Monday 28 May 2007

Pergilah rindu ku ...hilangkan dirimu

Rindu nak update blog sangat2 dah ni ... sikit pun jadik la eh ...

Jealous aku bila tgk update kat blog arena ... dia pun busy gak, tapi ada jek time nak update .. sedangkan aku nih habuk pun tarak. Oh, maybe aku tak der cerita pun nak diupdatekan kot. Bosan lah asyik2 update pasal nak merungut aje ... nak update pasal perjalanan, dah lama jugak aku tak berjalan ..

tapi, last week aku buat reservation Airasia ke kota Bharu .. ada member nak kawen august ni .. so tadi bila one of my boss tanya ada sesapa volunteer nak gi trip ke India, aku diam aje .. ada dua session trip nih actually .. satu mid point, satu end point .. point tu maknanya point for system customization ler .. mid point will be either end of June or early July .. seminggu aje .. ala2 business trip aje gayanya, tak tau ler apa nk di isi masa sependek tu, tapi rasanya just nak prove kan kat customer yg there are progress for customization ni, ye ler, bukan leh caya sangat vendor2 nih berkata2 kan.. well, selama menjadik consultant ni, byk ler aku belajar cara2 menjawab kat customer ni kan .. ahakss ... selagi boleh janji, janji jek la.. lepas tu, sendiri mau tanggung la kan...

Mid point tu, time2 tu aku nk gi bintulu rasanya ... tu yg bila diorang tanya, aku tak berapa nak angguk sangat. coz i've made promise ngan family about trip to bintulu tu .. ala, mmg le bintulu tuh x de apa2 pun, tapi tau jek la orang tua kan.. tak der yg lebih bernilai daripada bersama2 anak2 menantu dan cucu2 ... dah ler kakak ipar aku yg suppose to go with us to pregnant and most prob tak leh join the crowd .. kang sedih plak MIL aku tu ... bila dia sedih, hubby pun tak senang hati, so aku pun ikut la tak senang hati kan ...

pastu end point tu plak, 2 minggu, yg tu la aku nk gi KB for my bestfriend's wedding. :-) wedding kawan2 baik aku ni mmg aku tak bleh missed le, aku ni sejak kerja, kawan pun dah kurang .. cuma, nasib baik la develop kawan2 baru dalan tag Joe tu... kalau tak .. mmg ler aku nih hidup tak menambah kawan ... asyik la akwan yg sama .. itu pun ramai dah hilang .. so mana yg ada tu, kenalah aku appreciate .. coz we used to be bery close masa zaman kolej dulu .. cuma now nih jek sejak masing2 berkarier, tak der la close sangat, but still sbb aku treasure old memories, aku wajib attend wedding dia ... even awal2 lagik aku dah bgtau hubby aku, yg aku ada 2 org kelantan yg aku wajib pergi, so walaupun wedding dorang berturut2 dua bulan, maka dua bulan berturut2 ler aku akan ke kelantan.

Friday 18 May 2007

Suluhkan Sinar

Malam tadi, aku sampai je rumah, as usual tgk kat inbox ada jek kertas2 iklan tuh .. tapi aku mmg rajin ambik n baca ... sbb aku suka tgk iklan... huhuhu ...tetiba terpandang ler iklan tuh dia kata promosi streamix .. aku dah cebik muka, kata dalam hati ngarut le ni, takder phone line leh plak nak promote streamix .. panas hati le ni... tapi still aku belek gak le iklan tu ... pastu aku rasa teruja plak sebab dia kata telekom akan bukak booth kat taman permainan kawasan perumahan aku tu ... YES! start petang ni, sampai Ahad .. aku kemain senyum lagik .. mintak2 ler ada secebis harapan utk aku dpt line kat rumah ... wakkakaka! i ols tak sabar nak update blog hari2 mcm delinn tu uols!

uols doakan la ok?

Monday 7 May 2007

Ada Style Lahhhhh!!!! (tatau nk tajuk apa.. lalalala)

