Wednesday, 19 August 2015

Pindah...

Setelah berhari-hari menggodeh sambil memeningkan kepala upline dan domain support ngan pelbagai soalan cepu emas, akhirnya saya berjaya jugak pindahkan blog content dari blogger kepada wordpress dan mendomain kan dia.. maka sekarang, dengan rasminya blog saya sudah berpindah ke... 
Blog ini saya tak akan tutup.. tapi silakan klik link di atas untuk cerita2 terbaru saya :-)

TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBACA BLOG SAYA ...

Thursday, 23 July 2015

Dugaan Hari Pertama utk ke ofis selepas cuti raya

Hari ni hari pertama kerja selepas cuti raya selama seminggu. Memang lemau lah tapi bila fikir Tasks yg menunggu, hilang lemau tu.. I know its gonna be a busy week walaupun dah tinggal 2 hari je week ni.

Anak2 masih ada yang belum sihat sangat. Dyan dah aktif dan nampak mcm nak berjalan,  Daleela dah nampak lebih sihat dari semalam.. Cuma Fahren je yang still lemah...tapi dia mcm happy je nak ke taska.. Nak jumpa kengkawan.. Harap hari ni ok lah.. 

Kesimpulannya, Kiranya agak bersemangat la jugak saya nak ke ofis. 

Tapi yang jadi mood beralih arah ialah sesampainya kat KL sentral, dah nampak selautan manusia Q nak naik LRT. But being me (who prefer to see things from a brighter side), i took this chance to spend time updating this blog. Haha!! Brilliant kan? Well while am writing this, a train is actually in front of me, has been there like 3 minutes, not moving, pack with crowd. I will be taking the next train, hopefully..

Happy thursday peeps!!! *smile*

Wednesday, 22 July 2015

Cuti Syawal berakhir, kembali kepada rutin kehidupan..

Alhamdulillah, dalam kesederhanaan, dapat juga berhari raya dengan keluarga. Keluarga saya sendiri (saya suami dan anak-anak), keluarga belah emak sendiri (walaupun emak sudah tiada, kami adik beradik berkumpul untuk menyambut hari raya di rumah pusaka yang anak2 saya masih panggil "rumah nyai") dan keluarga belah emak mertua.

Selepas cuti Syawal ni, perlulah kembali kepada rutin asal, ke pejabat bekerja..

Semoga Allah memberi jalan kepada saya untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang terbaik buat saya sekeluarga...

Gambar: stok shaklee di rumah. Banyak yang perlu di tambah. InshaAllah order tetap dibuka untuk semua vitamin.. Tapi untuk dapatkan promosi VIVIX, segera order sekarang.. Hanya dalam bulan Julai 2015 ini..

Selamat Hari Raya! :)
Hubungi saya!


Wednesday, 6 May 2015

Subject yang makin membesar..

OK entry ni sempena #blogreviveday .. haha nak gak take part walaupun sikit.. challenged by http://whatsout-there.blogspot.com/ (Arena) -- geng blogger jaman dedolu keke)
Early this year, Lydia mintak izin nak guna laptop saya, ada assignment katanya - kena create email dan blog untuk subject TMK dia. 

Cepatnya masa berlalu. Lydia, yang satu masa dulu adalah topik utama saya dalam kebanyakan entry saya. Kejap je dah 11 tahun berlalu. Saya mula berblog selepas lahirkan dialah. 

dan few weeks ago she told me she found my blog! (she seems proud of it hahaha!) dia kata kawan2 dia suka baca cerita2 saya tentang dia. 

"Kawan2 Lydia tengok gambar2 masa Lydia kecik kat blog emak.."

hehe gambo dia kecik je la banyak.. makin beso rasanya kurang dah pic dia. Sengaja kurangkan pun.. unless dia sendiri nak letak, tu lain citer la kan tapi so far blog dia lom ada gambo pun .. 

Kang tetiba dia dah form 5? alamak.. so fast??



Tuesday, 7 April 2015

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim bi Khair..

Termasuk hari ni, dah sembilan hari saya berada di Kluang, Johor. Sepanjang waktu ni saya menumpang di rumah kakak saya dan setiap hari berulang alik dari rumah kakak ke hospital Kluang yang tak berap jauh dari rumah kakak.

Sebenarnya sudah lebih sepuluh hari emak tersayang saya berada di hospital kerana tidak sihat dan keadaannya . Saya tidak mahu bercerita panjang tentang keadaan emak, cukuplah saya menulis di sini agar semua yang membaca dapat mendoakan kesihatan emak saya, semoga Allah melapangkan dada dan fikiran emak di dalam menempuh dugaan ini. Saya percaya, hikmah terbesar oleh Allah tentu sekali menanti, termasuk terhapus dosa-dosa emak, inshaAllah kerana sebagai manusia kita tak lari dari dosa. 

