Lydia mendeklamasikan sajak dibawah, semasa Hari Bakat PASTI semasa dia masih bersekolah tadika last year. Alhamdulillah, dari peringkat sekolah, dia ke peringkat negeri Selangor dan menjadi Johan di peringkat Selangor .. :-)
Sempena hari guru hari ni, jom kita hayati sajak ni .. aku lom pernah share video dia ek.. hmmm video ni suami yang shoot guna phone jek .. tak ada close up and agak jauh .. and ada bising2 suara Idlan yang asyik rengek2 nak minum air .. tapi sila la tgk sampai habis .. sebab Lydia semakin akhir semakin dia bersemangat :-) nk tgk close up kena tgk pic2 aje yg kat FB tuh ..
Sajak ni, taktau sapa karang ,,, rasanya cikgu dia pun ambik dari memana and sambung2 and ada gak yg cikgu dia tambah2 .. but apa2 pon, sapa2 yg menulisnya .. Terima kasih ..
Jom enjoy ..
...
Guru
itulah nama yg dipahatkan buatmu insan pendidik
segala pengorbananmu
baktimu
tidak pernah tenggelam
umpama cahya
tidak pernah padam
ketika diriku sedang mencari sinar
kau muncul
memberi bimbingan
untukku mencapai kejayaan
untukku mencapai cita2 murni
dikau menjadi pendorong untukku berjaya
Guru
jelas terbayang riak wajahmu
masih kuingat kerling matamu
pernah diriku ingkar katamu
tyada kedengaran bosan dari suara bibirmu
dikau gigih menggenggam tanggungjawabmu
semuanya menjadikan aku sorang insan yg berguna
dan bersahsiah tinggi
oh guru ..
dengan lembut ..
sabar ..
mengajar tulis membaca
kau seorang insan budiman
amat membenci segala sanjungan
dikau menggenggam pahit dan getik
sabar..
menyembunyikan fitnah menikam
dengan kesabaran ..
dan kekuatan iman
jika hari ini pemimpin hebat menerajui negara
dapat dinilai para hakim bijak menghakimi hak hak manusia
dapat dirasai perwira2 berbakti pada negara
kisah hidupnya bermula dari sorang guru biasa
oh guru insan mulia
tunduk diammu umpama setangkai padi
titis derita kau heningkan ibarat lilin
membakar diri
menerangi yang lain
dikau adalah pembina minda bangsa
dengan dedikasi
merealisasikan wawasan dan kegemilangan
oh guruku,
tanpamu aku kini masih dalam kegelapan
tanpamu jua
di mana nilai diriku kini
Ya Allah
berilah guruku kekuatan
untuk mendidik anak bangsa
ampunilah guru2ku Ya Allah
wahai guru yg kukasihi
jasamu tetap kukenang
walau dikau tiada
kau tetap bersemadi
dalam ingatanku
~ untuk pic2 .. dah kat FB .. Hari Bakat PASTI 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
No comments:
Post a Comment