee

Selamat petang semua!

Hari ni, saya nak kongsi tentang bagaimana Shaklee memberi imbuhan kepada ahli yg berdafter dan aktif sebagai pengedar sah barangan Shaklee.

Apakah pulangan dan imbuhan yang bisnes Shaklee tawarkan?

Pulangan yang diberikan oleh Shaklee (mengikut kelayakan tertentu) adalah:-

1. Tunai untung runcit
2. Tunai bonus atas mata pembelian
3. Tunai bonus kepimpinan
4. Tunai bonus kereta
5. Perbelaanjaan menghadiri seminar percutian di dalam dan luar negeri
6. Pelbagai imbuhan insentif dalam bentuk award dan tunai

Tiada quota untuk mendapatkan semua pulangan ini.. selagi layak selagi itulah imbuhan akan diberikan. Adil dan saksama. 

Kadang-kadang, kita sendiri tak rasa kita perlukan semua ini sekarang, tapi fikirkan kalau mungkin ada di antara mereka yang berada di sekeliling kita yang sedang memerlukan pendapatan, boleh lah hubungi saya.

Bagaimana dan apa yang diperlukan untuk mulakan bisnes Shaklee?

Mudah je untuk mulakan.. hanya dengan RM65 sebagai yuran keahlian, anda sudah boleh menjadi pengedar sah yang aktif dan mula menaiki anak tangga menuju setiap imbuhan yang saya sebutkan tadi.. inshaAllah, dengan panduan yang betul (tentunya daripada leader yang betul), anda akan dapat mengecapi imbuhan..

apa yang kita perlu ada hanyalah:-

A. Tahu berapa banyak pulangan yang kita mahu?
B. Bila kita mahu pulangan itu?
C. Adakah kita komited untuk dedikasikan masa bagi mendapat kan A dalam masa B?
D. Kemahuan dan kesungguhan yang berterusan!!!

Hubungi saya, untuk anda mahupun mereka yang anda sayangi.. inshaAllah kita sama-sama berusaha kerana rezeki pasti ada untuk mereka yang berusaha dan meminta..

Salam ceria,
Fara 0192390107

Peluang bisnes Shaklee

Monday, 23 June 2014

Shaklee - bisnes yang memberi dan menerima

Memangnya saya tak boleh sangkal hal itu. Berpeluang berbisnes di bawah payung Shaklee ni, saya nampak sangat bagaimana bisnes ini memberi saya peluang untuk memberi dan menerima manfaat, dalam bentuk kesihatan, pengetahuan malahan kewangan!


Seperti yg saya dah war war kan di dalam entry sebelum ini tentang sesi Get Connected, saya sangat gembira dan positif dengan hasil daripada sesi perkongsian tu. Pertemuan dengan ahli group bersama juga group lain secara bersemuka membolehkan saya lebih mengenali group saya. Sedikit demi sedikit, perjalanan  bisnes saya memberikan saya peluang melatih diri menjadi leader yang lebih berpengetahuan dan lebih sensitif dalam mengendali anak-anak buah di dalam group. Pertemuan dalam size yang kecil memberi fokus bukan sahaja kepada saya, malahan kepada semua yang hadir.


Sesi berlangsung bukan dengan hanya saya dan leaders lain bercakap dan mereka mendengar tetapi kami BERKOMUNIKASI. Berkomunikasi bermakna MEMEBERI DAN MENERIMA. saya gembira kami tidak meletakkan halangan antara kami untuk berkomunikasi. Dalam sesi itu, kami secara santai berkongsi pengalaman, manfaat produk Shaklee, cabaran berbisnes, dan kemudian kami sama2 memberikan pandangan dan cadangan untuk mendapat penyelesaian, selain berkongsi mempelajari strategi berbisnes.
Akhirnya kami sama-sama setuju bahawa perkongsian dalam skala kecil begini sangat selesa dan memberi impak kepada kami. ALHAMDULILLAH. 2 jam setengah terisi padat dengan ilmu!! Bukan hanya borak kosong!


The session was called as 'Get Connected', and yes, we were being connected! Itu lah yang kami dapat.


Indahnya bisnes Shaklee.. peluang memperbaiki ekonomi (menambah pendapatan) sekaligus membangunkan nilai diri sendiri dan orang lain! Namun momentum begini tentunya bukan mudah untuk dikekalkan jika kita berseorangan. Dengan sokongan group dan leader yang sentiasa bersemangat (namun prektikal) barulah lebih mudah dan tak mustahil.


Saya terus terang mengajak kawan2 dan pembaca sekalian, marilah bersama-sama saya.. Merasai keseronokan memberi dan menerima di dalam bisnes Shaklee ni..  Hidup pasti lebih meriah!


Hubungi saya untuk mulakan bisnes Shaklee anda ye :-)
Fara 0192390107




Friday, 20 June 2014

Vitamin E Perbaiki Kulit!

Sudah diketahui umum rasanya, vitamin E memang sangat baik untuk kulit, Tetapi tak ramai yang betul-betul memahami apa yang boleh dilakukan oleh vitamin E. vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan memperbaiki kulit Anda.

Antioksidan adalah agen yang menueutralkan pengoksidaan (penuaan) oleh radikal bebas (molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan , garis-garis halus dan kedutan pada kulit)



Bagaimana Vitamin E memperbaiki kulit?

Tubuh kita terdiri daripada sel yang distabilkan oleh bilangan elektron yang genap. Hasil daripada pendedahan kepada sinaran matahari, pencemaran udara, radikal bebas akan terbentuk. radikal bebas ialah atom yang tidak stabil kerana tidak mempunyai bilangan elektrok yang genap. Kerja radikal bebas ni mencuri electron dari sel yg sihat seperti yang yang membentuk kulit kita. Hal ini dapat menyebabkan reaksi berantai yang merosakkan sel, dan di sanalah antioksidan seperti vitamin E diperlukan.

Bukan semua aktioksidan sesuai untuk semua sel. Vitamin E adalah antioksidan yang sangat sesuai untuk kulit… dan jangan tak tau pulak, kulit adalah organ terbesar kat badan kita.. itu yg Vitamin E ni antioksidan paling best! Sebab untuk kulit… BEST KAN?


Anti-oksidan paling Kuat!

Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat, tetapi tubuh kita pulak tidak boleh produce sendiri Vitamin E ni. Maksudnya, kita kena pastikan kita dapat cukup nutrisi yang sangat berharga ni dalam diet kita. Study menunjukkan bahwa dengan mengamalkan vitamin E dalam jangka panjang juga  dapat mengurangi sunburns dari radiasi sinar UV. Tapi jangan pulak lepas amik vitamin E, kita sewenang-wenangnya boleh mendedahkan diri kita kepada cahaya matahari terik tu, tapi sekurang-kurangnya dapat lah membantu kulit kita agar tetap sihat dan lebih lebih mulus gitu.


Pendek kata, VITAMIN E memang antioksidan penting, sepenting kulit kita kepada tubuh badan kita!! Jangan pandang remeh! Meh dapatkan vita-E Complex daripada Shaklee, antara Vitamin E terbaik di pasaran kerana ianya dari sumber semulajadi!

Hubungi saya untuk dapatkan Vita-E Complex dari Shaklee
Fara 0192390107

Dinner kat Umang-Umang Steambot, Meru Klang

Hari ni, nak story pasal family dinner kat Umang-Umang Steambot kat Meru. Saya akui saya ni memang jenis tak berapa rajin ke dapur.. saya OK nak masak tu, tapi nak mengemas dapur tu alahai 'bercinta' mak dek non! hahaha! dah pemalas tu mmg banyak alasan!


Hari bekerja, kalau naik satu kereta dengan hubby (dia amik saya kat komuter), memang terus zasss pi dinner kedai.. hmmm cuba tgk camne dinner kitorang dalam seminggu hahahaha!!!


dinner luar
dinner kat rumah tapi tapau dari pasar malam
dinner kat rumah tapi tapau dari kedai
dinner kat rumah tapi makan roti sajork
dinner kat rumah dan masak proper
dinner kat rumah MIL/rumah mak
dinner kat rumah, masak simple


hahahahaha! aci tak? leh jadik ibu mithali tak? ekekeke tapi saya lah tetap mak terbaik kata anak-anak saya.. bila saya masak, melangit dorang puji.. bila saya ajak mkn kat luar, pun dorang berterima kasih.. 


