Wednesday, 20 July 2016

Hari Raya ke-3, Beraya Sekitar Batu Pahat & Johor Bahru

Tahun ni, adik beradik masing-masing beraya rumah mertua.. saya tak terasa lain sangat sbb dah biasa jugak beraya pertama kat rumah MIL. Tapi yg paling terasa sebenarnya rasa missing tu mula datang masa hari raya kedua, sebab masa itu lah hari yg akan balik kampung, missing macam mana? rasa eager nak balik tu tak sama. Of course lah kan, sebab kita tau, takde sesiapa menunggu kita kat kampung. Sedih sangat bila fikir tu. ITULAH KEMANISAN BALIK KAMPUNG KAN, BILA KITA TAHU IBU/BAPA SEDANG MENANTI KEPULANGAN KITA.. 

*taking a deeep breath while writing this.... *

Tapi dalam rasa sayu tu, teruja juga rasa nak balik kampung sebab nak berkumpul dengan adik-beradik. Berkumpul pulak kat rumah emak.. Ya Allah best sangat rasanya.. terasa mcm arwah ada lagi je.. even anak2 saya pun seronok bila dengar nak balik 'rumah nyai'. yup diorang still refer rumah kat kampung tu as rumah nyai.. 

Maybe nanti Dyan je lah yg tak ingat nyai sebab masa emak pergi, Dyan baru setahun so lom kenal.. 


Seorang lagi cucu emak, Ayden - anak adik saya yang lahir beberapa bulan selepas emak pergi. 



Muhammad Ayden Hilman, my latest nephew

Amjad, seorang cicit pun emak tak jumpa.. 


Muhammad Amjad, my latest grandson, kat belakang tu his tokmak, my eldest sister..


(flashback 2014)


Aseh (anak buah pertama saya) sempat bagitau dia pregnant pun masa emak dah hampir sangat nak meninggalkan kami... like a few days before gitu.. Tingat lagi, masa dalam lepas maghrib, turn saya jaga emak kat hospital... Aseh datang sebab nk bagitau emak yg dia pregnant (anak ke-tiga, pregnant ke-dua).. dia pun baru tahu.. 



Masa tu emak mmg dah agak lemah.. kadang2 dia bukak mata then tidur balik.. dia bukak mata just to see ada tak orang dok sebelah dia.. kalau takde nanti dia panggil.. kalau nampak org yg jaga dia tu tidur pun dia marah hihi.. Selepas Aseh bagitau  "Nyai, Aseh mengandung.." emak sempat cakap, "baguslah.." dalam keadaan separuh sedar... rasanya that was one of the last conversation aku dengar mak sebut dengan keadaan sedar... selepas2 tu, emak banyak sebut Ya Allah.. Ya Allah.. je sampai lah hari dia tak sedar dan masuk ICU.. sejak masuk ICU, keadaan emak semakin kritikal hinggalah masanya tiba untuk emak betul2 meninggalkan kami... 

Al-fatihah..

(End flashback)

Hari raya ke-dua malam tu, semua dah ada kat kampung.. termasuklah family abang yg beraya kat rumah mertua kat Sik, Kedah pun gigih balik seharian dalam kereta.. bertolak dari Sik around 11AM dan sampai kampung around 10PM. sempat balik rumah dia kat Puchong sekadar untuk tukar luggage hihii lawak pulak rasanya.. LOL.. 


Awal pagi raya ke-tiga sebijik sangat macam raya ke-3 tahun2 sebelumnya... suasana hingaq waktu awal pagi dengan masing2 berebut bilik air dan berebut iron. LOL. saban tahun dah tau iron cuma ada satu, tetap gak memasing takmo bawak balik iron ..pelik betul HAHAHH tapi masa tunggu turn tu la sembang rancak.. tunggu biik air plus tunggu iron. lol.


