Showing posts with label Kelas renang bayi dan kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kelas renang bayi dan kanak-kanak. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Sabtu hari Berenang dan taekwondo anak-anak

Hari Sabtu, memang hari ko-kurikulum untuk anak-anak.. Pukul 10 pagi Lydia ke kelas berenang, Sabtu petang pulak, Lydia dan Idlan ke kelas taekwondo.


Alhamdulillah, sejak kelas berenang Lydia berpindah ke Setia Alam Club, lebih mudah bagi kami nak hantar dia. Tak ada lah rushing sangat nak hantar ke Shah Alam Panasonic Sport Complex tu.. kat Setia Alam, kami ambil kelas pukul 10 pagi, so pukul 9.45 tuh baru gerak dari rumah.


Progress dia, OK lah.. dah boleh la berenang cuma teknok tu kena kemas kan lagi.. Kalau ikut D Swim Academy punya syllabus, ada 6 level untuk complete CHILDREN LEARNS TO SWIM program ni. Lydia skang masih dalam level  ke-3, YELLOW LEVEL 1 kot nama dia.. detailnya tak dapek saya explain haha!  Yang penting Lydia happy jek class kat sini seminggu sekali..


Seronok kat Setia Alam club sebab orang tak ramai.. maklum la bukan public area kan.. parking pun free je.. biik persalinann pun selesa.. walaupun Setia Alam club, tapi swimming pool utk kelas berenang di buka untuk bukan members juga... so ok la.. saya pon bukan members hehehe..


Tapi panas dia amboiii maklum la kat atas kan.. memang kena pakai sunglasses laaaa.. dan jgn lupa supplement mcm vitamin E untuk jaga kulit sunburn.. Saya memang ofkos la Shaklee Vita-E Complex kan.. 


Anak2 yg berenang pun saya galakkan amik vitamin C dan nutriferon untuk ketahanan imun diorang dan kuarkan antibody. maklum la pool kan tempat public... cuaca lak panas sangat!

OK, jom tgk gambo!


Swimming pool tempat Lydia belajar... kat tingkat atas sekali dalam bangunan Setia Alam Club ni..



parents boleh tunggu kat sini .. tak la panas sangat.. ada pool utk kanak-kanak..




Ni kalau uols berminat nak hantar baby ke swimming class kat Setia Alam Club ni..


Ini pulak program untuk 5 tahun ke atas

OK! itu sahaja! semoga dapat membantu anda yg sedang tercari2 kelas berenang utk anak2 atau untuk diri sendiri..

Hubungi saya lah kalau nak order supplements! kalau nak tanya pasal kelas ni pun yg mana saya leh tolong, saya tolong lah.. hehehe...sharing is caring!

opps// lain entry saya citer pasal kelas taekwondo plak ye! :-)


Fara 0192390107

Wednesday, 29 January 2014

Kelas Berenang dan Taekwondo anak-anak

Dah almost setahun rasanya sejak saya enroll kan Daleela ke kelas berenang. Daripada kelas di Panasonic Sport Complex di Shah Alam, kelas Lydia sekarang sudah berada di Setia Alam Club di Setia Alam. Semakin dekat lah dengan rumah kami. Masih dengan D Swim Academy (DSA) swimming school and so far Alhamdulillah Lydia dah boleh menguasai basic2 dalam berenang. Sekarang ni dia dah level backstroke, atau dipanggil juga kelas Yellow Level 2 dalam DSA punya syllabus.

Ada 6 level kesemuanya, Red L1, Red L2, Yellow L1, Yellow L2, Blue L1 dan Blue L2. Once dah complete Blue L2 barulah boleh decide nak stop ke atau nak continue masuk class untuk squad team (for competition). Plan saya untuk cukupkan 6 level tu je dan stopkan bila dah Blue L2 tu dan lepas tu beri peluang untuk Idlan pulak masuk kelas. Complete 6 level tu supposedly dah pandai dan confident berenang lah. Entah la, tak pulak saya bercadang nak hantar sampai squad bagai hehehe.. unless ada recommendation dari sekolah la kan.. itu kemudian fikir lah :-)

So far bila saya tanya Lydia, dia happy ke kelas berenang. Saya tanya sebab saya tak nak dia rasa terbeban pulak. Sabtu dia ala2 bz gitu. Pagi2 swimming, petang2 lak taekwondo. Tapi dia kata dia enjoy dan seronok. I am glad. Saya rasa tak ada sebab tak seronok. hehehehe... saya kecik2 dulu mmg takde kot peluang nak masuk swimmming class. peluang berenang kat kolam belakang rumah ada lah. berenang guna pelampung kelapa kekdahnya. haha!

OK, Pasal taekwondo pulak. Yang ni Lydia dan Idlan sama-sama saya enrollkan. Sebulan RM20 seorang. Alhamdulillah both of them enjoy the class. Saya boleh tau enjoy bila saya tak perlu paksa2 untuk mereka bersiap ke kelas. Kelas mula kul 5PM. kul 4.30 tu kadang2 dorang tgh syok tgk TV atau tgh aktif bermain2 tetiba saya suh stop utk ready ke kelas, dan tak ada plak mereka monyok2 .. so i guess they are OK. :-) and masa class pun saya tgk enjoy je masing2.

Both dah Green Belt Level 1. Lydia lebih menunjukkan prestasi yang cemerlang. Idlan masih blur2 gak sometimes tapi still OK lah. Well takkan nak compare budak 6 tahun dengan 10 tahun kan. hehehe..

Sekian dulu update saya untuk aktiviti ko korikulum anak-anak saya. :-)


Popular Posts