OK. malam semalam, turn dinner luar.. so hasben suggest makan steam boat memandangkan ada kedai steam boat baru kat area rumah saya. UMANG-UMANG STEAM BOT! yum yummmm saya memaaang suka steambot.. errkk ekceli saya suka semua food pon.. haha!


Not bad la.. kedai spacious.. layanan mesra.. menu not bad, standard la stimbot kan.. perkara baru kali ni ialah anak2 teruja belajar guna chopstik! hahaha! terutama abang lan! gigih dia ajar adik dia guna padahal dia pon baru je pandai.. haha! 


ok dah jom lah tengok gambo... sambil2 stori kan..

UMANG-UMANG STEAMBOT
JALAN SEKOLAH, BUKIT KAPAR,
MERU, KLANG

Speciality dia rasanya sos dia kot.. ada rasa2 korean sos! i like! selain dari kedai yang spacious, parking lot pun banyak.. mmg sesuai utk seisi keluarga.. tempat amik food pun luas.. tak la berebut.. 


Ini la kedai dia..


cuba tgk Daleela punya gaya makan mi celup kat pic kiri atas! hahaha!

Umang-Umang menu
Pelbagai pilihan... sos paling sedap ialah sos korea dia... yum yummm

Umang-Umang steamboat
Dalam banyak-banyak menu, favorite of koz la kambeng! haha!

Thursday, 19 June 2014

NUTRIFERON immune booster ganti ubat antibiotik

Nutriferon kegemaran satu Keluarga!

Sekali lagi saya nak stori-mori pasal NUTRIFERON Shaklee. sejujur-jujurnya, NUTRIFERON ni produk Shaklee yang berada di tempat teratas dalam ranking vitamin dan supplement dalam rumah saya. Maksud saya, paling selalu stok up! maklum lah ahli dalam rumah je dah 6 orang kan..  Klik di sini untuk terus membaca.. :-)

Wednesday, 18 June 2014

Anniversary Lunch at Sunway Pyramid

Ni kira throwback lah ye :-)

Nak share gambar2 masa lunch for our 11th anniversary 7 June lepas. Oleh kerana hari yg sama kami ke Shaklee National Conference kat sunway Convention Centre, maka kami pun lunch kat Manhattan Fish Market je.. takde la gempak sangat tapi sebab tak selalu ke sana, makan anak-anak memang seronok dan teruja! hehehe itu yang untung bila jarang bawak budak2 makan kat fancy restaurant.. yang up sikit dari KFC tu pada diorang dah hebat sangat!.. in a way, ajar diorang bersyukur .. 


Sunway Pyramid tu, zaman belajar kat UiTM dulu memang favorite hangout place over the weekend lah.. tebgok wayang, main bowling, tengok orang ice skating.. pastu once dah kerja terus tak dan nak ke sana.. dan tak berapa keen dengan traffic plus lepas renovation, Sunway Pyramid dah mcm hilang identity gitu.. hahahaha itu pendapat peribadi saya laaa... tapi hakikatnya, makin ramai kot ke sana.. sebab semakin besar.


oppss.. stori pasal Sunway Pyramid plak. Yang penting, pada anak-anak, Sunway Pyramid tu dah gah sangat! hehehe.. diorang kan selalu ke Tesco jek. LOL... kecik2 jgn demand sangat.. ikut je mak gi mana. Mak dulu kecik2 pegi pasar pagi Sabtu je kat pekan Senggarang. kihkih... 

Dah, dah.. meh la scroll gambo jek.. :-)
gambo amik dari phone Lenovo, so paham2 je la qualiti tuh. LOL

















Tuesday, 17 June 2014

Tentang Fibroid dan keperluan vitamin

Apakah fibroid?


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan (bukan kanser) yang diperbuat daripada otot dan tisu berserat yang tumbuh dalam rahim wanita. Sebanyak tiga daripada empat wanita yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun mempunyai fibroid. Fibroid boleh menyebabkan gejala seperti sakit pelvis dan kadangkala boleh menjejaskan kesuburan.


Tanda-tanda Fibroid


Size Fibroid boleh menjadi seperti sekecil kacang atau sebesar buah tembikai dan tidak selalunya membawa masalah kritikal. Ramai wanita tidak sedar mereka mempunyai fibroid, bergantung kepada nombor, saiz dan lokasi fibroid. Secara umum, antara tanda-tanda fibroid adalah:

  • Sakit pelvis, rasa tidak selesa, atau tekanan
  • Pendarahan haid yang berat
  • Peningkatan kekerapan kencing
  • Sembelit, angin, atau kembung perut
  • Sakit di bahagian belakang atau kaki

Namun ada juga kes (jarang berlaku), fibroid tumbuh begitu besar sehingga ia menyebabkan kesakitan teruk dan demam.