Oh, nk tgk cermin pun Q uols! hahaha! all are sharing is caring gitu!! camne laaa aku tak rindu suasana nihh... 



my sis in law n my nephew

My niece

my sis in law
Dari lepas subuh, sarapan, queue tandas, queue iron, jerit2 kan bebudak mintak kemas tempat tidur... phewwww dari kul 6AM ... semua ready kul 9AM gak ahahahha... tapi tetap tak sempat nak amik family photo.. salam-salam sambil bagi duit raya pun kecoh gak.. sambil tunggu semua readu snap je la sana sini..


kemain bebudak ni wefie.. 
gaya trending

aku sempat le arahkan anak-anak buah semua kumpul setempat.. tak dan nak fikir cari background mana .. hahaha kalut sbb nk kejar masa.. ada banyak rumah to visit!

10 Nieces, 10 Nephews, 1 grandson, 2 granddotters..
Rumah pertama on raya ke 3 was rumah jiran depan .. rumah Wak Miah.. BFF arwah emak... anak2 wak Miah pulak mmg rajin tolong jenguk emak tak kira sihat atau sakit.. Alhamdulillah.. 


Hujan renyai2 pun kami redah je lah sebab takmo lewat sangat.. jalan kaki kai payung.. 


kat titi dari rumah kiteranag ke rumah wak miah


Wak Miah ni anak orang cina yang dijadikan anak angkat oleh keluarga melayu ... rezeki lah kan ...Wak Miah pun dah agak uzur..  Alhamdulillah boleh lagi berjalan dan fikiran pun clear.. 

anak2 bujangku kat halaman rumah wak miah..

ehemm.. tumpang sekaki.. posing .. lol


Balik dari rumah Wak Miah.. nih dah kat halaman rumah kiterang.. dokek bebonar halaman terpisah dek jalan dan parit jek.. anak2 wak miah kata raya tahun ni terasa sunyi sangat terutama malam raya selalu kami ramai2 dok kat halaman lawan main mercun huhu..
Balik daripada rumah wak Miah terus semua naik kereta, nak ke rumah Wak Som. Wak Som ni makcik (biras emak).. baru je kematian suami.. Arwah Pak Long (abang bapak) baru kembalik ke rahmatullah awal tahun ni... Masa arwah mak ada lagi, rumah Wak Som/Wak Ajis adalah destinasi kai berkumpul pagi raya pertama.. now since emak takde.. kami semua ke rumah mertua dulu.. wak Som kata pagi raya rumah dia menyusut terus bilangan orang .. 

hasben ku dan Dyan gambo dengan Wak Som
Selepas rumah Wak Som, kami ke rumah Kak Im.. anak kepada Wak Som.. sepupu aku lah kiranya.. (takde gambo lak..)

BAlik dari rumah Kak Im, perjalanan diteruskan jauh sikit, ke rumah Wak Sariyah, kakak kepada arwah emak. Wak Sariyah pun dah agak uzur.. ditambah pulak beliau jatuh sebelum raya.. patah tangannya... sedih betul.. bila aku tgk muka dia.. mmg terbayang sangat wajah arwah emak.. mmg iras mak kuat, masa kecik dulu salu gak aku salah orang.. panggil dia emak.. huhuhu .. sebak pulak bila tgk keadaan dia yg sakit mcm tu.. 

Wak Sariyah... 

Daripada rumah Wak Sariyah, kami ke Rengit, rumah Lek Tik.. adik kepada arwah emak. Alhamdulillah Lek Tik sihat wal'afiat walaupun sebelum raya aritu dengar nya masuk hospital.. tapi dah ok dah syukurlah..

yang baju hitam is Lek Tik.. adik ke dua bongsu emak.. arwah emak was ke-4 daripada bongsu - adik beradik 13 orang.. mak anak ke berapa tah lost count huhu tapi yg atas emak tinggal Wak Sariyah je lah.. )

Then rumah seterusnya, rumah Lek Fadil, jugak adik kepada arwah emak.. 

yg brkain pelikat tu Lek Padil atau Pok Teh Padil .. lahir selepas emak... ke 3 bongsu

alamak takkan nk tulis satu2 semua HAHAHAHAH!!! 

so nk pendekkan cerita.. lepas habis round area Batu Pahat, kami pun ke Johor Bahru pulakkk... amik masa 1 jam lebih gak le dari BP nk ke JB.. first rumah kat JB kami ke rumah Acik. Acik ni adik bongsi arwah bapak.. the only pakcik sebelah bapak yg tinggal.. (bapak ada 3 beradik je).. 