Aku cuti hari ni. Kakak yg jaga Lydia tu pregnant, dia mintak cuti sbb nak buat medical chekup, so aku aku plak yg kena cuti jugak ... walaupun MIL leh tolong jaga, aku x sedap plak sbb salu beno lah kalau apa2, MIL gak yg tolong .. today, aku cuti lah, nasib baik diluluskan cuti aku hari ni ... huhuhu .. at the same time, mak aku ada kat sini .. and weekend semalam mak ada kat rumah aku ... Seronok Lydia Nyai dia datang. Tapi aku tak ke mana pulak weekend semalam .. Saturday, husband aku kerja (Eh, apsal aku tak letak aje nama husband aku eh? Hamid ..dulu aku segan nak sebut nama dia coz aku rasa nama dia tersangatlah klasik nya .. mcm nama dolu2 gitu (read: orang tua2).. akekekkeke .. tak pun, macam nama mamak aje ..restoran hameed ..tapi itu dulu masa belum kawen ler .. now ni of kos la mek suka dah tentu2 nama laki mek uols!! .. bukan ke Asma'ul Husna pun salah satunya Hamid, kan? .. apa eh maknanya ..lupa plak iols.. so lepas nih mek nk terus type nama hubby mek tu as hamid aje lah .. walaupun MIL pangge dia Am mek plak mmg of kos la pangge dia abang kan... iols kan penuh adat ketimuran ...kosser!) ... ok, Hamid kerja on Saturday .. pastu malam Ahad plak dia ada dinner ngan union kilang dia .. memula dia plan nak terus gi dinner dari ofis aje ... aku plak rasa tak best jer mcm tu .. so dalam kul 2 ptg tu aku suh Lydia called .. pastu aku ajar Lydia cakap kat bapak dia ...


"bapak, Diya nak makan kat kedai Wak Lemon"


hhuhuhu .. so bila dengar suara Lydia yg buat request, haruslah bapak dia terus OK aje .. so kul 5 tu hamid dah sampai rumah .. aku we made a move to Warong Soto Wak Lemon ...akkekekek .. yess!!!


Masa tgh ngadap soto, tu yg mak aku called ... dia on the way nk datang umah aku .. okayy .. and aku plak mmg tak de masak apa2 coz normally kalau dah makan soto mmg le kenyang x mkn malam lagi .. tapi bila dah mak n kakak aku nk dtg, kenalah buat something kan .. so bergegas le kami ke pekan Kapar, belanja2 dapur sket ... last2 aku decided buat mee Hailam aje lah ... nak mkn nasik mcm tak larat ... lagipun leceh nk masak lauk2 ..mi hailam la senang wakakak (alamak, aku lom letak lagi resepi mi bandung kat forum reban ayam ..adeh!)


So malam tu, tgk AF sambil makan mi hailam le ... huhuhu ..


Giler dah lama kan aku x update blog ngan cerita2 seharian aku ... kadang2 tu ada masa, tapi ada jek yang menghalang usaha aku nak update blog. Kerja banyak tu rasanya dah boleh lah aku nak manage .. senang je manage kalau kerja banyak ni .. buat aje...kalau malas sangat, buat bodoh je .. wakkakaka .. tak de lah...so far, Alhamdulillah .. tak de la apa2 yg aku nak rungutkan sangat walaupun something sad did happened recently ... but on second thought, tak de la menyedihkan sangat pun, infact, it released all stress i had before. Macam hilang sebeban batu kat kepala plak .. hmmm .. walaupun yg dikhabar2kan tak menjadi nyata, mek puas uols! tak payah lah uols tau apa yg mek puaskan tu .. yang fenting, langkah mek terus laju meneruskan kehidupan mek ni ...


Itu aje lah dulu uols ... Mek nk ucapkan trimas kat kawan2 mek yang sanggup datang dari jauh ke rumah mek hari tu ... iols terharu uols! muahss sket kat uols! tapi mek x puas hati sbb pengantin baru tu tak join masa tu ... huhuhuu ...


Oh satu lagi, sejak mek beli webcam masa pc fair tu, mmg mek dah tegar webcam u ols ... hari2 mek on webcam and adjust webcam aje lah kerja mek sepanjang masa ..kasik angle cantek n baek punyer ... huhuu .. satu tahap pencapaian mek ialah, ada lah insan ittew yang sangat jeles akan kehebatan webcam mek, lantas membeli webcam baru jugak .. mek rasa hebat uols!!!! huhuhu! tapi mek jeles ngan dia plak sbb mek tk dpt nk online malam2 berstickam bersama2 mereka2 tu .. arghh .. mek nak marah ngan Teleko*m nih sbb request kitorang nak cable tak diluluskan .. harus ke mek kerja kat teleko*m ni ??? (ada kena mengena ke?)


Ok dah dah .. Lydia dah nangis2 anak (mcm lari2 anak ler.. nangis rengek2) ... iols stop dulu yach!
ok chow dulu ..

Friday 4 May 2007

Kisah Itu Tidak Berakhir Di situ - 11

Sambungan dari kisah ini

Ketika suara lelaki itu menerjah ketelinganya, perempuan itu sudah dapat mengagak tentu ada khabar gembira yang mahu lelakiitu sampaikan kepadanya. Namun perempuan itu tidak mahu terus meneka mahupun bertanya.dia tidak mahu perbuatannya meneka nanti akan menghilangkan keseronokan lelaki itu kerana memotong niatnya utk memberitahu punca kegembiraan itu.