Apakah punca-punca fibroid?

Punca sebenar fibroid tidak diketahui, tetapi penyelidik percaya ia boleh dipengaruhi oleh genetik dan tahap hormon (estrogen dan progesteron) yang menggalakkan pertumbuhan fibroid.

Terapi yang boleh membantu merawat Fibroid

  • Mengekalkan berat badan yang sihat, kerana tahap lemak badan dikaitkan dengan estrogen tinggi.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi hormon kesuburan seperti daging lembu bukan organik dan produk tenusu penuh lemak.
  • Pengambilan makanan yang rendah lemak.
  • kekerapan senaman aerobik.
  • Mengambil 400 IU vitamin E semula jadi dua kali sehari (rujuk di bawah).

Vitamin yang yang diperlukan *

VITA-E Complex

Vita-E complex adalah vitamin E dengan sumber semula jadi (d-alfa tokoferol) dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 


Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Carotomax (Vitamin A)

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik


CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan 
      pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput 
      lendir.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Kesemua di atas merujuk kepada gambar di bawah.

Fibroid
Pic credit to the owner as stated. TQ!

Semoga entry ini memberi manfaat buat semua! jangan lupa hubungi saya jika kawan-kawan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut tentang supplements Shaklee..

Salam ceria, salam sihat,
Fara 0192390107

*Produk di atas bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sumber: shaklee.com.mydrweil.com

Friday, 13 June 2014

Testimoni Nutriferon Mengurangkan asma (athsma)

Nutriferon saya cadangkan kepada kakak saya, sebab anak beliau (anak buah saya) yg berumur 4 tahun sering diserang athsma dan juga mengalami masalah eczema pada masa yang sama. Memang sedih kalau dengar kakak saya cerita keadaannya. Kadang2 kakak saya hantar gambar anak buah saya ketika eczema menyerang, teruknya sampai rambut pun tak boleh dibiar panjang..


Ada sekali, eczema dan athsma datang menyerang sekaligus. Memang tak tido satu rumah! Dugaan untuk kakak saya dan Alhamdulillah mmg dia pulak jenis rajin dan sabar..
Saya cadangkan nutriferon, tapi Qisya tak nak makan mcm tu je pulak (tak macam anak2 saya yg buat nutriferon tu macam sagon je).. Mujurlah kakak saya rajin, campurkan nutriferon dalam susu, dan Alhamdulilah pulak Qisya tak membantah minum susu bercampur nutriferon.


Sebulan setengah gitu, kakak saya kata sejak amalkan nutriferon selang sehari, athsma belum lagi menyerang.. Ya Allah kegembiraan saya tu mcm saya pulak yang bebas dari athsma. ALHAMDULILLAH..


Memang satu kebahagiaan bila dapat berkongsi sesuatu yang memberi kualiti kesihatan. Ini tak dapat saya perolehi dengan kerja ofis saya hahaha! Of courae lain.. Tapi kegembiraan secara langsung mcm ni buat saya rasa mcm hero plak hahaha!!


NUTRIFERON memang dah banyak kali beri kegembiraan kepada saya, dan semakin seronok dan yakin saya berkongsi keberkesanannya kepada lebih ramai orang, dengan harapan ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian saya, inshaAllah.
Indahnya bisnes begini!



KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN NUTRIFERON ANDA! Pembelian melalui eSell adalah selamat kerana transaksi daripada pembayaran hingga ke penghantaran adalah di antara anda dan Shaklee, tiada melibatkan orang tengah. Tetapi dengan membeli daripada blog saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya. Sama ada anda boleh hubungi saya selepaspembelian, ataupun saya akan menghubungi anda selepas pembelian.. 


Mudah sangat! Order lah! Kalau nak dapatkan diskaun, segeralah mendaftar sebagai ahli . Hanya dengan yuran pendaftaran sebanyak RM65 anda layak mendapatkan semua barangan dengan harga ahli (jimat sehingga 20%) - hubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli ye! :-)
Sekian, salam ceria!