Lepas rumah Acik (takde pic pulak), kami ke rumah Poksu .. Poksu is adik ipar kepada arwah emak.. isteri dia Moksu adik bongsu arwah emak pun baru je meninggal dunia tahun lepas selepas raya.. tahun yg sama arwah emak pergi.. memang sedih bila pegi rumah Moksu trasa jugak ketiadaan dia sbb dia mmg akan duduk je kat katil kalau kami datang.. mmg ternampak2... 

Daru rumah Poksu.. kami ke Kluang... malam dah time ni... rumah lastt.. rumah kakakku.. lepak lama sikit maklum la rumah kakak sendiri.. kakak sulong lak tu dh mcm pengganti emak.. 

lepak2 rumah Mak Long

Dari rumah kakak around kul 11 malam kot.. huhuhu.. sampai kampung semula kul 12 midnite.. Alhamdulillah selesai 9 buah rumah... 

Next entry lak raya ke-4... hahahahha!! letih baca kan! LOL!





Monday, 11 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Hari ni dah 6 Syawal masih lom terlewat ucapkan selamat hari raya kan.. Dah habis raya visit sedara mara now turn raya open house/pot luck style lah pulak bermula.. hahah masa untuk susun jadual weekend! Tapi kali ni weekend agak terbatas sebab Lydia UPSR mmg dah dekat sangat.. kelas tambahan sabtu mmg takleh skip kang cikgu marah hihi... 

Camne hari raya uols? Mesti lah meriah kan? zaman media social ni mmg best sebab mg kita leh tgk mcm mana kemeriahan kawan2 kat tempat lain.. kalau dulu kita nampak apa yg depan mata jek.. now nih.. jenguk je FB tu diaaa. MERIAH! haha seronok tgk ragam dari pic2 yg kawan2 share.. Alhamdulillah...

Nak belanja pic raya seketoi dua hhihi ... 

Raya pertama theme kunen tapi tak dan nak amik gambo satu family... dpt amik pic anak2 jek ...


Ni pic raya kedua .. baju melayu kaum adam tu recycle 2 tahun lepas punya.. anak2 dara kecik dua org tu susah sangat nak suh duduk dendiam.. patutnya mak lah yg dok kat kosi tu last2 Dyan lak take over.. mak terpaksa dok depan last2 terlindung lak Fahren by half huhu... 



Wednesday, 29 June 2016

Iftar Rebanamaya @ Cubhouse Bangi

Clubhouse?

hahaha bunyi mcm serious je. seriously korang ni kelab apa sampai ada clubhouse bagai? maybe itu la yg org akan tanya. Well. hihi.. Clubhouse tu merujuk kepada rumah Arc&Razi, rumah pertama dijadikan tempat gathering kami (non-kedai makan). kami pilih rumah dorang sbb both of them were readers and bloggers yg kami kenal dalam blog Joe tu.

Plan to have iftar ni mcm agak last minute jugak. Rasa mcm dah lama tak gath time buka puasa, and dah lama tak jenguk clubhouse. hehe rumah tu mmg feeling rebanamaya sungguh! banyak sangat gathering dah buat kat situ. Bila lama tak jenguk, rindu! maybe its because of tuan rumah yang selalunya sangat baik mlayan semua kerenah tetamu, seriously! Thanks Arc (nama dia Azlina actually - Arc was her nickname masa chat kat tagboard (cbox) blog Joe dulu - and mine was tgazfa. 

Lama sangat dah, it was back in 2005 or 2006 when we started chatting in there. #missingthosedays
bila tgk my old entries (yep, still this blog), 2006-2007 paling banyak activities dengan diorang. Ada yang dapat jodoh jugak from our friendship.. seronok betul..