Semoga Allah ampunkan dosa ibu bapa kita dan pelihara mereka
Daripada tipu daya syaitan, azab api neraka.. Dan peliharalah mereka
Seperti mereka memelihara kita sejak kecil..

Dalam pada menghadapi dugaan ni, saya nak kongsikan kesyukuran saya atas beberapa perkara berikut.

Suami dan keluarga mertua yang sangat memahami. Alhamdulillah, sepanjang saya berada di kluang untuk bersama emak, suami sayalah yang menguruskan anak-anak di rumah nun di Klang. Setiap masa saya berdoa semoga Allah memberi kesabaran kepada suami dan anak-anak dan semoga Allah juga memberi ganjaran buat suami saya yang ikhlas memberi peluang saya bersama emak di sini. Kata suami,

"Anak-anak melihat perbuatan kita.. Dan kita pun akan tua jika umur panjang"

Ya Allah.. Saya bersyukur atas kurniaan ini..

Saya juga bersyukur diberi kerjaya yang membolehkan saya bekerja tanpa perlu ke pejabat setiap hari. Dalam waktu inj, memang saya ada pilihan untuk bekerja di rumah. Tapi sejujurnya, saya tidak dapat fokus pun dengan kerja2 yang terlalu memerlukan analisa yang lebih.. Saya senang sangat teringat kan emak dan bagai tersayat hati sedikit sebanyak terkesan di emosi saya. Jadi saya lebih lapang dada mengambil cuti dan duduk di sebelah emak. Tapi oleh kerana minggu ini kami hanya dibenarkan menunggu di luar bilik, maka saya cuba juga untuk log in sebagai tanda ke ofis. Sikit2 cuba juga lah buat kerja, kemudian ke hospital melawat emak dan membacakan yasin di sisi emak... Semoga usaha saya yang sedikit ini membantu meringankan keadaan emak.

Saya juga bersyukur emak turut dijaga dan dirawat oleh staff hospital yang baik, semoga Allah turut memberi kesabaran kepada staff yang menjaga emak. Sesungguhnya sangat mulia pekerjaan mereka, subhanallah..

Semoga emak saya puan Halimah binti abd Jabar bertambah sihat, doakanlah ye.. Amin ya rabbal 'alamin



Saturday, 14 February 2015

Gambar-gambar birthday dinner di Kluang Railway Setia City Mall

Hari Jadi abang Lan dan Fahren yang kami combine tu, kami cuma sambut kat rumah je (entry sebelum ni), dan sebelum potong kek tu, bapak dorang dah bawak kami dinner kat Kluang Railway Coffee di Setia City Mall.

Memula saya nak ajak makan kat sushi king, tapi ada pulak anak yg belum berapa pandai makan sushi,. nanti kang ikan/topping je dorang makan, nasik tinggal, rugi pulak. Oleh kerana hari Ahad, kebanyakan kedai makan penuh, jadi kami masuk je KLuang Railway coffee, sebab tak ramai sangat, maybe sebab lokasi dia yang agak tersorok. Lokasi dia sebelah bowling tu.. Sesuai lah kami ke situ sbb anak2 selesa je dalam tu.


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Abang Lan the birthday boy pilih menu burger ayam


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Fahren the birthday boy 5 tahun pilih burher ayam dengan roti bun


Fahren tu sebenarnya baru bangun tidur. Seharian bermain takmo tidur so bila ajak ke Setia City Mall, dia tidur dalam kereta pulak.. kejap je dah sampai SCM jadi dia mcm masih mamai. Semua menu dia tak nak.. last2 dia pilih roti jala hahaha.. saya kata apa kes roti jala beli je la kat pasar malam.. LOL.. so dia pilih burger tapi saya beli gak roti jala.. bapaknya yg makan.. kekeke


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Gini lah burgernya... yummmmm..

Banyak portion ni, last2 share ngan bapak. bapak memang tak beli apa2 sbb tau dah mesti anak-anak makan tak habis.. huhuhu..


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Ni Menu Lydia, chicken chop


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Ni menu saya. mana2 pergi mesti nak mee kari. Tapi mi kari kat sini tak  la sedap mana.
Lydia & Idlan
.

suami tolong pegang Dyan sementara saya makan dulu.. lepas saya makan baru lah dia makan pulak.. hehehe.




OK! pic semua insan2 tersayang... Alhamdulillah semoga anak2 happy dapat makan sama-sama mcm ni.. as usual ini pic sebelum makan.. masa makan mmg kecoh.. masa tgh tunggu food lagi la kecoh sbb dorang dok main semua yg ada atas meja seperti choptik sudu tu.. tak kisah le janji tak nangis.. 

Happy birthday Abang Lan dan Fahren! :-) 

Thursday, 12 February 2015

20 minit yang sangat berkualiti

Sejak Idlan masuk darjah 1 dan Lydia darjah 5, saya dan suami dah tetapkan bahawa tugas menghantar Idlan dan Lydia ke sekolah pada waktu pagi adalah menjadi tugas saya, sementara suami pulak, akan hantar Fahren, Daleela dan Dyan ke taska.