Fara 0192390107

*hubungi saya (whatsapp/sms/call/wechat) untuk konsulasi NUTRIFERON dan produk Shaklee yang lain.



Thursday, 12 June 2014

Mudahnya menjana pendapatan sampingan!

Salam dan selamat pagi rakan-rakan bloggers!

Pendapatan empat angka

Pagi ni, saya nak mengajak kalian yang berimpian untuk memulakan sebuah bisnes (dengan modal yg rendah, RM65 sahaja!) untuk bersama-sama saya di dalam bisnes Shaklee. Saya mula merasai pendapatan empat angka pada bulan ke-3 saya mula serius berbisnes, dan sejak itu saya terus seronok dan tak nak stop. Memang sesuai sangatlak kalau nak dijadikan pendapatan sampingan, sebab bonus Shaklee dibayar pada pertengahan bulan.. Jadi dlm sebulan tu, setiap masa poket tak sempat nak kering, inshaAllah.. Ofcourse bergantung kepada bagaimana kita menguruskan kewangan kita, kan? :)


Saya masih terus mengorak langkah, saya mahu bonus Shaklee saya bukan sekadar pendapatan sampingan, tapi saya mahu ia jadi pendapatan utama saya. Saya tahu ianya tak mustahil sebab mentor2 saya dan ramai lagi yang dah berjaya. Dengan usaha dan keazaman, doa dan kecekalan, mesti ada jalan..yang penting tentulah KEMAHUAN.
Saya memang tak segan mengatakan saya MAHU kaya dan seronok kalau orang lain pun kaya bersama2 saya.
Saya dan kumpulan saya akan mengadakan satu sesi perkongsian yang sangat recommended untuk beginners. Dalam sesi ni kami akan kongsikan bagaimana mencapai apa yg kami dah capai, mengapa kami tetap setia dan mahu meneruskan usaha dalam bisnes ini, seterusnya bagaimana kami mengatur strategi 6 bulan hingga setahun untuk kumpulan kami. Yang pasti, memang seronok! Sesi ni informal je so seronok lah sembang2, tanya2, sambil makan2.. Kalau anda berada di kawasan berdekatan, ataupun kalau anda berminat nak dtg tak kira di mana anda berada, jom lah! Contact saya segera ye..
Makin nak raya ni, memang makin seronok berbisnes! Berbisnes memang manis! Itu pendapat saya! :)
Sekian untuk pagi ini, salam ceria! :)
Fara 0192390107

Wednesday, 11 June 2014

Atasi masalah kolesterol secara semulajadi

Masalah kolesterol boleh diatasi secara semulajadi dengan pengambilan Fitosterol. 

Apa dia Fitosterol ni? 
Fitosterol wujud secara semulajadi di dalam makanan seperti buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, bijirin, kekacang dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam jurnal saintifik yang melaporkan keberkesanan dan keselamatan Fitosterol.

tq pokcik Google!


Bagaimana Fitosterol berkesan?
Struktur Fitosterol adalah hampir sama dengan koesterol, dan dengan pengambilan Fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk diserap dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol akan terhalang lalu disingkirkan bersama-sama fitosterol. Semakin banyak fitosterol, semakin kurang kolesterol yg terserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang menurunkan paras kolesterol LDL.

TQ Uncle Google! 

Berapa banyak fitosterol diperlukan?
Institut Kesihatan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol di dalam diet harian untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.




Jom kita bersihkan salur darah dengan mengambil fitosterol daripada sumber yang selamat dan berkesan, Shaklee Phytocol-ST lah!


Contact saya ye! :-)

Fara 0192390107

Tuesday, 10 June 2014

Housewarming and Daleela's 2nd birthday party

Haha, melompat-lompat entry saya tak ikut kronologi. mana sempat, saya update .. kekadang tu nak update, pics pulak kat phone.. memang la boleh je update terus dari phone, tapi feeling tak sama laa update thru phone ngan tulis kat lappy.. masalah jari beso tu sukar nak menaip panjang2 kat phone


Kali ni nak share citer pasal birthday anak ke-empat saya, Hasyadaleela. Pada 30 may (Jumaat) lepas, dia genap 2 tahun.. Alhamdulillah.. Memandangkan saya memang berniat nak buat kenduri kecil-kecilan atas kesyukuran masuk rumah baru, saya pun buat sekali birthday party untuk Daleela pada hari Sabtu, 31 May 2014. 


