Tuesday, 2 February 2016

Kursus Bahasa Arab module ke-3 KUISCELL di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar

InshaAllah..Untuk module ke tiga Kursus Asas Bahasa Arab (KAMBA) ni, kelas dah bermula. Tak macam module 1 dan 2 yang lebih santai.. Module 3 ni nampak mencabar! Saya notis, kat buku pun dah tak ada gambar! Hahahaa! Masa module 1 & 2, mcm buku tadika uols ada gambar-gambar ceria ekekeke..



Dua minggu yang pertama dalam module 3 ni, ustaz masih kat dalam bab 1. Hahaha memang challenging! Masa ni lah baru nampak pentingnya untuk top up dengan new vocab (mufrodat jadidatun - مفردات جديدة - ) untuk lebih mudah membuat ayat-ayat. Selain tu, rules untuk nahu (grammar) dan isim (kata nama) pun dah kena hafal terutama penggunaan Dhamir (kata ganti). 

Tough!! Rugilah kalau sampai module 4 nanti tak boleh buat ayat bahasa arab... Bercakap lagi le tough! Kena bergaul dalam bahasa arab baru boleh kuasai kan... Now ni inisiatif saya hmmmm byk kan membaca karangan-karangan bajasa arab untuk lebih banyakkan mufrodat.

. 

Tapi tak senang pun! Terutama karangan2 yang banyak guna kata terbitan.. Aiyoh mak pening!! Tapi syukur sangat ustaz Zahari yang mengajar kami tu tak kedekut ilmu! Seronok sgt belajar dengan beliau. Tak cukup dalam kelas, dalam whatsapp pun dia tambah dengan latihan. Tapi, sebenarnya utk belajar bahasa ni paling penting ialah kemahuan diri kita, kan? Kalau sekadar pergi kelas yang seminggu sekali ni... Nipis lah kot harapan nak kuasai. Kelas sebagai asas yg selebihnya... Tepuk dada.. Tanya selera..

Semoga Allah memberi saya rezeki untuk menerima ilmu ni. 

Uhibbuka lughatul 'arabiyyah wa uridu an adrusu ila najjah.. Ba'da fasli ashtari dajaajun mashwiyyun ahyana.. Akulu ma'a usroti.. ☺️

Hahaha itu ayat basic yang saya pun taktau betul ke tidak. Nanti saya copy pate dalam whatsapp grup tanya ustaz.. Dalam ayat di atas saya beritahu "saya suka bahasa arab dan mahu belajar hingga berjaya. Selepas kelas kadang2 saya beli ayam bakar dan makan bersama keluarga."

Ekekeke depan masjid tu mmg ada jual ayam golek saya mmg suka singgah dan beli untuk lunch. Maklum lah kelas habis kul 12 mmg ngam lunch gitu hehe...


Ok dah dulu lah cerita pasal kelas arab saya ni.. Lain kali sambung lagi yea.. Komuter dah sampai ke KL sentral pun
Nih.. .. Best gak update dalam train.. Tak le terasa letih sangat berdiri dengan high heels ni uolsss!!! Hahaha!! Bye!! 

Wednesday, 27 January 2016

Friday Lunch at Swensen Avenue K with girlfriends!

Another friends gathering! It was last Friday... Kali ni dekat je ngan ofis iols. Kat Avenue K jek.. kat Swensen tu, unlike other places, jumaat pun agak lengang.. Ok la kan bleh sembang selesa sket. Tak la mcm pasar borong sangat. Kalau pun bising, it comes from us so its ok hahaha ngelat!

So kiranya its our first meeting in 2016. Our 2015 meeting was attended by myself, sol, diana, shara and Mas.. And tak lama selepas tu, Soul delivered Zafeer.. So this session jumpa sol dia baru habis pantang pulak! Hahaha!!

And kali ni, Shara and Dani pulak yang dh nampak baby bump. Wow makin besar family #GLCBabes ni kan.. Alhamdulillah..

Diana pulak, kali ni datang sebagai new SAHM/WAHM !! Good for her! Seronok bila kawan2 move on with their life! Rezeki Allah tu luas.. InshaAllah.. Bagus le diana tgh 'free' so dia blen tolong picked up Mas dan Dani kat PNB. 

Mauze berjaya memberi kejutan dengan kemunculan yg impromptu.. Kelllass kau moji! Hahaha Cuma Zaza dan Jannah jek takde.. Yang lain ada Alhamdulillah dh lama x jumpa memasing tak dan tunggu turn bercakap. Semua bercakap! Sapa dgr sapa tak dengar pandai2 hahaa!! iols makan jek. Sambil busy2 dengan buku GLC dan kiterang punya annual resolution setting/resetting tu. kali ni i keep my list very short. Itu kalau x terlaksana gak tatau laaa kan.. Ekeke..

Bila ramai2 jumpa, yg meriah gambar lah kot. Bab bercerita takleh nak fokus sangat (pada iols lah) sikit2 je la dapat surface story jek.. Maklum la weekday masa mencemburui kan uols! Masing-masing nak masuk ofis semula kan. Takpe lah inshaAllah ada waktu lain kita jumpa lagi... 

Sebelum balik.. tak tau lah bila lagi nak jumpa....



