Wednesday, 20 June 2012

Completed Cahayaku Buku 1

Idlan berjaya jugak complete kan buku 1 Tadika Cahayaku. Alhamdulillah.. tapi tengok la camne keadaan buku dia.. dh mcm belachannn! hehehe... dah byk kali tampal selotep pon masih bercerai berai gak buku tu.. takpe la nak.. janji pandai baca..


Monday, 18 June 2012

Delayed entry: Giant, Klang Sentral

Dalam Masa menunggu hari nak bersalin tu, sempat gak le bawak anak2 pegi haircut.. pagi tu pegi Midvalley.. tapi kat situ ramai sgt orang.. lepas makan kat popeye (sebab itu je yg x ramai org) memula nak ke MPH.. tapi MPH Midvalley dah diubahsuai, and aku and hubby mcm tak brp berkenan ngan susunan baru... kami prefer yg lama.. best sket nak lepak2..so kami pon kuar and terus balik.. huhuhu..

lepas tu bawak budak2 pegi gunting rambut kat Giant Klang Sentral.. lepas gunting rambut, biarkan dorang main kat playground kat situ gak... baru le balik rumah...

Tunggu turn... rambut dah sampai mata!

Kakak dulu...

Lepas tu abang Lan.. hehe abg Lan wat muka cute...

Fahren plak wat muka bosan

ok,, rambut dah pendek.... jom play play kat playground :)

Friday, 15 June 2012

Detik Manis 30 May 2012

Disclaimer: ayat2 dalam entry ni agak poyo sedikit. Sila layan sambil tahan muntah :-)

Alhamdulillah..itu kalimah utama untuk perjalanan selama lebih kurang 9 bulan 10 hari cahayamata kami di dalam kandungan sebelum menjadi sebahagian dari hidup kami. Syukur Ya Allah.. untuk bulan2 yang indah dan boleh dikatakan mudah..

Ketika Dr. Mazita memberitahu yg kami bakal menerima seorang lagi puteri, memang tak terperi bahagia dihati..namun tetap tidak berharap terlalu tinggi. pada kami, putera atau puteri, adalah anygerah yang tetap kami syukuri..

Semakin dekat hari yg dijangka, Debaran kian terasa. meskipun sudah merasai 3 pengalaman sebelumnya,  rasa takut tu hadir juga. yelah, orang kata, setiap kelahiran tak mungkin sama. aku akui kebenarannya.. justeru, doa saja yg mampu kupanjatkan memohon dariNya agar dipermudahkan untukku menerima kehadiran insan baru nanti..

penantian sesungguhnya satu penyeksaan. kucuba melawan seksaan menanti itu, dengan tidak terlalu memikirkannya. Alhamdulillah,  dgn adanya suami, Lydia, Idlan dan Fahren, sekurang-kurangnya masa dapat kuisi tanpa terlalu memikirkan bilakah hari akan tiba.. aku habiskan juga masa menunggu dengan aktiviti2 santai.. berjalan2 dan sebagainya..

Sehingga tibanya tanggal 30 Mei 2012, hari di mana doktor sudah aturkan untuk aku di'induce' sekiranya masih tiada tanda kelahiran akan berlaku. akhirnya hari itu sampai. Malam itu aku, suami dan anak2 bermalam di rumah ibu mertuaku kerana pagi2 esoknya aku akan ke hospital. Malam itu terlalu panjang buatku. semalamam mataku tidak dapat lelap.. asyik memikirkan tentang 'induce'.. takut.. tapi dalam masa yang sama teruja kerana tidak perlu lagi menanti..

pukul 8 pagi aku dan suami bertolak menuju ke Shah Alam, diiringi awan berarak mendung..

