Wednesday, 9 January 2013

Ringkas dan padat

Hari ni entry pertama saya kat dalam blog 100 patah. Check it out bebeh!!!

blog tu cuma 100 patah je semua entries dia. mmg mencabar. Saya rasa la.. maklum la saya kan jenis yang kalau menulis mesti nak berjela2.. so bila kena shrink mcm tu.. mau tak susah.. rasa mcm baru tulis intro dh nak habis dah word. Hoho. Nak gelak pon kena ikut tempat yg betul.

Which actually applies in our daily life. Muhasabah. Cakap sikit tapi penuh isi dan tak membuang masa dgn kata2 kosong. Saya akui awal2.. itu sangat susah untuk saya. Astaghfirullah..

Tapi.. niat untuk berubah mesti ada. InshaAllah.

Jom tgk entry saya kat sana. I mean.. jom tgk semua entries kat sana .. :)

http://100patah.blogspot.com/2013/01/kemanakah-destinasi-mereka-dan-kita.html

Tuesday, 8 January 2013

Cakap... Cakappppp!!!

Bila awal tahun ni, apa lagi yg seronok, kalau tak tgk budak2 pergi sekolah, kan? lagi2 la kalau ada anak yang first time nak ke pra sekolah.. itu lebih syok..

last week saya berkesempatan ikut anak saya ke sekolah dia. dia dah lama teruja nak ke sekolah. masa dia 4 tahun pun dia dah mula belajar,, tapi bukan dalam kelas yang formal.. empat tahun tu dia lebih kepada playschool. tapi dalam pada playschool tu pun dia dah berjaya membaca (bahasa melayu). kira orait lah tu kan :-) tadika formal ni, maksud saya, keluar dari taska tempat jagaan dia tu.. ke sekolah lain.. pukul 8 sampai pukul 11, pegi balik naik van. kat kelas pulak meja dan kerusi di susun macam sekolah rendah. hehehe... formal la sangat. ekekke..

ok. straight to the point lah. saya taknak panjang2 tulis pasal perasaan saya.. yang saya nak highlight kat sini, saya rasa sistem pendidikan kat sekolah2 kat malaysia ni (atau mungkin cuma kat sekolah anak saya?) .. terlalu ke-aku-an. Anak saya tu, jenis tak segan. apa yang dia rasa dia nak cakap, dia cakap. bila disuruh bercakap, dia cakap. dalam hati, saya bangga dia macam tu.

hari pertama, memang nampak dia aktif menjawab dan juga bercakap tanpa ditanya. hari ke dua, saya tengok dia melukis. mulutnya bercakap2 sambil melukis...kemudian.. hari ketiga saya dah masuk kerja, saya tanya dia, buat apa kat sekolah.. dia kata melukis dan mewarna lagi.

aduh sayangnya!

saya rasa, sepatutnya masa inilah mereka disuruh bercakap dan bercakap lagi.. dengan panduan dari guru tentang apa yang harus dicakap.. beri nmereka topik,,, suruh mereka cakap... contoh> topik 'robot'. percayalah.. anak2 kecik tu, baanyak mereka nak cakap pasal robot. Masa ni memang mereka suka bercakap!. sayangnya mereka di suruh duduk diam2 mewarna.. padahal skill bercakap tu sangat penting! (ok skill mewarna pun penting.. jadik balance kan lah..) - kalau pun mereka interaktif, cuma ketika menyanyi.. itu pun bersama-sama.. jadik keyakinan bercakap seorang tak dapat dikupas..

itu yang saya tengok di tadika anak saya. of course bagus lah... and ofcourse saya maybe tak cukup pemerhatian.. sebab cuma 2 hari kan..

kemudian saya ke sekolah kakaknya. darjah 3. masuk dalam kelas.. semua diam. cikgu sorang je yang bercakap. dalam hati saya terdetik.. mesti ada antara murid2 tu, yang dulu masa tadika sangat suka bercakap.. tapi sistem pembelajaran kat sekolah dan mematikan mulut mereka...

akibatnya.. mereka curi2 bercakap masa cikgu bercakap..
atau mereka menyampuk bila cikgu bercakap..
mereka mula menyampuk dengan cakap2 yang tak ada isi..
kerana mereka tak dipandu untuk bercakap dengan topik..

sampai besar, mereka akan tetap suka bercakap, tapi di belakang, topik kosong.

rasa tak apa yang saya rasa?

:-)

Wednesday, 2 January 2013

Happy New Year!

heyyy its a brand new year! and here i am, again trying to keep my blog alive! ill start with a link to share :
www.100patah.blogspot.com
do visit yea! :

Popular Posts