Actually sealu jugak jumpa few of them, mcm Delinn, Angah, Arc, Poii tu mmg selalu la jugak jumpa, borkak2 and minum kat Nu Sentral.. tapi tak sama lah dengan buka puasa huhu.. meriah dia lain machiammm! Suprise gak lah sebab Joe bleh join. Rupanya ALangz yg dok Kuantan amik Joe kat Cherating and bawak dtg clubhouse. Lepas isya' dorang gerak balik ke Pahang sebab khamis kerja. THANKS UOLS! (Joe bawak ikan patin pais ya Allah sedapnyerrrr...)

Aritu pot luck aku bawak ketupat palas ngan rendang ayam jek. ketupat palas tu aku mmg dah ada yg frozen beli dari classmate kelas arab aku.. rendang pulak, aku plan nak masak tapi tetiba dapat jemputan attend meeting KSIB kat sekolah so half day gone kat meeting. Seb baik sangat husband offer nak masak rendang tu dengan MIL hhuhuhu.. so balik tu aku just beli ayam.. lepas tu goreng jek sbb rendangnya MIL ngan husband masak.. kira mcm tumis darat lah.. ayam masuk kemudian huhu..





Group photo antara yg turned up. paling syok sebab semua anak2 dah besar.. antara budak yg sentiasa ada masa gath sejak 2005/2006 ialah Lydia lah.. hahaha.. daripada dia kecik sampai dah beso. Alhamdulillah friendship remains..






Saturday, 25 June 2016

Kumpulan Sokongan Ibu-Bapa (KSIB)

First time dengar pasal KSIB ni masa hari penyampaian hadiah akhir tahun 2015 lepas. Masa tu cikgu edarkan borang untuk semua ibu-bapa isi, dan daripada apa yg parents isi dalam borang tu, pihak sekolah akan pilih beberapa orang ibu-bapa yang akan dilantik sebagai anggota KSIB. Tapi masa tu tak amik port sangat lah. Basically dalam form tu kita bagi tau tentang latarbelakang pekerjaan dan sebarang kepakaran yang kita boleh salurkan kepada sekolah. Sebarang kepakaran lah. Motivasi ke, bertukang ke, menjahit ke, memasak ke... anything yang kita rasa kita boleh memberi sumbangan kepada sekolah.

Tup2 last 2 weeks Lydia bawa balik surat dari sekolah, nama naik untuk jadi aggota KSIB.. and kena hadir taklimat kat sekolah masa cuti Nuzul Quran yg lepas baru2 ni.. ada dalam 10 orang KSIB yg baru dilantik untuk mencukupkan keseluruhan dalam lebih kurang 30 KSIB. KSIB ni kumpulan sokongan yg menyokong both Sarana sekolah dan Sarana ibu-bapa. Sarana sekolah is apa yg sekolah perlu sediakan bagi membantu pelajar .. sarana ibupaba pulak apa yg ibu-apa perlu buat untuk membantu pelajar. Contoh sarana ibu bapa:-
- Menyediakan ruang belajar yang kondusif. Bukan le paksa kena ada bilik belajar. kalau takde bilik belajar, kat mana2 yg anak tu guna utk belajar mesti dalam keadaan yg kondusif contohnya kalau meja makan, lepas makan tu kemas lah dulu meja makan supaya bleh jadi meja belajar pulak. gitu le.. 
- sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak
- kesedaran pentingnya ganjaran dalam membantu anak-anak (ganjaran bukan mesti berbentuk barangan atau kewangan.. boleh juga berbentuk pujian dan sebagainya..

itu antara contoh sarana ibu-bapa le... bleh google to get more info kot.. huhu.. aku lom sempat google pun.. ini ikut apa yg aku fahan masa pengetua bagi ceramah kat majlis penyampaian hadiah last year. LOL.

And back to KSIB, dia menyokong both sarana sekolah dan ibu-bapa. Dia mcm sub kepada AJK PIBG tapi AJK PIBG mcm the whole year kena bertugas sementara KSIB ni hanya dipanggil untuk membantu dalam hal-hal tertentu jek. at least itu le yg aku faham hihihi...



