Wednesday, 28 September 2005

kenapa aku sedih bila aku patut gembira?

. . .

Aku agak busy nak berpindah opis nih. Dalam bz2 tu, sempat gak la chat ngan member2 opis...so kan semalam aku post entry yang kata blog aku ada something wrong ngan html format dia...so aku as usual la, kaunter pertanyaan aku ialah mr Jibam , so dalam pada chat2 kat YM tuh, ni adalah antara yang keluar...

. . .

.
.
.
jibam70: hahaha

Fara : ko x sedih ke nk berpisah ngan kitorang (esp. aku) hahahahha

jibam70: hahahahaha aku gumbiraaa hahaha

Fara : err....sebenarnya aku yg patut sedih kan?

Fara : no more goreng pisang, no more domino's, no more pizza hut... fuhh nih nk kena tulis dalam blog nih, tajuk dia. ... 'kenapa aku sedih bila aku patutnya gembira...' fuhh cayalah aku

jibam70: ermm..aku pun sebenar akan rindukan 'ah ko' 'ish kau ni' keh keh keh keh' dan suara sumbangan darisebelah sana nanti hehehe...

Fara : sat aku nk install firefox..hope lepas nih semua jadik okke!

jibam70: key

Fara : dah install

Fara : tgh test try cuba

Fara : weh sama jer la beb

jibam70: alamek

.
.
.
so mr jibam, tu lah kan aku dh kata, ni spesel tuk ko niii...dalam ni aku nk rakamkan jutaan terima kasih , toce, arigato, tengkiu, syukria (kalau nk bahasa jepun ngan france, kena tanya mrsmadie, atas kemurahan hati ko belanja kitorang (aku) la ek? mudah mudahan bisnes online ko lebih maju dan maju dan maju lagik! err.. sesekali, bwk2 la hantar delivery man naik moto tu ke tgkt 31 sana!!

sukses ya!

Tuesday, 27 September 2005

Everybody loves ....

............


Hari Ahad lepas nih aku berkesempatan menonton 'Oprah' Show. Aku mmg suka tengok 'Oprah' (show dia, bukan dia), cuma selalunya tak berkesempatan...tu yang tengok ulangan je tu.

Tapi, bila aku tengok 'Oprah', kadang-kadang fikiran aku ni tak boleh nak lari dari meng'compare' show nih dengan satu lagi show made in malaysia, 'Anita'. Aku tahu lah, 'Anita' has its own concept kot, tapi still, aku percaya yang 'Anita' tu is based on 'Oprah' jugak. Mesti punyer lah.

Aku kadang-kadang (selalu sebenarnya) hairan, kenapa aku boleh attached ngan show 'Oprah' ni, tapi not to 'Anita'? Pada hal, 'Anita' la yang lebih memaparkan kehidupan rakyat negara aku sendiri, lebih-lebih lagi bangsa aku sendiri, Melayu (err..aku ni jawa sebenarnya, tapi aku percaya gak, mana ada melayu sejati sebenarnya? melayu kat malaysia ni sebenarnya adalah bangsa yang terdiri dari bangsa2 lain, jawa (bangsa aku, aku sebut dulu la), banjar, bugis, minang, patani, boyan, mamak, khan2..dan lain2 yang aku pun taktau - banyak gak yang taktau mana asal keturunan dorang, tapi still dorang pun kata dorang melayu - so no issue lah)

Dalam pada aku not attached to 'Anita' tu, ada gak la beberapa episod aku tengok (sebenarnya tertengok). Dan sad to say, dalam kebetulan-kebetulan tu, cerita yang dipaparkan tu, semuanya, kisah keperitan, penderitaan, kesedihan dan segala yang getir dan getir saja ...

Aku naik getir kalau tengok. Macam tengok 'Bersamamu' plak rasanya, yang tu sah-sah la mmg show utk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Berlainan ngan 'Oprah'. Rasanya sama mcm 'Anita' (tadi kata berlainan, ni sama plak), 'Oprah' pun into women show .. tapi, takder la langit selalu gelap dalam tu...ada kala cerah gak...tak selalu cerita2 penderitaan kesengsaraan je yang menjadi hidangan, sebaliknya kisah kejayaan, kisah lawak2 pun ada..yang penting sesuatu yang menjadi kekaguman, kegilaan, ratapan, tangisan dan senyuman wanita2 di dunia diceritakan...

Entah-entah, agenda utama 'Anita' memang nak penonton menitiskan air mata tak?

Eleh, dalam 'Oprah' tu pun, cerita kejayaan seseorang pun bleh wat aku menitiskan air mata apa..sapa kata cuma penderitaan jer yang mampu menitiskan airmata?

Satu lagi, kalau tengok crowd dalam 'Oprah' tu, nampak alive sangat..

Crowd dalam 'Anita' plak...kalau bab nangis mmg dorang participate very well..tapi selebihnya..kaku je..mcm kena paksa je datang ke rakaman tuh.

