...Mega Senja Kinarut Hari ke 3, pukul 7 pagi kami sudah keluar mencari breakfast. Oleh kerana pukul 10 pagi kami harus memulangkan kereta yang kami sewa untuk 24 jam, maka kami tak mahu melepaskan peluang menggunakan masa yang terhad untuk sekali lagi mengelilingi Kota Kinabalu. Gila betul, pagi2 lagi dah buat tawaf. Tapi, disebabkan hari tu hari bekerja (Isnin) so tak la sunyi sangat walaupun pagi ... Kesibukan KK terasa walaupun taklah se'meriah' KL atau bandar2 di sekitar Lembah Klang. Tak banyak traffic lights, yang banyak cuma roundabout aje..simpang 3 pun nak dikasik roundabout jugak. ... Jalan taklah jem, cuma agak slow moving jugak especially kat sekitar kawasan pejabat-pejabat kerajaan.
(pekena roti canai dulu!! .. )
Tak ada plan pun nak ke mana. So breakfast kat kedai mamak aje, lepas tuh ke pusat menjual ikan kering udang kering tu semua, belilah jugak .. banyaknya udang kering aku beli, husband kata weekend aku kena buat mee bandung lah sebab dah byk sgt udang kering tu...
Lepas pulangkan kereta, kami dah tak tau pulak nak ke mana.. so aku cakap kat husband, kita nih dah pusing habis town, dah pusing habis gunung ganang, satu jek belum pusing, pantai. Macam tak complete lah percutian tanpa pantai kan? Lagi pulak pantai2 kat Sabah ni air nya biru kehijauan betul ... cantik! So, bila aku dah cakap macam tu, teruslah kami decide untuk check out dari promenade.. nak cari hotel tepi pantai pulak...dapat berehat satu malam kat tepi pantai pun oraitlah ...
(pak, Jom alan..)
(sementara tunggu bapak kat kaunter chek out)
Masa husband tanya, pantai mana nak lepak? aku memang dah ada jawapan dah ... laju jer aku kata .. kat Kinarut, jalan nak ke Papar.. Seaside Travel Inn ... hehehehe .. of course, aku tahu ni pun dari Alangz lah.
Plan asal nak ke sana dengan train. Sajalah nak naik satu-satunya train kat Pulau Borneo tu. Train tu ada 1 trip aje, train bertolak dari station KK awal pagi, singgah di Beufort, Papar dan berakhir kat Tenom .. kami memang plan nak ke Tenom sebab situ pun salah satu tourist attraction jugak ... Tapi, plan tak menjadi lah sebab malas pulak nak naik train dengan beg2 segala .. leceh lah! Last2 kami panggil teksi sia bah ...
Ramah tamah sungguh teksi driver tuh. Apa lagi bila dia tahu kami nih 1st time ke KK .. habis segala asal usul kejadian diceritakan. Seronok jugak, ala2 tourist guide gitu .. then dia tanya kenapa nak stay kat Seaside, kenapa tak ke Beringgis Resort aje? aku katalah Beringgis tuh lebih dekat ke? dia kata lebih jauh, tapi besar dan cantik resort nya .. aku kata pantainya tak sama ke? dia kata sama pantai .. so aku stick kat our original plan lah.
Tapi, Bila sampai kat pintu depan hotel tu, berbelah bagi jugak hati aku. Aku siap tanya husband, betul ke nak stay sini? hehehe .. sebabnya hotel tuh front page dia tak begitu best lah .. nampak biasa sangat. Nampak macam rumah orang aje. Taxi driver tuh plak dok kata, kau tengok dulu bah, kalau kau suka, kau stay kalau nda suka, pindah saja kau bah dari sini, aku tunggu sini dulu. Laaaa... sabar je aku ... Berat betul kaki aku nak melangkah ke reception area tu.
Bila aku jejak aje kat reception area, hilang terus rasa berbelah bagi aku tu tadi. Bulat terus hati aku, terus aku buat keputusan .... YEP! Definitely we'll stay here! gitu kata hati aku. Nak tau kenapa? sebabnya, daripada reception area tu, staright aku nampak kehijauan pantai di belakang resort (tak jauh dari reception) ..pandai dorang menambat hati pengunjung ... aku nampak kebiruan air dalam swimming pool jugak .. husband aku pun senyum tengok aku .. maknanya dalam mulut tak berkata... dia dan aku sama2 bersetuju untuk bermalam di Inn ni.
(anjung belakang bilik)
Memang seronok kalau bercuti waktu off peak. Tak payah risau tak ada bilik. Walaupun Seaside Travell Inn ni kecil, dan biliknya terhad, tapi aku tau ramai tourist stay kat sini. Tourist dari luar lebih ramai dari local tourist. Kami memilih satu-satunya bilik yang betul2 mengadap pantai (tak sampai semeter dari gigi air, seram gak aku bila teringat Tsunami..hehehe) Untuk harga rm88, memang berbaloi!!!!! Bilik tu pulak bersambung dengan restoran, so memang bestlah! Kalau tengok luaran sahaja mmg tak begitu bersemangat, tapi, aku confident mesti ada something kat sini yang buatkan orang suka datang sini ... and telahan aku memang tepat!