Bilik Gerakan sekolah, tempat meeting berlangsung. 

Taklimat aritu adalah untuk menjayakan Hari Karnival Sihat Ceria 2016 yg akan berlangsung kat sekolah pada September nanti, sejurus selepas UPSR tamat. Dengar detail plan yg pengetua dan YDP PIBG tu, aku lak yg teruja. Selalu tgk kat sekolah anak org lain je kali ni sekolah anak sendiri pulak wowwwiiee mesti best!

Dari kiri: salah seorang contractor utk Karnival, SU PIBG Ust. Khairul, YDP PIBG En Ramzam, Pn pengetua Pn Hajah Rozita dan NYDP PIBG Pn. Azlina

Next meeting will be on July.. little did i know i bleh teruja to involve dalam aktiviti sekolah (selain hari penyampaian hadiah dan hari menandatangi buku laporan murid).. hehehe.. maybe next year I shld try to become one of the AJK PIBG ekekekkee... well, dah 6 tahun anak kat situ uols, mana le aku tak makin sayang sekolah tu huhu.... kalau anak2 lain pun sekolah situ, maka muka aku kan berulang-alik ke sekolah tu sampai tahun 2026 nanti (Dyan darjah 6) in shaa Allah... tak de lain aku nk tgk melainkan untuk tgk sekolah tu improve dari masa ke semasa dari segi performance pelajar, guru dan prasarana sekolahnya.


Habis meeting kul 12.00, selfie sat.. syukur le ada mak kepada classmate Lydia yg aku selalu jumpa and borak masa hari sign report card so ada le geng huhu.. lepas meeting tu aku terus gi pasar beli ayam nak wat rendang, nk bawak gi pot luck rebanamaya.


besaqnya muka ku ekekeke....

Monday, 20 June 2016

Berpuasa di Batu Pahat

Hujung minggu semalam ni, ada peluang balik kampung. Kali ni memang betul2 balik kampung as in rumah kami yang takda orang duduk tu. Selalunya kalau balik Johor kiterang akan ke Kluang rumah kakak, Tapi kali ni teringin sangat nak berbuka dan bersahur kat rumah mcm masa arwah emak ada lagi.. 



Sampai rumah around waktu Zohor, kali ni aku, adik aku Midy dan abang An balik. Abg An plak dh ready sesiap beli barang2 nak spring cleaning. Actually memang wajib buat spring cleaning pun maklum la rumah dah lama tak de orang duduk. Segala jenis habuk ada. Nasib baik tak jumpa bangkai Cik T .... so ok la just sapu habuk lepas tu basuh semua ruang.. kecuali rumah atas jek tak basuh sbb lantai papan tu kami pakat buang je tikar getah yg ada (tikar dah lama sangat pun) dan ganti dengan tikar getah baru.. terus rasa berseri semula rumah tu.. of course banyak lagi kena buat untuk kembalikan rumah tu mcm masa emak ada.. kalau emak ada mesti dia suruh lap/basuh dinding dan lap cermin, turunkan langsir dan sebagainya tapi kami tak la buah semua tu sbb buat yg wajib jek .. lantai memang wajib la sebab nak duduk tidur makan semua kan.. happy betul dapat gotong royong macam tu.. next weekend my kakak Shila pulak nk balik katanya and sambung kemas bilik2 dan lain2. Unlike me (the follower), she always knows what to do.. dulu masa emak ada pun, kalau bab2 deco mmg emak serah kat dia jek. of course masa emak larat, semua emak buat sendiri and emak pun berbakat deco. well too bad tak menurun kat aku ekeke..