Ini kata hati aku lah, sebenarnya aku pun taktau sgt konsep 'Anita' tu ... tapi, cukup2 la paparkan kesedihan semata2 ...mintak maaf kalau aku salah..tapi, yang aku nak cakap ni, kalau tengok 'Oprah', sure aku ingat 'Anita', tengok 'Anita', ingat 'Oprah'... kalau aku sorang yang rasa mcm tu, too bad la hehehe..kalau ramai rasa camtu, not bad lah ....

*akuyangberkatasebagaiseorangpenontonyangmenontonapayangakutonton*

Error On Page $%^^&&#(#(#)()(_&!@@#@!

............

Ihhh!! geramnyer..dah berapa hari dah pc aku nih bengong...bila bukak page Create or Edit post asyik la keluo error on page, dah aku tak boleh nak adjust2 font ke, kaler ke...aarrgghhh!! ni bleh mengudang kemarahan nii! weh tertekan makcik niii.. apa yang silap hi eh? salah pc ke, salah blogger ke, salah apa hah?

Thursday, 22 September 2005

Sebab dan Akibat

SEBAB aku malas sangat nak puasa awal2 dulu, AKIBATnya aku kena puasa hari ni..

SEBAB rumah jauh sangat dari opis, AKIBATnya kena dok dalam keta lama2..sakit pinggang cukop!

SEBAB dok lama sangat dalam keta, AKIBATnya mula la otak tu berangan - Segala2 benda aku dok angan, dari Perlis sampailah ke Sabah. Penat jugak berangan ni tau..

SEBAB dok berangan jer dalam keta, AKIBATnya aku salu sangat buat silap kat tol - Selalu sangat aku confused bila dah sampai tol, Alamak...nih tol amik tiket ke, tol kutip duit? banyak kali sebenarnya aku dok bagi duit kat tol yg patutnya aku amik tiket ... semalam lagi parah, ada ke aku pi mintak tiket padahal aku kena bagi tiket sekali ngan duit..hampeh tul..otak kat lutut kot.

SEBAB pernah satu ketika aku free gila takder kerja, AKIBATnya aku dok layar internet and found new hobby, bloghopping - dan tak lama after that, start blogging.

SEBAB aku dah kemaruk plak ngan blogging, AKIBATnya aku dah malas plak wat kerja walaupon ada kerja

SEBAB aku takder apa nak distory, AKIBATnya aku pon tulis la apa sebab2 aku dapat akibat2 nih.

*akuyangtengahpeningdengantulisanakusendiri*

Tuesday, 20 September 2005

Hari ini kau datang riang .. tersenyum buat kusenang ..

Hari ni semuanya berjalan macam biasa-biasa saja. Nak update blog pun rasa mcm tak ada apa yang nak diupdatekan. Oh ya, sajak semalam tu, hubby kata u need to work more on it hahah..tambahkan perisa cewah! (tu dia nak cover rasa bangga kot?). tp he likes it and terpujuk gak dek karangan aku tu. Bagus hubby aku. Sama bagus ngan bini dia. erk?

So sebab semalam dah perah otak bagai nak g*la, today aku jadik malas banget. Rasa malas tu macam sama je macam malasnya kalau kena buat minit mesyuarat. Dah la org pompuan selalu jer kena buat minit mesyuarat? kenapa ek? pelik tapi benar.

Hari ni puasa. Ganti. Itulah, awal2 takmo buat, dah nak tinggal nyawa2 ikan ni baru la terkedek2 nak posa. Dah la tu, lupa plak tu kena ganti baper hari. Dasyat ke tak tu? Rasanya time awal2 Syawal dulu ada gak ganti, sebab husband mmg rajin puasa enam, so ada gak joinned sehari dua - kot. Lupa jugak...Mak aiii teruk tul ingatan aku nih. Banyak sgt mkn bende2 masam ni la jadiknya. Tak organize tul.

Jadinya macam ni la entry aku. Semberono je.

Besok pagi ada presentation. Besok? dulu2, aku pernah gak dengar orang kata kalau 'besok' tu maknanya bukan 'esok'. Tapi sekarang aku belasah je lah. Besok ke Esok ke, janji tomorrow kata orang puteh.

Hari ni aku lapar, tapi happy sangat sangat sangat sangat sangat...dan lagi dan lagi...bila aku happy, rasa mcm nak jerit2 je. jerit2 sambil lompat2 sambil tepuk2 tangan. Lebih kurang mcm tu lah.

Yahoo!!!!!! Yeehaaa!!! yezzerrrr (yazer? - oh no!!) !! yuhuuuu!!! fuiyohhh!!!!!! pehwiiiitt!!!

ha, camtu la gayanya. Gembira tak terkata.

Aku mintak2 la kegembiraan hari ni berterusan ... yeahooooooooooo!!!!

