Wednesday 20 September 2006

Siapa lebih Bijak?

Tahun pertama perkahwinan kami, sepupu aku mengadakan majlis menyambut menantu. Oleh kerana hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarga, aku mewajibkan diri aku untuk berada di sana, lebih-lebih lagi Rudy yang berkahwin itu merupakan teman sepermainan aku semasa kanak2.


Sayang sekali, hujung minggu itu suami pula telah diwajibkan bertugas pada hari minggu. Kalau abang tak ada, kilang tak jalan, begitulah dia berseloroh apabila aku menyatakan rasa tidak puas hati aku kepadanya.


Namun bukanlah seorang isteri namanya kalau tidak pandai memujuk seorang suami. Ini bukan memujuk suami yang marah, ini memujuk suami supaya memahami keperluan seorang isteri untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang sepupu yang diperlukan oleh sepupu. Dan sepupu itu pula yang sering ada bila diperlukan.


Dan sebagai seorang suami, dia bukan termakan pujukan sebenarnya. ye betul ia seakan-akan beliau termakan pujuk rayu seorang isteri. Tetapi, keputusannya adalah berdasarkan pemikirannya yang matang, hasil daripada kebijaksanaanya berfikir dengan wajar, tentang kepentingan hubungan antara manusia itu adalah sama penting dengan kewajipannnya menunaikan tanggungjawab kepada ketua dan tempat kerja.


Suami aku bersetuju menghantar aku balik ke kampung malam itu selepas kerja, dan pergi ke rumah sepupu aku malam itu juga untuk bergotong royong rewang sebelum majlis pada sabtu siang. Kemudian, aku pula harus bersetuju melepaskan suami pulang semula ke Klang kerana dia perlu juga bekerja pada hari sabtu dan ahad. Adil Jadi, seawal 3 pagi Sabtu, dia pulang diringi lambaianku.


Setelah bergelar isteri, itulah kali pertama aku di kampung sendirian. kali kedua semasa berpantang selepas melahirkan Lydia. Kali ketiga belum lagi. hehehe.


Oleh kerana adik-beradik yang lain mengambil keputusan untuk bercuti pada hari Isnin, tidak dapat aku hendak menumpang mereka pulang ke KL. Oleh kerana tiada kenderaan untuk ditumpangi, aku mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja. Tiket perjalanan pukul 5 petang. Suami bersetuju mengambilku di perhentian Pudu Raya. haha! macam zaman-zaman dulu aje rasanya.


Zaman dia belum menjadi suami dan mengambil aku di Pudu Raya dan kemudian menaiki bas ke UiTM Shah Alam. Zaman tu aku gelakkan dia, orang lain ambik awek naik kereta ke, motor ke, tapi awak ambik saya, naik bas ... saya turun bas untuk naik bas semula ... itu gurauan aku zaman dulu. Kalau aku jadi beliau zaman itu, mesti aku akan jawab balik kata2 aku macam ni, Ok apa naik bas, besar ... lebih besar daripada kereta ...Tapi, itu kalau aku lah .. dia tak pulak menjawab, cuma tersenyum-senyum selamba aje. Jadi zaman itu aku cuma mencebik aje lah sebab guaruan aku tak dilayan.


OK, balik semula kepada zaman tahun pertama aku berkahwin tadi, suami bersetuju mengambil aku di Pudu Raya. Ketika aku sampai, dia sudah sedia menunggu. Aku tersenyum bangga macam dalam cerita drama aku lambai2 tangan ... terasa diri macam di KLIA tapi rupanya di Pudu raya. huhu!. Sejurus selepas bersalaman, senyuman aku hambar tiba-tiba. Keletihan yang hilang muncul semula.... Oh! bukan sebab dia menjemput aku dengan bas .... tetapi semuanya selepas mendengar beliau berkata ...


"Fara, boleh tak kalau kita singgah kilang abang dulu sekejap, abang ada kerja belum settle lagi la ... diorang tengah tunggu tu"


Aku sekadar mengangguk lemah. Aku tau untuk memintanya menghantar aku ke Klang kemudian berpatah semula ke petaling Jaya adalah tidak wajar. Lagi pula ketika itu aku masih duduk di rumah ibu mertua dan ibu mertua tidak ada pula di rumah kerana menunaikan umrah, jadi nanti aku akan keseorangan juga, lebih baiklah aku seorang diri menunggu di kereta daripada seorang di rumah yang besar.


Perjalanan ke Petaling jaya sungguh lancar. Suami bercerita masalah yang berlaku di kilangnya dan aku bercerita tentang majlis Rudy di kampung yang tidak sempat dihadirinya. Sampai di PJ (kilang) dia meminta aku menunggu di dalam kereta.


Dan aku menunggu.


dan menunggu.


menunggu.


sambil mendengar lagu.


dan menyanyi bersama lagu.


sambil menunggu.


dan menunggu.


dan tertidur.


dan terbangun semula.


Dan beliau masih belum keluar-keluar daripada bangunan kilang. Aku sudah mulai bosan. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi rasanya. Aku melihat sekeliling, memanglah terang kawasan kilang, dan ada juga lah kelibat2 mat kilang yang sudah tentu sedang berada dalam shift malam. Dan nampak juga kelibat pak guard sedang meronda-ronda di persekitaran. Sesekali aku keluar dari kereta, berjalan-jalan mengelilingi kereta umpama tawaf gitu. bagi regang2 sikit otot-otot badan. Sesekali tersenyum-senyum jugak kat abang guard tu (eh, tadi kata pak guard.. bila keluar kereta nmpk muda pulak, terpaksa tukar jadi abang guard hehehe)


Kemudian daripada jauh aku terlihat kelibat suami berjalan menuju ke kereta. AKu tersenyum lebar. Penantian sudah berakhir. Aku mendapat idea untuk membuat beliau rasa bersalah. Cepat-cepat aku masuk semula ke dalam kereta dan membaringkan kerusi dan berpura-pura sedang tidur. Aku mahu beliau merasa bersalah kerana membiarkan aku tidur di dalam kereta berseorangan kerana menunggunya. Aku mahu dia mengejut aku dan berkata Fara, laa dah tertidur yea, kesiannya, abang mintak maaf sangat ye.. Aku mahu dia kata begitu ... semua itu mahuku ... Dan aku menanti dia membuka pintu kereta dengan hati yang berdebar-debar ... sambil itu mataku kubuka sedikit untuk memerhatikan reaksinya ...