Tiba di DEMC, suami terus menuju ke bahagian kemasukan dan aku menanti dengan debaran. Kami kemudiannya terus dibawa ke tingkat 2, labor rooms dan di bilik no. 203, di situlah aku ditempatkan. sejurus melangkah ke bilik 203, di luar hujan mula turun mencurah, mengingatkan aku pada pagi aku melahirkan lydia, 8 tahun yg lalu, kelahiran lydia diiringi hujan di pagi jumaat. indahnya saat itu :)

Signage yg ada di mana2 di sekitar labor room, Suami kata - "amaran tu, terlalu besar utk saya ignore... " - ye, suamiku mmg skema sket .. (aku tak skema sgt so aku amik gak pic itu-LOL) so oleh kerana itu, tiadalah pic2 menarik di labor room :-) aku redha.. semuanya terakam kemas didalam ingatan kami.. insha Allah.. :-)



kini hujan tiba dulu.. nurse melakukan beberapa pemeriksaan, tekanan darah, suhu badan dan 'CTG'. nurse memberitahu tekanan darahku agak rendah, dan suhu badan agak panas, 37oC, padahal aku berasa normal. CTG tidak menunjukkan sebarang 'contaction'. sememangnya aku tidak merasai sebarang kesakitan pun.. :)


hujan, dan aku pun bertweet ketika pemeriksaan CTG berjalan

Dalam jam 9.30am, doctor Jumeah dtg ke katil.. aku telah diberitahu ketika final check up bahawa doc Mazita tidak akan menyambut bayiku kerana bercuti, dan doc Jumeah sebagai ganti.

Dr. Jumeah juga peramah, dan lemah lembut.. menjadikan aku tidak merasa kekok. syukurlah.. :) setelah berbahasa bahasi bertanya khabar, beliau mengatakan yg sudah masa untuk aku di induce. hanya anggukan yang kuberikan padanya.

menurut doctor, pagi itu hanya 1 tablet akan dimasukkan.. dan doktor menjangkakan pada jam 2pm satu lagi tablet akan dimasukkan sekiranya tidak berlaku sebarang tindakbalas.. kerana laluan baru terbuka 1cm.. doktor menjangka mungkin agak lambat utk bukaan seterusnya berlaku...

dan dengan lafaz bismillah dari bibir doktor Jumeah, dlm beberapa saat saja, satu tablet sudah dimasukkan melalui jalan bawah.

nurse menasihatkan aku agar tidak bangun selama 1 jam...dikhuatiri ubat akan jatuh. aku akur. sekali lagi CTG dipasang. Kala ini, suami meminta kebenaran untuk keluar membeli suratkhabar di bawah. aku setuju kerana menjangkakan tidak akan berlaku tindakbalas cepat, tidak sehingga jam 2pm.

jam 10.00 aku masih lagi berbaring sambil memerhatikan CTG. kesakitan mula terasa..  kuhubungi suami agar masuk kerana sakit yg kurasa agak kerap... dan sejurus selepas nurse datang menghentikan CTG, aku lantas bangun dan berdiri... tak sanggup nak menahan sakit sambil baring. aku lebih suka berjalan mundar mandir sambil menarik nafas dalam2 ketika sakit datang... untuk 1 jam yg berikutnya, begitulah aku.. kejap2 berjalan.. duduk..berjalan lagi..

sehinggalah makanan tengahari tiba jam 11.30am, dan aku makan jugak dalam keadaan sakit yg agak kerap itu. Usai makan (tidak dpt menghabiskan), aku sudah semakin sakit.. aku bimbang adakah perlu menunggu ke pukul 2pm dgn sakit sebegitu? Macam mana kalau pukul 2 masih belum ada bukaan? ahhh tidak sanggup rasanya..memang takut waktu itu.. aku terbayang perlu merasai sakit itu sehingga berjam-jam.. memikirkan itu, aku berjalan lagi dan lagi.. semakin sakit, semakin laju aku berjalan.. dan ada jugak aku jenguk2 twitter tulis update sikit.. baca wish dari kawan-kawan ...

 sambil makan-sambil tweet-sambil tahan sakit yg datang kejap2


Update twitter, jalan, duduk, jalan lagi, duduk lagi... akhirnya aku tak dapat bertahan.. kupanggil nurse dan  kuadukan kesakitan itu. aku bertanya padanya jika dia boleh menberikan 'painkiller' (bukan epidural-hanya normal painkiller injection)

jawapan nurse agak melegakan aku,

"sebelum amik painkiller, saya nak check ada bukaan tak"

dan nurse melakukan procedure itu.. dan memberitahu aku...

