Friday, 15 April 2005

I will travel empty handed

There is not a single thing I have collected in my life
that I would ever want to bring
except the love of those who loved me,
and the warmth of those who cared.
The happiness and memories and magic that we shared.
Though I will know the joy of solitude
I'll never be alone.
I'll be embraced by all the family and friends
I've ever known.
Although I might not see their faces
all our hearts will beat as one,
and the circle of our spirits
will shine brighter than the sun.
I will cherish all the friendship I was fortunate to find,
all the love and all the laughter
in the place I leave behind.
All these good things will go with me.
They will make my spirit glow,
and that light will shine forever
in the next place that I go.

Thursday, 14 April 2005

Emergency Glass


Tau tak apa ni? ini la 'Emergency Glass', pecahkan ajer cermin kalau nk pintu terbuka kunci dia. Ada kesan pecah kat tengah tu, dipercayai kesan dipecahkan oleh pencuri tak malu yang mencuri 2 biji laptop termasuk saya punya..eeeiii..kalau ingat balik, geram dengan diri sendiri pun ada, ralat pun ada, kesal pun ada..semua campur aduk dalam dada saya. Ralat dan geram kat diri sendiri sebab tak betul2 menitikberatkan ciri2 keselamatan terhadap laptop tu. bila dah jadik, perkataan yang selalu berlegar2 dalam fikiran, "kalaulah..."

Kalaulah saya tak kuar lunch hari tu..
kalaulah saya ada lock untuk laptop tu..
kalaulah saya simpan laptop tu dalam laci

arrghhh!!! bengang betul! ada ke patut security guard kata, emergency glass tu kalau dipecahkan takda alarm yang bunyi..ada ke patut???? huh!! setakat buat pameran nak buat apa? langsung tak membantu..citernya camni..

12.00 lunch hour tapi saya tak kuar lagi sebab member bwk mee goreng so makan je mee goreng dia sket.
12.45 - eh, terasa mcm nak keluar jalan2 la pulak.
2.30 - balik (jgn tanya la kenapa lama..) member terus perasan yang atas meja dah clear. tanya lak kat opismate lain, dorang ingatkan kitorang dah balik (boleh gitu?) ... laaaa.. terus hilang kata2 dah time tuu..terus call logistic department, mintak dorang ulang balik CCTV hari tu masa lunch hour....

CCTV...nama ajer teknologi ni nak membantu..tapi apa guna ada CCTV kalau setakat boleh tgk pencurik tu lenggang kangkung je jalan bawak harta orang? .. tapi tak per, berbalik pada laptop saya tadi, kalau ikut siaran ulangan CCTV tu, laptop saya berjaya dibawa keluar dengan mudahnya pada pukul 12.51 waktu CCTV. Tak sampai 10 minit kami keluar???????????????? huh...begitu mudah carik duit lebih. Sambar aje apa2 depan mata.

So saya malas nak sum up kan moral of da story kat sini. Sendiri mau ingat la.. read between lines omputeh kata hehehe... Posted by Hello

Monday, 11 April 2005

House Warming


Event: My House warming Party
Date: 09.04.05 (Saturday)
Time: 5-8pm
Place: Kapar, Klang.
Menu:BBQ Lamb with mushroom blackpepper sos
Mee Bandung
Fried Riceand
other side dishes.

Overall. It was fun n great. Rasa terharu atas kesudian rakan2 bertandang ke rumah saya yang jauh dan terpencil ni...walaupun dah selalu kawan-kawan datang rumah sebelum ni, tapi beza betul perasaan semalam hehe..selalunya tak der la berdebar2 ajer .. pagi-pagi dah rasa macam , eh, betul ke hari ni diorang nak datang rumah? alamak..rumah memang bersepah habis. Nasib baik suami tercinta memang ringan tangan nak tolong saya .. tolong jadik runner ke kedai, tolong layan kerenah tuan puteri Lydia..

Majlis started around 5 oclock .. ended when last person go at 8.30pm. Letih? siapa kata tak, tapi best!! puas hati sangat. Tapi lepas tu, rasa risau datang, takut kawan2 kena sakit perut ke, mana lah tahu, tapi Alhamdulillah, semua OK. Ada cita2 nak buat lagi ke? errr...kalau ada ongkos, no hal laaa...Posted by Hello

Wednesday, 6 April 2005

Vitamin C

Sekarang ni memang zaman suntikan....yang terkini, memang rata-rata orang dah ambik suntikan vitamin C..saya pun teringin la jugak, mengikut peredaran semasa..tak payah dah nak telan-telan pil, suntikan tu harga agak mahal, tapi efektif.

Tuesday, 5 April 2005

Semalam

Hari ni, saya nak becerita pasal semalam. Kalau anda baca hari ni, maka memang semalam la yang saya ceritakan, tapi kalau anda membaca pada hari esok, maka semalam dah jadi kemarin, sebab hari ini dah jadi semalam dan esok dah jadi hari ini....haaa..macam mana tu? apa-apa laaaa...semalam? Semalam sebenarnya tak ada lah lebih istimewa daripada hari-hari yang lain..hari-hari saya semua istimewa, mungkin semalam lebih istimewa sebab, semalam terpilih untuk masuk ke blog saya hari ini...???**&%%$$!@@..

Apa terjadi pada semalam saya? ada cerita menarik ke pasal semalam saya? kata orang, jangan toleh ke belakang kalau nak maju, tapi kenapa belajar sejarah kat sekolah kalau tak boleh menoleh ke belakang? haa.. macam mana tu? Betul ke semalam menentukan hari ini dan esok pun ditentukan oleh semalam..

Semalam:-
bangun-urusan rumahtangga-hantar adik-hubby hantar puteri-ke office-call doctor-ambil injection for family planning-tengok2 album doctor-hubby offer line 012 murah-balik kul 6.30-jumpa hubby kat traffic light-sama2 ambik puteri-balik-urusan rumahtangga.

itu saja pun.

Popular Posts