Wednesday, 27 July 2016

Hari Raya ke-empat - Part 1 - Melawat kawan2 arwah emak/bapak

*Disclaimer: Entry agak panjang hehehe.. maklum le banyak kenangan..

Raya ke-empat (Sabtu) adalah hari terakhir raya kat Batu Pahat untuk tahun ni. Before balik Klang, abang Rohan ajak visit rumah kawan-kawan arwah emak/bapak yang dekat2 area sekitar kampung - Senggarang dan Rengit. Saya of course sangat setuju. Saya pernah terbaca, ada pahala utk parents kita kalau kitamenyambung silaturrahim dengan kawan2 dan saudara mara parents yg dah takde..Wallahu'alam.. ganjaran tu Allah maha mengetahui yang penting saya pun memang suka nak berjumpa dengan kawan2 rapat arwah mak dan bapak.. maklum lah zaman kecil saya pun bersama mereka jugak.. ada kenangan gitu dgn diorang..

Abang Kamal dah ke Muar rumah mertuanya awal pagi lagi, kak Sham pulak ada event dengan family mertua dia kat Kluang.. so cuma Abg Rohan, Kak Shila, aku dan adikku Midy (dengan family kami) lah yg join jalan2 melawat kawan2 arwah mak/bapak. OK lah tu.. yang mana berkelapangan, wakilkan lah adik-beradik lain.. 

Rumah Lek Leha
Rumah pertama, of course lah rumah Lek Leha. Lek Leha ni duduk satu kampung je.. tak jauh dari rumah pun... mmg antara BFF arwah emak lah (selain Wak Miah) dalam aktiviti2 masyarakat kampung masa sihat2 dulu.. Arwah suaminya Lek Lan pulak geng arwah bapak dan rumahnya merupakan tempat arwah bapak bawak anak-anak lelaki potong rambut.  Lek Leha ni cantik orangnya, sampai ke tua pun masih cantik.. orangnya pun lemah lembut je... memang dia gembira sangat bila kami datang.. asyik keluar daripada mulut dia perkataan terima kasih sebab sudi jenguk dia.. 

Lek Leha tudung purple
Rumah Wak Biyah
Lepas rumah Lek Leha, kamu menuju ke seberang sungai (masih lagi dalam kampung), rumah Wak Biyah. Wak Biyah ni pun kawan rapat emak jugak. Umur Wak Biyah memang lebih tua daripada emak. Sekarang ni, Wak Biyah adalah orang tertua dalam kampung saya (rasanya hari tu dia sebut umur dia around 90+). Badannya kurus sangat tapi jangan main-main.. masih sihat dan rajin join aktiviti masyarakat. Bila sebut je rewang ke, bacaan yassin ke.. Wak Biyah memang muncul punya! Memang salute lah! Masa saya kecik, Wak Biyah ni duduk dekat je dengan rumah saya.. halaman rumah dia lah tempat saya belajar naik basikal, guna basikal anak buah dia hehe.. saya ingat lagi basikal mini kaler biru tu.. basikal ada palang so saya naik dan kayuh dari satu side jek tak duduk pun atas tempat duduk.. kenangan betul! Tapi now rumah dia dah jauh sket sbb dapat bantuan rumah PPRT. Semoga Wak Biyah sentiasa sihat wal'afiat.. lama jugak kami kat situ.. dia suka bergurau sambil bercerita so mmg layan le.. sempoi jek.. seronok!

Dari kiri: Kak Vivi, saya, Kak Shila, Wak Biyah dan Yasmin

Rumah Lek Kassim (bapak angkat tak jadik..ekeke)
Then kiterang terus tuju ke kampung sebelah, ke rumah Lek Kassim. Lek Kassim ni cousin arwah emak dan ada kedai runcit kat kampung sebelah.. Kenangan paling tak leh lupa dengan Lek Kassim ni ialah dia suuuuuka sangat nak ambil saya jadi anak angkat sebab dia takde anak perempuan. Tiap kali datang rumah saya mesti dia bagitau mak saya boleh tak amik saya jadi anak angkat. Saya memang takut giler dengan dia hahahahah! tapi takde la dia sampai ambil saya betul2.. semua tu gurauan jek.. tapi kanak2 kot, mesti le seramm hahahah.. bila dengar kata Lek Kassim nak datang rumah je mesti saya nyorok diam2 nanti dia tanya mak saya, "mana anak aku yg rambut perang tu?" hahahah.. well nk wat camne, kecik2 dulu mmg saya glemer ngan muka bulat tembam dan rambut perang. LOL. 

So hari tu masa ke rumah dia, pertanyaan pertama dia, "Ni Fara yang tak mahu jadi anak aku kan?" hahahahahha! semua pakat gelak.. adik beradik aku tau sangat aku takut ngan Lek Kassim. Tapi masa aku sekolah mengengah, arwah emak bagitau yang akhirnya Lek Kassim dan Lek Ma'inah (wife dia) dikurniakan seorang anak perempuan.. anak pompuan dia comel gilos (sebelum tu, semua anak2 dia hensem .. oopsss) -- hahaha alhamdulllah... Sebelum balik tu Lek Kassim baca doa selamat secara ringkas.. Semoga Allah melindungi Lek Kassim sekeluarga.. amin..

Lek Kassim tengah sembang. Dia suka buat lawak jugak so tak kering gusi kami melayan dia..
Rumah Wak Joned
Wak Joned pun cousin arwah emak yang selalu datang rumah kami, so mmg rasa perlu lah jugak kami melawat dia.. tapi hari tu dia tak de pegi beraya pulak.. so tadak pic.. kami masuk jugak lah ke rumah dan dilayan baik oleh anaknya.. 


Rumah Cikgu Minhad
OK last rumah kami lawat sebelum balik ke rumah untuk lunch. hahaha! Cikgu Minhad ni jiran kampung tapi dah pindah ke kampung lain lepas pencen.. lepas dia pindah mmg saya dah tak jumpa lagi dia.. dulu rajin gak gi umah dia sebab anak2 dia pun kawan saya.. baru2 ni cikgu Minhad pun masuk hospital .. tapi alhamdulillah masa raya aritu sihat dah.. Abang Rohan la yang banyak sembang sebab itu bekas cikgu dia .. heheeh.. cikgu Minhad tak de mengajar saya pun.. kenal sebab jiran .. tapi cikgu Minhad ni berjasa kat orang kampung sebab masa orang lain lom ada elektrik, dia yang hulurkan bantuan dengan menarik elektrik dari rumah dia.. semoga mendapat ganjarang kebaikan 

Dah berusia dah cikgu Minhad.. 

Phewwww.. habis dah pagi raya ke empat berjalan melawat kawan2 arwah emak.. Rasa happy sangat sambil berjalan tu cerita jugak kat anak2 kenangan saya kecil.. Sampai rumah dah pukul 2.. cepat2 makan (Kak Shila dah tapau asam pedas dari kedai siap2 sbb tak dan kot nak masak..) ... dan kul 3 gitu saya mulakan perjalanan balik ke Klang... tapi beniat nak singgah ke Muar...


Itu story kat entry lain ye.. huhu..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts