Wednesday, 20 July 2016

Hari Raya ke-3, Beraya Sekitar Batu Pahat & Johor Bahru

Tahun ni, adik beradik masing-masing beraya rumah mertua.. saya tak terasa lain sangat sbb dah biasa jugak beraya pertama kat rumah MIL. Tapi yg paling terasa sebenarnya rasa missing tu mula datang masa hari raya kedua, sebab masa itu lah hari yg akan balik kampung, missing macam mana? rasa eager nak balik tu tak sama. Of course lah kan, sebab kita tau, takde sesiapa menunggu kita kat kampung. Sedih sangat bila fikir tu. ITULAH KEMANISAN BALIK KAMPUNG KAN, BILA KITA TAHU IBU/BAPA SEDANG MENANTI KEPULANGAN KITA.. 

*taking a deeep breath while writing this.... *

Tapi dalam rasa sayu tu, teruja juga rasa nak balik kampung sebab nak berkumpul dengan adik-beradik. Berkumpul pulak kat rumah emak.. Ya Allah best sangat rasanya.. terasa mcm arwah ada lagi je.. even anak2 saya pun seronok bila dengar nak balik 'rumah nyai'. yup diorang still refer rumah kat kampung tu as rumah nyai.. 

Maybe nanti Dyan je lah yg tak ingat nyai sebab masa emak pergi, Dyan baru setahun so lom kenal.. 


Seorang lagi cucu emak, Ayden - anak adik saya yang lahir beberapa bulan selepas emak pergi. 



Muhammad Ayden Hilman, my latest nephew

Amjad, seorang cicit pun emak tak jumpa.. 


Muhammad Amjad, my latest grandson, kat belakang tu his tokmak, my eldest sister..


(flashback 2014)


Aseh (anak buah pertama saya) sempat bagitau dia pregnant pun masa emak dah hampir sangat nak meninggalkan kami... like a few days before gitu.. Tingat lagi, masa dalam lepas maghrib, turn saya jaga emak kat hospital... Aseh datang sebab nk bagitau emak yg dia pregnant (anak ke-tiga, pregnant ke-dua).. dia pun baru tahu.. 



Masa tu emak mmg dah agak lemah.. kadang2 dia bukak mata then tidur balik.. dia bukak mata just to see ada tak orang dok sebelah dia.. kalau takde nanti dia panggil.. kalau nampak org yg jaga dia tu tidur pun dia marah hihi.. Selepas Aseh bagitau  "Nyai, Aseh mengandung.." emak sempat cakap, "baguslah.." dalam keadaan separuh sedar... rasanya that was one of the last conversation aku dengar mak sebut dengan keadaan sedar... selepas2 tu, emak banyak sebut Ya Allah.. Ya Allah.. je sampai lah hari dia tak sedar dan masuk ICU.. sejak masuk ICU, keadaan emak semakin kritikal hinggalah masanya tiba untuk emak betul2 meninggalkan kami... 

Al-fatihah..

(End flashback)

Hari raya ke-dua malam tu, semua dah ada kat kampung.. termasuklah family abang yg beraya kat rumah mertua kat Sik, Kedah pun gigih balik seharian dalam kereta.. bertolak dari Sik around 11AM dan sampai kampung around 10PM. sempat balik rumah dia kat Puchong sekadar untuk tukar luggage hihii lawak pulak rasanya.. LOL.. 


Awal pagi raya ke-tiga sebijik sangat macam raya ke-3 tahun2 sebelumnya... suasana hingaq waktu awal pagi dengan masing2 berebut bilik air dan berebut iron. LOL. saban tahun dah tau iron cuma ada satu, tetap gak memasing takmo bawak balik iron ..pelik betul HAHAHH tapi masa tunggu turn tu la sembang rancak.. tunggu biik air plus tunggu iron. lol.


Oh, nk tgk cermin pun Q uols! hahaha! all are sharing is caring gitu!! camne laaa aku tak rindu suasana nihh... 



my sis in law n my nephew

My niece

my sis in law
Dari lepas subuh, sarapan, queue tandas, queue iron, jerit2 kan bebudak mintak kemas tempat tidur... phewwww dari kul 6AM ... semua ready kul 9AM gak ahahahha... tapi tetap tak sempat nak amik family photo.. salam-salam sambil bagi duit raya pun kecoh gak.. sambil tunggu semua readu snap je la sana sini..


kemain bebudak ni wefie.. 
gaya trending

aku sempat le arahkan anak-anak buah semua kumpul setempat.. tak dan nak fikir cari background mana .. hahaha kalut sbb nk kejar masa.. ada banyak rumah to visit!

10 Nieces, 10 Nephews, 1 grandson, 2 granddotters..
Rumah pertama on raya ke 3 was rumah jiran depan .. rumah Wak Miah.. BFF arwah emak... anak2 wak Miah pulak mmg rajin tolong jenguk emak tak kira sihat atau sakit.. Alhamdulillah.. 