"bukaan puan dah 5 hingga 6 cm! laju ni.. saya tak boleh kasik painkiller.."

aku sangat gembira mendengar apa yg dikatakan oleh nurse. kemudian nurse memberikan ubat buang air besar, dan selepas itu nurse tak benarkan aku berdiri dan berjalan2 lagi..

aku hanya baring menahan sakit, sambil cuba berbual2 dengan suami.. mmg berbeza kali ini berbanding pengalaman terdahulu. kali ini aku lebih tenang.. setiap kali sakit datang, aku cuba bertahan dengan helaan nafas dan selawat.. sambil melihat di screen CTG, dan sempat berbual dengan suami,

"bang, CTG ni delay few seconds.. sy dh sakit few secs baru le bacaan naik"

"memang le.. yg tu depends kat cable dia..." sejujurnya aku tak begitu mengambil perhatian dengan jawapan suami.. tp aku tau, dia cuba mengalihkan fikiran aku  drp asyik memikirkan rasa sakit.. :) .. ada jugak dia bacakan tweet kawan2.. masa aku sedang sakit antara pukul 12 hingga 1 tu, ada 2 tweets yg aku baca, dan aku hanya mampu senyum je.. tak larat nak reply dah masa tu.. :-)

tweet dari puteri ni sampai masa nurse tgh check berapa CM .. :-) dan tengah tahan sakit jugak..
Tweet dari Delinn.. memang tgh kritikal time ni.. mmg tgh sakit tak ingat! phone dah jauh dari aku, tapi sbb tak silent, so masa tweet delinn datang, bunyik la.. so aku tanya hasben, "siapa tu.." so hasben pun bacakan... aku mcm kelakar plak.. aku senyum je.. hasben aku siap leh tanya, nak reply tak? duh!!! mmg tak dapek le kann sebab few minist lps tu mmg aku push pon .. LOL..




tak perasan berapa lama, sehingga dr. Jumeah datang lengkap berpakaian uniform labor. dan katanya,

"cepat juga ye puan.. saya jangka patient yg satu lagi tu lebih cepat...memang before ni pun cepat juga ye? ."
aku tak menjawab. hanya tersenyum kelat. sakit.

"ok jom kita check"
sekali lagi procedure itu berlaku.

"dah 8cm.. puan ada rasa nak meneran tak" aku angguk lemah.

doktor membenarkan aku utk meneran sekiranya sakit muncul lagi.. dan itulah yg aku lakukan.. datang saja rasa sakit, aku menarik nafas dalam2, kutundukkan muka ke dada, aku dpt merasakan jari jemari suamiku mengusap2 rambutku memberi sokongan...

dan dengan sepenuh hati, aku meneran.. ketika hampir terputus nafas, doktor menyuruhku 'mencuri' tarik nafas dan teran sekali lagi.. suami pula masih mengusap2 dahiku.. aku menyaksikan semua itu dalam sakitku, dalam helaan panjang nafasku.. kucuri nafas dan kuteran sekuat hati.. sehingga doktor menasihatiku agar sedikit perlahan, namun tak dapat kuturuti.. kuteran juga sekuat hati, dan bersama2 itu, pada jam
1.36pm, lahirlah dia.. seorang lagi zuriat aku dan suami, penyeri rumahtangga kami, harta dunia dan akhirat kami. Ketika nurse meletakkan zuriat kami itu di atas dadaku, doktor bertanya meminta aku mengesahkan jantinanya dan aku bersyukur..

Dia seorang puteri... yang cukup cantik dan sempurna..Puteri yg cantik sempurna ini, kami namakan Hasyadaleela, agar sentiasa kesempurnaan dan kepimpinan atas nama kebaikan menjadi jatidirinya.. inshaAllah..

Alhamdulillah... sekali lagi kupanjatkan syukur atas pengalaman ini.. dan seperti sebelum2 ini, pengalaman ini pasti akan kurindui..sakit, namun untuk aku mengatakan puteri ini adalah puteri bongsu kami, aku masih belum berani..

sekian... terima kasih atas doa kalian  :) ... memang betul, kat labor room tu aku hanya ditemani oleh suami.. namun hakikatnya, ada ramai menemani aku kat twitter tu :-)

 few hours after delivered. OK, mak dia bosan2 kat ward, cuba utk pose kan dia takde baju mcm photog pro, tapi few mins after, basah terus selimut dia..LOL

oopss.. motif? mak yg tgh free. belek2 baby asyik tido.. so mak pose stokin..selesa sangat stokin ni..

