Friday 15 June 2012

Detik Manis 30 May 2012

Disclaimer: ayat2 dalam entry ni agak poyo sedikit. Sila layan sambil tahan muntah :-)

Alhamdulillah..itu kalimah utama untuk perjalanan selama lebih kurang 9 bulan 10 hari cahayamata kami di dalam kandungan sebelum menjadi sebahagian dari hidup kami. Syukur Ya Allah.. untuk bulan2 yang indah dan boleh dikatakan mudah..

Ketika Dr. Mazita memberitahu yg kami bakal menerima seorang lagi puteri, memang tak terperi bahagia dihati..namun tetap tidak berharap terlalu tinggi. pada kami, putera atau puteri, adalah anygerah yang tetap kami syukuri..

Semakin dekat hari yg dijangka, Debaran kian terasa. meskipun sudah merasai 3 pengalaman sebelumnya,  rasa takut tu hadir juga. yelah, orang kata, setiap kelahiran tak mungkin sama. aku akui kebenarannya.. justeru, doa saja yg mampu kupanjatkan memohon dariNya agar dipermudahkan untukku menerima kehadiran insan baru nanti..

penantian sesungguhnya satu penyeksaan. kucuba melawan seksaan menanti itu, dengan tidak terlalu memikirkannya. Alhamdulillah,  dgn adanya suami, Lydia, Idlan dan Fahren, sekurang-kurangnya masa dapat kuisi tanpa terlalu memikirkan bilakah hari akan tiba.. aku habiskan juga masa menunggu dengan aktiviti2 santai.. berjalan2 dan sebagainya..

Sehingga tibanya tanggal 30 Mei 2012, hari di mana doktor sudah aturkan untuk aku di'induce' sekiranya masih tiada tanda kelahiran akan berlaku. akhirnya hari itu sampai. Malam itu aku, suami dan anak2 bermalam di rumah ibu mertuaku kerana pagi2 esoknya aku akan ke hospital. Malam itu terlalu panjang buatku. semalamam mataku tidak dapat lelap.. asyik memikirkan tentang 'induce'.. takut.. tapi dalam masa yang sama teruja kerana tidak perlu lagi menanti..

pukul 8 pagi aku dan suami bertolak menuju ke Shah Alam, diiringi awan berarak mendung..

Tiba di DEMC, suami terus menuju ke bahagian kemasukan dan aku menanti dengan debaran. Kami kemudiannya terus dibawa ke tingkat 2, labor rooms dan di bilik no. 203, di situlah aku ditempatkan. sejurus melangkah ke bilik 203, di luar hujan mula turun mencurah, mengingatkan aku pada pagi aku melahirkan lydia, 8 tahun yg lalu, kelahiran lydia diiringi hujan di pagi jumaat. indahnya saat itu :)

Signage yg ada di mana2 di sekitar labor room, Suami kata - "amaran tu, terlalu besar utk saya ignore... " - ye, suamiku mmg skema sket .. (aku tak skema sgt so aku amik gak pic itu-LOL) so oleh kerana itu, tiadalah pic2 menarik di labor room :-) aku redha.. semuanya terakam kemas didalam ingatan kami.. insha Allah.. :-)



kini hujan tiba dulu.. nurse melakukan beberapa pemeriksaan, tekanan darah, suhu badan dan 'CTG'. nurse memberitahu tekanan darahku agak rendah, dan suhu badan agak panas, 37oC, padahal aku berasa normal. CTG tidak menunjukkan sebarang 'contaction'. sememangnya aku tidak merasai sebarang kesakitan pun.. :)


hujan, dan aku pun bertweet ketika pemeriksaan CTG berjalan

Dalam jam 9.30am, doctor Jumeah dtg ke katil.. aku telah diberitahu ketika final check up bahawa doc Mazita tidak akan menyambut bayiku kerana bercuti, dan doc Jumeah sebagai ganti.

