Friday, 3 June 2005

Can't think of any tittle

8 days to go

...

Managed to finish 'Seredup Kasihmu' at 11pm yesterday...the story is simple..anak dara, teruna, halangan keluarga, tadaaaaa....happy ending. Still can't beat 'Ombak Rindu' by Fauziah Ashari.

...

Book: Tiger Lady by Shirlee Busbee, target to finish by today so that I can return the book to the owner before weekend. Please dont get me wrong..i dont just sit n read novel..This book I started read last week and stopped to give way to 'Seredup Kasihmu'. Still have one or two chapters to go.

...

Thursday, 2 June 2005

Ceritalah lagi

9 hari lagi.

...

Novel "Seredup Kasihmu" tulisan Lea Azalia. Bagus. Belum habis baca, sayang nak habis kan..macam tu lah aku, kalau baca novel best, macam sayang nak habiskan...

Nak kategorikan aku ni jenis yang suka membaca, jangan harap lah...tapi, masa sekolah rendah, kerap juga lah kad pinjaman buku perpustakaan bertukar ganti dek selalu meminjam buku..tapi buku cerita jer .. buku pelajaran? errrr... zzzzz la jawabnya..
Hobi mebaca buku cerita start masa darjah tiga..volunteer jadik pustakawan lagi ... masa tu buku-buku cerita dongeng la yang selalu dicari. 'Tidurlah sayang', 'Ceritalah Lagi' adalah antara buku2 yang popular masa tu...kisah puteri2 raja, kisah ibu tiri kejam, kisah putera katak mencium puteri jelita, kisah cinderella, dan banyak lagi...

Bila masuk darjah lima, suka pulak nak baca cerita2 penyiasatan..karya enid blyton memang jadi pilihan. '7 Sekawan'... 'Nancy Drew', Hardy Boys'...time2 tu bila berkumpul dengan kawan2, sure nak kena ada kata laluan..hehehe..terpengaruh dengan watak2 dalam 7 sekawan la konon tu.

Then beralih pulak kat novel2 melayu remaja...Sapa tak kenal Ahadiat Akasyah dengan karyanya 'Budak Setan'? hehehe macam nak tergelak bila ingat balik, time tu umur pun baru nak cecah 14 tahun kot...dara sunti gitu... dah sekolah menengah, still volunteer jadik pustakawan hehehe.. sebab boleh baca time duty, so tak payah nak pinjam selalu sangat.

Lepas tu, masa kat uni, giler pulak baca novel penulis2 barat. Novel omputeh terawal yang aku baca (sampai menangis teresak2 lagi), rasanya 'Family Album' karya penulis hebat Danielle Steel. Sejak tu, bila ke library (dah tak jadik librarian dah..) sure pinjam dua buah, then baca non stop. Biasanya start baca petang, habiskan jugak walaupun ke pukul 4 pagi pun sanggup....dasyattt....

Ingatkan bila dah bekerja, hobi baca buku cerita pun over. Tak jugak. Balik semula ke novel2 melayu. Dah lama tinggalkan novel melayu, bila baca balik .. boleh tahan jugak... cuma bukan la baca novel2 remaja dah...sekarang nih novel2 melayu pun dah banyak di pasaran, banyak pilihan...penulis pun makin ramai, hasil tulisan pun semakin matang...so sejak setahun kebelakangan ni, aku merupakan pembaca setia novel2 melayu... and sekarang dah tak pernah menjenguk library pun.. kedai buku la jadi tempat mendapatkan bahan...

Buku cerita buatkan aku lalai seketika...boleh tersenyum...boleh bergelak, boleh menangis..semua tanpa sedar dek kerana sebuah kisah ..

Sekarang ni, aku kena prepare untuk baca balik semula buku kanak2 .... untuk Lydia.

Once upon a time,...........................

......and they live happily ever after. ~end~

Wednesday, 1 June 2005

Beri laluan..

June datang dah...buat kesekian kalinya. Datang bukan sebarang datang. Datang membawa perkhabaran. ... 10 days to go.

...

i have a job with no job.

...

Tuesday, 31 May 2005

Kau pergi jua..

Hari ni hari terakhir dalam bulan May. Nampaknya misi nak aktif bloging bulan ni masih tak kesampaian. Masih kosong hari-hari yang berlalu, tidak kutitipkan dalam blog ini menjadi satu nukilan sejarah hidup.

busy lah...

tak de idea lah..

topic tak menariklah..

benci betul bila hari2 berat betul kepala nak fikir apa yang nak ditulis dalam blog. tak bagus la tinggalkan blog lama-lama tak berisi..macam rumah juga, hilang serinya bila kita tinggalkan dia lama-lama ...

cakap pasal tinggalkan rumah lama-lama...teringat pulak pokok bunga kat depan rumah yang ala-ala hidup segan mati tak mahu... kurang makanan.

salah aku.

cakap pasal tinggalkan rumah lama-lama, teringat pulak kat surat-surat yang dah bertimbun dalam peti surat jiran sebelah. Berpanas, berhujan ... bila lah agaknyer tuan rumah sebelah tu nak move in. Kesian kat kami yang tidak berjiran ...

...

June datang esok. May terpaksa pergi lagi... semoga ketemu lagi may.