"Aku dah dapat offer" Sesungguhnya apa yang ada dalam fikiran perempuan itu tidak meleset. Benarlah sangkaannya bahawa lelaki itu mahu memberitahu bahawa dia sudah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.


"Ye ke? Alhamdulillah, dapat kat mana? yang program pengajian jepun tu ke? yang kau interview kat UM tu .. ko dptyg tu ke?" Laju mulut perempuan itu bertanya. Dia masih ingat beberapa bulan lalu lelaki itu menceritakan tentang temuduga yang dihadiri untuk permohonan pilihan kedua dalam borang UPU.


"Bukan. UPU kasik aku punya first choice. Buat A-Level" Jelas terpancar keceriaan pada jawapan lelaki itu. Mendengarkan itu,perempuan itu teringat pula pada dirinya. Sejak perbualan mereka berdua tentang keputusan SPM dan permohonannya, dia tidak pernah menyebut akan hal itu walaupun sering didesak oleh lelaki itu. Sehingga ke saat ini pun, segala kandungan di dalam borang UPU yang di isi oleh perempuan itu masih tetap tersimpan kemas sebagai
rahsia dirinya.


"Congrats"


"Nanti bila kau dah dapat mana2 offer,jgn lupa bagitau aku tau" Lelaki itu tidak dapat mengelak daripada meluahkan apa yang menjaditanda tanya di fikirannya. Dia tidak faham mengapa perempuanitu begitu berat untuk memberitahu tentang jurusan dan universiti pilihannya. Acap kali perbualan mereka berakhir dengan pergaduhan jika perkara itu dibangkitkan. Setiap kali itu jugalah dia akan terpaksa menghubungi semula perempuan itu untuk menjernihkan keadaan dan menahan mulutnya daripada bertanya soal itu.


Tetapi malam ini, lelaki itu tidak mengendahkan itu semua. Entah mengapa, dia merasakan jikalau dia membiarkan sahaja perempuan itu berahsia, berkemungkinan dia tidak akandapat berhubung dengan perempuan itu apabila amsing-masing membawa haluan yang berbeza.


Lelaki itu tidak mendengar suara di hujung talian. Dia tahu perempuan itu tidak senang dengan pertanyaannya. Dia baru sahaja hendak bersuara apabila perempuan itu menjawab,


"Ntah, tgk lah esok2 kalau ada, aku bagitau lah kau. Tapi tak dela A-Level.Dah le,citer lain le pulak...kang citer lebih2, tak dpt mana, buat malu kaum je" Jawab perempuan itu


"Ok,tak apa...asalkan kau bagitau aku, aku tak kisah la ke mana kau pergi" Lelaki itu masih belum berputus asa.


"kenapa plak aku kena bgtau?" Perempuan itu menjawab dalam pertanyaan


"Salah ke bgtau, sbb aku pun bgtau kau" jawab lelaki itu


"Aku tak suruh pun kau bgtau" Perempuan itu seronok mengenakan lelaki itu.


"Tapi aku nak bgtau" Dan lelaki itu tetap sabar melayan


"kenapa" ketika ini, suara perempuan itu sudah disusuli dengan gelak kecil.


"ntah" Lelaki itu hilang punca untuk bersuara .. apatah lagi untuk menjawab pertanyaan bertubi-tubi daripada perempuan itu. Akhirnya, dia hanya ketawa dan perempuan itu turut ketawa, memecahkan buih ketegangan yang berlaku suatu ketika tadi. Perempuan itu mengakui yang dia senang dengan kehadiran lelaki itu yan saban malam tidak jemu-jemu menghubunginya meskipun dirinya sering menimbulkan ketegangan.


Jauh di sudut hatinya bertanya,akan berakhirkah kisah-kisah yang tercipta antaradia dan lelaki itu apabila masing-masing membawa haluan sendiri...Perempuan itu masih tidak tahu ...


Sambung lah lagi di sini ....

Kisah Itu Tidak Berakhir Di situ - 10

Sambungan daripada kisah ini


Perempuan itu merasa gelisah. Segala perbuatannya seperti tidak ada yang kena. Dari sehari ke sehari dia menjadi tak keruan. Kegelisahannya bertambah apabila malam menjelma.
Entah perasaan apa yang terbit dari hatinya. Seperti dicucuk sembilu sakitnya kerana menahan perasaan yang datang. Bagaikan hendak menjerit memberitahu satu dunia tentang rasa sakit yang tidak diketahui puncanya.


Darahnya berderau setiapkali deringan telefon di tepi tangga berbunyi. Seakan ada suatu kuasa magnet yang membuatkan jantungnya tertarik-tarik ekoran daripada deringan yang datang. Namun,rasa kecewa bertandang apabila deringan itu bukan untuknya.