Dr. Jumeah juga peramah, dan lemah lembut.. menjadikan aku tidak merasa kekok. syukurlah.. :) setelah berbahasa bahasi bertanya khabar, beliau mengatakan yg sudah masa untuk aku di induce. hanya anggukan yang kuberikan padanya.

menurut doctor, pagi itu hanya 1 tablet akan dimasukkan.. dan doktor menjangkakan pada jam 2pm satu lagi tablet akan dimasukkan sekiranya tidak berlaku sebarang tindakbalas.. kerana laluan baru terbuka 1cm.. doktor menjangka mungkin agak lambat utk bukaan seterusnya berlaku...

dan dengan lafaz bismillah dari bibir doktor Jumeah, dlm beberapa saat saja, satu tablet sudah dimasukkan melalui jalan bawah.

nurse menasihatkan aku agar tidak bangun selama 1 jam...dikhuatiri ubat akan jatuh. aku akur. sekali lagi CTG dipasang. Kala ini, suami meminta kebenaran untuk keluar membeli suratkhabar di bawah. aku setuju kerana menjangkakan tidak akan berlaku tindakbalas cepat, tidak sehingga jam 2pm.

jam 10.00 aku masih lagi berbaring sambil memerhatikan CTG. kesakitan mula terasa..  kuhubungi suami agar masuk kerana sakit yg kurasa agak kerap... dan sejurus selepas nurse datang menghentikan CTG, aku lantas bangun dan berdiri... tak sanggup nak menahan sakit sambil baring. aku lebih suka berjalan mundar mandir sambil menarik nafas dalam2 ketika sakit datang... untuk 1 jam yg berikutnya, begitulah aku.. kejap2 berjalan.. duduk..berjalan lagi..

sehinggalah makanan tengahari tiba jam 11.30am, dan aku makan jugak dalam keadaan sakit yg agak kerap itu. Usai makan (tidak dpt menghabiskan), aku sudah semakin sakit.. aku bimbang adakah perlu menunggu ke pukul 2pm dgn sakit sebegitu? Macam mana kalau pukul 2 masih belum ada bukaan? ahhh tidak sanggup rasanya..memang takut waktu itu.. aku terbayang perlu merasai sakit itu sehingga berjam-jam.. memikirkan itu, aku berjalan lagi dan lagi.. semakin sakit, semakin laju aku berjalan.. dan ada jugak aku jenguk2 twitter tulis update sikit.. baca wish dari kawan-kawan ...

 sambil makan-sambil tweet-sambil tahan sakit yg datang kejap2


Update twitter, jalan, duduk, jalan lagi, duduk lagi... akhirnya aku tak dapat bertahan.. kupanggil nurse dan  kuadukan kesakitan itu. aku bertanya padanya jika dia boleh menberikan 'painkiller' (bukan epidural-hanya normal painkiller injection)

jawapan nurse agak melegakan aku,

"sebelum amik painkiller, saya nak check ada bukaan tak"

dan nurse melakukan procedure itu.. dan memberitahu aku...

"bukaan puan dah 5 hingga 6 cm! laju ni.. saya tak boleh kasik painkiller.."

aku sangat gembira mendengar apa yg dikatakan oleh nurse. kemudian nurse memberikan ubat buang air besar, dan selepas itu nurse tak benarkan aku berdiri dan berjalan2 lagi..

aku hanya baring menahan sakit, sambil cuba berbual2 dengan suami.. mmg berbeza kali ini berbanding pengalaman terdahulu. kali ini aku lebih tenang.. setiap kali sakit datang, aku cuba bertahan dengan helaan nafas dan selawat.. sambil melihat di screen CTG, dan sempat berbual dengan suami,

"bang, CTG ni delay few seconds.. sy dh sakit few secs baru le bacaan naik"

"memang le.. yg tu depends kat cable dia..." sejujurnya aku tak begitu mengambil perhatian dengan jawapan suami.. tp aku tau, dia cuba mengalihkan fikiran aku  drp asyik memikirkan rasa sakit.. :) .. ada jugak dia bacakan tweet kawan2.. masa aku sedang sakit antara pukul 12 hingga 1 tu, ada 2 tweets yg aku baca, dan aku hanya mampu senyum je.. tak larat nak reply dah masa tu.. :-)

tweet dari puteri ni sampai masa nurse tgh check berapa CM .. :-) dan tengah tahan sakit jugak..
Tweet dari Delinn.. memang tgh kritikal time ni.. mmg tgh sakit tak ingat! phone dah jauh dari aku, tapi sbb tak silent, so masa tweet delinn datang, bunyik la.. so aku tanya hasben, "siapa tu.." so hasben pun bacakan... aku mcm kelakar plak.. aku senyum je.. hasben aku siap leh tanya, nak reply tak? duh!!! mmg tak dapek le kann sebab few minist lps tu mmg aku push pon .. LOL..




tak perasan berapa lama, sehingga dr. Jumeah datang lengkap berpakaian uniform labor. dan katanya,

"cepat juga ye puan.. saya jangka patient yg satu lagi tu lebih cepat...memang before ni pun cepat juga ye? ."
aku tak menjawab. hanya tersenyum kelat. sakit.

"ok jom kita check"
sekali lagi procedure itu berlaku.

