Wednesday, 27 December 2006

Happy New year 2007!

Sebenarnya tak ada idea nak tulis entry, tapi aku paksa-paksakan jugak .... kan ke 2006 dah hampir berlalu, takkan la aku nak biarkan ia berlalu dengan tulisan yg muram kat blog aku ni kan? tak best la mcm tu .... Sebab, aku actually dah ceria dah .. dah bersemangat menahan ombak dan badai yang memukul persisiran pantai hidup aku ... :-)


Bulan ni, aku tengok wayang sampai 2 kali. huhuuhu ... Memula aku tengok CINTA ..berduaan aje dengan habby .... itu 2 minggu lepas rasanya. Then cuti krismas tu aku tengok CICAKMAN plak ..kali ni aku bawak aje Lydia ... huhuhu .. sabar je la bebudak sekarang kecik2 dah tengok wayang ..


aku rasa masa aku kecik2 dulu, TV pun tak kenal ... ada la sesekali bila kementerian kesihatan buat kempen or buat program kesihatan, nanti ada lah wayang gambar besar kat balai raya .. bukan movie pun, cuma rencana pasal kesihatan ..itu pun orang kampung berduyun2 dengan anak bini naik basikal datang .. sekali dengan surat khabar lama or tikar buat alas duduk kat tanah ... seronok betul time tu! Maklum aje ler, kat rumah tak ada TV, and time tu belum ada bekalan elektrik pulak kat kampung aku ..huhuuh .. tak caya eh? aku nih citer macam ler aku hidup zaman 50-an plak kan? takder lah .. masa tuh awal 80-an ler ... kampung aku dpaat bekalan letrik masa aku darjah 2 kot .. so before that, memang lampu pam tu ler peneman malam kami :-)


Tapi, masa tu le yg meriah pun .. ada je program kat surau, sure berduyun2 datang bawak tikar .. sebabnya, surau tu kecik aje and cuma utk jemaah lelaki, so para2 ibu yang nak datang dengar syarahan agama, datang aje la bawak tikar .. meriah bawah pokok manggis tepi surau tu u olsss ... :-)


Opsss ... ke situ pulaknyer ..


So, CICAKMAN tu, last2 Lydia tak mahu tengok sebab ada gaduh2 huhuhu .. nasib baik dia tak meragam or mintak suruh tukar channel ..selalunya kalau kat rumah, kalau programme yg dia tak suka, sure dia suruh tukar channel ... tapi dia takmo duduk diam .. last2 ngan hubby sekali duduk kat tangga ... aku sorang jek yg khushuk tgk citer tu .. pada aku biasa2 jek lah cicakman .. geli pun ada tgk cicakman tuh berpeluh satu badan pakai kostum tu wakakaka .. kat negeri sejuk la konon tapi peluh tak hengat! opss.. tak le ngutuk, cuma lawak jek ... and aku ala2 berbulussss tgk fa*sha*san*da* tuh lerrrrr....tak berapa nak minat okaayyy ...


OKlah dulusss ... jumpa next year okay?? Selamat tahun Baru 2007!

5 comments:

  1. selamat hari raya dan selamat tahun baru 2007 :-)

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:30 am

    selamat tahun baru 2007 ....

    ReplyDelete
  3. Fara - aku jua tak daya tengok FS tu.. lagi tak daye dengar suara dia.. ughhh..

    ReplyDelete

Popular Posts