Tuesday, 10 May 2005

Perihal Mini DV

Suatu waktu dulu, saya memang suka sangat record segala event yang berlaku di sekeliling saya ke dalam mini DV saya tu, akan tetapi lepas lahirkan Lydia, dah tak pernah sentuh pun mini DV tu, so malam tadi..(sesetengah orang sebut malam semalam...) atau last nite kata omputeh, tiba-tiba tergerak hati ni nak tengok balik video2 yang dah lepas...niat di hati, nak juga copy masuk dalam pc..and burn to VCD or DVD. Rasanya sejak beli dua tahun lepas, not even a single tape that we managed to burn into VCD or DVD.

Bila keluarkan mini DV dari beg dia, ingatan saya pun kembali la ke tahun 2003..tahun saya membeli mini DV ni...

Time tu nak hari raya puasa, first time saya nak beraya sebagai seorang isteri...tapi saya bertuah sangat, sebab tak seperti kebanyakan pasangan yang menyambut hari raya pertama selepas berkahwin di rumah keluarga pihak lelaki..kami memilih untuk berhari raya di Johor (rumah keluarga sebelah isteri..err..saya....)

Memang seronok. Tak terkata seronoknya...thanks hubby..

so dua hari sebelum 1 Syawal, kami dah berada di Johor..memang menjadi kebiasaan keluarga saya sejak kami kecil, arwah bapak akan bawak kami adik beradik ke bandar bp untuk last minute shooping (biasanya kasut dan mercun) ..so sampai sekarang bila kami adik beradik dah besar pun, kami tetap pergi ke bp for last minute shopping...so tak terkecuali la saya dan husband ...

last minute shopping kali ni bukan kasut or mercun ..

"abang, boleh tak kalau kita beli something big for this hari raya?" masa tu dalam kereta .. husband dah janji nak belikan saya something (dia bajet nak beli jewellery for me) ...

"i dont mind if u don't buy me new jewellery (at least not this year..hehehe)..but i really want this thing.." dia senyum. Senyum tak berkenan la tu..

"sekarang semua orang dah ada video cam tau .." suara saya seakan-akan merajuk

kami ke kedai camera .. namun apa lah sangat yang ada kat bandar bp, kedai kamera cuma jual kamera biasa..semangat semakin luntur..satu kedai ke satu kedai kami singgahi..

"ini last kedai tau, kalau takder, tak payah la ek? lain kali ye?" perkataan lain kali dari suami memang buat saya rasa macam hari raya tahun ni tak meriah..

tak sangka, dah hampir dua tahun dah...tak sangka, di kedai terakhir tu, saya mendapat apa yang saya hajati ..

terima kasih husband..lagi..

dan bermula la hobi baru saya..merakam..dari sekecil semut berjalan, sehingga sebesar hari pernikahan saudara mara..semua saya abadikan melalui mini dv tu..

Malam tadi...hampir luluh jiwa saya..dua daripada tape-tape yang di dalamnyer terkandung peristiwa yg saya rakam ... tidak dapat dibaca..stuck!..tak perlu lah saya cerita ceriti macam mana reaksi saya menerima kenyataan itu..

"It's okay dear... at least we still have the recorder .. just forget the past, and kita ada banyak lagi events yang boleh dirakam" begitu kata suami, dan aku hanya mampu tersenyum...

sekali lagi..terima kasih suami..atas kesabaran menghadapi kerenah dari seorang isteri...

Wednesday, 4 May 2005

My Apple Pie

Hari ni Lydia my sweet daughter dah berumur 8 bulan 7 hari. Diam tak diam…rasa-rasanya baru semalam saya lahirkan Lydia. Memang cepat masa berlalu…kawan-kawan dah ramai tanya, bila nak tambah lagi…I did think about that sekali sekala..tapi ended up with a decision, eh..not yet lah..tak sampai hati pulak tengok Lydia yang masih belum mengerti apa-apa tu, nak beradik pulak. Err…okay la.. actually its me yang masih belum ready, not her, not her father, not anyone else….heheh…

I guess Lydia is a little bit slow for her development. When most of baby of her age has already crawling, she prefers to just sit. But I don’t really worry about that… I know the time will come. I’m sure she just not ready yet for the next stage. Kena la sabar… Rasanya part yang tu jer yang she seems slow, other things are actually normal lah…

Tapi the best part is when she smile to the camera…she seems knows that a phone and a camera r the same things! They can capture her image! And she will giggles every times I showed her the pic of herself….and u cannot stand her giggling lah.. so cuteeeee!!!

just cant wait to see her walking .... and talking ... and more and more... how i wish everything will be good and smooth for her ... my sweet apple pie !!

Tuesday, 3 May 2005

Can Someone Tell Me?



Tak tau lah..lately ni semangat nak menulis memang tak ada langsung! i did asked myself the question ‘Why?’ but getting no respond still...see my diary above? That is for May's entries....still empty..so many plans already in mind, so many things to catch up for May actually..but i just don’t have feeling to write on my diary. Same to u blog...Ooh energy, Where r u?? My April was full of events but i just let those days passing by without writing about them..i regret it but what to do?..even if I’m going to write all about the events now, I’m sure the feel will be a real different because they are not fresh anymore! SO.. I won’t let my May to be like that. I’ll make sure, by end of May, my diary won’t be empty anymore! Come on! Wake up! Cheer up! hahahha.... Posted by Hello

Popular Posts