Dia berjalan laju mendekati kereta. dia sampai di kereta dan berhenti, aku tahu pasti untuk membukan pintu kereta. tetapi sebelum itu, aku nampak dia menundukkan badan meninjau dari luar apa yang aku lakukan. Dan aku melihat dia sedang melihat aku yang lena keletihan. Aku tau masanya sudah tiba ... aku sudah bersedia untuk berpura-pura terkejut bila dia memegang bahu aku untuk mengejutku ....


Dan aku sudah bersedia ...


Dan kemudian aku melihat, dia bergerak... berundur ... aku buka mata aku lebih luas, memastikan betulkah apa yang aku tengok? Dia berundur??????? haaaaa??


UWaaaaaa!!!! dia tak kejut aku pun!!!! dia masuk semula ke kilang!!! uwaaa!! menyesaaalll aku buat trick tu!!!


Dan kerana kebijaksanaan aku yang konon2 nak bagi beliau rasa bersalah, ha, merasalah aku menunggu lagi ... sampai pukul 4 pagi ...


Dan pukul 4 pagi itu, ketika aku nampak dia datang ke kereta, aku terus keluar mendapatkan dia. AKu ceritakan semuanya ... dan dia gelakkan aku sungguh-sungguh! dia kata, mana dia tau aku tidur main2 ..dia ingatkan aku betul2 tidur so dia masuk lagi sebab memang belum settle sbb major breakdown .... dia kata dia keluar tu pun sebab nak ajak aku minum sementara dia tunggu testing...bila dia tengok aku dah tidur, tak sampai hati dia nak kejut ....


UWAAAAAAAAAA!!!!


itu kisah 3 tahun lepas ... hehehe ..tadi on the way gi kerja dia bgtau ada major breakdown ... aku terus allergic bila ada dgr major breakdown hahahahhaa... lawak!

14 comments:

  1. muahahahahahaha!! lawakkkkk!! aku pun buat gak macam kau tu.. saje je buat apa2 nak kasi dia rasa bersalah gitu. tapi selalunya, macam tak rasaaaaa je salah. akuuuu gak yg merana.. hahahaha..

    pompuannn ohhh pompuannnn..

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:36 pm

    hwaaaa...hwa.....hwa......hehheheh

    ReplyDelete
  3. kui kui kui...lawak sungguh. Tak pe lain kali cuba lagi trick lain :)

    ReplyDelete
  4. adehhhh...sib baik x pecah perut gelak, sib baik leh tahan2, kalau tak sumer org opis pakat pandang aku...wakakaka...buat lagi, trick x jadi ekk...takper, guna trick lain lak pasni, ape kata buat2 tampar2 nyamuk ker...ok aper, mesti dia balik awal, takkan nak tgk wife dia kena gigit nyamuk, tapi takut kang siap dia gi beli ridsect, sembur kat dlm keter tu pulak...wakakakaka...

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:21 pm

    ihiks..ihiks...kesian trick tak jadi..lain kali jgn plan spontan je..

    mcmlah aku ada experience

    ReplyDelete
  6. Angah, mmg tau pompuanz nih kan? suka test2 mcm tuh tapi lain yg dimintak, lain yg jadi ... hampeh!

    Zure: ooo gelakkan aku eh?? nanti kauuu hahaha!

    Alin: haha trick lain?? so maknanya nk kena ada breakdown lagi ke? huhuu tidaakkkk!!

    RM: hhahahaa!! ridsect??? hahaha! kang aku gak yg merana lps tu .. kekeke

    Royce: kalau di plan2 tapi x jadi lagi ler sakit hati hahahaha

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:24 am

    muahahahaha...(dlm hati jek, terpaksa gigit bibir nak tahan ketawa, kang org tgk kata giler)

    pandai la wak mengarang fara, tak nak tulis novel ke?

    ReplyDelete
  8. hahahaha..lawak lawakkkk..
    best baca entry ko, ada klimaks pastu masa ending rasa cam leh cool down

    ReplyDelete
  9. Noha: tulis novel? hahaha x der idea la .. daya imaginasi tak tinggi ...sekadar cerita psl diri sendiri boleh la .. kang tulis satu novel dah habis kering idea hahaha! anyway, thanks...


    Adoq: Thanks hahaha ... klimaks??? lain macammm jek bunyik tu hahaha peace!

    ReplyDelete
  10. hahahahahahahaha
    gelak sampai guling2 baca trick tak menjadi Fara...

    ReplyDelete
  11. hahahahha........citer ko jadi bahan lwk aku ari ni.....nasib baik...cool...kalau tak bengang jer dr pagi tadi....heheheh

    ReplyDelete
  12. Ed, Ellyn, Lan: Hampeh korang gelakkan aku ehhhh!!!! hahaha!!

    ReplyDelete
  13. Senang citer.. sekali ko ada trick, 2 kali our other half, akan detect the trick and balas balik.muahahahhaha...

    ReplyDelete
  14. tak sangka ko ni lawak tahap gaban fara...muahahahaha!

    ReplyDelete

Popular Posts