Thursday, 21 January 2016

First mini-gathering in 2016 (and more to come inshaAllah)

Happy New Year!! Hahaha!! Cepat-cepat wish sebelum January habis. Kena lah jugak buat entry pembukaan tahun 2016! Hehehe!

Cerita apa? Ya Allah cerita memang banyak! Complicated bila nak pilih story mana patut di share dalam blog! Ekeke amboi sangat kan?

Semalam berkesempatan lunch dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu. Thanks to Anje yang organize the session. Kalau ikut plan, sepatutnya enam orang muncul, tapi atas sebab2 tertentu, 4 org je dpt dtg.. Alhamdulillah.. Ok la tu.. Mini gath pertama 2016 gitu.

Lunch kat Melur & Thyme Nu Sentral.. Biasa la nu sentral mmg favorite spot sbb easy access and kat tengah2. 



I ordered nasi ngan lauk salmon bakar masak lemak. Hahaha tekak melayu kekdahnyer. Sedap lah i loike.. Anje ordered ayam sambal ijo.. Sedap gak.. Maye' ordered salmon grilled n fries, and our sponsor Shahriman makan apa tah sbb masa iols sampai dia dh almost finished his meal ekeke and then dia ordered lamb shanks untuk dikongsi makan bersama... 



Shahriman ni actually our headboy kat sekolah dulu.. And few months back dia kurang sihat Now he is getting better Alhamdulillah..



It was a great lunch! Selit2 stori2 zaman sekolah mmg always happening! Walaupun iols join sekolah tu when i was form four, i still rasa best and boleh click ngan diorang. Being 'form four baru' was never an issue!!

Oh by the way Shahriman ni kiterang gelar dia Monster kat sekolah dulu hahaha nama yg langsung x menggambarkan orangnya. Kat sekolah dia mmg budak baik sangat hehe adalah kisahnya tu kot gelaran tu..

So, hopefully 2016 ni meriah lah dengan ukhwah2 jumpa kawan mcm ni! Cuma maybe jumpa kawan on weekends je la iols kena limitkan.. 

Ok off topik.. 

Anak nak peksa upsr kekdahnya cikgu kata jgn gi cuti2 outside KL sangat hahahah!! Kelas cikgu tau awal2 dh warning parents.. Cayang cikgu!! Parents ni kengkadang lupaaa.. Cilgu kata sampai september nih jek cikgu 'pinjam' anak on weekends dan cuti sekolah utk kelas tambahan.. Mak ok je.. Nak harap mak yg ajar mmg krik keik la kan..lol..

Ok lah uolsss.. Till next time! Daaaa!!!

Wednesday, 19 August 2015

Pindah...

Setelah berhari-hari menggodeh sambil memeningkan kepala upline dan domain support ngan pelbagai soalan cepu emas, akhirnya saya berjaya jugak pindahkan blog content dari blogger kepada wordpress dan mendomain kan dia.. maka sekarang, dengan rasminya blog saya sudah berpindah ke... 
Blog ini saya tak akan tutup.. tapi silakan klik link di atas untuk cerita2 terbaru saya :-)

TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBACA BLOG SAYA ...

Thursday, 23 July 2015

Dugaan Hari Pertama utk ke ofis selepas cuti raya

Hari ni hari pertama kerja selepas cuti raya selama seminggu. Memang lemau lah tapi bila fikir Tasks yg menunggu, hilang lemau tu.. I know its gonna be a busy week walaupun dah tinggal 2 hari je week ni.

Anak2 masih ada yang belum sihat sangat. Dyan dah aktif dan nampak mcm nak berjalan,  Daleela dah nampak lebih sihat dari semalam.. Cuma Fahren je yang still lemah...tapi dia mcm happy je nak ke taska.. Nak jumpa kengkawan.. Harap hari ni ok lah.. 

Kesimpulannya, Kiranya agak bersemangat la jugak saya nak ke ofis. 

Tapi yang jadi mood beralih arah ialah sesampainya kat KL sentral, dah nampak selautan manusia Q nak naik LRT. But being me (who prefer to see things from a brighter side), i took this chance to spend time updating this blog. Haha!! Brilliant kan? Well while am writing this, a train is actually in front of me, has been there like 3 minutes, not moving, pack with crowd. I will be taking the next train, hopefully..

Happy thursday peeps!!! *smile*

Wednesday, 22 July 2015

Cuti Syawal berakhir, kembali kepada rutin kehidupan..

Alhamdulillah, dalam kesederhanaan, dapat juga berhari raya dengan keluarga. Keluarga saya sendiri (saya suami dan anak-anak), keluarga belah emak sendiri (walaupun emak sudah tiada, kami adik beradik berkumpul untuk menyambut hari raya di rumah pusaka yang anak2 saya masih panggil "rumah nyai") dan keluarga belah emak mertua.

Selepas cuti Syawal ni, perlulah kembali kepada rutin asal, ke pejabat bekerja..

Semoga Allah memberi jalan kepada saya untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang terbaik buat saya sekeluarga...

Gambar: stok shaklee di rumah. Banyak yang perlu di tambah. InshaAllah order tetap dibuka untuk semua vitamin.. Tapi untuk dapatkan promosi VIVIX, segera order sekarang.. Hanya dalam bulan Julai 2015 ini..

Selamat Hari Raya! :)
Hubungi saya!


Popular Posts