Monday, 19 September 2005

PAGI INI


Pergiku dengan iring marahmu
pagi hari ku ini
sebenarnya malam hatiku

terima ini, kata maafku

kerana salahku satu
tak mahu mengaku silap itu.

salahku satu kesalku seribu

Oh waktu ulang dirimu ke saat tadi
bila aku diam membisu
di saat aku patut meminta restu

dari suamiku.

kini biar aku berjanji
di hadapan nanti pasti akan ada
jalan yang berliku-liku

biar aku berjanji
mahu bersamamu di setiap liku.

Friday, 16 September 2005

Kisah itu tidak berakhir di situ II

Kisah yang belum berakhir - dari kisah ini

Peristiwa di kaki lima yang berlaku di awal tahun sudah tidak pernah bermain di fikiran pelajar perempuan itu.

Kini sudah akhir tahun. Beberapa hari sebelum melangkah ke tingkatan lima.

Keputusan peperiksaan akhir tahun sudah diumumkan. Rombakan kelas untuk ke tingkatan lima sudah disusun.

Di perpustakaan. Ketika sessi pembelajaran sudah selesai, hanya mengisi masa lapang sebelum cuti penggal bermula.

Pelajar perempuan sedang khusyuk membaca buku cerita, kerana itu adalah kegemarannya. Bersama-sama di meja adalah beberapa rakan perempuan dan satu kerusi yang kosong.

Kerana permaidani, tidak kedengaran apabila kerusi kosong ditarik dan diduduki.

"Dah habis exam, baca lagi?" pelajar perempuan menoleh. Tercengang. Tidak pasti kepada siapa pertanyaan itu. Tapi tatkala melihat rakan2 semeja semua tidak menoleh, dia tahu, pertanyaan itu adalah untuknya.

Itu adalah suara pelajar lelaki pendiam dari kelasnya. Pelajar yang sama pernah mengukir senyum padanya ketika awal tahun di kaki lima.

"Saja buang masa..ala, bukan buku ilmiah pun..buku cerita je" Jawapan selamba.

"Ok la tu" Sependek itu pula balasannya.

Pelajar perempuan membalas dengan senyuman sahaja. Kekok kerana lelaki di hadapannya bukan antara pelajar2 lelaki yang sering bergurau senda dan kutuk mengutuk dengannya.

Suasana kembali sepi. Pelajar perempuan kembali melihat buku di hadapan. Tapi dengan ekor matanya, dia dapat melihat pelajar lelaki masih di situ, tidak membuat apa-apa. Rasa bersalah di hati pelajar perempuan kerana membiarkan keadaan sepi begitu. Bukan dia tidak tahu sifat pendiam lelaki itu.

"Tahniah ye, kau terer lah, next year dapat masuk kelas power. Aku jugak yang x power, stay je kelas skarang." Pelajar perempuan memulakan perbualan semula. Dia tahu, pelajar lelaki itu cemerlang. Nampak senyap di dalam kelas tidak bising sepertinya, tetapi bijak. Senyap2 dia kagum dengan lelaki itu.

"Terima kasih" Jawabnya diikuti senyum. Senyuman sama yang pernah dilemparkan suatu ketika dulu.

"Kau ni memang pendiam sangat ke? takut aku lah nak cakap dengan kau tau. Tapi, tiba2 kau tegur aku macam ni.. mimpi apa?" Pelajar perempuan yang sememangnya mempunya sikap selamba bertanya lagi.

"sebab...kan aku nak kena pindah kelas tahun depan. Sebenarnya aku malas nak pindah kelas." Pelajar perempuan kehairanan dengan jawapan yang tak semena-mena itu.

"hah? kenapa plak? Kita kan form 4 baru, bangga gak aku kau dpt masuk kelas power." Pelajar perempuan bertanya lagi.

"Sebab kau tak pindah sama" Perlahan saja suara pelajar lelaki itu. Cukup untuk didengari oleh gadis di hadapannya.

"kau ni pendiam pun pandai buat lawak lah" Pelajar perempuan berkata dalam gelaknya. Tidak pernah terlintas difikirannya pelajar sependiam itu boleh bergurau sepeti itu. Gurauan-guarauan sedemikan sudah sebati dengannya, dan pelajar perempuan itu memang tidak pernah mengambil kisah kerana dia tahu, orang memang suka bergurau dengannya, lantas itu semua merupakan gurauan kosong, lantaran dia sedar keadaan dirinya.

tak ada maknanya.

"Tapi aku kena tukar kelas jugak. Tak ada pilihan. So kalau tak tegur kau hari ni, entah bila dapat bertegur." Pelajar lelaki bersuara tidak mengendahkan tawa perempuan itu.

Pelajar perempuan ketawa lagi.

"Oit! dah jom blah...." Suara seorang pelajar lelaki lain datang mengajak pelajar lelaki itu keluar, dan dia menurut. Kedua pelajar lelaki keluar, meninggalkan pelajar perempuan dengan buku ceritanya.

Pelajar perempuan hanya menggeleng kepala, menyambung buku cerita, tanpa memikirkan apa2.

Kerana dia masih tidak tahu, kisah itu tidak berakhir di situ.


....
Sudah Ada >sambungan laaaa...

Popular Posts