Malam tu ada 3 Idiots.. so layan sampai kul 1 pagi... bapak sedap tido.. mcm mak plak yg jaga bapak kat spital.. huhuhu ... snap masa tgh subtitle yg gitu2 plak ekekeke...

p/s: Ketika mengandungkan Daleela, saya mengambil supplement Shaklee bermula daripada kandungan berusia 6 bulan.. supplement favorite saya adalah Omega Guard :-) Jom whatsapp/SMS saya 0192390107 kalau nak mencuba :-)

Terima kasih! :-)


Thursday, 14 June 2012

Setia City Mall, Setia Alam

...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pla hubby singgah Setia City Mall.. satu lagi mall baru... jom tgk gambo je sbb aku x de citer... hahha.. tak de singgah makan pon.. cuma beli teh gong cha je.. wedap giler teh gong .. hari tu aku beli iced tea with pearls, dengan signature Iced Earl Grey Tea with pearls . both less sugar and less ice... sedapp giler esp. yg earl grey tuhh!

kedai2 byk lagi tak bukak... tapi banyak gak yg dah bukak.. department store dia Parkson Grand.. dah mcm KLCC plak.. cuma xde isetan jek.. supermarket dia Urbanfresh.. ok le gak..ada byk branded store.. tapi paling ramai org kerumun ialah brand DAISO wakakakakak!

kalau dtg waktu malam lagi cun sbb kat luar tu bercahaya2 berirama2 dia punya fountain... parking tak free. banyak org parking kat luar padahal kat dalam banyak je parking.. tak paham aku jenis yg tak suka carik dulu.. aku and hubby jenis yg kalau pi memana,, carik gak dulu parking.. and biasanya mesti ada... well. law of attractions..




Senang le nk beli apple product tak payah pegi KLCC hehehe..














 Rehat jap .. melampau nak buyung ni.. sehari 2 malls.. ekekeke...


Comel la kedai ni...

Oleh kerana dekat dgn rumah... lepas pegi ni.. byk kali plak aku ke situ.. sampai la sehari before bersalin pon aku ke sana, pi pekena gong cha lagi.. and aku amik plak green tea,,, lebih sedappp daripada earl grey... slurrpppp!

Wednesday, 13 June 2012

Paradigm Mall Kelana Jaya

May tak de entry langsung! padahal so many things happened in May! mood nak menulis takmo plak datang masa bulan May tu.. grrrr..

by the way, aku ada baaanyak back dated entries... aku start dengan hari2 aku menunggu hari deliver la ehh..

Final check up aku was on 21st May 2012, and hari tu Dr. Mazita dah kasik aku MC for a week.. before my EDD. of course aku happy.. sebab dah tak perlu nak meredah pagi2 nak berebut masuk dalam komuter.. hehehe..tapi aku pergi gak opis the next day.. nk inform kat kawan2.. so my start 23 tuh aku dah cutiii..

cuti pon bosan gak ekceli... lagi plak cuti sambil menunggu.. huuhu.. so hari2 cuti aku tu, aku pi jalan2 je lah.. kadang2 aku pegi kilang hasben, just to have lunch dgn dia.. kadang2 just round2 TESCO setia Alam tu... shopping2 lite2 ..cam gitu jek lah sepanjang cuti... yg penting kuar .. sebab bila kat rumah aku rasa kaki aku lenguh plak.. hehehe..jalan2 bukan le jenis yg laju2 gitu.. amik2 angin je.. bukan atas nama exercise pon.. huhuhu..

on weekend, hasben ada.. bleh la ajak dia pegi jalan jauh2 sket.. kebetulan ada mall baru bukak .. so aku sajes kiterang pi check it out... Paradimn Mall kat Kelana Jaya. we went on 26 May 2012 pagi2 lagi hehe.. tak de tujuan.. just jalan2 jek.. parking masih free... ok gak le senang nak pegi ..



