Thursday, 8 September 2016

Bila Bergantung kepada prasarana awam .. kes haru biru!

alaa... memilih tajuk entry adalah lebih susah daripada mengarang entry tau. ekekekeke.. sebab tu tajuk2 paper ada yang anooying giler kot.. misleading sokmo! masing2 nk dapatkan tajuk yg bombastik sampai sanggup ketepikan etika (ye ke tajuk yg misleading tu melanggar etika penulisan? hahahhaha wujud ke etika tu? ke aku je pandai2 hahaha WHATEVER!)

by the way, aku nk citer kisah semalam.. huhu... mmg hari yg mencabar, kuar awal pagi .. mcm biasa rutin hantar anak2 ke sekolah... kalau ikut hati rasa mcm nak stay sampai Lydia masuk exam hall.. tapi sebab nak masuk awal ke ofis, terpaksa la lupakan niat tu.. hanya doa mengiringi... 

Pagi tu hujan lebat sangat.. hujan rahmat lah tu.. in shaa Allah..

Bersama rahmat tu, ada juga cabarannya.. cabaran pertama traffic jammed kat tempat yang selalu clear! hadui nak kuar dari Kapar pun dah amik masa sejam.. sampai kat Shah Alam amik komuter.. Alhamdulillah komuter smooth je sampai KL Sentral.. 


Jalan Kapar
Sampai KL Sentral.. hohohoiii dah la dah lewat... time tu dah kul 9.15 kot.. tapi LRT plak tgh major issue.. mmg total shutdown kot dari KL sentral nk ke Ampang park.. so kami semua sama ada amik alternative or tunggu jek lah.. aku before fikir nak amik alternative, aku wajib lah amik makanan dulu hahaha. lapar weh dari umah lom bekfes ngan jammed lagi hehehe.. so pekena kopi ngan sandwich.. lepas tu baru hegeh nk beli tiket LRT..  tapi rupanya bukan LRT je jammed tapi kaunter tiket pun jammed! hohoho daripada 10 machine tinggal 2 je leh guna sooo Q dia kemain! aku pun decided nak amik monorel jek ke Raja Chulan dari situ kang menapak le ke KLCC..


ni baru Q nak beli tiket huhuhu..  sampai keluar2 dari station..

Tetiba ada ada announcement sapa nk gi KLCC leh amik shuttle bus kat bawah station monorel .. aku pun terus tukar plan... gi la kat bas tu.. kuingat bas tu akan terus ke KLCC la kan.. so takyah la menapak.. hadoiiiii sekali tu telahan aku meleset sama sekali! hahahahah bas tu pusing habis satu KL wehhhh!!! hadoi dah le macam sadin uols! betabah jek lah dalam bas sadin, ,pusing round KL .. petaling street la, jln tuku abd rahman laa.. hohohoii.. mode lap peluh! kepala pun mcm dah berpinar pening sbb asyik dok tgk phone je hehehe (sesekali tgk pemandangan KL tapi sbb dah lewat dan dah penat maka takde la aku nk menikmati sangat pemandangan luar tu).. 


snap dari dalam bas..

Last2 sampai ofis kul 12 hehehe dah lapar balik dah.. ekekeke .. so topik kat ofis semalam ialah LRT problem ni lah.. 

Harap tak berulang!!

Wednesday, 7 September 2016

Iris and Iman's birthday party at Little Kingdom Maju Junction

Last weekend we went to uliek's princesses' birthday party. Iris turns 6 and Iman turns 4. Memula i plan to go with Dyan and Daleela je coz Lydia ada kelas so husband has to be her transporter and iols takleh control kalau ramai sangat without the bapak.

Tapi last minute kami ubah plan. Kelas Lydia was only in the morning and ended at noon so sempat lah sampai ke party by 2pm. The party started at 1 tapi cake cutting at 2.30 so ok lah dapat join the main agenda.

First time masuk Little Kingdom tu. Bebudak kemain suka lagi. Sampai kat ballroom tu mascot disney princess tgh perform kat stage. Lepas tu photoshoot pastu games musical chair... Great party Alhamdulillah... Kalau nak harap gi sendiri tatau la bila ehehehe..

Thanks for inviting Uliek... HAPPY BIRTHDAY IRIS AND IMAN! 😘




















Monday, 5 September 2016

UPSR 2016 Hari Ini. Semoga berjaya Anakku....

So its the day! today is the first day of UPSR 2016. Peperiksaan besar pertama yg anak-anak hadapi setelah bersekolah rendah selama lebih 5 tahun.. Pagi tadi suami yg hantar Lydia.. Saya memberi ucap selamat before dia ke sekolah.. tapi do'a saya terus mengiringinya setiap saat.. buat kerja pun kepala fikir exam anak. Alhamdulillah now dah pukul 10.30, dah habis satu paper (BM pemahaman) pagi tadi.. masa saya tgh tulis ni, Lydia sedang menghadapi BM kertas 2, penulisan... ya Allah.. semoga idea2 yang bernas keluar dari fikirannya... semoga semua pelajaran yang dah diajar oleh guru2 dapat digunakan ketika ini... 