Saya ni bukan jenis yang buat birthday party setiap tahun. Kali terakhir saya host birthday party ialah pada tahun 2012 .. Party 3 dalam 1 haha untuk Lydia, Idlan dan Fahren. Klik sini bleh tgk party tu.. itu lah kali pertama hosting a birthday party. Masa tu masih kat rumah lama.. 


Dan tahun ni untuk Daleela. Tak la semeriah party tahun 2012 sebab kenduri ni lebih kepada housewarming. Next time kita buat birthday party sahaja ok Daleela? Share pulak dengan adik baby nanti, inshaAllah semoga ada rezeki..

Alhamdulillah, dah pindah rumah dekat ngan orang tua.. walaupun mertua, tapi tetap ibu bapa kan..

Terima kasih kepada kawan-kawan dan family yg sudi hadir.. Kenduri kesyukuran ni kongsi dengan mak mertua, maklum la dah duduk sebelah rumah beliau.. mudah sangat nak buat kenduri bersama-sama. Alhamdulillah terima kasih yg tak terhingga kepada keluarga kedua belah pihak yang membantu dalam penyediaan juadah. Menu hari tu memang fully prepared dengan cara rewang saudara dan jiran tetangga, menu orang kampung, dan ofkoz orang jawa.. 


Antara menu hari tu ialah nasi putih, gulai lemak nangka muda, sayur tumis kulit lembu, sambal tumis paru goreng,  ulaman sambal belacan, ayam goreng dan sambal goreng jawa.. yumm yummmm!!! aih sebut menu jadi lapar plak..


Jamuan started pukul 12 tengah hari.. Alhamdulillah menu semua sedap sedap sangat! paling mendapar sambutan tentu sekali tumis sayur dan kulit lembu... hahaha signature dish turun temurun keluarga belah suami. 

sayur tumis campur kulit lembu. Signature dish family mertua .. sedaaap!

TQ for coming uols!

Apa yg happy sangat tu Azel? heheh

Kul 1, Daleela potong kek.. kek pun bukan tempah, saya beli kek size mini tu kat Empire Shopping Subang, lepas tu satu kek besar saya beli pagi tu jugak kat kedai kek biasa kat Meru.. hehehe janji ada kek kekdahnyer kan.. :-) goodies Favor pulak saya order kat kakak saya je, dia tolong buatkan cupcakes dan caramel crunchy nut. itu jek.. kakak saya plak hias2 kasik cun dengan ribbon dan label.. lagi la saya happy.. haha.. memang kali ni tak dan nak tempah2 ... semua impromtu je..

kek fast track je.. mini cakes beli kat Empire Shopping Mall, square cake beli kat kedai kek Meru
crunchy caramel nuts yg rangup dan enak!


family pose. tapi idlan ngan lydia takmo plak pose sekali.. bz nk main..

Daleela memang tak de le nak melawa-lawa.. cekak ribbon bunga beso saya pakaikan tah mana dia campak!


muka blank masa orang nyanyi.. hehe

bagi-bagi kek..
Tetamu tak putus, rasa syok sangat.. sampai ke maghrib ada yang datang lagik.. Alhamdulillah.. Sebelah malamnya plak, kenduri untuk orang lelaki jemaah surau.. kami hidangkan mi kari ngan buah jek.. dan semestinya nasi dan lauk2 sebagai 'berkat' untuk orang bawak balik ke rumah.. style jawa kann... 


Alhamdulillah semoga saya ada rezeki lagi untuk buat makan-makan mcm ni.. seronok bila org datang ke rumah. hari tu tak dan nak jemput lebih ramai orang sbb last minit decision.. 

Ok jom layan pic2 lain... :-)

Daleela di bawah timbunan hadiah.. hahaha!

anak-anak happy main bouncer

ngan Sol.. sementara tunggu geng lain datang

geng schoolmate SMSJ

geng mak buyong hehehe - Zatil

Geng GLC tapi Sol dah balik so kami berempat laa group photo

anak Shaklee dan mak Shaklee saya hehe :-) 3 keturunan

Ellyn tetamu maghrib hehhe
OK daahhh!!!! tengkiu for scrolling!!!

Salam ceria
Fara 0192390107