dh mcm tourists dari korea plak! hehehe! - balloons tu daripada counter 'Etude House'

Lengang sbb masih pagi :-)

Dalam kereta on the way... pic tak ikut susunan hehee..









ok on paradigm Mall.. ok lah... boleh pegi lagi.. yg best sbb kedai makan ada kat semua level.. so takde la masa lunch time semua bertumpu kat satu floor jek.. sampai takleh nak jalan (merujuk kepada Midvalley megamall hehehe).. tapi kat paradimn mall.. yg sama level ngan tesco,, adalah serabut sket,.. dengan sempit lagi... huhuhu..

dah lah dulu...just to bring the mood.. nanti update lagi..

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

"Terima Kasih cikgu!"

itu ucapan default kiterang everytime cikgu habis mengajar satu2 subject masa sekolah rendah dulu. Mcm automatik reflects gitu.

setiap hari persekolahan, byk kali ayat tu kuar, tp honestly mcm x de makna kot.. main lontar je suara ramai2 dlm kelas, dgn lenggok berlagu.. (my personal feeling).

but now, i know maybe its too late memandangkan ramai cikgu2 aku dah takde.. tp sbb aku masih ada.. so kali ni biarlah aku nk ulang semula ayat tu.

"Terima Kasih Cikgu"

bezanya, yg ini, betul2 ikhlas dari sorang anak murid yg dh betul2 mengerti jasa pendidik..

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu2 di:-

SEK KEB PARIT KADIR - 1984 to 1989
SEK MEN TUNKU MAHMOOD ISKANDAR - 1990
SEK MEN (P) TEMENGGONG IBRAHIM - 1990 to 1992
SEK MEN SAINS JOHOR - 1993 to 1994
SEK AGAMA SERI BAHAGIA - 1985 to 1989
SEK AGAMA DATO' ONN - 1990 to 1992

dan guru2 lain secara umum..

sekian..

Wednesday, 2 May 2012

Group Trip to Cameron Highlands - Part 3 (Final)

alamak, diorang dah habis update pasal group trip.. and now dah masuk May.. aku masih lagi kat entry yg sama.. trip tu pon dah berlalu sebulan ... heheheh.. sabo jek lahh..jom sambung

Day 1 - malam - Group Itenary 3 - Steamboat Dinner

ok, so malam tu adalah one of the awaited event gak.. sebab it was a dinner... sounds nice sangat kan dapat dinner sama2 ngan geng, sama2 plak ngan our beloved family.. so by 8.30pm tu, semua dah turun bawah, dinner kat hotel je sbb mudah lah tak payah nk kuar2 carik parking bagai.. siang dah letih berjalan..

bila turun tu, terus dapat berita yg tak berapa syok.. anak Zaza rupanya terpaksa di masukkan ke ward sebab memerlukan rawatan lebih lagi.. jadiknya dinner tu tak ada zaza...lebih menambahkan rasa tak best sbb zaza menghantar 2 jenis kek sebagai wakil. kek tu dia buat sendiri before datang.. ALL THE WAY FROM PENANG! .. and kek2 itu sangat sedap..

walaupun rasa kurang meriah, tapi tetap lah dinner diteruskan.. it was a steamboat dinner .. not bad lah.. harga pun around RM25 per pax.. actually puas hati lah harga tu ngan apa yg dimakan...



long dinner table!
mcm tuan besar jek tu huhuhu ..
muka lapar plus letih

tapi susunan meja tu, hmmmm panjang sangat.. susah la jugak nak borak2 secara dekat.. hehhehe.. so, most of the time, makan, layan2 anak2 and snap2 aje lah (for those yg berkamera - mcm aku tumpang2 aje lah hehehehe) - tapi, what do u expect kan.. bila dah ramai, susun mcm mana pon tak akan dapat la nk semua dok dekat2 kan.. so kami redha aje lahhhh.. hehehe...