Sebab pertama ialah kerana Lydia dan Idlan perlu berada di sekolah sebelum 7.10 pagi. Jadi perlu keluar daripada rumah paling lewat pukul 6.45 pagi kalau nak sampai sebelum 7.10 tu. kalau saya yag bawak kereta, lagi la kena awal hehehehe.. Oleh kerana perjalanan saya ke ofis pun memerlukan saya keluar awal pagi, saya lah yang sesuai menghantar anak-anak yg bersekolah rendah. Suami pulak, akan pergi lewat sikit kerana dia akan uruskan segala keperluan anak-anak ke taska dan keperluan Lydia dan Idlan transit dan sekolah agama. Kalau ikutkan memang banyaklah suami kena uruskan. Dia offer untuk ambik tugas ni sebab ofis dia lebih dekat dan tak perlu nak rushing keluar awal pagi.


Sebab kedua kenapa pembahagian ini dibuat ialah kerana Lydia dah pernah kena 'tegur secara lembut' oleh guru disiplin dek sering datang semasa perhimpunan sudah bermula (lambat beberapa minit) pada tahun lepas sedangkan sebagai seorang pengawas dia patutnya punctual ataupun lebih awal. Silapnya, tahun lepas semua tanggungjawab menghantar memang suami yg pegang sebab sekolah adalah laluan dia ke ofis. So belajar dari kesilapan, this year so far Alhamdulillah belum pernah bebudak tu lewat ke sekolah.


Yang seronoknya keluar awal pagi dengan anak-anak ialah bila kat dalam kereta, dah mcm sesi tazkirah pagi. Sebenarnya bukan la tazkirah ceramah serius sangat pun. Dalam pada dengar radio IKIM tu topik pagi dia tu la yg selalu saya, Lydia dan Idlan discuss dalam kereta. Memang best sbb kita tak perlu nak perah otak carik topik.. bukak radio, dengar kejap mesti Idlan akan sambung dengan pertanyaan-pertanyaan dia.. Lydia pulak akan mula cerita atau share apa yang dia tahu daripada pembelajaran dia kat sekolah. Selalunya, saya jadi pendengar je. Lepas tu bila jam 7.00 je, IKIM akan mainkan doa pagi (yg saya share dalam salah satu entry sebelum ni). Seronok sama-sama ikut doa tu dengan Idlan dan Lydia. Kalau boleh nak bawak semua anak2 naik kereta pagi supaya sama2 berjemaah baca doa pagi dengan radio hahaha.. padahal boleh je baca sendiri kan.. 


Ada sekali tu, tazkirah subuh IKIM cerita pasal 'hati yang kotor' dan mcm mana mata boleh menyebabkan hati jadi kotor. Salah satunya ialah dengan melihat 'kema**an'. huhuhu.. bagus juga ustaz bagi topik tu.. abang Lan mcm biasa mmg akan tanya mana2 yg dia tak paham, atau akan cerita apa2 yg dia tahu (sama ada pernah belajar, pernah baca, pernah tonton), yang relate dengan apa yg didengar kat radio. Saya suka dia mcm tu sebab menandakan yang dia memang mendengar apa yg disampaikan oleh ustaz.

"Mak, kenapa kalau kita tengok MALU, hati kita kotor?"

oh rupanya dia belum faham apa makna 'kema**an'. Mula2 saya just bagitahu je apa maknanya. Tapi lps tu saya ambil kesempatan ni terangkan kat dia tentang hal itu dan saya selitkan jugak sikit2 tentang had antara lelaki dan perempuan termasuk adik beradik dan ibu-bapa. Tak la terlalu detail kang fenin dia nak absorb.

"sebab tu lah mak dah sediakan bilik asing-asing untuk anak-anak mak"

gitu lah saya akhiri penerangan ringkas saya. Wallahu'alam. Semoga anak-anak kita bukan sahaja suka mendengar perkara yang baik2 semasa mereka kecil, bahkan akan suka kepada kebaikan sampailah akhir hayat mereka nanti.. amin ya Rabbal 'alamin..

Banyak lagi topik2 yang kami bualkan dalam perjalanan ke sekolah menghantar mereka, dari hal persekolahan sampailah hal2 santai berkenaan rakan2. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan bersama mereka dalam tempoh 20 minit yang berkualiti seperti itu setiap hari. Sampai di sekolah kami bersalaman dan Idlan pula sempoi je memeluk saya bila saya turun dari kereta dan memimpinnya ke pagar (biasanya saya tak turun dari kereta, saya turun dari kereta sebab nak kemas2kan baju dan betulkan sampin yang abg Lan pakai tu).


Seorang yang observant dan berjiwa sensitif


Popular Posts