Sejak pertelingkahan kecil 2 minggu lalu, perempuan itu tidak menerima sebarang panggilan daripada lelaki itu. Sudah menjadi kebiasaan kepada perempuan itu untuk menerima panggilan daripada lelaki itu setiap selang 2 malam. Hatinya masih boleh terpujuk apabila tidak menerima pangggilanuntukbeberapa hari yang pertama .. namun pujukan tidak mampu lagiditerima apabila sudah seminggu tidak mendengar suara lelaki itu.


Perempuan itu tidak tahu perasaan apakah itu. Pernah tanpa disedari, jarinya menyeka airmata yang bergenang di kelopak matanya. Dia benci perasaan itunamun tidak dapat mengelakkan. Jauh disudut hatinya, dia menyesali tindakannya memarahi lelaki itu ketika lelaki itu bertanya tentang keputusan SPMnya. Namun kekesalan tidak membantu malah mnambah kesakitan hati.


"Dah lama kawan sekolah ko tu tak telefon" pertanyaan dari ibu perempuan itu seakan kejutan elektrik kepadanya. Laju jantungnya berdegup apabilamendengar ibunya menyebut tentang lelaki itu.

"Entah dia, biar je le" perempuan itu menjawab ringkas kerana harus berlawan dengan perasaannya yang sangat sebak. Begitu rapuh emosinya pada saat ini. Dia mencari akal untuk mengelak daripadapertanyaan lanjut daripada ibunya berkenaan lelaki itu.

Bunyi telefon benar-benar melegakan perempuan itu kerana itulah yang membantunya untuk mengelak daripada soalan2 yg bakal keluar daripadamulut ibunya. Segera dia mendapatkan telefon dan menjawab tanpa ada sebarang sangkaan bahawa panggilan itu bakal mengakhiri penantiannya.

Sekali lagi jantungnya berdegup kencang tatkala mendengar suara dihujung talian. Dan tanpa dipaksa-paksa , airmata begenang lagi ...di hujung talian sana dia mendengar suara lelaki itu berkali-kalimenyebut hello kerana diamasih tidak boleh menjawab dek menahan sebak akibat terlalu gembira.

berkali-kali perempuan itu menarik nafas dalam-dalam untuk menyembunyikan getaran suaranya. Tidak sekali-kali dia akan membenarkan lelaki itu tahu apa yang berlaku kepada dirinya. Sebolehnya dia cuba bersikap seperti biasa seolah-olahtidak ada apa-apayang berlaku, sedangkan hatinya melonjak keriangan.

"sihat ke?" Lelaki itu memulakan bicara setelah dia membalas hello.

"OK je,kau?" Sedikit demi sedikit perempuan itu mendapat kekuatan untuk berbual seperti biasa semula.

"Sibuk gila .. sorry sangat aku dah lama x call kau. Aku kena pergike pahang .. s*er*i Malay*sia ada nk bukak satu cawangan kat sana so aku kena lah ke sana install perabut. Hari2 balik bilik dah letih sangat tak larat nak carik public phone.. "

"hmm.. okay" Perempuan itu tidak tahu bagaimana untuk membalas kata2 lelaki itu.

"tapi,aku selalu tak sabar nak balik sbb nak call kau.Aku takut je kau nanti ingat aku merajuk pasal hari tu.." Lelaki itu menyambung tanpa dipinta.

"Kalau kau merajuk pun tak ada nya aku nak pujuk" Laju saja perempuan itu membalas.Dalam hatinya dia memarahi diri sendiri kerana memberi jawapan kasar seperti itu. Tapi,dia tidak menarik balik kata-katanya dan tetap berlagak seolah-olah tiada apa yg berlaku.Dalam hatinya berdoa agar lelaki itu tidak mengambil hati dengan kata2nya.

Dia tidak mendengar sebarang jawapan daripada lelaki itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.Bimbang juga kalau daripada tak merajuk, terus merajuk pula lelaki itu.

"Tak kisah le tu kan .. ko pun busy... asalkan sihat, Alhamdulillah le ..." perempuan itu cuba mengalihkan tajuk perbualan

"Sihat..." lelaki itu menjawab .. dan seketika kemudian, perbualan mereka menjadi rancak seperti waktu waktu sebelum itu...Dan perempuan itu merasakan hatinya turut tersenyum setiap kali keluar suara tawa riang mendengar cerita lelaki itu...

Pada ketika itu, perempuan itu berdoa agar kisah \seterusnya akan berakhir dengan senyuman seperti senyumannya diakhir penantian ini....


Bersambung di sini...

Popular Posts