lepas dah kenyang tu, sampai la masa nk membayar.. ha, kat sini lah conflict bermula.. errmm.. camne nk cakap ehh.. kami pun bukan lah suka sgt ada konflik2 mcm tu.. tapi, aku rasa, it was a communication break down lah penyebab utama nya..when we made reservation, it was supposed for 14 adults and 3 kids above 7.. tapi pihak restoren dah amik reservation utk ALL OF US including babies! so total was 25 pax! no wonder food mmg banyak sgt yg dah tersedia.. no wonder susunan meja jadik panjang sangat! ... and we didnt bother to ask pun before makan, kenapa meja susun panjang sgt walhal dewasa cuma 14 org jek ... so, salah kami la jugak..

tapi, takmo la menyerah bulat2 sebelum fight for our right betoi tak.. huhuhu.. perbincangan secara agak 'TEGAS' ngan waiter tak berhasil sebab the waiter had no manner by saying "it's not my problem that u did the wrong reservation" - what a SELFISH waiter.... mcm tak tau cara2 melayan customers.. walaupun cutomers salah, bukan mcm tu cara bercakap dengan customers, OK?

datang plak cashier yg jugak bertanggungjawab amik order petang tadi.. at least he was bit softer, and finally he agreed to reduce the price, tapi taklah semua.. he can only minus the cost for 4 babies ... and the rest, kitorang bear lah.. tak kisah lah sebab mcm Idlan and fahren pon makan banyak gak, maklum la steamboat mmg dorang suka..

TAPI.. TAPI.. TAPI ... nak dijadikkan drama.. lepas dah bayar the agreed amount to cashier tu, dia DATANG LAGI KAT KITORANG to tell us that THERE WAS A MISTAKE IN THE CALCULATION.. which HE ACTUALLY FORGOT TO INCLUDE TAX in the amount. we were like, WHAAAATTTTT???? and for that, we were supposed to pay additional total of rm80 .. apa lagik.. semua jadik hangen lahhh..

start lah sesi bukak calculator bagaiii kat MEJA MAKAN TU JUGAK...yg kelakar tu.. cashier tu mcm panik sket guna calculator, hence banyak salah and banyak kali dia tekan2.. tak jugak match dengan amount yg dia claim... when at last he asked us to follow him to the cashier counter so he can show the total from the screen...

we followed him.. and bla bla bla bla he explained... and at one point he said,
"Yes, I admit this is my mistake..."


and someone from our group... without long, cut his sentence,

"U ADMIT YOUR MISTAKE, SO U PAY!!!"

it was a strong argument from our very own MAUZE! haaa.. jangan tak caya... huhuhu.. she makes many of us dropped our jaw lahhh malam tu.. aku tak heran sgt sbb i know mauze .. dalam bab2 financial ni.. dont play play.. LOL!

the soft-spoken cashier trying to show his calculation. see my annoyed face? LOL and see mauze's cool face? its like, "ha, meh tunjuk camne ko kira..aku nk tgk betul ke tak.." gitu in her mind..

OK, this was before the final scence. before we went to the counter

hmm yeah it sounds bit harsh eh.. BUT I Actually AGREE that he had to bear the cost sbb dia yg lupa nak masukkan tax tuh.. mcm kitorang agreed to bear cost utk budak2 below 7 sbb ada gak yg kitorang silap.. kan..

so to Mauze, jgn la ko rasa u were too hard on him.. kita ada hak sebab kita customer.. and kita bukan suka2 jek takmo bayar... apa2 pon cayok! mmmg TERBAK that u able to capture the cashier's slip of the tongue ... that was a skill yg tak semua org ada tauuu... cayok!

and so we left the cashier yg mcm pasrah dan redha dengan kesilapan dia..

it was almost 10.30PM so anak2 dah start cranky.. sebab dah ngantuk.. so we agreed to balik bilik masing2 and tidokan anak2.. and come down again for the group meeting. LOL.

Group Itenary no. 4 - Midnight Meeting

hmmm.. bila budak2 dah tido.. plus bapak budak plak sudi jadik babysitter.. maka mak2 budak pun amik kesempatan lah lepak2 kat lobi for "DAY 1 POSTMOTERM SESSION" as we called it. wakakaka...

this is what i like about the hotel. they have a specific area, not really at the lobby.. tapi still kat dalam hotel.. and ada privacy sket.. plus sejuuuuuk sangat :-) tapi sejuk tu dapat kami atasi dengan golak2 ketawa yang akhirnya dapat menghangatkan suasana .. hehehehe.. POSTMOTERM la sangat kan.. apa topik eh?