Hujan renyai2 pun kami redah je lah sebab takmo lewat sangat.. jalan kaki kai payung.. 


kat titi dari rumah kiteranag ke rumah wak miah


Wak Miah ni anak orang cina yang dijadikan anak angkat oleh keluarga melayu ... rezeki lah kan ...Wak Miah pun dah agak uzur..  Alhamdulillah boleh lagi berjalan dan fikiran pun clear.. 

anak2 bujangku kat halaman rumah wak miah..

ehemm.. tumpang sekaki.. posing .. lol


Balik dari rumah Wak Miah.. nih dah kat halaman rumah kiterang.. dokek bebonar halaman terpisah dek jalan dan parit jek.. anak2 wak miah kata raya tahun ni terasa sunyi sangat terutama malam raya selalu kami ramai2 dok kat halaman lawan main mercun huhu..
Balik daripada rumah wak Miah terus semua naik kereta, nak ke rumah Wak Som. Wak Som ni makcik (biras emak).. baru je kematian suami.. Arwah Pak Long (abang bapak) baru kembalik ke rahmatullah awal tahun ni... Masa arwah mak ada lagi, rumah Wak Som/Wak Ajis adalah destinasi kai berkumpul pagi raya pertama.. now since emak takde.. kami semua ke rumah mertua dulu.. wak Som kata pagi raya rumah dia menyusut terus bilangan orang .. 

hasben ku dan Dyan gambo dengan Wak Som
Selepas rumah Wak Som, kami ke rumah Kak Im.. anak kepada Wak Som.. sepupu aku lah kiranya.. (takde gambo lak..)

BAlik dari rumah Kak Im, perjalanan diteruskan jauh sikit, ke rumah Wak Sariyah, kakak kepada arwah emak. Wak Sariyah pun dah agak uzur.. ditambah pulak beliau jatuh sebelum raya.. patah tangannya... sedih betul.. bila aku tgk muka dia.. mmg terbayang sangat wajah arwah emak.. mmg iras mak kuat, masa kecik dulu salu gak aku salah orang.. panggil dia emak.. huhuhu .. sebak pulak bila tgk keadaan dia yg sakit mcm tu.. 

Wak Sariyah... 

Daripada rumah Wak Sariyah, kami ke Rengit, rumah Lek Tik.. adik kepada arwah emak. Alhamdulillah Lek Tik sihat wal'afiat walaupun sebelum raya aritu dengar nya masuk hospital.. tapi dah ok dah syukurlah..

yang baju hitam is Lek Tik.. adik ke dua bongsu emak.. arwah emak was ke-4 daripada bongsu - adik beradik 13 orang.. mak anak ke berapa tah lost count huhu tapi yg atas emak tinggal Wak Sariyah je lah.. )

Then rumah seterusnya, rumah Lek Fadil, jugak adik kepada arwah emak.. 

yg brkain pelikat tu Lek Padil atau Pok Teh Padil .. lahir selepas emak... ke 3 bongsu

alamak takkan nk tulis satu2 semua HAHAHAHAH!!! 

so nk pendekkan cerita.. lepas habis round area Batu Pahat, kami pun ke Johor Bahru pulakkk... amik masa 1 jam lebih gak le dari BP nk ke JB.. first rumah kat JB kami ke rumah Acik. Acik ni adik bongsi arwah bapak.. the only pakcik sebelah bapak yg tinggal.. (bapak ada 3 beradik je).. 

Lepas rumah Acik (takde pic pulak), kami ke rumah Poksu .. Poksu is adik ipar kepada arwah emak.. isteri dia Moksu adik bongsu arwah emak pun baru je meninggal dunia tahun lepas selepas raya.. tahun yg sama arwah emak pergi.. memang sedih bila pegi rumah Moksu trasa jugak ketiadaan dia sbb dia mmg akan duduk je kat katil kalau kami datang.. mmg ternampak2... 

Daru rumah Poksu.. kami ke Kluang... malam dah time ni... rumah lastt.. rumah kakakku.. lepak lama sikit maklum la rumah kakak sendiri.. kakak sulong lak tu dh mcm pengganti emak.. 

lepak2 rumah Mak Long

Dari rumah kakak around kul 11 malam kot.. huhuhu.. sampai kampung semula kul 12 midnite.. Alhamdulillah selesai 9 buah rumah... 

Next entry lak raya ke-4... hahahahha!! letih baca kan! LOL!





1 comment:

  1. meriahhh! besnyer banyak beraya umah sedara mara wpon orang tua dah takde. good job lah kak fara and siblings...kene teruskan tradisi tuh tak kira lah raya keberapa pon kan asalkan dapat berkumpul sumer orang.

    sol beraya dua umah jer pon dah rasa nak pingsan. kak fara 10 bijik umahhhh!

    ReplyDelete

Popular Posts