Seronok scroll FB bila ramai anak kawan2 pun ambil UPSR dan seronok tgk gambar2 yg diorang share.. live dari sekolah... Semoga semua anak-anak diberi ketenangan sepanjang tempoh peperiksaan berjalan minggu ini.. (dan seterusnya..).. Saya pulak memilih untuk update di sini lah .. to mark the date.. :-)

In shaa Allah esok atau lusa saya cuba hadir untuk hantar dia ke dewan peperiksaan.. 

SEMOGA KEJAYAAN PALING CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT MILIK ANAK_ANAK KITA.. AAMIIN..

Gambar ihsan cikgu lydia selepas kelas tambahan minggu lepas..

Sunday, 28 August 2016

12th birthday oh how time flies!

Yup, how time flies! My eldest is now 12 yo and my youngest dah 2yo. Both hvng birthdays in the same month. Dyan on 20/8 And Lydia on 27/8. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ya Allah kerana mengurniakanku puteri2 yang baik dan sihat sesungguhnya aku bersyukur dipermudahkan urusan menjaga mereka.. Aku bermohon padamu Ya Allah, lindungilah anak-anakku di mana sahaja mereka berada.. Kerana aku tak berdaya untuk berada di sisi mereka sepanjang masa. Aamiin ya Rabb..

Lydia has been busy with her exams preparation. So we planned for a simple celebration for lydia and dyan, early dinner at Sushi King setia city Mall. Pagi tu dia ada extra class and myself pun ada kelas arab.. Lepas habis my class i fetched my husband n anak2 lain to go to a wedding. Lepas tu baru lah pergi fetched lydia kat sekolah dia. Dari sekolah lydia kami pegi ke Karnival Merdeka kat Masjid As-Syariff Meru, belikan lunch utk Lydia sbb yg lain dah lunch at wedding. Sempat la window shopping and grab few things (books) fron the carnival. Anak2 pun sempat layan slides seround.. rm5/person for 30 mins...



 
Lydia masih berbaju sekolah lagi maklum la balik dari sekolah huhu. Belakang dia tu tgh ada pertandingan memasak. Pengacara haliza AF juri pulak chef zubir.



Panas kemain habis main slides tu dah mcm mandi je! I grabbed nasi ayam for Lydia and then kami balik rumah. Zohor and lazying je. Lately, berehat selepas zohor kat rumah adalah satu kenikmatan sangat! Jarang samgat dah kiterang outing yang seharian dari pagi ke petang. Of course lah tak boleh sbb lydia sekolah, kan? Tapi as a result, saya mula rasa best je spending more time kat rumah between zohor to asar... Lepas asar baru keluar itupun yg dekat2 jek so that we can be at home again by maghrib.

Ok balik semula ke cerita asal, lps asar kami gerak ke SCM and parked kat betul2 depan entrance menuju sushi king tu. So terus masuk sushi and makannn!!! Hehehe.. Suprisingly Fahren paling banyak makan. 





Saturday, 27 August 2016

Bacaan yassin dan solat hajat sempena UPSR 2016

Alhamdulillah, husband offer nak jaga anak-anak dan memberi peluang saya ke sekolah untuk event ni. Husband memang tahu saya suka sangat hadir ke setiap event sekolah anak-anak. Kejap je Lydia dah darjah 6. Tahun terakhir dia kat sekolah rendah. Guru besar kata, dah 5 tahun 8 bulan mereka bersekolah rendah. Wow! Rasa mcm masih segar di ingatan menghantar lydia di hari pertama darjah satu.. 

Pukul 6.30pm saya dh sampai di perkarangan sekolah. Suami hantar saya sekaligus ambil Idlan yang bersekolah di sesi petang. Belum ramai parents yg datang hehe saya mmg sokmo early bird.. Tapi kali ni saya tak terus ke dewan.. Saya duduk dulu kat luar. Bila ada beberapa parents masuk baru le saya masuk huhu.. Terus je daftar nama dan ambik dinner pack. Alhamdulillah rezeki dapat makan nasi tomato dengan kuih-muih.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, kemudian bacaan yassin , solat isya dan solat hajat. Alhamdulillah.. Selesai solat hajat, majlis restu ilmu.

Semoga usaha kerjesama kami (murid, ibubapa dan guru) ni mendapat keberkatan dan besar sangat harapan saya agar sekolah Lydia dapat melahirkan seramai mungkin pelajar cemerlang daripada UPSR 2016 ni, dan semoga lydia juga adalah salah seorang pelajar cemerlang itu.... Aamiin...










Thursday, 25 August 2016

Khamis

Alhamdulillah, its Thursday.. Weekend is nearer!
Not going to office today. Ada event sekolah anak in the evening. Solat Hajat Perdana for UPSR followed by Majlis Restu Ilmu..

Let's zikir...


"Maha Suci Allah yang maha agung, maha suci Allah dengan segala pujian"

Wednesday, 24 August 2016

Popular Posts