(style rumah kampung aje, tapi besar! best!)
Bila lepas chek in, husband tanya, nak ke mana2 tak? aku laju je jawab tak nak. Aku tanya dia, boleh tak kalau full day ni kita betul2 lepak sampai besok chek out, tak payah ke mana2 dah lagi? dia kata actually dia pun having the same idea and about to ask me pasal tu. Wah asyik tersama jek fikiran kami nih ... ahem ahemmm gitu. So lepas lunch kat sebelah pintu aje, kami lepak2 aje lah dalam bilik sementara menunggu petang, nak jalan2 tepi pantai dan tunggu sunset. Siapa kata cuti dengan anak tak romantik? salah tuh! Romantik plus Bahagia beb!
Kat seaside nih mmg nyaman, rasa terpisah dengan dunia luar sebab senyap aje .. tapi, jangan pulak ingat senyap ni membosankan .. kalau nak beraktiviti2 .. semua diorang leh aturkan .. nak tunggang kuda tepi pantai pun ada kat sebelah seaside ni .. nak ke pulau2 berhampiran pun boleh .. cakap aje lah ... tapi, kali mmg tak berniat nak beraktiviti sebab memang tujuan utama ke pantai sebab nak rest!
Dah agak petang jugak barulah kami turun jejak kaki ke pantai. Lari-lari, ketawa-ketawa, posing2 ... seronok betul sebab tak ramai orang .. ada lah mat saleh tengah tunggu sunset jugak .. jangan mare beb, kami nih dah style kalau ke mana2 mmg bwk aje tripod. senang nak pose satu family tak payah nak suh orang lain snap. Esp. kat pantai2 mcm ni, tak ramai orang mmg bebas lah bawak tripod tuh. Tak la segan sangat heheheh ...
Lebih kurang pukul 6.15 pm, tibalah waktu untuk matahari membenamkan wajahnya. Maka terhasil suatu pemandangan yang sangat memukau pandangan. Sangat-sangat indah pemandangan masa sunset. Kat pantai beratur tourist mengambil gambar. kami pun tak melepaskan peluang .. aku apa lagi, terus setting tripod, aku suruh husband dengan Lydia berjalan di hadapan sebab aku nak shoot gambo kiotrang sedang berjalan membelakangi kamera hehehehe ... terpengaruh TV betul aku nih ..
(banyak gambar lain slow nk upload, kalau nk tgk, korang clicklah kat flickr kat sebelah kanan ni)
Malam tuh pulak banyak kali blackout. Tapi best! bila blackout, kami lepak luar .. bila malam, air pantai tuh surut jauuuhhh sangat sampai ke pulau sana tuh yg dalam gambar atas tuh nampak kecik tu ... so ramai jugak aku tgk orang situ carik ketam malam2 tuh ... kami plak candle lite dinner aje lah kat restoran tuh ..mamat yang amik order tuh tegur kitorang,
"Dari KL ye"
"ye"
"Ada orang rekomen ker datang sini"
"Ada"
"Siapa"
"member"
"Bila dia datang?"
"Last month"
"yang perempuan tu ke?"
"Bukan, lelaki"
"oo..bujang ye?"
"Agaknya..." (hahahahhahah )
"Memang ada lelaki bujang datang sini dari KL, dengan kawan dia"
"Ye la tuh kot"
haaaa.... agaknya tak ramai yg dari KL sampaikan dia ingat semuanya .. so alangz, datang ngan kawan ke? ahem ahemm... hahahaha!!
Pagi besoknya, lepas breakfast cepat2 kitorang menerkam swimming pool yang comel tuh ... tak der orang lain kami jek, mmg puas! Lepas tuh packing2 semua, bila turun nak check out, teksi dah ready dah ... teksi lain, tapi ramah nya sama jek ngan teksi semalam ... :-) Masa lalu kat depan pintu restoran, waiter malam tadi tuh wish good bye segala ..
Dan berlalulah kami meninggalkan Kinarut menuju ke Airport ... sementara menunggu flight, aku nak la call kakak aku confirm amik aku ke tak ... tetiba,
"Abang ..... nampak handphone saya tak?"
Dia call number aku ... sah! memang tertinggal kat bilik! uwaaaaaa!!!! .... takkan nak ke sana ambik? jauh tu, mahal plak tambang teksi .. takkan nak naik bas mini (van) hehehehe ... so aku pasrah aje lah .. biarlah hp aku jadik bukti aku kat situ (aduhhhh!!)
All in all, aku memang sangat enjoy holiday kat Sabah. Semua best! walaupun tak semua tourist attraction dia aku visit, tapi aku puas hatilah .. byk jugak aku pergi, dan rehat pun secukupnya!
taMat sudah bah!
* Semalam, orang Kinarut called hp husband, mintak address dia kata nanti dia pos kan hp aku yg tertinggal tuh .. :-) mudah mudahan betul lah ...