Habis semua dalam kul 5, just the right time nak gi bazaar ramadhan pulak. Memang sengaja tak nak masak sebab dah letih spring cleaning .. plus tak nak simpan bahan2 yg lebih tu karang.. lagi stu sbb mmg nak tgk pasar ramadan kat kampung.. rindu nk tgk pekan Senggarang yang klasik tuh hihihi.. nak dekat maghrib tu, kakak sulong yg kat kluang tu (we called her kakak) datang dengan anak2 dia dan cucu2 dia 3 orang tu.. Alhamdulillah meriah sangat waktu berbuka tu.. mcm masa arwah emak ada.. Tapi Kakak balik lepas berbuka sebab Ahad dorang kerja kan.. So kami la bersahur malam tuh masak sardin ngan goregng telur je tapi meriah mcm buka puasa lah kan of course..


Ahad, semua pakat kuar pi bandar Batu Pahat. hihihihi.. aku gi BP Mall shopping raya. Memang BP Mall la tmpt pilihan aku shopping baju raya anak2.. supermarket dia Pacific atau dulu dikenali dengan The Store. ekekeke klasik!


Malam tadi lepas isya' baru lah semua orang gerak balik ke rumah memasing.. Masa tinggalkan halaman rumah tu, dah gelap je semua.. sayu pulak.. semoga hari raya nanti dapat kumpul semua adik-beradik kat rumah ni lagi... walaupun selalu kumpul, tapi kalau kumpul kat rumah ni mmg lain feeling nya.. rumah tmpt kami membesar dengan arwah emak dan arwah bapak. 


Al-Fatihah untuk kedua ayahanda dan bondaku, Ya Allah, kasihanilah mereka, luaskanlah kubur mereka, jauhkanlah mereka dari fitnah kubur dan seksaan api neraka.. tempatkanlah mereka bersama dengan para solihin dan tempatkan lah mereka di syurga tertinggi.. jodohkan lah mereka bersama di syurga, jodohkan lah kami bersama mereka disyurga...amin ya Rabbal 'alamin..



Tuesday, 17 May 2016

Watched ADA APA DENGAN CINTA 2 at GSC Setia City Mall.

Hehehe…. Well.. akhirnya I had a chance to watch AADC 2 recently. i watched AADC 1 when I was 25 haha! Actually dulu tu I didn’t really appreciate the movie and the actors. Maklum le tengok cerita high school masa umur tak high school kan.. Tapi masa tu I mmg jatuh cinta habis kat the soundtrack. I lom ada blog lagi time tu so hofkos tak update kat blog. Huhu.. lagu2 kat ST yg dulu mantop sangat!! Menagkap kat telinga terus!

i was hoping they will repeat this dance.. comel banget! tapi takde plak ekekeke..

AADC 2? Every single scene  yg ada dalam tu, memberi rasa kat aku.
Yup. Every, single, Scene.

Hati sebak seawal minit pertama okeh masa Carmen masuk jumpa kawan2 lain… I was like.. oh my.. how they have grown up.. gitu… (and ofkoz cannot help to relate to diri sendiri jugakk.. kita pun dah grown okeh ekekekke). Maybe sebab masa tengok apa yang aku tgk masa ni, aku pun mengingat kembali apa apa yang kutonton dulu. Terasa mcm kita bersama-sama mereka melalui 14 tahun yg lalu hahahah over!!!

Memula aku tak leh nk recognize Milly and Maura. Then bila recall.. oh no wonder. Milly dulu kan rambut pendek and takde la bambam mcm skang ni hihi.. Maura mcm takde beza sama jek mcm dulu. Pastu bila tgk Carmen, oh wowwww she is cantik banget skang! Muka dia mcm eksotik gitu.. slimmer dari dulu and frankly speaking, dalam ramai2 pelakon kat AADC 2 ni, lakonan dia mmg paling menonjol dan best! Muka dia tu mmg ada character tau! Not just plain beautiful gitu hahahahah!!

Suka sangat Carmen dalam AADC 2. body cun muka ada karakter hihihi...

Dian sastro, ok lahh.. mmg cantik lah kan.. tapi dulu mcm natural lagi..