"dah 8cm.. puan ada rasa nak meneran tak" aku angguk lemah.

doktor membenarkan aku utk meneran sekiranya sakit muncul lagi.. dan itulah yg aku lakukan.. datang saja rasa sakit, aku menarik nafas dalam2, kutundukkan muka ke dada, aku dpt merasakan jari jemari suamiku mengusap2 rambutku memberi sokongan...

dan dengan sepenuh hati, aku meneran.. ketika hampir terputus nafas, doktor menyuruhku 'mencuri' tarik nafas dan teran sekali lagi.. suami pula masih mengusap2 dahiku.. aku menyaksikan semua itu dalam sakitku, dalam helaan panjang nafasku.. kucuri nafas dan kuteran sekuat hati.. sehingga doktor menasihatiku agar sedikit perlahan, namun tak dapat kuturuti.. kuteran juga sekuat hati, dan bersama2 itu, pada jam
1.36pm, lahirlah dia.. seorang lagi zuriat aku dan suami, penyeri rumahtangga kami, harta dunia dan akhirat kami. Ketika nurse meletakkan zuriat kami itu di atas dadaku, doktor bertanya meminta aku mengesahkan jantinanya dan aku bersyukur..

Dia seorang puteri... yang cukup cantik dan sempurna..Puteri yg cantik sempurna ini, kami namakan Hasyadaleela, agar sentiasa kesempurnaan dan kepimpinan atas nama kebaikan menjadi jatidirinya.. inshaAllah..

Alhamdulillah... sekali lagi kupanjatkan syukur atas pengalaman ini.. dan seperti sebelum2 ini, pengalaman ini pasti akan kurindui..sakit, namun untuk aku mengatakan puteri ini adalah puteri bongsu kami, aku masih belum berani..

sekian... terima kasih atas doa kalian  :) ... memang betul, kat labor room tu aku hanya ditemani oleh suami.. namun hakikatnya, ada ramai menemani aku kat twitter tu :-)

 few hours after delivered. OK, mak dia bosan2 kat ward, cuba utk pose kan dia takde baju mcm photog pro, tapi few mins after, basah terus selimut dia..LOL

oopss.. motif? mak yg tgh free. belek2 baby asyik tido.. so mak pose stokin..selesa sangat stokin ni..

Malam tu ada 3 Idiots.. so layan sampai kul 1 pagi... bapak sedap tido.. mcm mak plak yg jaga bapak kat spital.. huhuhu ... snap masa tgh subtitle yg gitu2 plak ekekeke...

p/s: Ketika mengandungkan Daleela, saya mengambil supplement Shaklee bermula daripada kandungan berusia 6 bulan.. supplement favorite saya adalah Omega Guard :-) Jom whatsapp/SMS saya 0192390107 kalau nak mencuba :-)

Terima kasih! :-)


7 comments:

  1. awww sangat sayu, indah, memorable....sumer2nyer lahhh!!!!

    ReplyDelete
  2. mmg signboard no camera tuh agak besaaaar untuk diignore! nak amik gambar pon rasa cam melakukan kesalahan yang besar hahahaha

    subtitle 3 idiots time kak fara snap tuh takleh blah! memperkosaa?!

    ReplyDelete
  3. LOL! kebetulan plak scene ni yg aku snap! tapi scene ni yg paling kelako pon pun sbb semua word dia tukar jadik memperkosa.. mamt ni main baca je sbb dia x phm pon apa yg dia baca.. wakakakka!

    ReplyDelete
  4. 1- buat ku nk menangis membaca- sgt beautiful...

    2- buat ku nk beranak lagi - selama 2 saat je rasa gitu, pastu NOTTTT...LOL!

    ReplyDelete
  5. Farra tahniah...
    Masa ko datang beraya rumah aku after 22 tahun tak jumpa baru 2 anak ko kan...

    Sebaknya baca entry ko kali ni, tak sedar aku sob..sob...
    Beruntungnya hamid dapat lalui situasi ni...

    Doakan aku fara..
    Nak kejar ko sure tak terkejo dah. Satu cukuplah...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Fara.. 30 Mei.. anniversary aku tu ihihiih..
    Perut aku mengalami contraction semasa aku membaca entri ini... hmmmpp..hmpphh.. hmmphh... (sesi mengawal pernafasan)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah! Aku sebenarnya dah lupa camne cara nak melahirkan baby. Hihihi.... Anyway, stukin tu mmg selesa. Mak aku selalu beli kat GM. Hihihih.

    ReplyDelete

Popular Posts