Thursday 7 January 2010

Lydia 6 tahun

hmmmm now meh la citer pasal Lydia ..

this year dia dah 6 tahun .. dia sangat excited dia dah 6 tahun. sejak awal cuti sekolah hari tu..everyday dia kata nak gi sekolah agama tapi aku ignore je sbb definitely aku akan hantar dia to the same nursery she has been going since she was 3. kat nursery tuh ada tadika sekali so senang je la utk aku kan ...

tapi salu sgt dia mintak aku tukarkan sekolah dia .. dia kata nak kawan baru and all .. pelik aku so hubby called kak tina, owner nursery dia tu .. then i came to know the real situation .. According to Kak Tina, Lydia nih smart girl .. and masa dia 4 tahun dia dah join kelas 5 tahun utk cahayaku so masa dia 5 tahun, dia plak mendahului dah habis syllabus daripada budak 6 tahun dalam kelas 6 tahun .. so this year, actually dah tak ada lagi syllabus cahayaku utk dia ..kalau dia kat dalam kelas 6 tahun lagi, will be a waste of time utk budak yg cerdik mcm tu (well..aku bukan le nak kata anak aku cerdik .. i believe budak2 sekarang mmg cerdik .. not only my child ..
but aku bersyukur lah bila anak2 senang menerima ilmu ...)


then cikgu tina kata, dia dah plan, nak hantar lydia masuk ke tadika agama plak ..
at least in the new school she will learn new things .. hmmm wah bagus gak plan kak tina ni .. which aku agree .. kak tina kata, aku and hubby dont hv to worry ..dia akan uruskan semuanyalah .. dia akan tanyakan kalau skul tu still leh accept student ..kalau tak, she will try to find other school nearby to the nursery ..so we will just send lydia and idlan to nursery,
then from there kak tina akan hantar and ambik lydia to the tadika agama tu .. aku ngan hubby ok jek cuma ada additional cost ler, sbb sekolah baru ni mahal sket huhuhu .. tak per la .. tak le semahal Qdees ke, smartreader ke, krista ke ala tadika yg glemer2 tuh huhu .. nanti idlan lah aku hantar kat tadika glemer ..ekekek sapa taknak kan hantar kat tadika grand2 tapi sbb rumah aku tuh kedudukan tak strategik so sekolah tadika biasa je ler ...mana2 lah asalkan ada pra-sekolah as exposure to dorang ...


So today baru lah bermula lydia's 1st day kat tadika agama ... dari sekolah, ke sekolah .. hmmmm .. and this morning she was very excited bila pakai baju kurung and tudung .. tatau la bila nak dapat uniform tuh semua .. but as long as she is happy, itu dah more than enough for me and hubby .. hubby kata lydia nih consider independent bab2 skolah ni .. hubby kata, based on kajian, kalau budak excited gi sekolah, means budak tu kanak2 cemerlang le .. Aku harap mcm tu lah .. takmo too stressful sgt but kalau dia sendiri berminat, kenalah kita support kan ..


hmmmm ... ni tak sabo aku nak balik and tanya2 pasal skul baru kat dia ...


OK dah habis pasal sekolah dia ... nih satu lagi kisah Lydia ..

Few weeks ago, tetiba jek dia tanya kat aku,

"Mak, kenapa nama Lydia tak ada dalam buku yang kakak Qistina tunjuk tu?"

aku pelik, buku apa la pulak ni .. lepas aku tanya, dia explain

"ala, buku tu ada semua nama .. cuma nama lydia tak ada .."

aku rasa dia maksudkan buku2 nama dan makna tu kot .. yg salu orang refer utk nama baby tu ..I hv to admit tht not all books has her name ... maklum ler nama dia bukan nama common wanita muslim huhu! tapi sedih beno suara dia masa dia tanya tu .. actually dia dah nanges dah masa dia bagitau,


"kak aisyah pun 5 tahun, tapi kenapa nama kakak aisyah ada dalam tu, nama lydia pulak tak ada..."

OMG ..mesti dia memula ingatkan umur tertentu jek leh ada nama dalam buku tu ... hmmm then aku panggil bapak dia ..nasib baik la ada simpan lagi buku2 nama yg kitorang simpan masa aku pregnantkan dia dulu .. kat dalam tu ada lah nama Lydia but the spelling is Lidiya ke apa aku lupa .. but not Lydia .. hubby showed that to her and tried to cool her down .. hubby kata kat dia, nama Lydia ada .. tapi tak semua buku ada nama Lydia sbb Lydia kan special ..mestilah buku2 special je ada nama Lydia ..

"cuba tgk ni, kan nama Lydia ni ..maknanya muda remaja ... "

then aku nampak lydia baca nama dia .. dia kata kenapa eja lain ..bapak dia kata, tak kisah ejaan yang ABC, cuba tgk ejaan jawi dia .. ejaan jawi lydia mcm tu la .. rumi tak kisah boleh tukar2 asalkan bunyi ikut yang jawi .. aku nampak mcm lydia puas hati dengan jawapan tu and dia senyum ..dia kata,

"nanti lydia nak bagitau kakak Qistina ngan Kakak Aisyah nama Lydia pun ada dalam buku.."

hmmmm kesian dia sure dia rasa sedih bila compare2 ngan cousins tgk2 nama dia tak ada .. huhuhu ...nasib baik ler ada lagi buku nama tuh kalau tak jenuh gak nak menjawab ...


So aku kena la betul2 careful carik nama baby dalam perut ni .. since ada plak kakak yg terlebihprihatin mcm Lydia huhuhu!

Ada cadangan???

:-)

3 comments:

  1. confirm lydia tu bijak! mmg ko kena hati2 la pilih nama bakal baby nie. nanti kakak lydia byk tanya naper nama adik dier camtu, camni hehehe...

    anak bujang aku pun suka jek pi school, tapi lebih kepada nak berkawan/main. Belajar, aku still risau...

    ReplyDelete
  2. sama je lydia pun .. nak main la tuh for sure sbb dia nak kawan baru ... huhuhu!

    ReplyDelete
  3. perh! aku respek betul dgn ke'geliga'an lydia.. insyaAllah, fara, aku rasa lydia ni mmg betul bagai dikata, she'll be a great student and insyaAllah a successful lady in the future. dont be too stresful about it, mcm ko kata, kasi sokongan aje.. dia ni jenis indipenden. mcm aku.. hahahaha! jadi.. tahniah utk hari ini dan hari2 akan datang. smoga semua anak2 ko menjadik org2 yg berjaya

    kalau anak ko pompuan, tarok nama normasilla.. tp takde dalam buku la pulak.. ala, ni yg buat aku sedih gak nie.. ni salah nenek aku la ni.. ghrrr.. hahahaha

    kalau anak ko laki, tarok nama ponijan.. er.. mcm takde jugak dalam buku. tp makna nama tu dalam bahasa jawa ada la.. subuh isnin. hahahahaha

    ReplyDelete

Popular Posts