Rangga pulakk…. Haihhhh.. haihhh.. haihhh.. aku kena tengok drama korea.. kena baca novel seram nak kasik buang imej dia dari ingatan HAHAHAHAHAH POYO TAK! Eeeeiiii tak seswai okeh.. i got toooo carried away gitu dengan watak rangga sekarang. Ekekekkekee… ok ok serious sket… lakonan dia.. hmm mcm sama jek lah cuma watak rangga yg dh matang tu buat karakter dia lebih kuat lagi. Cuma skang rambut makin sikit tapi thank God that dia tak buat gaya rambut kemas hohoho rambut kemas is so 40s LOL.


awwwww .. 


Well.. maybe sbb kita matang so diorang pun matang that’s how we appreciate the movie better than the first one.

So dari segi:
Isi cerita: AADC 1 better sbb suci je takde nk curi2 hak orang hihihi (kot)
Lakonan: AADC 2 better. Semua watak berkembang dalam ni.
Perjalanan cerita: AADC 2 better mcm dari satu adegan ke satu adegan berjalan smooth je, pemandangan pun best .. setting pun cantik especially kat café hipster ekekeke…

suka setting masa adegan ni. and adegan kat cafe hipster ni paling best huhuhu... tengok ahhh muka guilty mix muka kesian mix muka macho Rangga masa Cinta takmo stop bercakap. huhuhuhu! (even masa dia 'gulp'ing pun errkkkk best..LOL)

 5 BINTANG!!!!

ok dah... rasanya dah bleh move on lah lepas share kat blog HAHAHHA! .. Nak tau tak camne i move on?hahah senang jek.. aku gi browse gambo2 rangga.. and i realized, nicholas nih cuma hensem dalam AADC 2 jek.. bila dia tukar style i saw him biasa2 jek.. so actually its the watak tu yg best .. sila jgn over tertipu ye ekekeke syukurlahhhhh.. ekekekekkeke...

OK nxt cerita apa ekk....

i tgh in the middle of novel IMAGINASI by Ramlee Awang Mursheed and Shopaholic to the rescue by Sophie Kinsella. hmm too bad i dont do novel review in my blog. haha should i?

ok till next time!!!



Wednesday, 11 May 2016

Mother's Day 2016 movie - watched at TGV KLCC

Hadui serius tak paham kenapa malas sangat update blog, padahal baaanyak sangat perkara yang boleh di share! i blame it on facebook and IG lah kan.. heh!.. So when was my last update? Fuhh sebulan sudah.. sudah2 le mengopi tu ekekeke.. dalam masa sebulan ni baaaanyak okeh happenings hahahaaa

Kelas Bahasa Arab utk 3rd module dah habis so now mode bercuti sampai diberitahu kelak bila next module will commence. So mmg syok la weekend freeeee!!

Shopping spree ngan kengkawan skulmate form 4/5 kat Bangi Sentral - checked!
Jalan-jalan Petaling Street fefeeling tourist with GLCBabes - checked!
Family day for family Johor (my side) kat Taiping - Checked!
Mini Gathering skulmate form 1/2/3 (TIGS) kat Port Dickson - checked!

wohoooo!!! Semua pun i tak update dalam ni kan.. adehhh.. apa nk buat mood tada mariiii...

Arini nk update pasal saya layan movie Mother's Day kat TGV. Teruja sebab ada Julia Roberts! mmg tak menyesal lah tgk and lagi tak menyesal tgk sengsorang sebabnya byk gak kuar air mata ekkekekeke... 


Semua pelakon mantop kan! mamat yg belakon jadi ex-husband Jenn aniston pun encem..


Timothy sapa ntah nama mamat nih tapi encem ekekekek pic ni kat dalam movie,, bawah ni pic kat tempat lain.. hohoho dari muda sampai tua menten uols! 



Tapi cerita ni best bukan sebab mamat tu ofkos.. cerita ni best sebab lawak pun banyak, touching pun banyaakk... tapi tak seswai kot untuk tontonan seisi keluarga. tonton ngan hubby ok lah.. tai iols prefer nonton sorang je kalau citer2 melibat kan drama n feelings ni.. hoho!

Next in my movie list is.. AADC lah kot.. huuhuu


Popular Posts