- sourvenirs from shara
- diana's photobook review
- planning for day 2 itenary
- the waiter and the cashier incidents

it was about 12 kot baru naik bilik.. sebab dah letih and nak bangun awal for the next morning itenary...

while waiting for other moms to get down.. mauze, me and mas.. with zaza's yummy cakes

sejuk sangat masa ni.. but we managed to have a chat for about an hour

Day 2 - Morning - Group Itenary no. 5 - Sungei Palas BOH tea centre

dipendekkan cerita, pagi Ahad lepas breakfast, kami menuju ke BOH Tea kat Sg. palas... Shara dah ke sana awal2 booked meja.. the rest ke sana konvoi .. lead by Diana's car.. huhuhu.. my 2nd time to Sg. Palas... ok lah.. sbb it was still early so mmg tak banyak berselisih dengan kereta belainan arah.. quite comfortable lah..

jom breakfast duluuu!!

based from info by Shara, aku n hubby try to ask the guards, bleh tak kereta terus naik atas.. Alhamdulillah, granted. so kiterang park kat betul2 area kilang kat atas bukit nun.. cuma bila terus naik atas, tak dapat le nk snap2 gambo kat pokok teh. tak pe lah.. that's not the priority pun..

Itenary pagi ni bleh dikatakan acara kemuncak of our trip lah... byk activities yg diplan... tapi atas sebab kesuntukan masa, kami buat yg paling basic lah.. :-)

- makan-makan
- games
- gift exchange

happy faces dapat hadiah :)


Fahren yg cranky sebab demam + ngantuk ... kul 11am mmg waktu nap dia..

 

lotsa gifts!




sukarlah iols nak menjelaskan kemeriahannye in writing.. tapi mmg tak terasa 2 jam berlalu ... tengok2 jam, alamak.. dah lebih kul 12.. we planned to finish at 12 so dah terdelay.. and meja kat port yg strategic tu dah lebih 2 jam kitorang conquer .. ngan letak hadiah2 bagai.. huhuhu,, umah sendiri noks! lepas habis event2 di atas... and dah kemas meja, kami kuar and sambung pose kat luar... group photo session... dah puas pose situ baru lah kami beredar ke itenary seterusnya

and the models yg tak reti2 stop borak2 gelak2. fokus wehhh!

finally! phewwww

OK, sambung lagi borak ..


Group Itenary no. 6 - Hospital Cameron

Sapa sangka yg hospital pun termasuk dalam visited place kan .. hmmm as i said, kita merancang, namun Allah yang menentukan.. atas sebab kesihatan anak zaza, dia kena 'bercuti' kat hospital.. so kami pun sama-sama ke sana mendapatkan zaza.. ada antara kami yg lom sempat jumpa zaza pun since datang...

Alhamdulillah masa kitorang datang, kedaan Safiyya anak zaza dah stabil.. and tengah tido.. so kami pun dok tanya itu ini kat zaza.. tabik lah zaza mmg cool.. mcm tak ada apa... menyambut kami mcm la hospital tu dia yg punya... in fact aku rasa hosp tu mmg mcm umah dia, sebab tak nampak sesapa pon kat situ.. untuk sebuah hospital, its weird dengan kesunyian mcm tu... huhuhu...

group photo sebenar sbb zaza included

dlm spital pun nak pose tauu... :)


dalam kul 2 gitu barulah kami beransur nak balik meninggalkan cameron highlands... aku sempat singgah kat bharat nk beli belah sket.. pastu terus turun melalui tapah.. jalan sangat jammed, and kami sampai rumah around 8pm gitu...

phewww,,, all i can say, it was an enjoyable trip... cuma too short lah.. looking forward for more and longer stay trip...

Thanks GLCians and family for the great time! wohooo!!! u guys rockkkkkk bebehhhh!

nota kaki: Thanks to owner of photos ehhh.. esp. mauze yg paling byk pic dia aku tampal sini huhuhu...mekaseyyyy!

refer lah ke blog2 Mas, Diana dan Sol for the same story, but different way of writings. hehehehe..

Salammm...

Popular Posts